Anda di halaman 1dari 7

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR KALI KE-5, 2012

DEWAN, SMK PEKAN II KOTA BELUD


MA AKTIVITI TINDAKA
SA N
Ketibaan dan pendaftaran penerima anugerah AJK
Pendaftaran
Ketibaan Ibu bapa dan murid AJK
Penyambut
tetamu
Ibu bapa & murid duduk di dalam dewan Juruacara

Ibu bapa
Pengumuman: dan pelajar
Hadirin yang dihormati, di sini ada beberapa makluman agar majlis ini
berjalan lancar. Muzik
selingan
1. Diminta para hadirin dapat memenuhi ruang kosong di hadapan
2. Kepada tuan2 & puan2 yang mempunyai HP, sila matikan @
letakkan dalam mood senyap/silent agar bunyi HP anda tidak
mengganggu perjalanan majlis ini nanti.
3. Apabila diumumkan ketibaan Yg Berbahagia perasmi ke dalam
dewan, para hadirin diminta berdiri sebagai tanda hormat

Ketibaan para jemputan Khas AJK


Penyambut
tetamu
Ketibaan Perasmi Juruacara
Pengetua
AJK
Pengumuman: Penyambut
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Profesor Madya Dr. Saidatul tetamu
Nornis Binti Haji Mahali mewakili Penolong Pesuruhjaya Polis Kehormat Kompang
Profesor Madya Datuk Dr. Hj Kasim Mad Mansur, Timbalan Naib Canselor
HEP dan Alumni Universiti Malaysia Sabah.

Juruacara
PA System
Nyanyian Lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Lagu Sekolah
Lagu
Pengumuman: Kebngsaan
“ Tuan-tuan, puan-puan, sidang hadirin dipersilakan berdiri untuk bersama-
sama menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Sabah Tanah Airku dan Lagu Lagu Negeri
Sekolah dengan diketuai oleh pasukan koir sekolah. Lagu
Sekolah
Sidang hadirin sekalian, dipersilakan duduk.
Semua hadirin duduk Juruacara

Solutasi
Bismillah irahmannirahmim.

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

1. Yang Berbahagia Profesor Madya Dr. Saidatul Nornis Binti Haji


Mahali, mewakili Penolong Pesuruhjaya Polis Kehormat
Profesor Madya Datuk Dr. Hj Kasim Mad Mansur, Timbalan Naib
Canselor HEP dan Alumni Universiti Malaysia Sabah

2. Yang Berusaha, En Matlan Hj Datu Unjong, Pengetua SMK


Pekan Kota Belud II…

3. Yang Berusaha, En Ibnis Said Abdul Rajun, Ketua Unit Bahasa,


Pejabat Pelajaran Daerah Kota Belud,

4. Yang Dihormati, Encik Lamsil bin Amidsor, YDP PIBG, SMK Pekan,
Kota Belud II dan semua AJK PIBG.

5. Yang dihormati Inspektor Narzuan B. Mohd Nor, Ketua Bahagian


Ketenteraman Awam / Ketua Trafik Daerah Kota Belud, Merangkap
Pegawai Perhubungan Polis, SMK Pekan Kota Belud II

6. Yang Dihormati, Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Daerah


Kota Belud dan wakil, , Semua Guru Besar dan wakil, Para Jemputan
Khas, Pegawai-pegawai kerajaan persekutuan dan negeri, semua
penolong kanan, semua Ibu Bapa, rakan-rakan guru, para pelajar
yang diraikan dan seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang
dirahmati Allah sekalian,

Syukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan izin kasihNya, kita dapat berkumpul
di dewan Jauhari yang gah lagi bersejarah ini bagi menjayakan Majlis
Anugerah Kecemerlangan Pelajar SMK Pekan Kota Belud, II, Kali ke 5,
tahun 2012. Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada
tetamu kehormat kita, Yang Berbahagia Profesor Madya Dr. Saidatul Nornis
Binti Haji Mahali kerana sudi hadir dalam majlis kita pada kali ini.

Selamat datang juga diucapkan kepada semua tetamu, ibu bapa dan hadirin
sekalian .Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan, majlis ini
akan lebih bermakna dan bertambah serinya..

Asalamualaikum wtb, Salam Sejahtera, salam perpaduan dan salam 1


Malaysia.

Bacaan Doa Ustz Md


Fairus
Shariff
Pengumuman: Juru acara
Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah kita menadah tangan
bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk
itu, majlis mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohd Fairus Shariff untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.”

Juruacara
Ucapan oleh Pengetua SMK Pekan II, Kota Belud Pengetua
(Encik
Pengumuman: Matlan Hj.
Datu
Unjong)
Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya,
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara.

Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan Pengetua Cemerlang
SMK Pekan Kota Belud II, Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya
menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha, En. Matlan Hj. Datu Unjong,
Pengetua SMK Pekan, Kota Belud II untuk menyampaikan ucapan alu-aluan
beliau, dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada yang berusaha Tuan


Pengetua atas kesudian menyampaikan ucapan alu-aluan sebentar tadi.
Terima kasih sekali lagi..

YDP PIBG
Ucapan oleh YDP PIBG.

Pengumuman:
“Tuan-tuan, puan-puan, sidang hadirin sekalian, majlis ini diteruskan dengan
menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati Encik Lamsil bin Amidsor,
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Pekan Kota Belud
II untuk menyampaikan ucapan, dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas ucapan itu tadi.

Ucapan oleh Pegawai Perasmi Juruacara

Pegawai
Pengumuman: Perasmi

Bertonggak adat, yang datang disambut, yang pergi diiringi. Maka majlis Gong
dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Pemukul
Profesor Madya Dr. Saidatul Nornis Binti Haji Mahali, mewakili Penolong gong
Pesuruhjaya Polis Kehormat Profesor Madya Datuk Dr. Hj Kasim Mad
Mansur, Timbalan Naib Canselor HEP dan Alumni Universiti Malaysia Sabah tray
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan perasmian
Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar SMK Pekan Kota Belud, II, Kali ke-5
tahun 2012, Dengan segala hormatnya dipersilakan.

………………………………ucapan…………………………………….………

Mohon agar Profesor Madya Dr. terus berada di atas pentas.

Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Yang Berbahagia Profesor


Madya Dr Nornis, dengan diiringi oleh yang berusaha Tuan Pengetua, wakil
Pegawai Pelajaran Daerah Kota Belud, dan YDP PIBG untuk memukul gong
sebanyak 3 kali sebagai simbolik perasmian Majlis Anugerah Kecemerlangan
Pelajar SMK Pekan Kota Belud II, tahun 2012. Dipersilakan.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan dan penyempurnaan
perasmian majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar SMK Pekan Kota Belud II
kali ke-5, tahun 2012 oleh Yang Berbahagia Profesor Madya Dr Nornis Binti
Haji Mahali sebentar tadi.

Persembahan 1 Juruacara

Kumpulan
Pengumuman : Koir
“ Tuan-puan, hadirin sekalian, majlis kita pada hari ini akan diserikan lagi
dengan persembahan nyanyian daripada kumpulan koir sekolah. Justeru itu PA System
marilah kita bersama-sama menikmati alunan sebuah lagu yang akan
dipersembahkan oleh Kumpulan Koir Sekolah berjudul Gemilang..
.
Majlis mempersilakan.

Juruacara
Demikianlah tadi persembahan koir oleh kumpulan koir SMK Pekan II Kota
Belud tadi, di bawah pimpinan En Charles Minik Laman dan Cik Rowena May Pasukan
Lim. Untuk makluman hadirin sekalian Kumpulan Koir sekolah itu tadi telah Koir
berjaya menggondol hadiah Naib Johan semasa pertandingan koir peringkat
daerah dan Naib Johan 3 tahun berturut-turut dalam pertandingan Koir
Peringkat Negeri Anjuran Jabatan Perpaduan Negeri Sabah dengan
Kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.. Majlis merakamkan ucapan
tahniah dan terima kasih di atas persembahan koir itu tadi.

Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar sepanjang tahun 2011 dan Juruacara


PA System
2012.
AJK Hadiah
Pengumuman:
Muzik
Iringan
Yang Berbahagia, tuan-tuan, puan-puan yang dihormati, gamelan

Kini tibalah kita ke acara penyampaian anugerah kepada pelajar yang telah Juruacara
menyumbang terhadap kecemerlangan bidang akademik SMK Pekan Kota
AJK Hadiah
Belud II. Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Matlan Hj Datu Unjong
Pengetua SMK Pekan Kota Belud II, bersama dengan Yang Berusaha Encik Penerima
Lamsil bin Amidsor, YDP PIBG SMK Pekan Kota Belud II mempersilakan dan hadiah
Anugerah
mengiringi Yang Berbahagia Profesor Madya Dr. Nornis Binti Haji Mahali, Khas Ko
menyampaikan anugerah-anugerah kepada para penerima Kum

.Kategori-kategori ( rujuk lampiran )

i. Anugerah Terbaik Mata Pelajaran bagi tingkatan 1, 2 dan 4 tahun


2011, dan tingkatan 1, tahun 2012.
ii. Anugerah 10 Terbaik mengikut tingkatan iaitu Tingkatan 1,2 dan
4 tahun 2011 dan Tingkatan 1, tahun 2012.
iii. Anugerah Unit-unit kokurikulum Terbaik 2011
iv. Anugerah Pencapaian Terbaik ko-korikulum 2011
v. Anugerah Khas Surau As-Solihin 2011
vi. Anugerah Pelajar terbaik PMR 2011 ( 6A ke atas)
vii. Anugerah Pelajar Terbaik SPM 2011 ( 5A ke atas).
viii. Bagi Anugerah Tokoh Ko Kurikulum tahun 2011, Sukacita kami
ingin membacakan sedikit biodata pelajar tersebut..

Pelajar ini telah dilahirkan pada tahun 1994, yang lalu di Hospital Daerah
Kota Belud merupakan anak sulung. Berasal dari Kg. Mandap Kota Belud,
mendapat pendidikan awal sekolah rendah di SK Kinasaraban dan
menyambung pengajian sekolah menengah di SMK Pekan Kota Belud II. Kini
pelajar ini sedang mengikuti Program Latihan Khidmat Negara. Sejak
sekolah rendah lagi, pelajar ini telah menunjukkan kecemerlangan dalam
bidang akademik dan kokurikulum. Pencapaian Ko kurikulum semakin
menonjol ketika dia belajar di SMK Pekan Kota Belud II. Antara pencapaian
yang telah diperolehinya ialah:
1. Menjadi ketua pasukan bola tampar wanita zon utara peringkat
negeri di Kudat,
2. Membantu Kumpulan Koir sekolah mendapat tempat ke 3, dalam
pertandingan koir anjuran Kelab Rukun Negara peringkat Negeri
Sabah.
3. Menjadi peserta yang cemerlang dalam perkhemahan Pandu Puteri
ranger peringkat negeri Sabah..

Pencapaian cemerlang pelajar ini telah melayakkan dirinya memperolehi


Markah A dalam pencapaian markah Kokurikulum tahun 2011.

Majlis dengan segala sukacitanya menjemput adik Jesica Justin ,


penerima anugerah Tokoh kokurikulum 2011

ix. Bagi Penerima Anugerah Khas Pengetua tahun 2011 iaitu


anugerah khas kepada pelajar cemerlang dalam kedua-dua
bidang kurikulum, kokurikulum serta menunjukkan kegemilangan
sahsiah dan kebitaraan

Sukacita kami ingin membacakan sedikit biodata pelajar berkenaan..

Baca biodata (dapatkan daripada Puan Cheng atau dari Buku Aturcara)

Majlis dengan segala sukacitanya menjemput saudara Syvester Liew,


penerima Anugerah Khas Pengetua tahun 2011.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Profesor


Madya Dr. Saidatul Nornis Binti Haji Mahali, atas kesudian menyampaikan
anugerah-anugerah kepada para penerima dan ucapan terima kasih juga
kepada Yang Berusaha Tuan Pengetua dan YDP PIBG kerana sudi
mengiringi upacara penyampaian hadiah sebentar tadi .

Juru acara
Penyampaian Cenderahati kepada Perasmi.
AJK Hadiah
Pengumuman: &
Cenderahati
Adat tuan adat berserah, Pengetua
Mari datang membawa puan,
Adat bersirih adat sejarah, Perasmi
Untuk tuan kami sembahkan.

“Sidang Hadirin sekalian, sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, yang
tidak terhingga majlis dengan ini menjemput Yang Berusaha, En Matlan Hj
Datu Unjong, Pengetua SMK Pekan, Kota Belud II , untuk menyampaikan
cenderahati kepada Yang Berbahagia Profesor Madya Dr. Saidatul Nornis
binti Haji Mahali, tetamu kehormat kita pada pagi ini. Dipersilakan

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada tuan pengetua kerana
sudi menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada Yang Berbahagia
Profesor Madya Dr. Saidatul Nornis Hj Mahali sebentar tadi.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar yang menerima


anugerah pada hari ini. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk anda
terus cemerlang dalam bidang akademik mahupun ko kurikulum.
.
Sebelum majlis ini berakhir, sekali lagi kita menjemput dan mempersilakan
Kumpulan Koir Sekolah untuk mendendangkan sebuah lagu berjudul Tekad
diketuai oleh Saudara Sean dan Saudari Merlyn Inez. Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada kumpulan Koir Sekolah dan kedua-dua


penyanyi utama atas persembahan lagu itu tadi.

Jamuan. Juruacara

Muzik
Hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung acara,
AJK
Gugur menguning buah kuini, Jamuan
Menghijau pohon subur dibaja,
Majlis kita berakhir di sini,
Salah dan silap lupakan saja,
Sebarang kelemahan harap dimaafi,
Segala kerjasama sangat dihargai,
Terima kasih sekalung budi,
Kenangan indah simpanlah di hati,
Semoga kita berjumpa lagi.

Sidang Hadirin sekalian, demikian lah tadi berakhirnya acara penyampaian


hadiah kepada pelajar cemerlang SMK Pekan Kota Belud II. Pihak majlis
merakamkan jutaan terima kasih kepada

1. Yang Berbahagia Profesor Madya Dr. Saidatul Nornis Binti Haji


Mahali,

2. Yang Berusaha, En Matlan Hj Datu Unjong, Pengetua SMK


Pekan Kota Belud II…

3. Yang Berusaha, En Ibnis Said Abdul Rajun, Ketua Unit Bahasa,


Pejabat Pelajaran Daerah Kota Belud,

7. Yang Dihormati, Encik Lamsil bin Amidsor, YDP PIBG, SMK Pekan,
Kota Belud II dan semua AJK PIBG.

8. Yang dihormati Inspektor Narzuan B. Mohd Nor, Ketua Bahagian


Ketenteraman Awam / Ketua Trafik Daerah Kota Belud, Merangkap
Pegawai Perhubungan Polis, SMK Pekan Kota Belud II

9. Yang Dihormati, Dif-Dif Kehormat, pegawai-pegawai kerajaan


persekutuan dan negeri, semua penolong kanan, para Ibu Bapa,
guru-guru, para pelajar yang diraikan dan semua pihak yang telah
memberikan kerjasama yang tidak berbelah bahagi sehingga
terlaksananya majlis ini dengan jayanya..

“Melabuhkan tirai acara majlis pada hari ini kita akhiri dengan menikmati
jamuan yang telah disediakan di ruang yang telah ditetapkan

Justeru , majlis mempersilakan tuan pengetua untuk menjemput dan


mengiringi Yang Berbahagia dan Dif-Dif Kehormat beredar ke Bilik VIP untuk
menikmati jamuan makan tengahari.

Begitu juga kepada para semua AJK Majlis, guru-guru, para penerima
anugerah, ibu bapa dan sidang hadirin dijemput menikmati jamuan yang telah
disediakan di bahagian belakang dewan ini. Dipersilakan

Penutup
Juruacara
Pengumuman:
Sebelum mengundur diri saya bagi pihak majlis mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua yang terlibat dalam melaksanakan Majlis Anugerah
kecemerlangan Pelajar SMK Pekan Kota Belud II kali ke 5, tahun 2012,
dengan jayanya. Sekian

Wabillah hi taufik wal hidayah. Asallamualaikum


warahmatullahiwabaraktuh……

Anda mungkin juga menyukai