Anda di halaman 1dari 28

Jurnal Pengajian Melayu - JOMAS, Jilid 33(2), 2022: 118-145

PERANCANGAN RAPI DALAM SILIR DAKSINA


DARI PERSPEKTIF PENDEKATAN PENGURUSAN

(IMMACULATE PLANNING IN “SILIR DAKSINA”


BASED ON THE MANAGEMENT APPROACH)

Mohamad Zuber Ismail


zuber77@iium.edu.my

Kulliyyah Bahasa dan Pengurusan


Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, Malaysia

Akhmal Hakim Mohamad


akhmalhakimmohamad@gmail.com

Akademi Pengajian Melayu


Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia

Arina Johari
arinajr@iium.edu.my

Kulliyyah Bahasa dan Pengurusan


Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, Malaysia

Received: 29th July 2021; Accepted: 10th May 2022; Published: 29th October 2022

Abstract

This study analyses a literary work using the Management Approach by Mohamad Mokhtar
Abu Hassan (2013). There are five principles under the approach: planning, leadership,
organising, staffing, and control. This paper focuses on the planning principle, which was based
on the Planning Dimension Model by Sara Beden (2018). It involves factors such as setting
objectives and formulating strategies. The principle was applied to the novel “Silir
Daksina” by Nizar Parman, which is included in the syllabus of the Literature Component
(KOMSAS) under the Ministry of Education (MOE) Malaysia for Sijil Persekolahan
Malaysia (SPM) students in Sarawak. Literary research and text analysis were used to achieve
the study‟s primary objectives of identifying and analysing the planning principle in the text.
Results proved that “Silir Daksina” is highly inclined towards the application of the principle
based on the Planning Dimension Model. The planning principles found in this novel are
significant, relevant and appropriate to be applied in literary material vis-à-vis the Management
Approach. The study proves that this novel can shape and nurture attitudes and identities,
especially in terms of good management in the minds of the young today. Thus, the analysis of a
novel on the perseverance and resilience of youth using the new approach in the field of literary
e ISSN 2735 – 1904 118
https://doi.org/10.22452/JOMAS.vol33no2.7
Jurnal Pengajian Melayu - JOMAS, Jilid 33(2), 2022: 118-145

criticism in Malaysia is deserving and relevant to be highlighted. In turn, the study hopes to
make a small contribution to the world of literary criticism and education in Malaysia.

Keywords: management approach, planning principle, planning dimension model, Silir Daksina
novel, KOMSAS

Abstrak

Kajian ini menekuni sebuah karya sastera menggunakan satu pendekatan yang
telah diketengahkan dalam dunia kritikan sastera tanah air, iaitu Pendekatan Pengurusan
oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013). Terdapat lima prinsip bawah Pendekatan
Pengurusan, iaitu Perancangan, Kepimpinan, Pengorganisasian, Penstafan dan Kawalan.
Kajian ini memfokuskan prinsip pertama, iaitu Prinsip Perancangan. Prinsip Perancangan
ini dianalisis berdasarkan Model Dimensi Perancangan yang diperkenalkan oleh Sara Beden
(2018), iaitu (i) menetapkan objektif, (ii) membentuk strategi (iii) kajian semula strategi (iv)
memilih strategi dan, (v) pencapaian objektif. Prinsip Perancangan ini diterapkan dalam
novel Silir Daksina (2015) hasil karya Nizar Parman yang telah diangkat dalam sukatan
pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bawah Komponen Sastera
(KOMSAS) bagi pelajar Sijil Persekolahan Malaysia (SPM) untuk Zon Sarawak. Kaedah
kepustakaan dan kaedah analisis teks diaplikasikan bagi mencapai objektif utama kajian, iaitu
mengenal pasti dan menganalisis Prinsip Perancangan yang terdapat dalam teks tersebut. Hasil
dapatan kajian membuktikan bahawa Silir Daksina memperlihatkan kecenderungan yang tinggi
dalam pengaplikasian prinsip perancangan berdasarkan Model Dimensi Perancangan. Prinsip
Perancangan yang terdapat dalam novel ini amat signifikan, relevan dan bertepatan untuk
diaplikasikan dalam bahan sastera menggunakan Pendekatan Pengurusan. Kajian ini jelas
membuktikan bahawa karya sastera ini mampu membentuk dan menyemai satu sikap dan
jati diri khususnya dalam aspek pengurusan yang baik dalam kalangan jiwa generasi muda hari
ini. Impaknya, novel yang bertemakan kegigihan dan kecekalan anak muda ini yang
diterapkan menggunakan satu pendekatan baharu dalam dunia kritikan sastera di Malaysia
adalah sesuatu yang wajar dan relevan untuk diketengahkan dan seterusnya dapat
memberikan satu sumbangan yang kecil dalam dunia kritikan sastera tanah air dan pendidikan
di Malaysia.

Kata Kunci: Pendekatan pengurusan, prinsip perancangan, model dimensi perancangan, novel,
Silir Daksina, KOMSAS

Pengenalan
Perancangan merupakan satu entiti yang sangat penting untuk merealisasikan matlamat sesuatu
pemikiran dan tindakan. Perancangan memerlukan pemikiran yang mendalam yang di dalamnya
terangkum daya kreativiti, imaginasi dan pengamatan yang difikirkan dan dilantunkan oleh
watak untuk merealisasikan objektif yang telah dibentuk. Azman Che Omar (2003, p. 77),
mentakrifkan perancangan sebagai satu proses menentukan objektif yang dikehendaki dan
seterusnya membina strategi-strategi tindakan yang sesuai serta terbaik dengan mengambil kira
119
e ISSN 2735 – 1904
https://doi.org/10.22452/JOMAS.vol33no2.7
Jurnal Pengajian Melayu - JOMAS, Jilid 33(2), 2022: 118-145

faktor-faktor dalaman organisasi dan persekitaran luaran yang akan mempengaruhi sesebuah
organisasi untuk mencapai objektif tersebut. Pandangan ini juga selari dengan takrifan yang
diketengahkan oleh Harold Koontz & Heinz Weihrich (1997, p. 4), iaitu pengurusan merupakan
proses merancang dan memelihara persekitaran apabila individu, bekerjasama dalam kumpulan,
mencapai matlamat terpilih dengan berkesan. Seterusnya, perancangan merupakan penentuan
tentang perkara yang hendak dilakukan, kaedah pelaksanaannya dan pihak yang akan menjadi
pelaksana (Jaafar Muhamad, 1999, p. 39).
Hasil garapan idea dan kompilasi takrifan yang diketengahkan telah melahirkan dan
mencetuskan satu idea dan pemikiran baharu oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013) yang
telah memperkenalkan satu pendekatan baharu dalam dunia kritikan sastera tanah air, iaitu
Pendekatan Pengurusan. Menurut Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013), pendekatan ini
mengandungi rumusan dan formula yang berupa prinsip-prinsip pengurusan yang dapat
diaplikasikan dalam karya sastera tradisional atau teks moden. Perkara ini jelas dibuktikan
melalui pengaplikasian Pendekatan Pengurusan dalam karya-karya moden bawah Komponen
Kesusasteraan (KOMSAS) dalam Sukatan Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan . Hal ini
dapat ditelusuri melalui penerapan prinsip-prinsip pengurusan oleh Mohamad Mokhtar Abu
Hassan (2016) menerusi novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur (1982) karya Keris Mas,
cerpen Sebuah Khemah Didirikan (1962) oleh Usman Awang, novel Haruman Kencana (2004)
karya Zaharah Nawawi dan Di Sebalik Sirat Makna (2012) karya Abang Median Abang Said.
Impaknya, teks-teks yang diangkat dalam sukatan Kementerian Pendidikan Malaysia bawah
KOMSAS tersebut telah jelas memperlihatkan kecenderungan yang tinggi dalam pengaplikasian
Pendekatan Pengurusan.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2003) menyatakan bahawa melalui KOMSAS, minat
dan keseronokan membaca, serta penghayatan terhadap bahan sastera dapat dipupuk dalam
kalangan pelajar tingkatan satu sehingga tingkatan lima. Memandangkan pembelajaran bahasa
Melayu menitikberatkan kepada kemahiran berbahasa serta aplikasinya dalam kehidupan,
KOMSAS merupakan bahagian lain pembelajaran bahasa yang bukan sahaja mengetengahkan
pembelajaran kemahiran berbahasa, malah memberi peluang kepada pelajar untuk
mengaplikasikan kemahiran tersebut. Di samping itu, KOMSAS juga merupakan satu pelantar
kepada pelajar untuk melakukan apresiasi sastera (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003). Hal
ini amat bertepatan dan signifikan dengan usaha yang diketengahkan untuk mengangkat kembali
warisan seni sastera Melayu dalam persada pendidikan tanah air.
Secara umumnya kajian ini akan menjelaskan secara rinci idea-idea dan pemikiran dalam
pencapaian sesuatu objektif menggunakan prinsip perancangan bawah Pendekatan Pengurusan
yang diketengahkan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan. Secara khususnya, kajian ini
bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis dimensi-dimensi perancangan dalam novel
Silir Daksina (2015) menggunakan Model Dimensi Perancangan.

Sorotan Kajian
Mohamad Mokhtar Abu Hassan telah mengetengahkan Pendekatan Pengurusan dalam
pembentangan kertas kerja yang bertajuk “Pendekatan Pengurusan: Satu Metode dalam Kritikan
Sastera” menerusi syarahan perdana yang dianjurkan oleh Akademi Pengajian Melayu (APM),
120
e ISSN 2735 – 1904
https://doi.org/10.22452/JOMAS.vol33no2.7
Jurnal Pengajian Melayu - JOMAS, Jilid 33(2), 2022: 118-145

Universiti Malaya bertempat di Dewan Semarak, APM telah berlangsung pada 4 Ogos 2016.
Menerusi syarahan perdana ini Mohamad Mokhtar Abu Hassan telah menjelaskan kepentingan
untuk mengetengahkan satu pendekatan baharu dalam dunia kritikan sastera dan berkongsi idea
serta kajian yang telah beliau lakukan terhadap genre sastera tradisional dan moden dengan
mengaplikasikan prinsip-prinsip pengurusan semenjak tahun 2013. Syarahan perdana ini
merupakan satu usaha dan alternatif beliau sebagai satu platform dan medium untuk
mengetengahkan pendekatan pengurusan ini kepada para ilmuwan dan sarjana sastera.
Kajian Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013), dalam kertas kerja yang dibentangkan
dalam Seminar Bahasa dan Kekuasaan Melayu di Universiti Perguruan Sultan Idris, bertajuk
“Pendekatan Pengurusan: Satu Metode dalam Kritikan Sastera” telah meneliti cerita-cerita
rakyat berdasarkan Pendekatan Pengurusan. Kajian ini mengkaji Pendekatan Pengurusan
berlandaskan Prinsip Perancangan dengan membataskan perbincangan berdasarkan dua buah
cerita rakyat, iaitu “Sang Kancil dan Buaya” dan “Lebai Malang”. Kertas kerja yang sama turut
mengupas persoalan pengurusan dalam cerpen yang bertajuk “Di Sebalik Tirai Makna”, hasil
karya Awang Said Mokhtar. Kajian tersebut mengetengahkan Pendekatan Pengurusan
berdasarkan Prinsip Pengorganisasian dan Prinsip Penstafan.
Sambutan terhadap kajian Pendekatan Pengurusan mula mendapat perhatian menerusi
kajian-kajian yang telah dilaksanakan. Antara pengkaji yang menerapkan Pendekatan
Pengurusan dalam kajian ialah Mohamad Zuber Ismail et al. (2014), dalam kertas kerja yang
bertajuk “Prinsip Perancangan: Penelitian berdasarkan Cerita-cerita Rakyat” yang telah
diterbitkan dalam prosiding International Conference in Commemoration of the 50th
Anniversary of the Department of Malay-Indonesian Studies, Hankuk University of Foreign
Studies. Berdasarkan kajian tersebut, Mohamad Zuber Ismail et al. (2014) menganalisis Koleksi
366 Cerita Rakyat Melayu hasil karya Othman Puteh dan Aripin Said. Seterusnya, kajian yang
mengaplikasikan Pendekatan Pengurusan diteruskan lagi oleh Mohamad Zuber Ismail, Mohamad
Mokhtar Abu Hassan, et al. (2015) dalam kajian bertajuk “Keintelektualan Pemikiran Melayu
dalam Cerita Lipur Lara: Penelitian Awal berdasarkan Perspektif Pendekatan Pengurusan” yang
turut memperlihatkan pengaplikasian Prinsip Kepimpinan dan Prinsip Perancangan.
Berikutnya, kajian mengenai Pendekatan Pengurusan ditelah diterbitkan dalam Journal of
Malay Studies (JOMAS) oleh Mohamad Zuber Ismail et al. (2015) yang bertajuk “Hikayat
Awang Sulung Merah Muda dari Perspektif Pendekatan Pengurusan”. Kajian tersebut
menggunakan Pendekatan Pengurusan dengan memberi fokus terhadap Prinsip Kepimpinan.
Kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks merupakan dua kaedah yang diaplikasikan dalam
kajian ini. Objektif utama kajian tersebut adalah untuk menganalisis Prinsip Kepimpinan yang
digunakan dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda. Hasil analisis memperlihatkan Prinsip
Kepimpinan dalam hikayat tersebut amat dominan dan signifikan dalam menggambarkan
pengurusan kepimpinan bertitik tolak daripada analisis terhadap struktur karya. Pengurusan
kepimpinan tersebut menyerlah daripada dasar dan mekanisme pentadbiran yang berwawasan
dan berpandangan jauh, berjiwa rakyat, kebijaksanaan dan kesantunan berkomunikasi serta
bersemangat waja. Secara kesimpulannya, Prinsip Kepimpinan yang dipaparkan dalam Hikayat
Awang Sulung Merah Muda dapat mengangkat aspek pengurusan dalam teks karya sastera
tradisional sejak zaman tradisi lisan.

121
e ISSN 2735 – 1904
https://doi.org/10.22452/JOMAS.vol33no2.7
Jurnal Pengajian Melayu - JOMAS, Jilid 33(2), 2022: 118-145

Mohamad Zuber Ismail & Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2016) menerusi kajian
terbitan JOMAS telah mengemukakan satu pandangan baharu dalam dunia pengkajian
kesusasteraan yang rentas disiplin dengan ilmu pengurusan moden yang terdapat dalam cerita
lipur lara Melayu, iaitu “Dimensi Perancangan dalam Hikayat Malim Dewa: Kajian Pendekatan
Pengurusan”. Prinsip Perancangan ini dianalisis berdasarkan dimensi-dimensi perancangan, iaitu
dimensi menetapkan objektif, dimensi membentuk strategi, dimensi pilihan alternatif, dimensi
menilai langkah-langkah alternatif, dimensi memilih satu cara dan dimensi kajian semula ke arah
merealisasikan objektif yang disasarkan. Hasil analisis memperlihatkan Prinsip Perancangan
dalam Hikayat Malim Dewa signifikan menggambarkan perancangan bijak pemimpin yang
meneraju negara demi merealisasikan objektif yang disasarkan bertitik tolak daripada analisis
terhadap struktur karya. Pengurusan perancangan menyerlah daripada keberkesanan dimensi-
dimensi perancangan yang diaplikasikan watak dan ternyata prinsip tersebut memperlihatkan
kesignifikan sebagai landasan kajian. Kajian telah membuktikan bahawa Prinsip Perancangan
merupakan satu indikator penting dalam mengangkat kebijaksanaan pemikiran pemimpin. Secara
kesimpulannya, Prinsip Perancangan yang dipaparkan dalam Hikayat Malim Dewa
memperlihatkan kecenderungan yang tinggi dalam memperlihatkan satu ciri penting aspek
pengurusan dalam teks karya sastera tradisional
Sara Beden (2018) menerusi kajian terbitan jurnal Malay Literature bertajuk
“Perancangan Bestari Dalam Hikayat Khoja Maimun: Aplikasi Prinsip Perancangan Dalam
Pendekatan Pengurusan” telah menganalisis strategi penyelesaian masalah yang berhubung
dengan isu moral dalam prosa tradisional Hikayat Khoja Maimun. Dalam kajian ini, pengkaji
telah menggunakan Pendekatan Pengurusan memfokuskan prinsip perancangan. Dapatan
menjelaskan bahawa Bayan, iaitu watak utama dalam hikayat ini telah berjaya menyelesaikan
misinya, iaitu menghalang Bibi Zainab daripada berlaku curang terhadap suaminya, Bayan telah
berhasil membentuk strategi-strategi seperti pujian dan sokongan, teknik analogi peribadi,
bercerita atau berhikayat, pertanyaan, membuat kritikan dan sokongan, menarik perhatian dan
memberikan nasihat. Kombinasi strategi perancangan dalam menyelesaikan konflik yang
pelbagai dalam kajian ini telah memperlihatkan pemikiran watak utama yang kritis dan kreatif
dalam menyelesaikan sesuatu isu.
Saravanan P. Veeramuthu (2019) melalui kajiannya dalam Asian People
Multidisciplinary Social Sciences Journal yang bertajuk, “Kepemimpinan dalam Novel Perang
Sangkil: Satu Bacaan Pendekatan Pengurusan” menggunakan Pendekatan Pengurusan yang
diterapkan dalam novel Perang Sangkil (2007) dengan memberi tumpuan kepada Prinsip
Kepimpinan bawah Dimensi Pentadbiran. Hasil dapatan menunjukkan bahawa, ciri kepimpinan
Dirik yang kental, berkarisma, bijak dan berwawasan demi melindungi keselamatan masyarakat
Orang Asli jelas memaparkan dimensi pentadbiran yang sangat cekap dan sistematik. Seluruh
masyarakat Orang Asli berasa amat terancam dengan peperangan yang berlaku, namun teknik
kepemimpinan yang matang daripada pemimpin dan ketahanan mental yang kuat telah
membuktikan bahawa mereka berjaya menepis cabaran serangan yang dahulunya telah
menghancurkan masa depan Orang Asli pada era 1870-an.
Akhmal Hakim Mohamad (2019) dalam kajiannya yang bertajuk, “Perancangan dalam
novel Mengukir Larut berdasarkan Pendekatan Pengurusan” menganalisis peristiwa-peristiwa
terpilih yang memperlihatkan kehadiran Prinsip Perancangan. Analisis dapatan kajian
122
e ISSN 2735 – 1904
https://doi.org/10.22452/JOMAS.vol33no2.7
Jurnal Pengajian Melayu - JOMAS, Jilid 33(2), 2022: 118-145

membuktikan bahawa novel Mengukir Larut (2016) menonjolkan penggunaan Prinsip


Perancangan secara dominan berdasarkan peristiwa-peristiwa yang dikaji. Penganalisisan
berdasarkan peringkat-peringkat yang telah diketengahkan bawah Prinsip Perancangan juga
memperlihatkan kecenderungan yang tinggi dalam pengaplikasiannya.
Pendekatan Pengurusan menuntut kemahiran daya fikir, kreativiti dan integriti yang
tinggi dalam merealisasikan sesebuah matlamat individu dan organisasi. Berdasarkan kajian-
kajian lepas yang dibincangkan, didapati bahawa korpus kajian bagi penelitian berdasarkan
Pendekatan Pengurusan adalah lebih tertumpu kepada korpus bercorak cerita-cerita rakyat,
sejarah dan hikayat. Justeru, penggunaan korpus kajian yang bergenre moden dan fiksyen kurang
mendapat perhatian pengkaji sastera. Oleh itu, bagi membuktikan kerelevanan pengaplikasian
Pendekatan Pengurusan, maka novel KOMSAS kontemporari dengan jalan cerita yang moden,
iaitu Silir Daksina (2015) dipilih sebagai korpus kajian.
Tambahan pula, berpandukan kajian oleh Sara Beden (2018), didapati bahawa
penstrukturan semula terhadap dimensi dalam Prinsip Perancangan mempermudah pemahaman
dan analisis korpus menggunakan pendekatan tersebut. Hal ini dibuktikan melalui pembentukan
semula pendekatan tersebut menjadi Model Dimensi Perancangan (MDP). Berdasarkan MDP,
telah dibuktikan bahawa pendekatan pengurusan memerlukan daya usaha dan pemikiran yang
tinggi untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan dan isu yang timbul dengan menggunakan
idea-idea dan strategi yang bijak, relevan, sistematik dan efisien dalam penyempurnaan matlamat
yang disasarkan. Oleh itu, bagi menganalisis kajian, MDP akan diaplikasikan bagi memugar
peristiwa perancangan yang terkandung dalam novel Silir Daksina (2015).

Metodologi Kajian
Makalah ini telah menerapkan kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks. Melalui penelitian
teks tersebut, proses pembacaan secara rinci telah dilakukan bagi mengenal pasti struktur yang
bertepatan dengan Model Dimensi Perancangan oleh Sara Beden 2018 bawah Prinsip
Perancangan. Kupasan terhadap korpus kajian memberi fokus terhadap struktur teks. Seterusnya,
penghuraian terhadap data dikupas dan dianalisis berpandukan isi kandungan teks.
Kajian ini meneliti novel Silir Daksina (2015) dengan memugar keseluruhan isi
kandungan yang memperlihatkan kehadiran Prinsip Perancangan. Makalah ini memfokuskan
Prinsip Perancangan, iaitu prinsip pertama dalam Pendekatan Pengurusan. Prinsip Perancangan
ini dianalisis berdasarkan Model Prinsip Perancangan, iaitu (i) menetapkan objektif, (ii)
membentuk strategi (iii) kajian semula strategi (iv) memilih strategi dan, (v) pencapaian objektif.
Oleh itu, dalam bahagian yang seterusnya, dihuraikan mengenai Pendekatan Pengurusan dan
Model Dimensi Perancangan untuk pemahaman mengenai kerangka teoretis yang menjadi
tunjang kajian.

Pendekatan Pengurusan
Pendekatan Pengurusan mengandungi lima prinsip, iaitu perancangan, kepimpinan,
pengorganisasian, penstafan dan kawalan (Mohamad Mokhtar Abu Hassan, 2013). Prinsip-
123
e ISSN 2735 – 1904
https://doi.org/10.22452/JOMAS.vol33no2.7
Jurnal Pengajian Melayu - JOMAS, Jilid 33(2), 2022: 118-145

prinsip tersebut diklasifikasikan melalui beberapa dimensi dan peringkat tertentu untuk
pengaplikasian bahan sastera. Pendekatan ini dirumuskan dalam Rajah 1 yang berikut:

Rajah 1: Pendekatan Pengurusan (2013)

Oleh itu, bagi tujuan analisis, kajian akan memfokuskan kepada satu prinsip sahaja, iaitu
prinsip perancangan. Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2016, p. 8) menyatakan bahawa
pengaplikasian bahan sastera prinsip perancangan dapat diteliti berdasarkan peringkat-peringkat
perancangan, iaitu (i) Menetapkan objektif, (ii) Membentuk strategi, (iii) Pilihan alternatif, (iv)
Menilai langkah-langkah alternatif, (v) Memilih satu cara dan (vi) Kajian semula. Peringkat-
peringkat perancangan ini merupakan satu entiti yang sangat penting untuk merealisasikan
matlamat sesuatu pemikiran dan tindakan. Perincian bagi Prinsip Perancangan
diteliti berdasarkan peringkat-peringkat perancangan seperti dalam Rajah 2 yang berikut, iaitu:

124
e ISSN 2735 – 1904
https://doi.org/10.22452/JOMAS.vol33no2.7
Jurnal Pengajian Melayu - JOMAS, Jilid 33(2), 2022: 118-145

Rajah 2: Peringkat-Peringkat Perancangan

Peringkat-peringkat perancangan tersebut merupakan kayu pengukur yang digunakan


untuk meneliti pemikiran-pemikiran watak dalam sesebuah organisasi untuk mencapai matlamat
dan visi yang disasarkan. Pengaplikasian peringkat-peringkat perancangan ini amat signifikan
dan relevan untuk memperjelas kreativiti, kredibiliti dan integriti watak dalam melakukan proses
transmisi pemikiran dan tindakan daripada satu peringkat ke satu peringkat dalam memenuhi
objektif yang ditetapkan. Aplikasi peringkat-peringkat perancangan amat signifikan dan efisien
dalam meneliti, menguji dan menganalisis teks-teks kajian berdasarkan Prinsip Perancangan
bawah Pendekatan Pengurusan ini. Walau bagaimanapun, perancangan sahaja tidak memadai
sekiranya tidak disusuli dengan strategi-strategi yang bijak untuk mencapai objektif. Oleh itu,
perancangan merupakan satu mekanisme penting yang harus ada untuk memastikan matlamat
yang dibentuk boleh dicapai bertitik tolak daripada usaha dan tindakan yang diambil untuk
mencapai objektif yang telah direncanakan.

Model Dimensi Perancangan


Analisis dalam makalah ini dilaksanakan melalui pengaplikasian Model Dimensi Perancangan
oleh Sara Beden (2018). MDP baharu ini telah melalui proses pengekalan, penggabungan dan
penambahan peringkat-peringkat perancangan yang telah diperkenalkan oleh Mohamad Mokhtar
Abu Hassan (2013) bawah Prinsip Perancangan. Sara Beden (2018, p. 77) menjelaskan dan
memperincikan bahawa model baharu tersebut terbentuk daripada tiga proses, iaitu pengekalan,
penggabungan dan penambahan berpandukan enam dimensi dalam prinsip perancangan. Dimensi
1 dan Dimensi 2 dalam model tersebut dikekalkan atas faktor kedua-duanya adalah wajib. Hal ini
bertujuan memastikan perancangan menjadi lebih sistematik. Kedua-dua dimensi tersebut

125
e ISSN 2735 – 1904
https://doi.org/10.22452/JOMAS.vol33no2.7
Jurnal Pengajian Melayu - JOMAS, Jilid 33(2), 2022: 118-145

menuntut berlakunya proses berfikir aras tinggi dalam diri individu bagi menetapkan objektif dan
membentuk strategi penyelesaian masalah berdasarkan isu yang wujud.
Walau bagaimanapun, melalui proses penggabungan, Dimensi 3, Dimensi 4 dan Dimensi
6 telah digabungkan menjadi Dimensi 3 sahaja. Penggabungan tersebut dilaksanakan setelah
meneliti faktor bahawa ketiga-tiga dimensi tersebut sinonim dan relevan dikombinasikan agar
tidak berlaku pertindihan dari segi pengaplikasian dimensi. Tambahan pula, kedudukan Dimensi
6, iaitu kajian semula adalah kurang relevan dan lebih wajar diletakkan dalam Dimensi 3 agar
Dimensi 2 dapat dikaji keberkesanannya. Bagi Dimensi 5 pula, masih dikekalkan, namun
kedudukannya diubah menjadi Dimensi 4, iaitu memilih strategi dalam MDP. Dimensi 5 telah
ditambah dalam MDP bertujuan untuk menilai Dimensi 1, 2, 3 dan 4, dan memastikan strategi
perancangan dapat mencapai objektif. MDP yang terbentuk hasil daripada tiga proses tersebut
dipaparkan dalam Rajah 3.

Rajah 3: Model Dimensi Perancangan (Diadaptasi daripada Sara Beden, 2018, p. 78)

Sara Beden (2018, p. 78) menjelaskan bahawa perancangan harus bermula dengan
Dimensi 1, iaitu menetapkan objektif atau tujuan yang hendak dicapai untuk menyelesaikan
sesuatu isu atau masalah dengan andaian sesuatu isu memang wujud. Kemudian perancangan
tersebut diteruskan dengan Dimensi 2, iaitu pembentukan strategi yang diaplikasikan untuk
menyelesaikan masalah yang wujud. Seterusnya, Dimensi 3 merupakan proses mengkaji semula
strategi yang telah dibentuk dan diaplikasikan dalam Dimensi 2. Penilaian semula strategi yang
telah dibentuk dilaksanakan bagi memastikan sama ada strategi tersebut berkesan atau
sebaliknya. Jika strategi tersebut berkesan, maka akan digunakan dan diperkukuh untuk
menyelesaikan isu, selain mencapai objektif yang telah ditetapkan dalam Dimensi 1. Jika strategi
dalam Dimensi 2 yang telah dikaji semula dalam Dimensi 3 tersebut adalah relevan, maka
strategi tersebut akan dipilih kerana kerelevanan dalam perancangan untuk menyelesaikan
masalah. Akhir sekali, Dimensi 5, iaitu pencapaian objektif ditambah dalam MDP supaya
penilaian dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik.

126
e ISSN 2735 – 1904
https://doi.org/10.22452/JOMAS.vol33no2.7
Jurnal Pengajian Melayu - JOMAS, Jilid 33(2), 2022: 118-145

Oleh itu, peristiwa perancangan yang dianalisis dalam kajian ini menggunakan MDP
seperti yang telah diperkenalkan oleh Sara Beden (2018) bertitik tolak daripada pengubahsuaian
terhadap Prinsip Perancangan dalam Pendekatan Pengurusan (Mohamad Mokhtar Abu Hassan,
2013) bagi menghuraikan perancangan rapi dalam novel Silir Daksina (2015).

Bahan Kajian
Novel Silir Daksina merupakan novel pertama nukilan Md Nizar Parman atau nama penanya
Nizar Parman dan telah diterbitkan oleh Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. pada
tahun 2015. Penulisan yang prolifik dan tema yang digarap telah menyebabkan novel ini
diangkat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi subjek Bahasa Melayu bawah Komponen
Sastera (KOMSAS) untuk Sijil Pelajaran Malaysia bagi Zon Sarawak. Novel yang merupakan
hasil cetusan idea dan ilham pertama Nizar Parman ini telah memenangi tempat kedua kategori
novel remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan – Exxon Mobil pada tahun 2009.
Novel Silir Daksina dipilih sebagai korpus kajian kerana memaparkan kecenderungan
yang tinggi dalam pengaplikasian prinsip perancangan. Perkara ini dibuktikan melalui jalan
cerita novel yang mengandungi peristiwa-peristiwa penyelesaian masalah dan konflik yang
dihadapi oleh watak dalam novel tersebut. Berdasarkan peristiwa-peristiwa tersebut, watak-
watak dilihat telah melaksanakan penyelesaian masalah dan konflik yang dihadapi dengan
strategi yang telah dirancang. Oleh itu, pemilihan Silir Daksina sebagai korpus kajian adalah
bagi menilai keberkesanan strategi yang diambil melalui perancangan yang dianalisis
berdasarkan MDP.

Pengklasifikasian Data Kajian


Bagi menganalisis perancangan bestari yang terkandung dalam novel Silir Daksina, kajian ini
akan memfokuskan kepada data yang melibatkan watak utama, iaitu Haiqal Hakimi dan watak
sampingan, iaitu Tauke Ong (Tauke Lim). Data tersebut dipilih berdasarkan kehadiran prinsip
perancangan dan telah diklasifikasikan sebagai peristiwa perancangan. Peristiwa perancangan
yang dipilih menepati dimensi perancangan 1 sehingga 4. Jadual 1 yang berikut
memaparkan klasifikasi peristiwa perancangan dalam novel Silir Daksina, iaitu:
Jadual 1: Klasifikasi Peristiwa Perancangan dalam Novel Silir Daksina
Peristiwa Perancangan (PP) Tajuk Peristiwa
PP 1 Peristiwa Perancangan Haiqal Menjejak Kampung
Ayahnya.
PP 2 Peristiwa Perancangan Haiqal Menganjurkan
Persembahan Tarian Zapin Jincat di Kampung Seri
Purnama.
PP 3 Peristiwa Perancangan Tauke Lim (Tauke Ong)
Mencari Nafkah ketika Memulakan Hidup Baharu
di Johor.

127
e ISSN 2735 – 1904
https://doi.org/10.22452/JOMAS.vol33no2.7
Jurnal Pengajian Melayu - JOMAS, Jilid 33(2), 2022: 118-145

Analisis Perancangan Rapi dalam Novel Silir Daksina


Berdasarkan Jadual 1, terdapat tiga peristiwa perancangan yang telah dikenal pasti mengandungi
prinsip-prinsip perancangan. Peristiwa perancangan tersebut ialah PP1, PP2 dan PP3. Analisis
bagi setiap peristiwa perancangan adalah seperti yang berikut:

PP 1 – Peristiwa Perancangan Haiqal Hendak Menjejak Kampung Ayahnya


Berdasarkan PP 1, Haiqal telah membuat perancangan rapi bagi menjejaki asal usul dan
mengenal keperibadian ayah kandungnya, iaitu Abdullah bin Kayan. Perancangan rapi yang
diaplikasikan oleh Haiqal digambarkan menerusi Jadual 2 yang berikut:

Jadual 2: Perancangan Rapi dalam PP 1


Dimensi Perancangan Peristiwa Perancangan
Dimensi 1: Haiqal bertekad untuk menjejaki asal usul dan
Menetapkan Objektif menekuni keperibadian ayah kandung akibat
perceraian yang berlaku dalam keluarganya.
Dimensi 2: Menghayati manuskrip yang telah ditulis oleh
Membentuk Strategi ayahnya berulang-ulang kali.
Mendapatkan pandangan daripada kawan baiknya,
iaitu Ratna tentang niatnya untuk pergi ke Johor.
Mendapatkan persetujuan dan restu daripada umi dan
walid tentang hasrat dan keinginannya untuk ke Johor.
Menggunakan teknik pemujukan kepada ibu dan
walidnya agar dapat meyakinkan mereka dan
memberikan kebenaran kepada Haiqal untuk ke Johor.
Memperkukuh teknik pemujukan dengan teknik imbas
kembali peristiwa yang berlaku antara ibu dan
ayahnya. Teknik ini didapati memperlihatkan
kebijaksanaan Haiqal memainkan emosi dan perasaan
ibunya.
Dimensi 3: Haiqal mendapati bahawa strategi menghayati
Kajian Semula manuskrip, mendapatkan pandangan dan nasihat
Strategi daripada kawan baik, mendapatkan persetujuan umi
dan walid, menggunakan teknik pemujukan dan
teknik imbas kembali yang diaplikasikannya berkesan
kerana telah membuatkan ibunya berasa bersalah lalu
membenarkannya pergi ke Johor.
Dimensi 4: S1 – Menghayati manuskrip.
Memilih Strategi S2 – Mendapatkan pandangan dan nasihat daripada
kawan baik.
S3 – Mendapatkan persetujuan umi dan walid.
128
e ISSN 2735 – 1904
https://doi.org/10.22452/JOMAS.vol33no2.7
Jurnal Pengajian Melayu - JOMAS, Jilid 33(2), 2022: 118-145

S4 – Menggunakan teknik pemujukan.


S5 – Menggunakan teknik imbas kembali.
Dimensi 5: Haiqal berjaya mencapai objektif.
Pencapaian Objektif

Berdasarkan Dimensi 1, watak Haiqal telah menetapkan objektifnya, iaitu bertekad untuk
menjejaki asal usul dan menekuni keperibadian ayah kandung akibat perceraian yang berlaku
dalam keluarganya. Usaha Haiqal untuk ke Johor adalah sesuatu yang yang mencabar kerana
memerlukan dirinya bersedia dalam aspek mental, fizikal dan kewangan. Oleh itu, bagi mencapai
objektif, Haiqal telah membentuk lima strategi, iaitu (i) S1 – Menghayati manuskrip, (ii) S2 –
Mendapatkan pandangan kawan baik, (iii) S3 – Mendapatkan persetujuan umi dan walid, (iv) S4
– Menggunakan teknik pemujukan dan (v) S5 – Menggunakan teknik imbas kembali.
Strategi pertama, iaitu menghayati manuskrip (S1) telah dipilih oleh Haiqal sebagai
langkah pertama mencapai objektifnya. Penghayatan terhadap manuskrip yang telah dikarang
oleh ayahnya adalah penting kerana dalam manuskrip tersebut mengandungi kisah hidup,
perwatakan, ketokohan dan kepimpinan ayah kandungnya. Dalam manuskrip tersebut, ayahnya
telah menggambarkan kesunyian dan kesedihan yang terpaksa dialami tanpa kehadiran Haiqal.
Ayahnya turut menceritakan tentang punca perceraian yang berlaku dalam rumah tangganya. Di
samping itu, manuskrip itu juga menceritakan tentang kampung asal ayahnya dan beberapa orang
penting di kampung tersebut. Walau bagaimanapun, ayah Haiqal telah menggunakan nama
watak yang berlainan dengan orang sebenar dan hal ini menyukarkan Haiqal untuk mengenal
pasti orang tersebut. Sebagai contoh, nama ayahnya, iaitu Abdullah bin Kayan telah digantikan
dengan nama Amirul Nizam. Oleh itu, penghayatan terhadap manuskrip telah dilakukan oleh
Haiqal dengan membaca manuskrip tersebut berulang-ulang kali. Tujuan utama Haiqal
membacanya berulang-ulang kali adalah supaya dirinya tahu dan dapat menyelami secara
terperinci tentang perwatakan ayah kandung, kisah-kisah dan orang-orang penting yang berada di
kampung tersebut. Peristiwa Haiqal membentuk strategi dengan membaca manuskrip ayahnya
adalah seperti dalam petikan yang berikut:
Cuma, sekarang ni aku sedang menghayati manuskrip ayah aku, Ratna.
Rasanya seperti ada sesuatu yang hendak diungkapkan olehnya,” jelas Haiqal.

(Silir Daksina, 2015, p. 13)

Setelah menghayati manuskrip tersebut, Haiqal telah membentuk strategi kedua, iaitu
mendapatkan pandangan dan nasihat daripada kawan baiknya (S2) yang bernama Ratna. Hal ini
kerana menurut Haiqal, Ratna sahajalah yang memahami dirinya dan merupakan kawan yang
paling dipercayainya. Berdasarkan S2, Haiqal meminta pandangan daripada Ratna tentang
keinginannya untuk ke Johor. Setelah memaklumkan kepada Ratna akan keinginannya tersebut,
Ratna menyatakan bahawa dirinya tidak menghalangi niat Haiqal untuk ke Johor. Bahkan, Ratna
telah menasihati Haiqal supaya memaklumkan keinginannya untuk ke Johor kepada umi dan
walidnya. Di samping itu, Ratna juga menasihati Haiqal supaya tidak terlalu mengikut perasaan
apabila bercakap dengan uminya. Peristiwa Haiqal mendapatkan pandangan daripada Ratna
berserta nasihat Ratna kepada Haiqal dapat ditelusuri dalam petikan berikut:
129
e ISSN 2735 – 1904
https://doi.org/10.22452/JOMAS.vol33no2.7
Jurnal Pengajian Melayu - JOMAS, Jilid 33(2), 2022: 118-145

Kepada Ratna pula, turut diluahkan keinginan hatinya yang memuncak itu.
Ketika itu, dia percaya hanya Ratna yang akan memahami.
“Kalau itu yang boleh membuatkan kau berasa tenang dan bahagia, kau
pergilah, Qal.

(Silir Daksina, 2015, p. 114 - 115)

“Aku harap kau akan hadapi semua ini dengan tabah, Qal. Aku tahu kau kuat.
Tiada sesiapa yang boleh menghalang keinginan engkau ketika ini. Jangan
terlalu mengikutkan perasaan apabila bercakap dengan umi nanti,” pesan
Ratna.

(Silir Daksina, 2015, p. 118 - 119)

Berikutnya, setelah mendapatkan pandangan dan nasihat (S2) daripada Ratna, Haiqal
meneruskan strateginya dengan mendapatkan persetujuan daripada umi dan walid (S3). Strategi
ini telah dilakukan oleh Haiqal setelah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada Ratna.
Selain itu, strategi tersebut adalah penting kerana sebagai seorang anak yang masih lagi berada
bawah tanggungan ibu bapa, Haiqal mestilah mendapatkan persetujuan daripada umi dan walid.
Berdasarkan strategi tersebut, secara tidak langsung membuktikan bahawa Haiqal amat
mempercayai Ratna dan mengikuti nasihat-nasihat yang telah diberikan serta Haiqal merupakan
anak yang baik. Strategi ketiga tersebut dilaksanakan oleh Haiqal setelah peristiwa dirinya
berjumpa dengan Ratna. Walau bagaimanapun, strategi mendapatkan persetujuan umi dan walid
menemui jalan buntu apabila umi tidak mempersetujui akan keinginan Haiqal untuk ke kampung
ayahnya. Peristiwa ini digambarkan seperti yang berikut:
“Err ... along nak ke Johor malam esok,” jelas Haiqal kepada uminya.
Kemudian, dia menundukkan wajahnya.
Tentu sahaja perkara itu mengejutkan uminya. “Ke Johor? Along nak buat
apa? Bukan ada apa-apa di sana!” kata umi dengan suara yang agak tinggi. Ia
seperti sudah dijangka.
“Along nak pergi ke kampung arwah ayah.”
“Ke tempat ayah? Apa yang merasuk fikiran along ni? Cakap dengan umi,
tidak cukupkah apa yang umi berikan kepada along selama ini? Tidak
cukupkah?” jerkah uminya. Biji matanya terjegil. Wajahnya merah padam.
Dadanya turun naik.
“Along, ayah along dah tujuh tahun meninggal. Harapan apa lagi? Dah,
lupakan sahaja hasrat along tu,” tingkah uminya.

(Silir Daksina, 2015, p. 120)

Seterusnya, setelah S3 hampir menemui jalan buntu, Haiqal meneruskan strateginya


dengan menggunakan teknik pemujukan (S4). Teknik pemujukan tersebut dilakukan dengan
kelembutan ketika berbicara (seperti nasihat Ratna dalam S2) dan meyakinkan umi dan walid
130
e ISSN 2735 – 1904
https://doi.org/10.22452/JOMAS.vol33no2.7
Jurnal Pengajian Melayu - JOMAS, Jilid 33(2), 2022: 118-145

tentang niatnya untuk ke Johor. Meskipun pada ketika itu uminya kelihatan sangat marah, Haiqal
tetap mengambil pendekatan memujuk dengan lemah lembut. Strategi yang keempat tersebut
dinyatakan dalam petikan berikut:

“Tapi, umi ... along mesti ke sana juga. Banyak perkara yang perlu along
ketahui. Along dah besar, umi,” tegas Haiqal.
“Apa lagi yang along nak selesaikan? Cakap dengan umi. Along mesti
terima hakikat, ayah along sudah meninggal.”
“Memanglah ayah sudah meninggal, umi. Along tahu, ada sesuatu yang
ditinggalkan buat along di sana. Selama ni, along tak kenal ayah along
sendiri. Ayah meninggal sebab apa pun, along tak tahu. Bagi umi, semuanya
rahsia. Apa dosa ayah, umi?”
“Kenapa along ni degil sangat? Umi tak izinkan along pergi ke sana.
Faham!” suara uminya masih lagi berkeras.

(Silir Daksina, 2015, p. 122)

Walau bagaimanapun, S4 yang dilaksanakan oleh Haiqal juga tidak mendatangkan hasil.
Uminya masih lagi berkeras untuk membenarkan Haiqal untuk pergi ke Johor. Oleh itu, strategi
seterusnya yang telah diambil oleh Haiqal ialah menggunakan teknik imbas kembali (S5).
Teknik tersebut dilakukan oleh Haiqal bagi memperkukuhkan strategi-strategi sebelumnya.
Pengaplikasian terhadap strategi teknik imbas kembali memperlihatkan kebijaksanaan Haiqal
memainkan emosi dan perasaan uminya. Peristiwa perancangan Haiqal dengan S5 adalah seperti
berikut:
“Kalaupun along jadi seperti ayah, umi tidak ada hak untuk menafikan
hakikat itu. Darah siapa yang mengalir dalam diri along kalau bukan darah
ayah?” bentak Haiqal.
Uminya tersentak. Tidak diduga sama sekali Haiqal akan mengungkit
persoalan seumpama itu. Teringat dia akan kata-kata Abdullah bin Kayan
suatu ketika dahulu, selepas terjadi perpisahan itu.
“Awak jangan lupa, Rafiqah. Walau sejauh mana pun awal memisahkan
saya dengan Haiqal, ingatlah satu perkara. Dalam diri anak kecil itu, ada
darah saya yang mengalir. Suatu hakikat yang tidak akan mampu awak
menolaknya sampai bila-bila.”

(Silir Daksina, 2015, p. 123)

“Ayah buat begitu ada sebab, umi. Ayah hanya ingin menunaikan
tanggungjawab sebagai anak. Sebab itu dia mengambil keputusan untuk balik
ke sana. Umi yang pentingkan diri sendiri. Sepatutnya umi belajar memahami
ayah tetapi, umi biarkan ayah. Apabila ayah datang ke sini untuk menemui
along, apa umi buat? Tidakkah umi sedar?”
“Dari mana along tahu semua ni? Siapa yang cakap dengan along?”

131
e ISSN 2735 – 1904
https://doi.org/10.22452/JOMAS.vol33no2.7
Jurnal Pengajian Melayu - JOMAS, Jilid 33(2), 2022: 118-145

“Kenapa? Umi takut bila kesilapan umi akan terbongkar bukan! Bangkai
gajah, tentu tak boleh ditutup dengan nyiru, umi.

(Silir Daksina, 2015, 124)

Berdasarkan petikan-petikan tersebut, strategi Haiqal menggunakan teknik imbas kembali


(S5) didapati telah berjaya membuatkan ibunya rasa bersalah kerana telah menyembunyikan
kebenaran bahawa ibunya cuba untuk memisahkan Haiqal daripada ayah kandungnya.
Sementelahan, kejayaan S5 yang diterapkan oleh Haiqal adalah bertitik tolak daripada strategi
menghayati manuskrip (S1) yang telah ditekuni pada peringkat awal perancangan. Hasil
pembacaan terhadap manuskrip tersebut, Haiqal telah berjaya menimbulkan perasaan bersalah
dalam diri ibunya, lantas menyebabkan ibunya membenarkan Haiqal untuk ke Batu Pahat, Johor
meskipun terpaksa dan tidak direstui.
Berdasarkan Dimensi 3, Haiqal telah membuat kajian semula terhadap strategi-strategi
yang telah dibentuk dan diaplikasikannya dalam Dimensi 2. Strategi yang dilaksanakan oleh
Haiqal berjaya membuatkan ibunya rasa bersalah ketika pertengkaran mereka sehingga ibunya
memberikan kebenaran secara terpaksa kepadanya untuk ke Johor. Berdasarkan Dimensi 4,
Haiqal didapati telah memilih strategi menghayati manuskrip, mendapatkan pandangan dan
nasihat daripada kawan baik, mendapatkan persetujuan umi dan walid, menggunakan teknik
pemujukan dan teknik imbas kembali untuk pergi ke Johor bagi menjejak semula asal usul dan
keperibadian ayah kandungnya. Menerusi Dimensi 5 pula, strategi-strategi yang diaplikasikan
oleh Haiqal adalah berkesan kerana telah membantunya mencapai objektif.

PP 2 – Peristiwa Perancangan Haiqal Menganjurkan Persembahan Tarian Zapin Jincat di


Kampung Seri Purnama
Berdasarkan PP 2, tergambar kebijaksanaan Haiqal dalam membuat perancangan rapi untuk
menghidupkan semula kumpulan zapin di kampung ayah kandungnya. Perancangan rapi yang
dilaksanakan oleh Haiqal adalah seperti yang terkandung dalam Jadual 3 yang berikut:

Jadual 3: Perancangan Rapi dalam PP 2


Dimensi Perancangan Peristiwa Perancangan
Dimensi 1: Haiqal berniat untuk menghidupkan semula kegiatan
Menetapkan Objektif kumpulan zapin di Kampung Seri Purnama setelah
sekian lama tidak aktif selepas kematian ayah
kandungnya.
Dimensi 2: Mendapatkan pandangan dan bantuan nasihat
Membentuk Strategi daripada Lazim, iaitu remaja kampung untuk
mengadakan persembahan zapin jincat di balai raya.
Memberikan cadangan dan menyuarakan hasrat
kepada Pak Cik Bakar, Haji Salim dan Wak Arif untuk
mengadakan persembahan zapin jincat di Kampung

132
e ISSN 2735 – 1904
https://doi.org/10.22452/JOMAS.vol33no2.7
Jurnal Pengajian Melayu - JOMAS, Jilid 33(2), 2022: 118-145

Seri Purnama.
Memberikan persetujuan kepada Pak Cik Bakar untuk
mendapatkan pandangan daripada ketua kampung. Hal
ini kerana soal warisan dan kebudayaan di kampung
tersebut terletak bawah tanggungjawab ketua
kampung.
Menghadiri mesyuarat JKKK setelah mendapat
undangan daripada ketua kampung. Kehadirannya
adalah penting kerana Haiqal merupakan pencetus idea
persembahan zapin jincat tersebut. Semua yang hadir
telah bersetuju untuk diadakan persembahan zapin
tersebut.
Menyertai latihan intensif tarian zapin jincat yang
diadakan di balai raya pada setiap malam. Hal ini
kerana tidak ramai anak muda yang mahu menyertai
latihan tarian zapin tersebut.
Kemalangan Lazim pada waktu petang sebelum malam
persembahan telah menyebabkan ahli kumpulan zapin
perlu mencari penari pengganti. Haiqal menggunakan
teknik pemujukan untuk mengajak See Hwa
menggantikan Lazim yang tercedera.
Dimensi 3: Haiqal mendapati bahawa strategi mendapatkan
Kajian Semula pandangan daripada Lazim, memberikan cadangan,
Strategi memberikan persetujuan, menghadiri mesyuarat
JKKK, menyertai latihan intensif tarian zapin jincat
dan teknik pemujukan yang diaplikasikannya telah
berjaya merealisasikan niatnya untuk menganjurkan
persembahan zapin jincat di hadapan tetamu jemputan
dan penduduk-penduduk kampung.
Dimensi 4: S1 – Mendapatkan pandangan daripada Lazim.
Memilih Strategi S2 – Memberikan cadangan kepada penggerak utama
kumpulan zapin D’ Purnama (Pak Cik Bakar, Haji
Salim dan Wak Arif).
S3 – Memberikan persetujuan kepada Pak Cik Bakar
untuk berhubung dengan ketua kampung bagi
mendapatkan persetujuan JKKK tentang penganjuran
persembahan tersebut.
S4 – Menghadiri mesyuarat JKKK.
S5 – Menyertai latihan intensif tarian zapin jincat.
S6 – Menggunakan teknik pemujukan untuk mengajak
See Hwa menjadi penari pengganti bagi Lazim yang
telah cedera.
Dimensi 5: Haiqal berjaya mengadakan persembahan zapin jincat
Pencapaian Objektif di balai raya. Sambutan daripada penduduk kampung
133
e ISSN 2735 – 1904
https://doi.org/10.22452/JOMAS.vol33no2.7
Jurnal Pengajian Melayu - JOMAS, Jilid 33(2), 2022: 118-145

adalah meriah. Umi, walid dan Nurul Asiyah turut


hadir dari Terengganu untuk memberikan sokongan.

Jadual 3 menggambarkan lima dimensi perancangan yang telah ditekuni oleh Haiqal bagi
mencapai objektifnya untuk mengadakan persembahan tarian zapin jincat di Kampung Seri
Purnama. Berdasarkan Dimensi Pertama, Haiqal telah menetapkan objektifnya, iaitu berniat
untuk menghidupkan semula kegiatan kumpulan zapin di Kampung Seri Purnama setelah sekian
lama tidak aktif selepas kematian ayah kandungnya. Sebagai seseorang yang baru tiba di
kampung tersebut, dia perlu membuat perancangan yang rapi dan teliti. Bagi mencapai objektif,
Haiqal meneruskan perancangannya dengan Dimensi 2, iaitu membentuk strategi. Antara strategi
yang telah dilaksanakan oleh Haiqal ialah (i) S1 - Mendapatkan pandangan dan bantuan nasihat
daripada Lazim, (ii) S2 - Memberikan cadangan dan menyuarakan hasrat kepada penggerak
utama kumpulan zapin D’ Purnama (Pak Cik Bakar, Haji Salim dan Wak Arif), (iii) S3 -
Memberikan persetujuan kepada Pak Cik Bakar untuk berhubung dengan ketua kampung bagi
mendapatkan persetujuan JKKK tentang penganjuran persembahan tersebut, (iv) S4 -
Menghadiri mesyuarat JKKK, (v) S5 - Menyertai latihan intensif tarian zapin jincat dan (vi) S6 -
Menggunakan teknik pemujukan untuk mengajak See Hwa menjadi penari pengganti bagi Lazim
yang telah cedera.
Bagi mencapai objektif, Haiqal telah membentuk strateginya. Strategi yang telah diambil
oleh Haiqal adalah gabungan kerjasamanya dengan penduduk kampung. Oleh itu, strategi
pertama yang telah dilaksanakan oleh Haiqal ialah mendapatkan pandangan dan bantuan
nasihat daripada Lazim (S1), iaitu remaja di Kampung Seri Purnama untuk mengadakan
persembahan zapin jincat di balai raya. Tujuan Haiqal mendapatkan pandangan tersebut adalah
kerana Lazim merupakan rakan sebaya baharu yang akrab dengannya ketika mula-mula sampai
ke kampung tersebut. Tambahan pula, sebagai penduduk Kampung Seri Purnama, sudah tentu
Lazim tahu tentang tatacara penganjuran sesuatu program dalam kampung. Peristiwa Haiqal
mendapatkan pandangan daripada Haiqal dapat ditelusuri menerusi petikan berikut:
Haiqal pula mendiamkan diri. Fikirannya masih menerawang entah ke mana-
mana. Sepasang matanya pula asyik memerhatikan See Hwa yang masih
begitu asyik mengelap almari kaca itu.
“Kadang-kadang kita buat kerja gila juga, Zim. Tidak mengapalah, biarlah
hal ini aku fikirkan dahulu. Kau boleh bantu aku, kan?” Haiqal bersuara
semula setelah agak lama berdiam.

“Insya-Allah, Qal. Kalau kau bersungguh-sungguh, seelok-eloknya kau


bincanglah dengan orang-orang tua di sini,” balas Lazim.

(Silir Daksina, 2015, p. 218 – 219)

Walau bagaimanapun, usaha Haiqal dalam S1 hampir menemui kegagalan kerana Lazim
tidak dapat membantu Haiqal mengadakan persembahan tersebut tanpa pengetahuan dan
persetujuan daripada orang-orang tua di kampung. Namun begitu, Lazim telah memberikan
cadangan kepada Haiqal untuk mengutarakan perkara tersebut kepada orang-orang tua di

134
e ISSN 2735 – 1904
https://doi.org/10.22452/JOMAS.vol33no2.7
Jurnal Pengajian Melayu - JOMAS, Jilid 33(2), 2022: 118-145

kampung tersebut. Hal ini kerana sebagai seorang remaja yang tidak mempunyai jawatan di
kampung, dia tidak berani untuk membuat keputusan tersendiri. Lantas, nasihat Lazim tersebut
telah diambil maklum oleh Haiqal. Setelah itu, Haiqal mengatur strategi yang seterusnya, iaitu
memberikan cadangan dan menyuarakan hasrat kepada penggerak utama Kumpulan Zapin D’
Purnama, iaitu Pak Cik Bakar, Haji Salim dan Wak Arif (S2) untuk mengadakan persembahan
zapin di balai raya. Haiqal yakin bahawa ketiga-tiga insan tersebut mampu membantunya kerana
mereka merupakan kenalan rapat ayah kandungnya. S2 yang telah digarap oleh Haiqal adalah
seperti berikut:
Sebaik sahaja dia mengajukan perkara itu, Pak Bakar terdiam sambil
menyandarkan tubuhnya pada salah satu tiang warung Wak Min. Haji Salim
dan Wak Arif yang turut berada di situ juga bungkam. Fikiran mereka entah
berkeluyuran ke mana-mana. Haji Salim pula meletakkan kopiah yang
dipakainya di atas meja.
“Saya hanya beri cadangan sahaja, Pak Cik Bakar, Haji Salim, Wak Arif.
Saya tak paksa. Saya tahu, kerja ini bukannya mudah,” jelas Haiqal. Namun
dalam hatinya, dia masih lagi mengharap, harapan yang tinggi.

(Silir Daksina, 2015, p. 223)

S2 yang telah dilaksanakan oleh Haiqal telah mendapat persetujuan daripada ketiga-tiga
ahli Kumpulan Zapin D’ Purnama. Walau bagaimanapun, usaha untuk mengadakan persembahan
zapin bukanlah semudah yang disangka. Hal ini kerana, ketiga-tiga mereka juga perlu
mendapatkan persetujuan daripada ketua kampung. Oleh itu, Pak Cik Bakar telah menawarkan
diri untuk memohon persetujuan daripada ketua kampung. Sebagai orang baharu di kampung
tersebut, Haiqal hanya dapat mencapai objektifnya dengan memberikan persetujuan kepada Pak
Cik Bakar (S3) untuk berhubung dengan ketua kampung bagi mendapatkan sokongan daripada
JKKK tentang penganjuran persembahan zapin tersebut. S3 merupakan satu-satunya cara Haiqal
untuk mencapai objektifnya. Pengaplikasian S3 oleh Haiqal terdapat dalam petikan yang berikut:
“Beginilah, Haiqal. Biar pak cik bincang dahulu dengan ketua kampung kita
ni. Ini soal warisan kebudayaan di sini. Tak boleh kita main terjah sahaja.
Pak Cik memang bersetuju sangat dengan cadangan Haiqal itu. Kalau ketua
kampung setuju, barulah kita atur tindakan yang seterusnya. Macam mana ...
setuju?” Pak Cik Bakar yang sejak tadi hanya menguping mencelah.
“Kalau begitu kata Pak Cik Bakar, saya ikut sahaja. Mana yang baik.

Tambahan pula, dalam soal yang besar seperti ini apa gunanya kita tergesa-
gesa jika hasilnya tidak seberapa.” Haiqal menerima pandangan Pak Cik
Bakar dengan hati yang terbuka.

(Silir Daksina, 2015, p. 223 – 224)

Seterusnya, S3 yang diaplikasikan oleh Haiqal telah berjaya mendapat persetujuan


daripada ketua kampung. Namun, perkara tersebut perlu dibawa ke meja perbincangan

135
e ISSN 2735 – 1904
https://doi.org/10.22452/JOMAS.vol33no2.7
Jurnal Pengajian Melayu - JOMAS, Jilid 33(2), 2022: 118-145

Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK). Oleh itu, bagi memperlihatkan kesungguhan


mencapai objektif, Haiqal telah menyusun strategi yang seterusnya, iaitu menghadiri mesyuarat
JKKK (S4) setelah mendapat undangan daripada ketua kampung. Kehadirannya adalah penting
kerana Haiqal merupakan pencetus idea persembahan zapin jincat tersebut. Hasil daripada
mesyuarat tersebut, semua yang hadir telah sebulat suara untuk mengadakan persembahan tarian
zapin tersebut dan membuat pembahagian tugas. Peristiwa perancangan Haiqal mengaplikasikan
S4 adalah seperti yang berikut:
“Begini, pak cik datang ni nak undang kamu ke mesyuarat tentang zapin di
balai raya malam ini. Haji Jamil yang menyuruh pak cik mengundang
kamu,” terang Pak Cik Bakar.
“Malam ni? Pukul berapa?”
“Macam biasalah, selepas solat isyak. Jangan pula kamu tak datang nanti.
Haji Jamil memang mengharapkan kedatangan kamu. Ajak juga Tauke Ong
dan See Hwa sekali,” tambah Pak Cik Bakar.
“Baiklah, Pak Cik Bakar. Nanti saya juga akan maklumkan kepada Tauke
Ong dan See Hwa.”

(Silir Daksina, 2015, p. 234 – 236)

Setelah Haiqal menghadiri mesyuarat JKKK (S4) dan mendapat persetujuan daripada
JKKK timbul pula permasalahan utama, iaitu kekurangan penari. Kekurangan penari terjadi
kerana kebanyakan penari senior kumpulan zapin sudah berusia dan sudah kurang bertenaga
untuk menari. Oleh itu, bagi mengatasi masalah utama tersebut, Haiqal telah mengatur
strateginya yang kelima, iaitu menyertai latihan intensif tarian zapin jincat (S5). Meskipun berasa
bimbang pada awalnya untuk menari kerana tidak mempunyai pengalaman menari tarian zapin,
Haiqal tetap memperlihatkan kesungguhannya menyertai latihan intensif tersebut agar dirinya
mampu mempersembahkan tarian zapin dengan baik. Peristiwa S5 terkandung dalam petikan
berikut:

“Anak-anak muda sekarang ni dah tak minat lagi dengan tarian zapin
ini, Bakar. Tengoklah, dah beberapa malam kita berlatih di sini, yang datang
tengok pun yang dah senja macam kita ni,” sampuk Wak Arif...
“Malulah saya. Saya betul-betul tak tahu ni,” Haiqal cuba menolak.
“Tak apa, Haiqal. Dah namanya belajar, tentu ada silapnya. Kami
dulu pun macam kamu juga. Tapi kami terus belajar,” kata Haji Salim untuk
meyakinkan Haiqal.
Dia akur apabila Pak Cik Bakar, Haji Selamat, Wak Parmin, Abang
Ramlan, dan Wak Seman bersungguh-sungguh mahu mengajarnya. Jika dia
terus berkeras untuk menolak, bimbang mereka akan berkecil hati pula.
Apatah lagi, dia juga yang mencadangkan agar diadakan persembahan tarian
zapin itu.
(Silir Daksina, 2015, p. 247 – 249)
136
e ISSN 2735 – 1904
https://doi.org/10.22452/JOMAS.vol33no2.7
Jurnal Pengajian Melayu - JOMAS, Jilid 33(2), 2022: 118-145

Usaha Haiqal untuk menjayakan objektifnya hampir menemui kejayaan apabila dirinya
telah berjaya menguasai gerak tarian zapin jincat yang telah diajarkan oleh Pak Cik Bakar dan
ahli kumpulan zapin senior yang lain. Walau bagaimanapun, sebuah kemalangan telah menimpa
Lazim sehingga menyebabkan Lazim tidak dapat menyertai persembahan zapin tersebut. Oleh
itu, bagi mengatasi masalah tersebut, ahli kumpulan zapin telah meminta Haiqal untuk mengajak
See Hwa untuk menjadi penari bagi menggantikan Lazim. Oleh hal yang demikian, bagi
mengajak See Hwa untuk menggantikan Lazim sebagai penari, maka Haiqal telah menggunakan
teknik pemujukan (S6). Pada awalnya, See Hwa menolak ajakan Haiqal, namun disebabkan
keberkesanan teknik pemujukan tersebut, See Hwa mula berkeyakinan. Teknik pemujukan
tersebut ialah mengajak See Hwa untuk menari bukan semata-mata sebagai penari pengganti,
tetapi menari demi arwah ayah Haiqal dan penduduk kampung. Hasil daripada pemujukan
tersebut, akhirnya See Hwa telah bersetuju untuk menggantikan Lazim. Peristiwa Haiqal
memujuk See Hwa adalah seperti yang berikut:
“See Hwa, kamu mesti menari bersama saya malam ini untuk
menggantikan tempat Lazim. Boleh?” Ada keberanian yang tiba-tiba melonjak
dalam dirinya.
“Tapi ...”
“Tidak ada tapi-tapi lagi untuk malam ini. Tidak mengapalah jika kamu
tidak mahu menari untuk saya, tetapi menarilah dengan saya untuk ayah saya dan
tetamu-tetamu kita pada malam ini, See Hwa. Saya benar-benar mengharapkan
kamu.”
“Gadis manis itu menyatakan persetujuannya untuk menari zapin bersama-
sama Haiqal bagi menggantikan tempat Lazim. Pada malam itu, persembahan
zapin D’ Purnama berjalan baik dan lancar.

(Silir Daksina, 2015, p. 270)

Akhirnya, setelah melaksanakan S6 tersebut, maka objektif Haiqal untuk menganjurkan


persembahan tarian zapin jincat telah berjalan lancar dan baik. Berdasarkan Dimensi 3,
pengkajian semula terhadap strategi-strategi dalam Dimensi 2 telah berjaya membantu Haiqal
mencapai objektifnya. Dalam strategi-strategi yang telah diaplikasikannya, secara tidak langsung
memperlihatkan kesungguhan Haiqal berusaha baik-baiknya untuk menjayakan malam
persembahan tersebut. Dirinya juga sanggup mempelajari tarian zapin yang sememangnya gerak
tarian tersebut adalah asing bagi dirinya. Berpandukan Dimensi 4, Haiqal didapati telah memilih
enam strategi untuk menjayakan objektifnya, iaitu mendapatkan pandangan dan bantuan,
memberikan cadangan dan menyuarakan hasrat, memberikan persetujuan, menghadiri mesyuarat
JKKK, menyertai latihan intensif tarian zapin jincat dan menggunakan teknik pemujukan.
Menerusi Dimensi 5, strategi-strategi yang diaplikasikan oleh Haiqal adalah berkesan kerana
telah membantunya mencapai objektif. Haiqal telah berjaya mengadakan persembahan zapin
jincat di balai raya dan berjaya mendapat sambutan yang meriah daripada penduduk kampung
dan Ahli Dewan Undangan Negeri. Di samping itu umi, walid dan Nurul Asiyah turut hadir dari
Terengganu untuk memberikan sokongan kepadanya.
137
e ISSN 2735 – 1904
https://doi.org/10.22452/JOMAS.vol33no2.7
Jurnal Pengajian Melayu - JOMAS, Jilid 33(2), 2022: 118-145

PP3 - Peristiwa Perancangan Tauke Lim (Tauke Ong) Mencari Nafkah ketika Memulakan
Hidup Baharu di Johor
PP3 memperlihatkan kemampuan watak sampingan, iaitu Tauke Ong atau Tauke Lim (nama
dalam manuskrip ayah Haiqal) bagi membuat perancangan rapi bagi mencari nafkah ketika
memulakan hidup baharu. Setelah perniagaan bapanya muflis akibat sifat abangnya yang kuat
berjudi, Tauke Lim menggumpal tekad untuk memulakan hidup di Johor. Dia telah berpindah
dari Perak untuk memulakan kehidupan baharu bersama-sama keluarganya. Perancangan rapi
yang dilaksanakan oleh Tauke Lim dipaparkan menerusi Jadual 4 yang berikut:

Jadual 4: Perancangan Rapi dalam PP 3


Dimensi Perancangan Peristiwa Perancangan
Dimensi 1: Tauke Lim bertekad untuk berpindah ke Johor bagi
Menetapkan Objektif memulakan kehidupan baharu meskipun tidak
mempunyai status kewangan yang stabil.
Dimensi 2: Mengambil upah menoreh di kebun getah milik
Membentuk Strategi Kayan, iaitu datuk kepada Haiqal.
Membina kepercayaan dan hubungan baik dengan
keluarga Kayan dan penduduk kampung. Dia selalu
berkunjung ke rumah Kayan bersama-sama isteri dan
anak-anaknya untuk membawa buah tangan. Tauke
Lim juga sering membantu dalam aktiviti JKKK Seri
Purnama.
Mencari pendapatan sampingan dengan menjual
hasil-hasil kampung seperti buah pinang, biji kopi,
pisang dan getah sekerap.
Menjaga dan membersihkan kebun getah milik
keluarga Kayan. Bahkan setelah Kayan dan Abdullah
(ayah Haiqal) meninggal dunia, Tauke Lim masih lagi
menjaga kebun tersebut.
Menguruskan perniagaan kelapa sawit milik keluarga
Kayan setelah Kayan dan Abdullah meninggal dunia.
Dia menjaga amanah yang dititipkan oleh kedua-
duanya dengan baik sekali.
Dimensi 3: Tauke Lim berpendapat bahawa strategi-strategi
Kajian Semula seperti mengambil upah menoreh, membina
Strategi kepercayaan dan hubungan baik, menambah
pendapatan sampingan dan menjaga serta
membersihkan kebun getah yang diaplikasikannya
telah berjaya menjadikannya seorang peniaga yang
berjaya.

138
e ISSN 2735 – 1904
https://doi.org/10.22452/JOMAS.vol33no2.7
Jurnal Pengajian Melayu - JOMAS, Jilid 33(2), 2022: 118-145

Dimensi 4: S1 – Mengambil upah menoreh di kebun getah milik


Memilih Strategi Kayan.
S2 – Membina kepercayaan dan hubungan yang baik
dengan keluarga Kayan.
S3 – Mencari pendapatan sampingan dengan menjual
hasil-hasil kampung.
S4 – Menjaga dan membersihkan kebun getah milik
keluarga Kayan.
S5 – Menguruskan perniagaan kelapa sawit milik
keluarga Kayan.
Dimensi 5: Berkat kesungguhannya, Tauke Lim telah menjadi
Pencapaian Objektif peniaga yang berjaya dan mampu membeli tanah
untuk didirikan rumah.

Berdasarkan Dimensi 1, Tauke Lim telah menetapkan objektifnya untuk berpindah ke


Johor bagi memulakan kehidupan baharu. Walau bagaimanapun, kehidupannya di Johor agak
susah kerana tidak mempunyai sumber pendapatan bagi menyara keluarga. Lantaran itu,
berdasarkan Dimensi 2, Tauke Lim telah membentuk beberapa strategi untuk mengubah nasib
hidup keluarganya di tempat baharu. Antara strategi-strategi yang dilaksanakan oleh Tauke Lim
ialah (i) S1 - Mengambil upah menoreh di kebun getah milik Kayan, (ii) S2 - Membina
kepercayaan dan hubungan baik dengan keluarga Kayan dan penduduk kampung, (iii) S3 -
Mencari pendapatan sampingan, (iv) S4 - Menjaga dan membersihkan kebun getah milik Kayan
dan (v) S5 - Menguruskan perniagaan kelapa sawit milik Kayan.

Pertama, strategi yang dibentuk oleh Tauke Lim ialah mengambil upah menoreh di kebun
getah milik Kayan, iaitu datuk kepada Haiqal (S1). Strategi tersebut adalah kaedah yang terbaik
untuk menyara kehidupannya sekeluarga. Tambahan pula, sebelum berhijrah ke Johor, Tauke
Lim mempunyai pengalaman dalam menguruskan perniagaan kebun getah milik ayahnya.
Namun begitu, disebabkan sifat abangnya yang suka berjudi, tanah kebun getah milik bapanya
telah digadaikan. Peristiwa perancangan Tauke Lim melaksanakan S1 digambarkan melalui
perbualan Kayan dan isterinya seperti berikut:

“Cina tu datang tadi nak ambil upah menoreh di kebun getah kita tu.
Daripada terbiar semak, elok juga diupahkan,” kata ayah kepada emak.
“Bahagi dua?” tanya emak.
Ayah mengangguk. Kemudian ayah menyedut rokok daunnya dalam-
dalam. “Dia baru datang dari Ipoh bersama anak bininya. Mengadu nasib
di sini,” jelas ayah.
(Silir Daksina, 2015, p. 26)

Selanjutnya, setelah S1 yang diterapkan telah berjaya, maka Tauke Lim pula mengorak
langkah dengan mengatur strateginya yang kedua, iaitu membina kepercayaan dan hubungan
baik dengan keluarga Kayan dan penduduk kampung (S2). Strategi tersebut diaplikasikan kerana
sebagai seseorang yang berpindah ke sesuatu tempat baharu, hubungan yang baik dengan
masyarakat setempat adalah penting supaya kehadiran Tauke Lim dan sekeluarga diterima baik
139
e ISSN 2735 – 1904
https://doi.org/10.22452/JOMAS.vol33no2.7
Jurnal Pengajian Melayu - JOMAS, Jilid 33(2), 2022: 118-145

oleh penduduk kampung. Strategi tersebut juga dilaksanakan supaya mudah untuknya
berkomunikasi dengan masyarakat setempat. Peristiwa Tauke Lim mengaplikasikan
S2 dipaparkan menerusi petikan-petikan berikut, iaitu:

Sejak menoreh di kebun getah itulah saban hari hubungan ayah dan Tauke
Lim bertambah akrab. Jika ada masa lapang, dia akan membawa isteri dan
anak lelakinya yang berusia kira-kira dua tahun ke rumahku untuk minum
petang. Selalunya dia tidak lupa untuk membawa buah tangan.

(Silir Daksina, 2015, p. 26)

Ternyata Tauke Lim betah tinggal di desa ini. Bagaimana tidak? Dia dan
keluarganya pandai menyesuaikan diri serta ringan tulang. Jika ada majlis
keramaian seperti kenduri kahwin, dia akan turut rewang. Malah tidak lupa
untuk menyumbang bahan-bahan seperti gula dan beras. Pendek kata,
hidupnya sekeluarga macam orang Melayu juga.

(Silir Daksina, 2015, p. 29)

Berikutnya, setelah membina kepercayaan dan hubungan baik (S2), Tauke Lim
meneruskan strateginya untuk mengubah nasib keluarganya dengan pelaksanaan S3, iaitu
mencari pendapatan sampingan. Strategi tersebut dilakukan dengan menjual hasil-hasil
kampung seperti buah pinang, biji kopi, pisang dan getah sekerap. Sementelahan, strategi
tersebut dilakukan kerana upah menoreh juga tidak menjamin pulangan yang banyak disebabkan
sering berlaku turun naik harga getah. Oleh itu, Tauke Lim memperkukuhkan S1 yang telah
diaplikasikannya dengan pelaksanaan S3. Kegigihan Tauke Lim mencari pendapatan sampingan
terkandung dalam petikan berikut:

Tauke Lim memang rajin. Pada sebelah pagi, dia dan isterinya akan
menoreh getah. Pada sebelah petangnya pula, Tauke Lim akan meronda
dengan motosikalnya untuk meraih hasil-hasil kampung seperti buah
pinang, biji kopi, pisang, getah beku atau getah sekerap. Di bahagian
tempat duduk belakang motosikal itu diletakkan satu tong besar untuk
mengangkut hasil mahsul yang diraihnya. Kemudian, dia akan menjualnya
di pekan.

(Silir Daksina, 2015, p. 28)

Seterusnya, S3 yang telah diaplikasikan oleh Tauke Lim sememangnya mampu


membantu menambah pendapatannya sebagai seorang penoreh getah. Tauke Lim terus berusaha
gigih untuk mencari rezeki bagi mengubah kehidupannya dan sekeluarga. Kejayaannya mencari
nafkah adalah berkat bantuan daripada penduduk kampung, terutamanya Kayan. Tauke Lim
banyak terhutang budi dengan Kayan dan sekeluarga. Oleh itu, bagi membalas jasa Kayan,
Tauke Lim menjaga dan membersihkan kebun getah milik keluarga Kayan (S4). Strategi tersebut
adalah satu daripada usaha Tauke Lim untuk memperkukuhkan S2. Peristiwa Tauke Lim
140
e ISSN 2735 – 1904
https://doi.org/10.22452/JOMAS.vol33no2.7
Jurnal Pengajian Melayu - JOMAS, Jilid 33(2), 2022: 118-145

menjaga dan membersihkan kebun getah milik keluarga Kayan (S4) digambarkan melalui
petikan berikut:

Jika tidak menoreh pula, Tauke Lim akan membersihkan kebun getah ayah.
Sebab itulah kebun getah ayah sentiasa kelihatan terang. Tauke Lim
menganggap kebun itu seperti kebunnya sendiri.

(Silir Daksina, 2015, p. 29)

Setelah mengukuhkan S2 dengan pelaksanaan S4, Tauke Lim meneruskan strateginya


untuk mencari nafkah demi mengubah taraf ekonomi keluarganya. Tauke Lim diberikan
kepercayaan untuk menguruskan perniagaan kelapa sawit milik keluarga Kayan (S5). Peristiwa
tersebut berlaku setelah kematian Kayan. Apabila Abdullah mendapat harta warisan pusaka
kelapa sawit milik ayahnya, iaitu Kayan, Tauke Lim telah diberikan kepercayaan untuk
menguruskan perniagaan kelapa sawit (S5). Pada ketika itu, Abdullah tidak mampu untuk
menguruskan perniagaan tersebut atas faktor kesibukan bekerja sebagai guru. Kepercayaan yang
diperoleh Tauke Lim sememangnya berkaitan dengan kejayaan pelaksanaan S2 dan S4 yang
telah diaplikasikannya sebelum ini. Di samping itu, kepercayaan yang diperoleh Tauke Lim
berterusan selepas kematian Abdullah kerana barah. Sebelum meninggal dunia, Abdullah
mengamanahkan kepada Tauke Lim untuk menguruskan perniagaan kelapa sawit tersebut dan
sebahagian wang hasil jualan perlu disimpan untuk kegunaan Haiqal ketika dewasa. Bukti Tauke
Lim telah menguruskan perniagaan kelapa sawit tersebut diceritakan dalam tiga petikan berikut:

Tauke Ong (Tauke Lim) banyak membantunya, terutama tentang


duit simpanan arwah ayahnya dan segala hasil jualan kelapa sawit yang
telah disimpannya untuk suatu tempoh yang agak lama. Kini, semuanya
diserahkan kepadanya.
“Tak apa, Haiqal. Pak cik faham. Ini amanah arwah sebelum dia
meninggal dulu. Sekarang kamu sudah ada di sini, lebih baik pak cik
serahkannya kepada kamu. Selepas ini, kamu uruskanlah dengan baik.
Kalau ada apa-apa masalah, pak cik sedia membantu,” ujar Tauke Ong.

(Silir Daksina, 2015, p. 190 - 191)

“Nanti kalau Haiqal sambung belajar, pak cik akan tolong urus kebun-
kebun tu lagi. Kalau ada masa, Haiqal jumpalah dengan Bidin dan Salleh.
Merekalah yang mengambil upah memotong buah-buah kelapa sawit di kebun tu.
Kalau petang, ada di warung Wak Min,” ujar Tauke Ong.

(Silir Daksina, 2015, 190 - 191)

141
e ISSN 2735 – 1904
https://doi.org/10.22452/JOMAS.vol33no2.7
Jurnal Pengajian Melayu - JOMAS, Jilid 33(2), 2022: 118-145

“Dulu Tauke Ong lah yang buat semua kerja di kebun ni. Tetapi
apabila perniagaannya sudah semakin maju, dia upahkan pula kepada
kami,” kata Abang Salleh pula.

(Silir Daksina, 2015, 190 - 191)

Petikan-petikan tersebut telah membuktikan bahawa Tauke Lim mengaplikasikan S5


bukan sekadar untuk memenuhi amanah Abdullah, tetapi juga sebagai satu daripada usahanya
mencari nafkah untuk keluarganya. Berdasarkan Dimensi 3 yang terkandung dalam Jadual 4,
Tauke Lim berpendapat bahawa strategi-strategi seperti mengambil upah menoreh, membina
kepercayaan dan hubungan baik, menambah pendapatan sampingan dan menjaga serta
membersihkan kebun getah yang diaplikasikannya mampu mengubah nasib keluarganya.
Strategi-strategi yang dipilih oleh Tauke Lim telah dinyatakan secara terperinci dalam Dimensi
4. Antara strategi yang dipilih oleh Tauke Lim ialah mengambil upah menoreh, membina
kepercayaan dan hubungan yang baik, mencari pendapatan sampingan, menjaga dan
membersihkan kebun getah milik keluarga Kayan dan menguruskan perniagaan kelapa sawit
milik keluarga Kayan. Akhirnya, berdasarkan Dimensi 5, hasil daripada pemilihan strategi
tersebut, maka Tauke Lim telah berjaya mencapai objektifnya membantu mencari nafkah
keluarga. Kejayaannya mencari nafkah untuk keluarga terbukti apabila mampu membeli tanah
untuk mendirikan rumah, menghantar anaknya belajar di kolej swasta dan mampu mengupah
pekerja di ladang sawit.

Perbincangan dan Kesimpulan


Pengaplikasian Model Dimensi Perancangan Sara Beden (2018) berpandukan Prinsip
Perancangan yang telah dikemukakan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013) terhadap teks
kajian telah memperlihatkan kecenderungan yang tinggi terhadap pengaplikasian dimensi
perancangan oleh watak-watak dalam pencapaian objektif. Berpandukan PP1, PP2 dan PP3,
watak-watak yang terlibat, iaitu Haiqal Hakimi dan Tauke Lim telah berupaya untuk mencapai
objektif dengan pengaplikasian strategi penyelesaian masalah yang berkesan dan teratur.
Kekritisan dan ketertinggian daya fikir watak-watak tersebut menyelesaikan masalah dengan
kepelbagaian strategi yang teratur dan rapi membuktikan bahawa wujudnya aras pemikiran dan
penyelesaian masalah yang tinggi oleh watak. Oleh itu, berpandukan peristiwa-peristiwa
perancangan yang dianalisis, ditemukan sebanyak 16 strategi perancangan rapi yang membawa
kepada keberhasilan pencapaian objektif. Strategi perancangan rapi tersebut disenaraikan dalam
jadual berikut:

Jadual 5: Strategi Perancangan Rapi yang Diaplikasikan oleh Watak


No. Peristiwa Perancangan (PP) Strategi Perancangan Rapi
1. Menghayati manuskrip.
2. PP1 Mendapatkan pandangan dan nasihat.
3. Mendapatkan persetujuan.
142
e ISSN 2735 – 1904
https://doi.org/10.22452/JOMAS.vol33no2.7
Jurnal Pengajian Melayu - JOMAS, Jilid 33(2), 2022: 118-145

4. Menggunakan teknik pemujukan.


5. Menggunakan teknik imbas kembali.
6. Mendapatkan pandangan.
7. Memberikan cadangan.
8. Memberikan persetujuan.
PP2
9. Menghadiri mesyuarat.
10. Menyertai latihan intensif.
11. Menggunakan teknik pemujukan.
12. Mengambil upah.
13. Membina kepercayaan dan hubungan yang
baik.
PP3
14. Mencari pendapatan sampingan.
15. Menjaga dan membersihkan kebun getah.
16. Menguruskan perniagaan.

Berdasarkan Jadual 5, semua strategi perancangan rapi yang diaplikasikan oleh watak-
watak dalam novel adalah berkaitan kerana saling menyokong untuk pencapaian objektif. Jika
strategi-strategi tersebut dilaksanakan tanpa mengikut urutan atau digugurkan, maka
berkemungkinan besar objektif tidak dapat dicapai dengan sepenuhnya. Berpandukan
perancangan-perancangan rapi tersebut, strategi mendapatkan pandangan dan strategi
menggunakan teknik pemujukan adalah yang paling dominan digunakan oleh watak bagi
mencapai objektif. Hal ini membuktikan bahawa perancangan yang rapi memerlukan keupayaan
seseorang untuk bertindak secara rasional dan berhati-hati ketika membuat keputusan.

Kesimpulannya, pengaplikasian Model Dimensi Perancangan bagi menganalisis peristiwa


perancangan yang terdapat dalam novel Silir Daksina (2015) adalah relevan dan signifikan.
Kajian ini diharapkan dapat memberikan pendedahan kepada masyarakat, terutamanya para
remaja untuk mengamalkan strategi perancangan rapi dalam penyelesaian masalah. Hal ini
kerana amalan mempraktikkan perancangan yang rapi dan sistematik adalah penting bagi
meningkatkan kredibiliti, kemampuan dan memperkasakan kecekapan seseorang individu bagi
berhadapan dengan tuntutan zaman sekarang yang menuntut ketinggian aras kemahiran dan daya
fikir yang tinggi seiring dengan arus pemodenan.

Rujukan

Akhmal Hakim Mohamad. (2019). Perancangan dalam novel Mengukir Larut berdasarkan
Pendekatan Pengurusan. Malay Literature, 32(1), 71-92.
https://doi.org/https://doi.org/10.37052/ml.32(1)no4.

143
e ISSN 2735 – 1904
https://doi.org/10.22452/JOMAS.vol33no2.7
Jurnal Pengajian Melayu - JOMAS, Jilid 33(2), 2022: 118-145

Azman Che Omar. (2003). Pengurusan di Malaysia dari perspektif Islam. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harold Koontz, & Heinz Weihrich. (1997). Pengurusan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Jaafar Muhamad. (1999). Asas pengurusan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Mohamad Mokhtar Abu Hassan. (2013, Oktober 4-5). Pendekatan pengurusan: Satu metode
dalam kritikan sastera [Paper Presentation]. Himpunan Ilmuwan Sastera Melayu
Malaysia Kedua, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak, Malaysia.

Mohamad Zuber Ismail, & Mohamad Mokhtar Abu Hassan. (2016). Dimensi perancangan dalam
Hikayat Malim Dewa: Kajian pendekatan pengurusan. Journal of Malay Studies
(JOMAS), 27(1), 25-44. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/
article/view/9714.

Mohamad Zuber Ismail, Mohamad Mokhtar Abu Hassan, & Sara Beden. (2015). Keintelektualan
pemikiran Melayu dalam cerita lipur lara: Satu penetian awal berdasarkan perspektif
Pendekatan Pengurusan Journal of Business and Social Development, 3(1), 1-16.
Retrieved from http://irep.iium.edu.my/49808/.

Mohamad Zuber Ismail, Sara Beden, & Mohamad Mokhtar Abu Hassan. (2014, May 14-16).
Prinsip perancangan: Penelitian berdasarkan cerita-cerita rakyat [Paper Presentation].
International Conference in Commemoration of the 50th Anniversary of the Department
of Malay-Indonesian Studies, Hankuk University of Foreign Studies, Seoul, Korea.

Mohamad Zuber Ismail, Sara Beden, & Mohamad Mokhtar Abu Hassan. (2015). Hikayat Awang
Sulung Merah Muda dari perspektif pendekatan pengurusan. Journal of Malay Studies
(JOMAS), 26(1), 95-116. Retrievedf from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/
article/view/9697/6844.

Nizar Parman. (2015). Novel KOMSAS: Silir Daksina. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Sukatan


pelajaran kesusasteraan Melayu. Kementerian Pendidikan Malaysia. Retrieved
from https://adoc.pub/queue/kesusasteraan-melayu.html

Sara Beden. (2018). Perancangan bestari dalam Hikayat Khoja Maimun: Aplikasi Prinsip
Perancangan dalam Pendekatan Pengurusan. Malay Literature, 31(1), 69-97.
https://doi.org/10.37052/ml.31(1)no4.

144
e ISSN 2735 – 1904
https://doi.org/10.22452/JOMAS.vol33no2.7
Jurnal Pengajian Melayu - JOMAS, Jilid 33(2), 2022: 118-145

Saravanan P. Veeramuthu. (2019). Kepemimpinan dalam novel Perang Sangkil: Satu bacaan
Pendekatan Pengurusan. Asian People Journal (APJ), 2(1), 169-182.
https://journal.unisza.edu.my/apj/index.php/apj/article/view/45.

145
e ISSN 2735 – 1904
https://doi.org/10.22452/JOMAS.vol33no2.7

Anda mungkin juga menyukai