Anda di halaman 1dari 2

Bismillah Hirrahmanirrahim....

Assalamualaikum

Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Segambut, Puan Hannah Yeoh

Yang Berhormat Ahli Parlimen Wangsa Maju merangkap SU Pengelola Keadilan Pusat, Tuan Zahir
Hassan

Yang Berhormat ADUN Ijok & Mantan Ketua Cabang PKR Segambut, Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Yang Berusaha, Ketua Cabang PKR Segambut merangkap Naib Pengerusi Keadilan WP, Dr Abdul Basir

Hadirin yang dirahmati sekalian


Selamat datang diucapkan ke majlis kesyukuran lantikan DSAI sebagai PM ke 10

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, kita akan mulakan
dengan bacaan doa. Alfatihah.

Firlana zunubana waliwalidaina warhamhumkama rabbana ya sighara. Wal jamiin muslimin wal
muslimat, wal muminin wal muminat.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahiim, Hanya padamu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala
rahmat dan berkat-Mu. Bersempena dengan majlis pada hari ini, kami memohon inayah dan taufik-
Mu, kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagiaan kepada kami. Bukakanlah hati-hati kami,
lapangkanlah dada kami supaya kami dapat mengisi ilmu dan pengetahuan yang berguna untuk
agama, bangsa dan negara“.

Ya Allah ya tuhan kami, jadikanlah pemimpin-pemimpin kami dari kalangan orang yang baik.
Berikanlah taufik kepada mereka untuk melaksanakan perkara terbaik bagi negara kami ini. Bantulah
mereka untuk menunaikan tugasnya, sebagaimana yang engkau perintahkan, wahai tuhan semesta
alam.

Jauhkanlah daripada para pemimpin kami teman rapat yang jahat dan merosakkan. Dekatlah kepada
mereka orang-orang yang baik dan pemberi nasihat yang baik, wahai tuhan yang memelihara dan
mentadbir sekalian alam.”

Rabbana la tuzikkulubana.

Amin amin ya rabbal alamin.

Majlis ingin menjemput Ketua Cabang PKR Segambut merangkap Naib Pengerusi Keadilan WP, Dr
Abdul Basir untuk memberikan kata kata aluan. Dijemput.

Terima kasih diucapkan kepada Dr Abdul Basir atas ucapan tersebut. Sekarang dijemput Yang
Berhormat ADUN Ijok & Mantan Ketua Cabang PKR Segambut, Tuan Dr. Idris Bin Ahmad untuk
memberikan ucapan.
Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Berhormat Ahli Parlimen Wangsa Maju, Tuan Zahir
Hassan untuk memberikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Zahir Hassan. Majlis kini menjemput Yang Berhormat Menteri
Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Segambut, Puan Hannah Yeoh untuk memberikan sepatah
dua kata. Dipersilakan.

Dijemput kepada semua tetamu VIP dan hadirin untuk menikmati jamuan hidangan

Anda mungkin juga menyukai