Anda di halaman 1dari 2

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA,

Terima kasih Saudari Pengerusi Majlis,

Yang berusaha, Puan Hajah Juraiza binti Abdul Jamil, Pengetua SMK Sungai Manggis
Yang dihormati, Puan Aslamihah binti Zakaria, Penolong Kanan Pentadbiran
Puan Rosmawati binti Mhd. Ayob, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Puan Norliza binti Jais, Penolong Kanan Kokurikulum
Puan Norhayati binti Sulaiman, Penolong Kanan Pendidikan Khas

Guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian,


Pertama sekali, saya mengucapkan berbanyak terima kasih, kerana memberi
peluang dan kesempatan kepada saya, selaku wakil murid untuk memberikan
ucapan, Sempena Hari Guru dan Sambutan Hari Raya peringkat sekolah bagi
tahun 2023.
Hadirin sekalian,
16 Mei merupakan hari keramat bagi mengenang dan menghargai jasa guru.
16 Mei saban tahun telah dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang
sama, pada tahun 1956 Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu
telah menerima LAPORAN RAZAK, yang telah menjadi Dasar Pelajaran
Kebangsaan, semenjak hari itu.
Tahun ini “guru insani pemangkin generasi madani” telah dipilih sebagai tema
hari guru. Dengan adanya tema ini, diharapkan dapat membangkitkan roh dan
jiwa warga pendidik ke arah memartabatkan profesion keguruan berteraskan
Falfasah Pendidikan Guru untuk membina negara bangsa.

Rakan-rakan sekalian,
Guru ialah insan yang mendidik,mengasuh dan membimbing kita hingga kita
dapat mencapai kejayaan. Kesungguhan dan kesabaran mereka mendidik kita
amatlah besar nilainya. Mereka tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita
dapat mengenal huruf, membaca dan mengira. Sesungguhnya jasa guru tidak
ternilai harganya. Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang
lain.
Guru ialah seorang yang sering memberi semangat kepada kita untuk menjadi
insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Merekalah insan yang sedia
mendengar segala masalah kita. Oleh itu, guru-guru di SMK Sungai Manggis ini
merupakan pendidik yang cukup hebat dalam mendidik kita semua.

Guru-guru yang kami sayangi, jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak
pernah mengenal erti jemu dalam memberikan pelajaran kepada kami semua.
Di kesempatan ini, saya mewakili semua pelajar tingkatan 5 memohon cikgu-
cikgu halalkan segala ilmu yang cikgu sampaikan di dalam kelas mahupun di
luar kelas, secara terus atau tersembunyi, restukanlah perjuangan kami semua
dan doakanlah kejayaan kami dalam peperiksaan SPM yang akan tiba tidak
lama lagi.

Saya akhiri ucapan saya dengan memetik kata-kata Solomon ortiz tentang
pendidikan.

“Education is the key to success in life, and teachers make a lasting


impact in the lives of their students.”

Akhir kata, SELAMAT HARI GURU & SELAMAT HARI RAYA.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai