Anda di halaman 1dari 3

Bismillahir Rahman Nirrahim

 Alhamdullilahi Rabbil `Alameen Wasaalatu Wassalaamu `Ala Asyrafil Ambiae Walmursaleen, Saidina
Muhammadin Wa'alaa Aalihiee Wasahbihee Ajama'een.

 Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin
Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar,

Menteri Perhubungan dan Yang Mulia Datin Hajah Hasiah binti              Pehin Orang Kaya Pekerma
Setia Dato Paduka Haji Hashim,

 Yang Mulia Awang Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Yunos

Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan dan isteri,

 Yang Mulia Awang Haji Yahkup Hj Menudin,

Ketua Eksekutif, AITI

 Pengarah-Pengarah dan Pegawai-pegawai Kanan, Ahli-Ahli AITI, Hadirin dan hadirat yang dihormati
sekalian.

 Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam sejahtera.

  Alhamdullilah, syukur kehadrat Allah SWT atas keizinanNya jua, kita dapat berkumpul pada malam
ini, bagi Majlis Makan Malam Penghargaan Asia Pacific ICT Ministerial Meeting  & Brunei ICT Awards
(BICTA) 2014. Terlebih dahulu, bagi pihak semua Ahli-Ahli Jawatankuasa Pandu serta Jawatankuasa-
Jawatankuasa Kerja, kaola ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Pehin
atas kesudian Yang Berhormat Pehin hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya menyampaikan
sijil-sijil penghargaan kepada Ahli-Ahli Jawatankuasa semasa majlis malam ini.

  Majlis pada malam ini adalah khusus bagi menghargai dedikasi dan kerjasama yang telah diberikan
oleh biskita semua yang mewakili Kementerian-Kementerian, Jabatan, agensi-agensi Kerajaan, agensi
media dan para individu yang terlibat semasa Negara Brunei Darussalam menjadi tuan rumah kepada
Asia-Pacific ICT Ministerial Meeting pada 10 - 11 September 2014.  Ini termasuklah juga penglibatan
dalam menganjurkan mesyuarat persediaannya, APT Development Forum yang telah diadakan pada 8
- 9 September 2014.  Pada masa yang sama, Malam Gala Brunei ICT Awards 2014 juga turut diadakan
pada 10 September 2014.  

 Tanpa peranan dan kerjasama biskita semua, mesyuarat dan acara yang diadakan tidak akan dapat
berlangsung dengan jayanya.  Dari itu, majlis ini adalah khusus untuk mengucapkan berbanyak terima
kasih kepada biskita semua.

  Alhamdullillah buat kesekian kalinya, kita telah dapat menganjurkan satu-satunya acara besar yang
penting dan strategik.  Mesyuarat Asia Pacific ICT Ministerial, contohnya, diadakan setiap lima (5)
tahun dan adalah signifikan dalam memberikan hala tuju dan perancangan strategik kearah
perkembangan ICT di rantau Asia Pasifik. 

   Mesyuarat tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan dikalangan negara-negara ahli
APT di rantau Asia-Pasifik.  Lebih 200 orang delegasi, yang diketuai oleh 18 orang Ketua Delegasi dari
peringkat Menteri (termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri), Timbalan Menteri,
Setiausaha Tetap dan pegawai-pegawai kanan rantau Asia Pasifik menghadiri mesyuarat berkenaan. 
Turut hadir adalah Setiausaha Agung Asia Pacific Telecommunity (APT) dan Timbalan Setiausaha
Agung International Telecommunications Union (ITU).  

   Alhamdulillah, dengan kerjasama dan dedikasi semua pihak yang terlibat, melalui Jawatankuasa-
jawatankuasa yang ditubuhkan, telah dapat menjalankan peranan masing-masing dengan baik dan
lancar.  Selain itu, apa yang membanggakan adalah pemedulian, keperihatinan dan kesopanan kita
sebagai orang Brunei turut menjadi kenangan dan ristaan para delegasi.  Malah, Yang Berhormat
Pehin dan saya sendiri telah menerima surat dan nota penghargaan dari para delegasi atas layanan
baik yang diterima sepanjang mereka berada di Negara Brunei Darussalam.  

 
Hadirin dan hadirat sekalian, 

   Selain menjadi tuan rumah kepada Asia-Pacific ICT Ministerial Meeting,  Kementerian Perhubungan
dengan kerjasama AITI dan IFB telah mengadakan Malam Gala Brunei ICT Awards 2014 pada 10hb
September 2014.   Berangkat selaku Tetamu Kehormat adalah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri
Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan
Perdana Menteri, yang juga adalah Penaung Diraja BICTA. Turut berangkat sama adalah ahli kerabat
Di Raja.  

 Alhamdulillah, Malam Gala BICTA 2014 juga turut berjalan dengan lancar dan kita telah dapat
menunjukkan kebolehan serta bakat penggiat ICT tempatan kepada tetamu dari luar negara.  

 Ingin saya sampaikan disini bahawa mesyuarat dan acara yang diadakan tidak akan dapat berjalan
dengan lancar dan sempurna tanpa komitmen dan kerjasama dari pihak-pihak yang terlibat.  Dalam
kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak-
pihak dan individu yang terlibat, khususnya daripada:-

 Kementerian Perhubungan serta Jabatan-jabatan dibawahnya;

1. AITI;

Ahli-ahli Jawatankuasa Pandu yang mewakili beberapa Kementerian dan agensi Kerajaan seperti
berikut:-
 

1. Jabatan Adat Istiadat Negara;


2. Kementerian Kewangan;
3. Kementerian Kesihatan;
4. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri;
5. Kementerian Pendidikan;
6. Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan;
7. Angkatan Bersenjata Diraja Brunei;
8. Polis Diraja Brunei;
9. Radio Televisyen Brunei;
10. Jabatan Penerangan;
11. Jabatan Kastam dan Eksais Diraja;
12. Jabatan Bomba dan Penyelamat; dan
13. Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.
10. Saya juga ingin menyampaikan setinggi penghargaan kepada agensi-agensi media,
sektor swasta yang turut memberi sokongan bagi menjayakan mesuarat dan acara yang
diadakan.  Peranan para individu sebagai Liaison Officers dan Support Staff juga
sangat dihargai dalam sama-sama melancarkan pengendalian mesyuarat dan acara
berkenaan.  Dalam kesempatan ini juga, penyampaian surat-surat penghargaan  akan
diadakan semasa majlis ini. 

 Yang Berhormat Pehin, hadirin dan hadirat sekalian,

 11. Seterusnya, bagi mewakili ahli-ahli Jawatankuasa Pandu serta Jawatankuasa-


Jawatankuasa Kerja, kaola ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang
Berhormat Pehin atas nasihat Yang Berhormat Pehin bagi menyempurnakan lagi
pengendalian mesyuarat serta acara yang telah diadakan. Kaola sekali lagi juga mengucapkan
terima kasih kepada Yang Berhormat Pehin dan Datin diatas kehadiran Yang Berhormat
Pehin dan Datin bagi sama-sama memeriahkan lagi majlis malam ini.

 12.  Untuk mengakhiri ucapan, saya ingin mengucapkan syabas kepada Kementerian
Perhubungan dan AITI atas kerjasama dan usaha bagi mengadakan Majlis Makan Malam
Penghargaan ini. 

 Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamu Alaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai