Anda di halaman 1dari 6

KOLEJ TINGKATAN ENAM DESA MURNI, SUNGAI DUA,

13800 BUTTERWORTH, PULAU PINANG

LAPORAN AMALI KETUJUH

LATIHAN KARDIOVASKULAR

NAMA LIM WEI HAN

KELAS 6 ASS
LAPORAN AMALI KETUJUH - SISTEM KARDIOVASKULAR

Pada 14 July 2023, semua pelajar Sains Sukan bersama-sama dengan guru mata
pelajaran iaitu Cikgu Johari telah menjalankan satu ujian yang berkaitan dengan sistem
kardiovaskular pada pukul 7.45 hingga 8.55 pagi. Ujian ini menjalani di Bilik Khas Kolej
Tingkatan Enam Desa Murni. Tujuan menjalankan ujian ini adalah bagi pelajar mengetahui
dan mengukur denyutan jantung, tekanan darah dan menilai tahap pernafasan semasa
senaman aerobic. Sebelum memulakan ujian ini, Cikgu Johari memberikan taklimat tentang
melakukan aktiviti tersebut dan menunjukkan cara menggunakan Sphygmomanometer digital
untuk mengukur tekanan darah. Para pelajar dapat mengukur denyutan nadi sebelum dan
melakukan senaman naik turun bangku iaitu jenis senaman aerobik dan mengukur darah
sebelum dan selepas melakukan senaman naik turun bangku.

Semua pelajar Sains Sukan perlu mengisi borang tentang ujian ini yang telah diedarkan
oleh Cikgu Johari. Beliau juga memberi perhatian lagi tentang ujian tersebut supaya para
pelajar dapat melaksanakan ujian dengan lancar.

Mula-mula, para pelajar dikehendaki menyediakan peralatan seperti bangku ketinggian


40 cm untuk lelaki manakala bangku ketinggian 33 cm untuk perempuan,
Sphygmomanometer digital, metronome dan jam randik dan Carta Rate of Perceived Exertion
(RPE). Sebelum memulakan ujian, Cikgu Johari membahagi 39 orang pelajar Sains Sukan
kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan perlu dianggotai oleh pencatat data untuk
denyutan nadi, tekanan darah dan RPE, penjaga metronome dan masa serta pengukur tekanan
darah.

Selepas itu, pelajar-pelajar duduk di kerusi yang disediakan bersebelahan bangku


dalam keadaan rehat selama 3 minit. Pada minit terakhir sesi rehat, tekanan darah dan
denyutan nadi rehat direkodkan. Seterusnya, semua pelajar melaksanakan sesi penyesuaian
teknik ujian naik turun bangku selama 3 minit dengan bantuan dan bimbingan daripada Cikgu
Johari. Cikgu Johari akan memastikan teknik setiap pelajar adalah betul dan kemudian sesi
ini mengambil masa selama 1 minit.
Selepas sesi penyesuaian, pelajar-pelajar yang selesaikan ujian akan kembali duduk
dan rehat selama 3 minit sebelum memulakan sesi ujian sebenar dengan bantuan ritma
metronome. Metronome dilaraskan pada tahap 90 bagi memberikan frekuensi naik turun pada
22.5 langkah seminit dan setiap bunyi beep menandakan frekuensi naik-naik, turun-turun,
naik-naik dan seterusnya. Ujian ini telah dijalankan selama 3 minit. Pelajar-pelajar diberikan
maklum RPE berkenaan tahap kepayahan ujian dan kadar pernafasan. Selepas ujian ini, para
pelajar dikehendaki duduk dan merta serta kira kadar nadi dalam masa 10 saat.

Selepas menjalankan ujian ini, terdapatnya perubahan pada denyutan nadi iaitu
meningkat dari 48 ke 70 denyutan seminit manakala tekanan darah pula meningkat dari 95/58
ke 98/58 dari masa rehat hingga ke penghujung sesi senaman. Keputusan tersebut dapat
diklasifikasikan sebagai kecergasan kardiovaskular yang cemerlang yang sering melakukan
senaman. Berdasarkan Carta RPE di atas, saya telah mencapai RPE senaman keseluruhan
pada aras ke 2 dan RPE kadar pernafasan pada aras norml. Maka, pernafasan saya adalah
ketara, percakapan saya selepas senaman adalah normal. Hal ini menunjukkan ujian ini
adalah kurang berat bagi saya. Oleh itu, dapat dikenalpastikan bahawa kesan positif dari
aspek fisiologi adalah daya tahan kardiovaskular dapat dipertingkatkan. Daya tahan dan
kekuatan otot juga dapat ditingkatkan melalui senaman ini.

Beberapa kekuatan adalah alat peralatan yang disediakan dengan baik. Alat peralatan
yang disediakan dapat menjalankan ujian dengan lancar dan baik. Sebagai contoh,
Sphygmomanometer digital, metronome dan jam randik. Para pelajar dapat mengukur
tekanan darah dan mengira masa dengan jelas semasa aktiviti. Oleh itu, pelajar sains sukan
tidak akan berlaku sebarang kesalahan semasa menjalankan aktiviti tersebut.

Di samping itu, kekuatan kedua adalah para pelajar bekerjasama. Semasa Cikgu Johari
memberi taklimat tentang ujian, para pelajar mengambil serius dan fokus untuk mengambil
nota. Pelakuan ini dapat mengurangkan melaku kesalahan semasa menjalankan aktiviti
tersebut.
Seterusnya, terdapat beberapa kelemahan ketika berlaku aktiviti yang berkaitan dengan
sistem kardiovaskular ialah tempat yang sempit. Hal ini demikian kerana sebahagian pelajar
sekali menjalankan aktiviti di tempat ditentukan menyebabkan sesak. Oleh itu, pelajar akan
mudah melakukan kecerderaan semasa melakukan ujian tersebut seperti terseliuh.

Untuk penambahbaikan sepanjang menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan sistem


kardiovaskular, guru mestilah menyediakan tempat yang sesuai untuk menjalankan aktiviti.
Sebagai contoh, tempat yang luas. Hal ini demikian kerana dapat mengelakkan kecederaan
semasa aktiviti.

Konklusinya, saya berasa bersyukur kerana dapat berjaya menjalankan ujian ini dengan
lancar pada hari tersebut. Saya ingin berterima kasih kepada Cikgu Johari kerana sudi
memberi dan menunjuk ajar serta membimbing kepada semua pelajar Sains Sukan pada
sepanjang ujian ini. Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh, 17 July

2023

………………………

( LIM WEI HAN )

Pelajar 6 ASS / ATM SEMESTER 2

KOLEJ TINGKATAN ENAM DESA MURNI.


LAMPIRAN

Pelajar perempuan Sains Sukan sedang senaman


naik turun bangku iaitu jenis senaman aerobik
untuk ujian Anatomi dan Fisiologi.

Anda mungkin juga menyukai