Anda di halaman 1dari 17

Tutorial Dan Tips

Melajukan Sambungan
Internet
Oleh : Patriot
Jan 2012
Isi Kandungan

Pendahuluan

1. Hapuskan Cookies / Browsing History ………………………… m/s 3

2. Tukar DNS …………………………. m/s 5

3. Tukar Setting Windows Reservable Bandwith ………………………… m/s 9

4. Tukar Setting Ports Comm …………………………. m/s 11

5. Cara Melajukan Video Buffering ………………………….. m/s 13

6. Be Faster 4.2 ………………………….. m/s 16

2
Pendahuluan

Terima kasih diucapkan kepada para pembeli ebook “Tutorial Dan Tips Melajukan Internet” ini. Tujuan
ebook ini dihasilkan adalah jelas, supaya dapat membantu anda semua melajukan sambungan internet
yang anda gunakan sekarang. Ebook ini dihasilkan secara kebetulan, selepas saya sendiri melakukan
pelbagai ujian dan kaedah untuk meningkatkan sambungan internet yang saya gunakan kerana kelajuan
yang didapati secara awal tidak memuaskan. Untuk makluman anda, saya menggunakan internet pakej
SKMM dengan kelajuan 384 kbps (maks 1.55 mbps). Sebelum melakukan sebarang pengubahan terhadap
sistem, saya hanya berjaya mendapatkan purata kelajuan sekitar 300-700 kbps sahaja. Tetapi setelah
usaha yang saya lakukan, akhirnya saya berjaya juga mendapat kelajuan sehingga hampir maksimum
mengikut pakej iaitu 1.50 mbps dengan kadar download sekitar 172-200 kbps.

Saya ingin mengingatkan kepada anda bahawa kelajuan internet yang anda boleh capai dengan
menggunakan kaedah yang diterangkan nanti, masih tertakluk kepada pakej yang anda gunakan. Ia tidak
boleh melebihi apa yang telah ditetapkan oleh Penyedia Rangkaian Internet anda samada Celcom, Maxis,
TM, P1, Digi atau Unifi. Apa yang cuba dicapai adalah untuk memaksimumkan kelajuan tersebut mengikut
pakej yang anda gunakan. Harus diingatkan juga, kelajuan internet juga bergantung kepada beberapa
faktor lain seperti rangkuman network dan sebagainya. Jadi apa saja keputusan yang saya dapat, mungkin
berbeza dengan anda. Tetapi apa yang pasti, kaedah yang bakal ditunjukkan nanti mampu untuk
membantu melajukan internet anda, walaupun tidak maksimum tetapi sekurang-kurangnya 30%-50% lebih
laju.

Pastikan anda periksa dulu kelajuan asal anda dengan menggunakan Internet Speed Test sebelum dan
selepas anda lakukan kaedah ini nanti. Pasti anda terkejut dengan hasil yang anda bakal terima.

Langkah-langkah yang ditunjukkan adalah berasaskan kepada OS Windows 7 dan hanya boleh dilakukan
pada semua version Windows sahaja. Terdapat 6 langkah kesemuanya dan anda hendaklah
melakukannya mengikut aturan untuk mendapatkan hasil yang optimum.

Saya amat berharap agar anda tidak mengedarkan ebook ini secara terbuka di internet secara percuma.
Anda juga dilarang menjual kembali ebook ini ataupun menjadikan ianya sebagai free gift kepada mana-
mana produk lain yang anda jual., Kerjasama daripada pihak anda amat lah saya hargai.

Selamat Mencuba Dan Selamat Berjaya,

Patriot

3
1. Buang Cookies/Browsing History

Ini adalah benda yang paling asas di mana anda perlu delete cookies atau browsing history pada browser
yang anda gunakan samada Mozilla Firefox atau Internet Explorer. Anda boleh lakukanya samada ada
secara manual atau menggunakan software khas.

Jika ingin melakukannya secara manual, pada browser anda sila pergi kepada tools > option > privacy

Jika anda ingin menggunakan software khas, terdapat banyak yang anda boleh pilih dan dapati secara
percuma di internet. Tetapi saya amat mengesyorkan untuk anda menggunakan software Iobit Advance
System Care 5. Anda boleh dapatkanya di http://www.iobit.com/advancedsystemcareper.html

4
2. Tukar DNS

Apa itu DNS ? DNS adalah singkatan kepada Domain Name Server. Ia pada asasnya adalah seperti buku
telefon untuk internet. Apabila anda menaip sesuatu alamat laman web, DNS lah yang mendapatkannya
melalui alamat IP. Jadi mendapatkan DNS yang pantas dan efisien adalah salah satu faktor yang penting
untuk mendapatkan kelajuan melayari internet.

Terdapat banyak Penyedia DNS yang percuma di internet tetapi yang paling popular adalah samada Open
DNS ataupun Public DNS dari Google. Setelah beberapa ujian yang dilakukan, saya dapati Open DNS
lebih bagus dan kali ini saya ingin menunjukkan kepada anda bagaimana untuk menggunakannya. Alamat
Open DNS adalah 208,67,222,222 / 208,67,220,220.

Selain untuk mendapatkan kelajuan, dengan menukar DNS asal yang disediakan oleh ISP, anda juga
dapat mengakses kesemua laman web yang telah di blok termasuk HULU, Pandora, Fileserve,
Megaupload dan sebagainya.

2.1 Pergi ke “Open Network and Sharing Centre”

5
2.2 Pergi ke “Change Adapter Setting”

2.3 Pilih Sambungan Modem/Broadband anda dan Klik “Properties”

6
2.4 Pilih “Internet Protokol Version 4 (TCP/IPv4)” dan klik “properties”

2.5 Sila ikut langkah di bawah dan masukkan DNS baru pada ruang disediakan dan klik validate

7
2.6 Tunggu sehingga keluar windows seperti di bawah, dan tekan “close”. Maka anda telah selesai
menukar DNS asal yang disediakan ISP anda kepada DNS baru dari Open DNS.

Setiap kali anda putuskan sambungan internet dan ingin menyambungkannya semula, DNS akan kembali
kepada DNS asal dari ISP. Jadi pastikan anda tukar alamat DNS tersebut setiap kali anda membuat
sambungan baru.

8
3. Tukar Setting Windows Reservable Bandwith

3.1 Pada Bahagian “Search Program And Files” / “Run”, sila taipkan “gpedit.msc”

3.2 Kemudian akan keluar window “Local Group Policy Editor”. Di bahagian “Computer
Configuration” sila klik “Administrative Template”

9
3.3 Kemudian klik Network > Qos Packet Schedule

3.4 Sila pergi kepada “Limit Reservable Bandwith”, dan ikut seperti langkah di bawah. Tukarkan “Not
Configured” kepada “Enable”. Kemudian Limit Bandwith 20% anda ubah kepada 0.

10
4. Tukar Setting Ports Comm

4.1 Pergi ke “My Computer” dan klik kanan klik “Properties”. Kemudian pergi ke “Device Manager”
dan klik

4.1 Cari “Ports (COM & LPT) kemudian klik “communication Port (COM1)

11
4.1 Cari tab “Port Settings”, kemudian pada Bits per second ubahkan kepada 128,000

12
5. Cara Melajukan Video Buffering

Ini adalah merupakan langkah untuk melajukan video buffering bagi memudahkan anda menonton klip
video serara online terutamanya di You Tube. Juga berkesan di mana-mana sahaja laman video yang lain.

5.1 Pergi ke “Search Program And Files” dan taip “system.ini”

13
5.1 Kemudian akan keluar “System-Notepad” seperti di bawah.

Copy kod di bawah ini sepenuhnya dan pastikan jangan ada yang tertinggal. Kemudian paste pada notepad
di atas, iaitu di bawah [mci]

page buffer=1000000Tbps
load=1000000Tbps
download=1000000Tbps
save=1000000Tbps
back=1000000Tbps
search=1000000Tbps
sound=1000000Tbps
webcam=1000000Tbps
voice=1000000Tbps
faxmodemfast=1000000Tbps
update=1000000Tbps
[Ports]
COM1:=921600,n,8,1,p
COM2:=921600,n,8,1,p
COM3:=921600,n,8,1,p
COM4:=921600,n,8,1,p
COM5:=921600,n,8,1,p

14
Sytem-Notepad yang baru anda ubah tadi akan kelihatan seperti ini. Kemudian Save.

15
6. Be Faster 4.2

Ini adalah merupakan langkah yang terakhir untuk melajukan internet anda. Be Faster 4.2 akan menambah
beberapa lagi setting pada system windows yang mana agak sukar untuk dilakukan secara manual.
Software ini ada saya sertakan sekali bersama dengan ebook ini

6.1 Install software tersebut, pilih Standard Users. Kemudian klik lah mengikut jenis sambungan
internet yang anda gunakan. Kebanyakan dari kita menggunakan “cable/dsl, broadband”, jadi klik
pada ruangan tersebut.

16
6.2 Klik “Normal setting” kemudian tekan “Optimize setting”. Kotak dialog akan keluar untuk restart
computer anda, klik ok.

Apabila computer anda telah restart semula, maka selesai lah langkah-langkah untuk melajukan
sambungan internet anda. Sekarang saya jamin, selepas anda melakukan kesemua 6 langkah di atas,
anda akan dapati sambungan internet anda akan menjadi semakin laju. Sila bandingkan test speed
sebelum dan selepas anda lakukan kaedah ini.

Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah berhubung langkah-langkah seperti yang ditunjukkan di
atas, sila hubungi saya di alamat email klpatriot@gmail.com

Sekian.

17

Anda mungkin juga menyukai