Anda di halaman 1dari 2

PENUTUP

Apa yang diperolehi dalam tugasan ini


Dengan menghasilkan projek tugasan ini, untuk mendirikan sesebuah rumah atau bangunan
memerlukan banyak perkara yang perlu diteliti dengan tepat. Antaranya plan rumah, pelan
rumah perlu lengkap dengan ukuran dan data yang tepat seperti Panjang dan lebar rumah,
jenis permukaan lantai, cerucuk yang digunakan dan sebagainya untuk memudahkan urusan
seterusnya dilakukan. Segala ukuran yang telah disediakan juga perlu diambil dan kemudian
ditambahkan atau didarabkan untuk memperoleh unit tertentu. Ia juga digunakan untuk
mencari senarai kunaiti. Untuk menghasilkan sebuah rumah juga segala ukuran perlu dirujuk
berdasarkan Kaedah Pengukuran Setara (Standard Method of Measurement) SMM. Oleh itu,
ia menunjukkan bahawa untuk menghasilkan sebuah rumah atau sesebuah bangunan
memerlukan banyak pengetahuan bermula dari penghasilan pelan yang biasanya
menggunakan perincian autoCAD sehingga penghasilan senarai kuantiti yang tepat dan betul.

Proses penyediaan

Kegunaan senarai kuantiti


Tujuan kami membuat senarai kuantiti adalah untuk membuat anggaran kos pelan rumah
yang akan dibina. Hal ini kerana senarai kuantiti ialah catatan yang diambil daripada item-
item binaan dari lukisan yang telah disediakan yang kemudian didarabkan dan dicampurkan
untuk mendapatkan kuantiti dalam unit yang telah ditetapkan. Dokumen ini juga
menyenaraikan kuantiti untuk kerja di dalam urutan tertentu yang disusun dalam format yang
diiktiraf untuk memudahkan kontraktor menghargakan kerja-kerja yang terlibat Dengan
adanya senarai kuantiti segala bahan dapat dikenal pasti dengan mudah. Selain itu, kegunaan
lain senarai kuantiti juga adalah untuk mempelawa tender ataupun sebagai dokumen tender
yang mengandungi senarai lengkap tentang kuantiti dan penerangan semua item buruh, bahan
dan perkhidmatan. Seterusnya dengan senarai kuantiti juga, ia dapat membantu pihak
pengurusan kontraktor kerana kontraktor tidak perlu membebankan diri mereka untuk
mengukur sendiri dalam masa yang terhad. Berpandukan senarai kuantiti, kontraktor boleh
merancang amaun dan masa sumber-sumber tertentu yang diperlukan. Di samping itu, senarai
kuantiti juga digunakan kontraktor sebagai rujukan untuk menyemak kerja-kerja yang telah
siap dan perbelanjaan yang telah dibuat untuk setiap bahagian kerja. Selain yang dijelaskan di
atas, senarai kuantiti juga menjadi asas kepada perakuan interim. Hal ini kerana, kontraktor
akan dibayar untuk kerja yang telah sepanjang pelaksanaan kontrak. Jumlah kerja siap dikira
menggunakan peratusan kuantiti yang dinyatakan di dalam senarai kuantiti,

Anda mungkin juga menyukai