Anda di halaman 1dari 6

KOLEJ TINGKATAN ENAM DESA MURNI, SUNGAI DUA,

13800 BUTTERWORTH, PULAU PINANG

LAPORAN AMALI KETIGA


BLEEPTEST

NAMA NUR AINA FATANAH BINTTI ROSLI

KELAS 6 ASS
LAPORAN AKTIVITI BLEEPTEST – DAYA TAHAN
KARDIOVASKULAR

Pada 10 mei 2023, seramai 42 pelajar sains sukan dan diringi oleh cikgu Johari telah

menjalankan aktiviti bleep test bertempat di dewan tertutup Kolej Tingkatan Enam Desa

Murni pada waktu pagi di dewan tertutup Kolej Tingkatan Enam Desa Murni kerana

mematuhi arahan daripada KPM ekoran cuaca panas yang melampau. Pada 22 march 2023

pra bleep test dijalankan sebelun para pelajar melakukan post bleeptest. Sebelum pelajar

bergerak ke dewan tertutup mereka berkumpul terlebih dahulu di bilik sumber sains

sukan .Cikgu Johari memainkan peranan yang penting dalam aktiviti bleeptest Oleh

itu ,Cikgu Johari memberikan taklimat tentang cara cara melakukan aktiviti tersebut serta

takimat keselamatan bagi mengelakkan pelajar mengalami sebarang kecederaan.

Kelebihan dalam aktiviti bleeptest ini adalah kehadiran pelajar . Hal ini dikatakan

demikian kerana, para pelajar memberikan kehadiran yang cukup baik dan memuaskan.

Terdapat hanya beberapa sahaja pelajar yang tidak hadir atas faktor kesihatan. Selain itu,

tempat yang sesuai memberikan kelebihan dalam aktiviti bleeptest. Hal ini dikatakan

demikian kerana dewan tertutup mempunyai kawasan yang luas. Hal ini memudahkan pelajar

dan guru melakukan aktiviti bleeptest. Di samping itu, kelebihan seterusnya adalah peralatan

yang mencukupi. Sebagai contoh, garisan putih sebagai tanda pemula dan penamat manakala

penggunaan speaker dalam keadaan baik dan pelajar dapat mendengar dengan jelas. Bukan

itu sahaja, semasa melakukan post bleeptest, pelajar memberikan kerjasama yang baik

dengan mendengar arahan dari guru.


Kekurangan dalam aktiviti bleeptest adalah pelajar tidak melakukan dengan

bersungguh-sungguh dalam melakukan pra bleeptest. Hal ini katakana demikian kerana,

pelajar tidak mengambil serius dalam melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum

melakukan pra bleeptest. Selain itu, terdapat juga pelajar yang lari sambal lewa semasa

melakukan pra bleeptest. Di samping itu, terdapat juga pelajar yang tidak memberikan

kerjasama yang baik. Sebagai contoh, pelajar tidak mendengar arahan dari guru.

Cadangan untuk menambah baik aktiviti ini dengan cara meningkatkan stamina.

Sebagai contoh, melakukan aktiviti berjoging dengan kerap. Selain itu, melakukan aktiviti

memanaskan badan dengan serius. Di samping itu, pelajar juga perlu memberikan tumpuan

yang lebih supaya tidak menlangar arahan dari guru.

Kesimpulannya, pelajar mestilah mengamalkan aktiviti bleeptest supaya dapat

menjaga kesihatan dengan baik. Aktiviti bleeptest merupakan aktiviti yang bagus untuk

diamalkan dalam kehidupan seharian.

Laporan disediakan oleh, TARIKH 17.5.2023

…………………………

(NUR AINA FATANAH BINTI ROSLI)


LAMPIRAN 1

Pelajar lelaki memanaskan badan

Pelajar perempuan memanaskan badan


LAMPIRAN 2

Pelajar lelaki memulakan ujian bleep test

Pelajar perempuan melakukan aktviti bleep test


LAMPIRAN 3

Pelajar perempuan yang layak meneruskan ke peringkat seterusnya

Pelajar lelaki yang layak ke peringkat seterusnya

Anda mungkin juga menyukai