Anda di halaman 1dari 6

PENGENALAN

Kebanyakkan industry pengeluaran dan perkhidmatan perlu mengetahui kos bagi setiap produk
yang dihasilkannya. Kos selalunya digunakan untuk menentukan harga bagi sesuatu produk.
Harga bagi sesuatu produk tersebut. Bagi sesuatu industry yang menghasilkan hanya satu jenis
produk pengiraan kos adalah mudah, sebaliknya bagi industri yang mengeluarkan pelbagai jenis
produk, pengiraan kos adalah amat kompleks.Oleh itu pengiarran kos adalah amat penting
terutama dalam industri pembinaan.

PENGERTIAN ANGGARAN DAN KOS

Anggaran

Anggaran adalah pengiraan kuantiti item-item kerja dan segala perbelajaan yang ditanggung
sehingga projek siap sepenuhnya. Jadi jumlah kemungkinan perbelanjaan yang akan ditanggung
untuk membiayai projek yang bina diistilahkan sebagai anggaran kos kerja/bahan.

Kos

Kos adalah jumlah perbelanjaan yang perlu dibayar dalam bentuk nilai matawang(RM,USD dll)
bagi mendapatkan sesuatu perkara atau melaksanakan sesuatu aktiviti atau syarat dalam
penghasilan sesuatu produk ataupun penubuhan syarikat baru.

ELEMEN-ELEMEN DALAM ANGGARAN KOS

Beberapa elemen dalam anggaran kos perlu diketahui bagi mendapatkan pengukuran kuantiti
iaitu mengeluarkan kuantiti daripada pelan dan spesifikasi dengan mengukur.

i)Saringan kuantiti/take off

Saringan atau take-off adalah proses bagi mendapatkan pengukuran kuantiti iaitu
mengeluarkan kuantiti daripada pelan dan spesifikasi dengan mengukur item dan pengiraan bagi
menghasilkan kuantiti yang diperlukan.

ii)Waktu penggunaan buruh(Labour hour)

Pengukuran melalui penggunaaan satu unit masa dengan aktiviti buruh yang dijalankan

iii)Kos Peralatan

Kadar peralatan bergantung kepada keadaan projek bagi menentukan saiz atau kapasiti peralatan
yang betul dan diperlukan bagi melakukan kerja.Apabila bekerja dengan peralatan,tempoh
kitaran dan kapasiti peralatan mengawal kos projek. Kos dengan peralatan, tempeh kitaran dan
kapasiti peralatan mengawal kos projek. Kos akan berbeza jika peralatan dimiliki oleh kontraktor
berbanding dengan menyewa.
Untuk menganilisa harga penggunaan alat-alat jentera ini bagi sejam sehari perlulah diambil
perhatian beberapa faktor penting.

- Harga untuk menyewa atau kejatuhan harga bagi alat-alat jentera yang digunarekan
(cost of hire or depreciation)
- Harga untuk membaiki kerosakan alat-alat jentera yang digunakan (cost of hire or
depreciation)
- Kehilangan faedah atau bunga ke atas wang modal untuk menyewa alat jentera
tersebut,jika sekiranya wang modal itu disimpan di dalam bank(loss of bank interest)
- Penggunaan minyak (petrol/ddiesel & minyak enjin)dan juga air bagi alat jentera
tersebut.
- Bayaran untuk pemandu dan buruh-buruh yangm engendalikan alat jentera tersebut
dan juga harga pengendalian yang berkaitan.

Penyediaan Bajet Projek

Dalam penyediaan bajet projek,kaedah anggaran merupakan prosedur standard yang digunakan.
Anggaran bermula dengan pelan kerja dan pelan butiran yang baik. Juruukur bahan hendaklah
mahir dalam pembacaan pelan.Mereka juga seharusnyanya mempunyai set pelan lengkap untuk
berkerja. Tanpa set pelan lengkap adalah mustahil untuk mengetahui idea sebenar klien dan apa
yang yang merreka mahukan.

Kaedah Anggaran dan prosedurnya pula berubah-ubbah mengikut jenis anggaran yang
disediakan serta kuantiti dan kualiti maklumat rekabentuk. Ianya boleh berlaku daripada
prosedur yang mudah yang boleh disiapkan dalam tempoh beberapa jam sehingga pengukuran
yang lebih komplek.

Mengira Kadar Kos

Ialah proses untuk menentukan kos bagis sesuatu projek. Kadar kos perlu ditentukan melalui
pengiraan dengan menyaring kuantiti(Taking off):

a) Menyaring kuantiti (Taking off) ia merupakan satu proses pengukuran kuantiti setiap kerja
digariskan akan memudahkan semua pihak yang terlibat bagi tujuan menentukan kuantiti ,
membuat pecahan item seterusnya membuat susunan yang mudah difahami dan pratikal sama
ada dalam bentuk elemen bangunan, tred atau aktiviti pembinaan. Ia juga bertujuan untuk
menyemak kuantiti bagi menentukan kuantiti sebenar.Kuantiti disaring dengan merujuk pelan.
Terdapat 3jenis pelan yang ditafsi untuk menganggar kos menggunakan kaedah senarai kuantiti.

- Pelan arkitek/rekabentuk
- Pelan struktur
- Pelan perkhidmatan
Lukisan kerja atau Pelan rekabentuk di atas adalah conoth bagi ruang tambahan sebuah
rumah.Dengan pelan yang disertakan ini analisa kuantiti bahan boleh dilakukan dengan lengkap.

Saringan kuantiti bagi tembok tambahan ruang yang dibesarkan berpandukan pelan yang
disertakan
Anggaran Untuk kayu

- Anggaran kayu biasanya dibuat berdasarkan kepada saiz norminal iaitu saiz kayu yang
belum diketam.Contohnya;kayu bersaiz nominal 50mm x 100m tetapi sebenarnya ialah
berukuran 38mm x 90mm diketam.
- Kuantiti kayu yang digunakan dalam kerja kecil seperti membuat pintu, tingkap gerobok
dan sebagainya adalah dihitung mengikut senarai potongannyai iaitu bilangan batang
kayu yang sebenar digunakan.
- Dalam pasaran tempatan kayu biasanya dipesan dan dibeli dengan banyak berdasar
kepada beratnya mengikut tan atau 1000kg.Satu tan (1000kg) kayu dianggap mempunyai
isipadu 50kaki padu atau 1.25 meterpadu.

b)Abstrak dan kertas Abstrak

Tujuan abstrak adalah untuk memecahkan komponen-komponen bangunan untuk pengukuran.


Bagi bangunan atau projek kecil,cuba elakkan dari menggunakan boorang Abstrak.
Panjang linear dalam kerja paip dan bahan serta luas persegi bahan boleh dipindah daripada
lukisan ke kertas dimensi atau boring ukur kuantiti dan disalinkan ke boring anggaran kos atau
Senarai Kuantiti(BOQ)

Penentuan harga Bahan(Material Prices)

Penentuan harga diperlukan untuk digunakan dalam pengiarran kos bahan dalam boring boring
anggaran kos atau boring senarai kuantiti (bill of Quantity) Harga asal bahan-bahan didapati
berubaha dari satu masa ke semasa dan juga berubah dari tempat ke satu tempat

i) Harga mengikut harga Pasaran

Apabila membuat anggaran penentuan hendaklah dibuat menggunakan hargap asaran semasa
dlama peredaran pada ketika itu.Faktor-faktor berikut hendaklah diberi perhatian di dalam
menentukan harga bahan-bahan:

- Harga asal bahan-bahan (nnett cost if material)


- Bayaran pengangkutan (delivery charge)
- Harga menyimpan(storage cost)
- Pembaziran(waste)
ii) Harga mengikut spesifiaksi

Spesifikasi bahan meliputi perkara-perkara berikut-tercatat pada pelan

- Ciri-ciri bagi setiap bahan mestilah jelas dan tepat


- Klasifikasi bahan diperlukan
- Tujuan dan fungsi bagis setiap bahan
- Jenis-jenis bahan yang digunakan

Menganalisis/menilai kadar harga

 Ia merupakan satu proses mengiara kadar harga bagi satu unit item,kemudian membuat
perbandingan dengan kadar harga sedia-ada bagi menentukan kemunasabahnya.
Penganalisaan kadar harga mengambil kira kos bahan ditambah dengan pembaziran, kos
upah buruh mengikut angkatapnya, kos sewa jentera dan mesin juga dalam angkatapnya
dan akhirnya kesemua kos sumber di atas ditambah dengan peratusan untung kasar dan
kos pengurusan. Kesemua jumlah kos ini dipanggil Kadar Harga bagi satu unit item
kerja.
 Adalah menjadi amalan yang baik untuk kontraktor menganalisis kadar harga setiap kali
membuat anggaran projek dan tender. Lokasi lazimnya mempengaruhi kadar harga
sebagai contoh kadar harga kawasan Kuala Lumpur berbeza dengan kadar harga di Kuala
Terennganu.
 Kos bahan-bahan dihitung dengan memindahkan kuantiti daripada boring
dimensi/borang u kur kuantiti dan dikalikan dengan kos per unit. Anggara kos ini
biasanya dibuat dalam borang anggaran kos atau boring senarai kuantiti (bill of
Quantiti).

i) Menggabungkan semua kos

- Menggabungkan semua kos adalah memuktamadkan jumla harga tender dimana ia


merupakan satu proses menjumlahkan kesemua kos bagi kerja Awalan, Kos Pembinaan,
wang peruntukan Sementara dan wang kos Prima dan lain-lain kos yang tersenarai dalam
ringkasan tender.
- Jumlah ini juga akan dimasukkan kedalam Borang Tender dan ianya Muktamad. Jumlah
harga tender yang muktamad akan menjadi asas kepada kontrak diantara kontraktor dan
pemilik. Sekiranya berlaku kesilapan tadi perlu diselaraskan mengikut jumlah harga
tender. Ianya perlu dibuat sebelum kontrak ditandatangani.
- Kos Anggaran untuk binaan rumah
Harga pembinaan sesebuah rumah dalam kaki persegi bergantung kepada harga pasaran
atau harga dikawasan tempat anda. Kebiasaan untuk binaan rumah baru anggaran kos
sekaki minima Rm80 (di kampong) dan rm120 (di Bandar) tidak termasuk kos dekorasi
dalaman rumah dan perabut(interior design + furniture), kos mendapatkan keluasan pelan
rumah bangle dan perlantikan konsultan terlibat dalam proses mendapatkan kelulusan
hingga pembinaan selesai.

Harga sekaki persegi bergantung kepada factor berikut:

a) Lokasi rumah bangle di bina (di kampong atau di Bandar)


b) Keluasan rumah,jenis kemasan, bahan binaan dan ketinggian rumah
c) Rupa bentuk permukaan tanah (rata,Cerun,hutan dll)
d) Rekebentuk pelan dan fesad atau tapak (4 tapak) serta reka bentuk bumbungnya.
e) Kontraktor yang di pilih berdasarkan pengalaman, kepakaran dan hasil kualiti binaan
bangle dibina.

Anggaran harga berdasarkan keluasan Lantai Binaan.

Kadar ini adalah berubah-ubah mengikut keadaan semasa dan juga berubah dari tempat ke satu
tempat.Oleh kerana itu,apabila membuat anggaran hendaklah menggunakan harga pasaran
semasa dalam peredaran pada ketika itu. Harga pasaran bahan-bahan ini boleh didapati dari
pekedia-pekedai, majalah-majalah dan lain-lain

- RM 80-RM 100/KP – KUALITI DAN KEMASAN KURANG MEWAH


- RM 110-RM150/KP – KUALITI DAN KEMSAN SEDERHANA MEWAH
- RM 160-RM 200/KP- KUALITI DAN KEMASAN MEWAH
- RM210/KP KE ATAS- KUALITI DAN KEMASAN PALING MEWAH.

Anda mungkin juga menyukai