Anda di halaman 1dari 9

BAB 2 :

TEKANAN
2.5 PRINSIP ARCHIMEDES
Ahli kumpulan: Amierul,Iman,Danial,Syukur
AKT IVIT I
2.12

• APLIKASI PRINSIP
ARCHIMEDES DALAM
BELON UDARA PANAS
PRINSIP ARCHIMEDES
•Prinsip Archimedes menyatakan bahawa objek yang terendam sebahagian atau
sepenuhnya di dalam suatu bendalir mengalami daya apungan yang sama
dengan berat bendalir yang disesarkan.
•Daya apungan ialah daya yang bertindak ke atas apabila terdapat perbezaan
tekanan antara permukaan atas dengan permukaan bawah suatu objek yang
terendam di dalam suatu cecair.
APLIKASI PRINSIP ARCHIMEDES
DALAM BELON UDARA PANAS
• Udara panas mempunyai ketumpatan
yang lebih rendah berbanding udara
sejuk.
• Udara panas di dalam belon udara
panas mempunyai ketumpatan yang
lebih rendah berbanding udara di
sekelilingnya.
APLIKASI PRINSIP ARCHIMEDES
DALAM BELON UDARA PANAS
• Daya apungan ke arah atas pada belon
udara panas lebih tinggi daripada
beratnya.
• Daya apungan ke atas yang bertindak
ke atas belon udara panas melebihi
berat belon dan membolehkan belon
udara panas bergerak ke atas.
APLIKASI PRINSIP ARCHIMEDES
DALAM BELON UDARA PANAS
•Oleh itu, ketinggian belon
udara panas dapat dikawal
dengan mengubah suhu udara
di dalam belon tersebut.
CARA BELON UDARA PANAS NAIK

•Injap payung ditutup untuk mengelakkan udara panas keluar.


•Pembakar dinyalakan untuk memanaskan udara di dalam belon.
•Apabila udara dipanaskan, tenaga kinetik antara zarah di dalam udara
meningkat dan ketumpatan udara di dalam belon menjadi rendah.
•Disebabkan daya apungan lebih besar daripada berat belon. Daya
paduan bertindak ke atas dan menyebabkan belon bergerak ke atas.
CARA BELON UDARA PANAS
TURUN

•Injap payung dibuka untuk membebaskan udara panas di dalam belon.


•Pembakar dimatikan agar udara di dalam belon sejuk dan ketumpatan
udara di dalam belon menjadi tinggi.
•Disebabkan berat belon lebih besar daripada daya apungan. Daya
paduan bertidak ke bawah dan menyebabkan belon bergerak ke bawah.
Sekian
terima
kasih

Anda mungkin juga menyukai