Anda di halaman 1dari 3

PROGRAM MBM – 3 BERLIAN

(KEPENTINGA SAMBUTAN ULANG TAHUN KEMERDEKAAN NEGARA)

Yang berusaha, Cikgu Azman bin Mohd Zaini, Pengetua SMK Yong Peng,
Yang dihormati, Tuan Haji Azmi Bin Mad Nor, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Yong Peng,
Yang dihormati, semua guru SMK Yong
Dan rakan-rakan seperjuangan semua.
Selamat pagi dan salam merdeka.

Pada pagi ini, kami dari kelas 3 Berlian akan mengendalikan Program MBM. Petikan yang akan
kami kongsikan bersama dengan rakan-rakan mengenai kepentingan sambutan hari ulang tahun
kemerdekaan negara.

Saya mohon rakan-rakan semua membuat catatan kerana pada akhir program ini akan diadakan
kuiz dan cenderamata disediakan kepada rakan-rakan yang Berjaya menjawab dengan tepat.

Untuk itu, saya ingin menjemput Mohd Akram dan Freda Tay bagi meneruskan program pada
pagi ini. Dipersilakan
_____________________________________________________________________________________

KEPENTINGAN SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN KEMERDEKAAN NEGARA.

Bulan Ogos merupakan bulan kemerdekaan negara kita. Pada 31 Ogos 2022 genap 65
tahun Malaysia bebas daripada penjajahan British. Hari ulang tahun kemerdekaan negara yang
kita sambut setiap tahun mempunyai kebaikan dan kepentingannya yang tersendiri. Hari
tersebut merupakan hari kebesaran negara yang perlu disambut dan dihayati oleh semua rakyat
yang cinta akan negara ini. Pelbagai acara dijalankan untuk menyambut hari ulang tahun
kemerdekaan ini seperti mengadakan majlis perarakan atau perbarisan, memasang bendera
pada bangunan, kenderaan dan sebagainya. Oleh itu, sambutan hari tersebut hendaklah
diteruskan agar generasi muda yang menjadi tonggak negara pada masa hadapan akan mengerti
dan menghayati kebaikannya.

Kebaikan sambutan hari ulang tahun kemerdekaan ini adalah untuk memupuk semangat
patriotik atau cinta akan negara. Dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, seseorang
itu akan merasai pengalaman itu sendiri dan berasa megah dengan hari kemerdekaan negaranya
sendiri. Perkara ini demikian kerana,tak kenal maka tak cinta, iaitu seseorang itu akan
menghayati hari kemerdekaan tersebut dengan lebih bermakna melalui penglibatan dan
penyertaannya dalam sambutan hari ulang tahun kemerdekaan atau menyaksikan majlis
sambutan tersebut secara langsung.
Selain itu, melalui sambutan hari ulang tahun kemerdekaan juga, kita dapat menghargai
dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan negara. Kita akan memahami dan menghayati
pengorbanan serta perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan negara kita suatu masa dahulu.
Antara tokoh yang begitu berjasa kepada negara ialah Tunku Abdul Rahman, Rosli Dhobi,
Rentap, Kanang dan sebagainya. Mereka rela berputih tulang daripada berputih mata melihat
tanah air tempat tumpah darah mereka dijajah oleh kuasa asing sepertti British dan Jepun. Mereka
juga sanggup menggadai nyawa demi membayar harga sebuah kemerdekaan. Mereka sanggup
berkorban harta, nyawa dan tenaga seperti lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain,
semata-mata untuk memerdekakan negara kita. Jasa mereka patut dikenang kerana harimau
mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Dengan cara itu, sebagai rakyat
negara ini, kita akan sedar dan berazam untuk mempertahankan kemerdekaan negara kita
sampai bila-bila.

_______________________________________________________________________________

Seterusnya, dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, kita dapat memupuk perpaduan
kaum. Hal ini demikian kerana, pelbagai kaum yang terdapat di negara kita akan bekerjasama
dan berganding bahu dengan melibatkan diri semasa sambutan diadakan. Kita dapat melihat
semua kaum, seperti kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, dan Bajau turut serta dalam
sambutan terebut. Perkara ini tentunya akan menjadi bukti bahawa perpaduan kaum dapat
dipupuk dan disuburkan melalui sambutan hari ulang tahun kemerdekaan negara.

Di samping itu, melalui sambutan hari kemerdekaan, imej negara kita akan turut
meningkat. Negara-negara asing akan mengenali Malaysia sebagai sebuah negara yang aman,
harmoni dan sejahtera, Secara tidak langsung, lebih ramai pelancong asing ingin berkunjung ke
negara kita serta lebih ramai pelabur asing ingin melabur di negara kita. Hal ini dapat membantu
meningkatkan sumber pendapatan negara sekali gus menjana ekonomi negara.

Intihanya, ulang tahun hari kemerdekaan negara kita perlulah disambut oleh semua
rakyat negara ini dengan penuh penghayatan. Oleh itu, kerajaan hendaklah menjalankan
kempen melalui media massa untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan sambutan
ulang tahun tersebut. Hal ini bersesuaian dengan konsep 1Malaysia yang diuar-uarkan oleh
pucuk pimpinan negara kita pada masa ini yang mementingkan aspek perpaduan kaum.
Sekiranya usaha ini tidak dijalankan, sudah pasti rakyat negara kita kurang menyedari
kepentingan sambutan hari ulang tahun kemerdekaan negara.
Terima kasih diucapkan kepada Mohd Akram dan Freda Tay atas perkongsian sebentar tadi.

Baiklah, rakan-rakan… Kita akan teruskan dengan soalan kuiz. Saya berharap rakan-rakan dapat
menjawab soalan yang akan saya ajukan dengan menggunakan ayat yang lengkap dan gramatis.

Rakan-rakan yang ingin menjawab bolehlah datang ke hadapan.

Soalan 1 : Sebutkan sekurang-kurang 1 peribahasa yang ada dalam petikan tadi.

Jawapan :
i) tak kenal maka tak cinta
ii) seperti lilin yang membakar diri 
iii) harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

Soalan 2 : Berikan 2 kebaikan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan negara yang anda
dengar.

Jawapan :
i) Kebaikan sambutan hari ulang tahun kemerdekaan ini adalah untuk memupuk
semangat patriotik atau cinta akan negara.
ii) Selain itu, dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, kita dapat memupuk
perpaduan kaum.
iii) Seterusnya, melalui sambutan hari ulang tahun kemerdekaan juga, kita dapat
menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan negara.
iv) Di samping itu, melalui sambutan hari kemerdekaan, imej negara kita akan turut
meningkat.

Soalan 3 : Mengapakah kita perlu menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan


negara?

Jawapan :

Kita perlu menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan negara kerana

i) Mereka rela berputih tulang daripada berputih mata melihat tanah air tempat
tumpah darah mereka dijajah oleh kuasa asing sepertti British dan Jepun.

ii) Mereka juga sanggup menggadai nyawa demi membayar harga sebuah
kemerdekaan.

iii) Mereka sanggup berkorban harta, nyawa dan tenaga seperti lilin yang membakar
diri untuk menerangi orang lain, semata-mata untuk memerdekakan negara kita.

iv) kita akan sedar dan berazam untuk mempertahankan kemerdekaan negara kita
sampai bila-bila.

Tahniah kepada rakan-rakan yang berjaya. Dengan itu berakhirlah program kita pada pagi ini.
Terima kasih semua.

Anda mungkin juga menyukai