Anda di halaman 1dari 4

SINOPSIS PENULISAN ARTIKEL

TAJUK:

CABARAN GENERASI MUDA MALAYSIA DALAM MELSTARIKAN ETIKA DAN


PERADABAN

KUMPULAN: KUMPULAN 1

1.0     PENGENALAN

Kehidupan manusia pada hari ini dikatakan berdasarkan kepada peredaran zaman.
Etika dan peradaban adalah dua konsep yang bergerak seiring. Di mana ada etika, di situ ada
peradaban. Amalan Etika yang baik merupakan satu tuntutan dan keperluan dalam konteks
kehidupan seseorang individu dan masyarakat. Etika dan peradaban merupakan salah satu
elemen yang penting bagi meningkatkan sahsiah diri. Kelestarian etika dan peradaban sejagat
sentiasa tercabar oleh keadaan sosial. Penghayatan dan etika peradaban boleh dihuraikan dan
difahami mengikut acuan ‘Malaysia’ berdasarkan tiga susur masa, iaitu prakolonial, kolonial
dan pascakolonial.

Penekanan ini penting untuk lebih memahami etika dan adab dalam kehidupan
manusia.Kehidupan manusia pada hari ini dikatakan berdasarkan pada peredaran zaman.
Etika dan peradaban adalah dua konsep yang bergerak seiring. Di mana ada etika, di situ ada
peradaban. Amalan etika yang baik merupakan satu tuntutan dan keperluan dalam konteks
kehidupan seseorang individu dan masyarakat. Etika dan peradaban merupakan salah satu
elemen yang penting bagi meningkatkan sahsiah diri. Kelestarian etika dan peradaban sejagat
sentiasa tercabar oleh keadaan sosial. Hal ini kerana perubahan dalam masyarakat sukar
dikawal sama ada dari segi sosial, ekonomi, politik, alam sekitar,teknologi dan lain-lain.
Kelestarian secara umumnya bermaksud keupayaan mengekalkan sesuatu,memastikan
kewujudan atau memanjangkan.

Perkataan ini sering dikaitkan dengan kehidupan manusia. Kelestarian etika dan
peradaban bermaksud suatu usaha berkaitan etika, adab dan nilai-nilai yang baik secara sedar,
konsisten dan berterusan. Peradaban telah diamalkan sejak beratus tahun yang lalu sebelum
masihi lagi iaitu sebelum terbentuknya Tanah Melayu dan Malaysia pada masa ini. Walau
Bagaimanapun, etika dan nilai murni milik generasi muda masa kini kian pudar selaras
dengan perkembangan teknologi yang dikecapi. 
Oleh itu, kelestarian etika peradaban merupakan perkara yang penting dan mesti
dipertahankan untuk generasi akan datang kelak. Hal ini kerana, kelestarian banyak
bergantung kepada akar dan tradisi yang telah dibina sejak ratusan tahun yang lalu. Dengan
perkembangan pelbagai teknologi pada masa kini telah menyebabkan generasi menghadapi
banyak cabaran dalam melestarikan peradaban dan kelestarian terutamanya di negara
Malaysia. Namun, dengan adanya cara dan inisiatif yang kreatrif dan berkesan, maka segala
cabaran yang timbul pada era modenisasi ini dapat diatasi dan ditepis untuk generasi yang
akan datang.

2.0     PERSOALAN KAJIAN

Apakah cabaran yang dihadapi oleh generasi muda masa kini untuk melestarikan etika dan
peradaban dalam kalangan rakyat Malaysia serta kesannya terhadap pembangunan sosial
mahasiswa di UTHM?

3.0    OBJEKTIF KAJIAN

-        Mengenal pasti cabaran dan isu semasa yang berkait rapat dengan kepincangan
yang dihadapi oleh generasi muda dalam menjamin kelestarian etika dan
peradaban di negara Malaysia serta kecenderungannya untuk berlaku dalam
kalangan mahasiswa di UTHM.

-        Menjelaskan cabaran dan isu yang dikaji berdasarkan hasil dapatan kajian serta
sumber rujukan yang diperoleh sepanjang menjalankan kajian bagi merumuskan
kelangsungan usaha dan solusi oleh semua pihak dalam menjamin pembangunan
etika dan peradaban demi kesejahteraan sosial rakyat Malaysia.

-        Mengkaji dapatan kajian yang dikumpul daripada pelbagai pandangan serta


maklum balas secara langsung oleh mahasiswa UTHM dengan perkaitan isu
semasa di dalam negara bagi menangani cabaran yang dihadapi supaya hasrat
kemakmuran bersama rakyat Malaysia dapat dilaksanakan.
4.0     METODOLOGI

Metodologi adalah satu kaedah yang digunakan untuk menjalankan sesuatu kajian, di mana
data dikumpul dan dianalisis untuk menghasilkan bukti yang boleh menyokong kajian yang
dilakukan. Metodologi juga bertujuan untuk membantu memahami dengan terperinci tentang
pengaplikasian kaedah dengan menghuraikan proses kajian. Oleh itu, metodologi bagi kajian
ini adalah secara kualitatif yang disokong oleh data primer dan sekunder yang diperoleh.

 Metodologi bagi kajian ini dilakukan secara kualitatif iaitu dengan mengadakan sesi temu
bual bersama beberapa orang mahasiswa UTHM untuk mendapatkan maklum balas serta
pandangan berkaitan cabaran melestarikan etika dan peradaban. Seterusnya, kelompok
sasaran bagi kaedah ini telah ditetapkan yang merangkumi generasi muda atau belia yang
berumur di antara 15 tahun sehingga 25 tahun. Bagi setiap sesi temu bual, set soalan yang
bersesuaian berkaitan tajuk kajian telah disediakan bagi memastikan data yang dikehendaki
dapat diperoleh dan diulas. Hasil temu bual direkodkan untuk dijadikan data primer kajian
dan ianya kemudian dihuraikan dalam bentuk penulisan untuk dikaitkan dengan dapatan
kajian yang lain supaya dapat mengkaji faktor-faktor wujudnya cabaran yang dikaji dengan
isu semasa terhadap etika dan peradaban.

         Selain itu, kajian ini juga menggunakan data sekunder sebagai sumber rujukan dan
asas dalam penyediaan kerangka temu bual bagi memperoleh data primer. Terdapat pelbagai
rujukan internet yang dijumpai berkait rapat dengan tajuk kajian seperti artikel, jurnal dan
laporan kajian lepas yang menerangkan tentang kepentingan etika dan peradaban dalam
mengukuhkan keharmonian hidup masyarakat. Seterusnya, setiap data rujukan ditapis dan
dihuraikan semula dalam bentuk penulisan untuk menghasilkan dapatan yang bertepatan
dengan objektif dan persoalan kajian. Tambahan pula, setiap data yang diperoleh seperti jalan
penyelesaian atau idea solusi yang boleh dilakukan oleh pihak tertentu akan dikaji dengan
setiap cabaran yang disenaraikan untuk memastikan kesesuaiannya dengan isu semasa yang
berlaku di negara Malaysia serta implikasinya terhadap mahasiswa di UTHM. Hal ini
demikian agar dapat mengukuhkan bukti kajian dan keberkesanan kaedah kajian yang
dilaksanakan dalam memperoleh data kajian daripada pelbagai perspektif. Oleh itu, penulisan
kajian akan menjadi lebih jelas dan terperinci dalam menerangkan setiap cabaran yang
dihadapi oleh generasi muda dalam melestarikan etika dan peradaban.

Anda mungkin juga menyukai