Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENGENALAN

Syarikat Apple Inc, dahulunya dikenali sebagai Apple Computer Inc. ( NASDAQ: AAPL )
ialah perbadanan multinasional Amerika Syarikat (AS) yang mengkhususkan perekaan bentuk
serta pengilangan produk eletronik pengguna dan perisian yang berkait. Apple Inc telah
ditubuhkan oleh Steve Jobs dan Steve Wozniak pada 1 April 1976 dan didaftarkan pada tahun
1977. Berpusat di Cupertino, California, Apple mengembangkan, menjual dan menyokong
berbagai – bagai komputer peribadi dan pemain mudah alih, serta perisian dan perkakasan
computer tambahan. Jualan tahunan Apple di seluruh dunia pada tahun fiscal 2018 (berakhir
pada 30 September) ialah AS$ 265.6 bilion.

Pada mulanya Apple Inc berpusat didalam sebuah garaj dan hanya menjual papan litar
untuk memegang salah satu komponen komputer. Produk utama Apple Inc adalah iPhone, alat
pemain muzik iPod dan pelbagai jenis komputer Macintosh. Apple juga mengendalikan 180
buah kedai jualan runcit di Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Kanada, dan Itali. Kedai-
kedai itu menjual kebanyakan produk Apple serta juga produk-produk pihak ketiga, dan
membekalkan sokongan dan pembaikan perkakasan dan perisian Apple. Apple kini menggaji
melebihi 20,000 pekerja tetap dan pekerja sampingan di seluruh dunia. Berdasarkan alasan-
alasan falsafah reka bentuk estetik yang menyeluruh sehingga budaya perlawanan (malahan asal-
usul budaya kebebasannya), selain daripada kempen-kempen pengiklanannya,

Apple telah memperoleh suatu reputasi yang tersendiri dalam industri elektronik konsumer
serta juga dasar pelanggan yang setia pada tahap yang amat luar biasa kepada syarikat dan
jenamanya. Syarikat tersebut telah meraih gelaran “Creative Marketer of the Year” oleh Cannes
Lions. Gelaran ini merupakan satu penghormatan dalam pemasaran dan komunikasi kreatif yang
bertaraf dunia. Menurut Cannes Lions, Apple berhak untuk mendapat gelaran itu kerana
kecemerlangan syarikat tersebut dalam memasarkan produk mereka dan perlaksanaan
komunikasi. Strategi pemasaran Apple dengan menjadikan pengguna sebagai wakil mereka
adalah satu langkah bijak.

Persekitaran umum ialah persekitaran perniagaan luaran terdiri daripada elemen-elemen


yang berinteraksi dan mempengaruhi organisasi perniagaan secara tidak langsung. Pengkaji telah
menjelaskan persekitaran umum yang boleh dilaksanakan oleh Syarikat Apple Inc iaitu
persekitaran teknologi, ekonomi, persaingan dan jaringan dan politik dan perundangan.

Internet menjadi inovasi terpenting yang boleh dimanfaatkan untuk pelbagai tugasan
dalam kehidupan sosial termasuklah bidang perniagaan. Pengkaji akan mengkaji beberapa
peranan internet dalam meluaskan peluang Syarikat Apple Inc seperti e-dagang, e-pemasaran dan
e-pembayaran.

Kesimpulannya, pengkaji memilih perniagaan antarabangsa ini adalah untuk


mengenalpasti pengaruh persekitaran umum Syarikat Apple Inc dan peranan internet dalam
meluaskan peluang-peluang syarikat tersebut.

(Sumber: file:///C:/Users/User-PC/Downloads/Apple_Inc.docx.pdf )

(Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Apple )

(Sumber:https://ering.com.my/2019/05/apple-menerima-anugerah-creative-marketer-of-the-year-
oleh-cannes-lions/ )

(Sumber:https://www.dezeen.com/2017/10/20/apple-store-michigan-avenue-foster-partners-
chicago-riverfront-macbook-shaped-roof/ )

(Sumber: https://www.apple.com/my/ )
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian merupakan elemen penting dalam menghasilkan sesuatu kajian. Dalam kajian ini,
terdapat dua objektif kajian yang perlu dicapai pada hasil kajian iaitu :

2.1 Menjelaskan pengaruh persekitaran umum perniagaan kepada Syarikat Apple Inc.

a) Persekitaran teknologi
b) Persekitaran ekonomi
c) Persekitaran persaingan dan jaringan
d) Persekitaran politik dan perundangan

2.2 Menjalankan peranan internet dalam meluaskan peluang-peluang perniagaan


organisasi.

a) E-dagang
b) E-pemasaran
c) E-pembayaran
3.0 LATAR BELAKANG

Dahulunya Apple Inc dikenali sebagai Apple Computer Inc. Organisasi ini merupakan
sebuah syarikat multinasional yang mencipta alat eletronik, perisian komputer dan berkaitan
dengan perkomputeran sama ada untuk kegunaan peribadi atau perniagaan. Apple Inc telah
ditubuhkan oleh Steve Jobs dan Steve Wozniak pada 1 April 1976 dan didaftarkan pada tahun
1977. Pada mulanya Apple Inc berpusat didalam sebuah garaj dan hanya menjual papan litar
untuk memegang salah satu komponen komputer. Modal permulaan perniagaan Apple Inc adalah
sebanyak AS$1,300 (RM 5,340.40) iaitu hasil daripada penjualan microbus oleh Steve Jobs,
salah satu komponen komputer dan penjualan kalkulator oleh Wozniak. Namun perniagaannya
berkembang dengan baik setelah menjual komputer pertama Apple I yang bernilai AS$ 666 (RM
2,735.93). Produk utama Apple Inc adalah iPhone, alat pemain muzik iPod dan pelbagai jenis
komputer Macintosh.

Perubahan yang dibuat di Apple Inc adalah berasaskan ‘Developmental change’. Hal ini
kerana Apple Inc ingin mengembangkan lagi perniagaan mereka dengan membuat pembaharuan
lebih besar dengan mencipta telefon pintar, MP3 dan sebagainya selain daripada produk
komputer. Selepas Steve Jobs mengambil alih pengurusan Apple Inc, keuntungan Apple Inc
telah meningkat setelah hampir muflis pada tahun 1996. Kesan daripada kepimpinan Steve Jobs,
produk yang dipasarkan oleh Apple Inc telah mendahului pesaing lain. Apple kini terlibat dalam
penciptaan konsep teknologi baru (seperti iPhone, dan Apple TV), serta ciri-ciri untuk Mac OS X
"Leopard", sistem pengendaliannya yang baru. Syarikat ini juga mengendalikan kedai dalam
talian untuk menjual perkakasan dan perisian, selain daripada iTunes Store, laman webnya yang
membekalkan muzik, buku audio, permainan, video muzik, pertunjukan TV, dan filem digital
yang boleh dimuat turun. Produk-produk perkakasan syarikat yang paling terkenal termasuk
barisan komputer peribadi Mac dan peranti-peranti persisian berkait, barisan pemain media
mudah alih iPod, serta iPhone yang dikeluarkan pada pertengahan tahun 2007. Selain itu,
produk-produk perisian Apple yang paling terkenal termasuk sistem pengendalian Mac OS dan
suit perisian iLife yang merupakan berkas produk perisian kreatif bersepadu untuk para amatur.
(Kedua-dua Mac OS dan iLife dibekalkan secara bersama-sama dengan semua jualan Mac).
Tambahan pula, Apple juga merupakan pembekal produk perisian industri audio dan filem
profesional (serta juga "prosumer") yang utama. Aplikasi-aplikasi profesional dan "prosumer"
Apple yang digunakan, terutamanya dalam komputer Mac, termasuk Final Cut Pro, Logic Audio,
Final Cut Studio, dan alat-alat industri yang berkaitan.

Diperbadankan pada 3 Januari 1977, syarikat in mula-mulanya dikenali sebagai Apple


Computer, Inc. selama 30 tahunnya yang pertama. Pada 9 Januari 2007, syarikat ini
menggugurkan perkataan "Computer" daripada nama korporatnya agar membayangkan bahawa
Apple yang pada suatu ketika terkenal dengan produk-produk komputer, kini membekalkan
berbagai-bagai produk elektronik pengguna. Pertukaran nama yang menyusul pengumuman
Apple tentang telefon pintar iPhone dan sistem video digital Apple TVnya membayangkan
peluasan berterusan syarikat ke dalam pasaran elektronik pengguna, selain daripada tumpuan
tradisionalnya dalam komputer peribadi.

Apple juga mengendalikan 180 buah kedai jualan runcit di Amerika Syarikat, Jepun,
United Kingdom, Kanada, dan Itali. Kedai-kedai itu menjual kebanyakan produk Apple serta
juga produk-produk pihak ketiga, dan membekalkan sokongan dan pembaikan perkakasan dan
perisian Apple. Apple kini menggaji melebihi 20,000 pekerja tetap dan pekerja sampingan di
seluruh dunia.

Berdasarkan alasan-alasan falsafah reka bentuk estetik yang menyeluruh sehingga budaya
perlawanan (malahan asal-usul budaya kebebasannya), selain daripada kempen-kempen
pengiklanannya, Apple telah memperoleh suatu reputasi yang tersendiri dalam industri
elektronik konsumer serta juga dasar pelanggan yang setia pada tahap yang amat luar biasa
kepada syarikat dan jenamanya.

Anda mungkin juga menyukai