Anda di halaman 1dari 1

Selamat sejahtera ……

Saya berasa amat bersyukur kerana pada hari ini, Jumaat 27 Ramadan 1443 Hijrah bersamaan 29
April 2022 dapat kita mengadakan Majlis Penutupan Bulan Dakwah, Ihya' Ramadan dan
Penyampaian Sumbangan Anak Miskin SKB bagi sesi 2022.

Syabas saya ucapkan kepada anda semua kerana anda telah Berjaya menyempurnakan ibadah
berpuasa dengan ikhlas selama 27 hari dengan sempurna. Sudah pasti anda semua tergolong dalam
kalangan orang yang beriman.

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mulia berbanding dengan bulan-bulan yang lain dengan
beberapa kelebihan dan keistimewaan. Bulan Ramadhan juga dinamakan AL-Mubarak yang
bermaksud bulan yang penuh dengan keberkatan di mana semua umat Islam diberi peluang untuk
melipat gandakan pahala dengan menunaikan amalan-amalan wajib dan sunat seperti solat terawih,
bertadarus, dan bersedekah yang sangat digalakkan melakukannya pada bulan Ramadhan ini.

Saya pasti guru-guru Agama Islam kita telah mendedahkan anda semua kepada semua amalan in
yang wajib dilakukan sepanjang bulan Ramadhan ini dan saya juga pasti anda semua telah
menunaikan segala amalan-amalan dan ajaran guru-guru anda.

Saya juga tahu memperbanyakkan doa pada bulan Ramadhan ini amat baik dan doa orang-orang
yang berpuasa sentiasa dimakbulkan. Jadi anak-anak murid, berdoalah utk kecemerlangan diri,
sekolah, keluarga dan sahabat handai

Sambutlah hari raya yang penuh kemenangan dengan perkara-perkara kebaikan dan beri focus
kepada pelajaran. Selepas raya murid-murid perlu kembali ke sekolah sambung belajar untuk
mempertingkatkan pengetahuan dan menghadapi penilaian-penilaian yang akan bakal diadakan.

Terima kasih Panitia Pendidikan Islam SKB atas program yang telah dijalankan dengan jayanya.
Pelbagai acara dan program telah dijalankan oleh Panitia Pendidikan Islam sepanjang bulan
Ramadan Al-Mubarak ini. Tahniah dan syabas buat anak-anak SKB kerana menyertai acara yang
dipertandingkan

Selamat menyambut Hari Raya.

Anda mungkin juga menyukai