Anda di halaman 1dari 12

AmarShafie Rahman Karmila

BAHAGIAN A
Sila warnakan jawapan yang betul dengan warna biru.

1. Maksud sifat ihsan dari sudut bahasa ialah:

A Tenang dan bahagia dalam kehidupan.

B Mengajak orang kepada kebaikan dan mencegah daripada keburukan.

C Suka memberi sesuatu kepada orang lain.

D Berbuat kebaikan terhadap orang lain.

2. Orang yang mempunyai sifat ihsan dalam ibadah akan:

i. Berusaha untuk melakukan ibadah dengan sempurna.


ii. Berasa cukup dengan hanya solat 5 waktu seharian.
iii. Melaksanakan ibadah dengan ikhlas dan sepenuh hati..
iv. Melakukan ibadah dengan terlalu cepat dan terburu-buru.

A ii dan iv

B ii dan iv

C i dan iii

D i dan ii

3. Menurut ahli tasawuf, tazkiyatun nafs ( ‫ ) تذكية النفس‬membawa maksud:

A Penyucian diri daripada kezaliman dan sifat-sifat yang keji.

B Tidak menyakiti hati dan perasaan orang lain.

C Kepercayaan dan keimanan yang teguh

D Rendah diri dan tidak sombong dengan kelebihan di dunia.

2
HAKCIPTA SMITI SULIT
Sifat hati terpuji yang mendorong manusia melakukan kebaikan.

4. Penyataan di atas adalah maksud bagi:


A Sifat bersabar.

B Sifat mahmudah.

C Sifat mazmumah.

D Sifat kematangan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tangan yang di atas lebih baik daripada
tangan yang di bawah dan mulakanlah dengan kaum keluargamu. Sebaik-sebaik sedekah
adalah dalam keadaan kaya. Sesiapa yang menjaga kehormatan dirinya maka Allah akan
menjaganya dan barangsiapa yang merasa cukup maka Allah akan memberikan
kecukupan kepadanya.” (HR Bukhari)

5. Hadis di atas menjelaskan bahawa:


A Orang yang meminta sedekah adalah orang yang hina.

B Setiap perbuatan kita bergantung kepada niat.

C Keimanan seseorang diukur melalui kekayaannya.

D Memberi lebih baik daripada meminta-minta.

6. Berikut merupakan kepentingan memaafkan orang lain kecuali:


A Tidak membuang waktu dengan kebencian dan dendam.

B Bukti kematangan dan kesabaran dalam diri.

C Menyelamatkan diri daripada penyakit cintakan harta dunia.

D Meringankan fikiran dan menenangkan hati.

7. Manakah antara berikut bukan daripada tujuan hidup seorang muslim di dunia:

3
HAKCIPTA SMITI SULIT
A Mempunyai ramai pengikut di media sosial dan disukai masyarakat.

B Mengajak manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan.

C Menjadi khalifah yang menguruskan alam dan sesama manusia.

D Menghambakan diri kepada Allah, tuhan Yang Maha Esa.

8. Matlamat utama seorang muslim bekerja, beribadah dan belajar adalah untuk:

A Mencari dan mengumpul harta.

B Mendapat keredaan Allah.

C Mengejar nama dan populariti.

D Memiliki pasangan hidup yang baik.

9. Berikut merupakan ciri-ciri seorang sahabat yang baik kecuali:

A Sentiasa merasa bahagia di saat melihat sahabatnya berjaya dalam kehidupan.

B Sentiasa menghargai dan membalas kebaikan yang telah dilakukan oleh sahabatnya.

C Sentiasa mendoakan semoga Allah melimpahkan kebaikan kepada sahabatnya.

D Sentiasa menyokong sahabatnya melakukan perkara baik dan perkara buruk.

10. Kita perlu memilih sahabat yang mempunyai ciri-ciri berikut kecuali:
A Mempunyai akal fikiran yang sihat dan positif.
B Memiliki akhlak dan sahsiah yang baik.

C Mempunyai rupa paras yang cantik atau tampan.

D Mentaati perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.

(10 Markah)

4
HAKCIPTA SMITI SULIT
BAHAGIAN B
Jawab soalan mengikut struktur dan arahan yang diberikan.

Antara cara terbaik untuk tazkiyatun nafs adalah dengan membaca


al-Quran kerana di dalamnya terdapat panduan, amaran dan bimbingan
buat manusia.

1. Sila tandakan (✔️) pada 5 kelebihan membaca al-Quran:


Anda boleh copy dan paste tanda ini ( ✔️ ) untuk diisi dalam kotak tersebut.

1 Menjadi bukti sifat kesabaran dalam diri seseorang.

2 Diberikan ketenangan dalam kehidupan.

3 Diganjarkan pahala untuk setiap huruf yang dibaca.

4 Menjadi terkenal dan disukai semua manusia.

5 Darjat ditinggikan di sisi Allah SWT.

6 Menghabiskan air liur dan membuang masa.

7 Dilindungi daripada kejahatan serta gangguan jin dan syaitan.

8 Dapat menggantikan ibadah lain seperti puasa dan solat.

9 Diampunkan dosa terhadap manusia lain.

10 Mendapat syafaat di dalam kubur dan akhirat.

(10 markah)

5
HAKCIPTA SMITI SULIT
Sifat mazmumah adalah lawan bagi sifat mahmudah. Sebagai umat Islam,
kita dituntut untuk memupuk sifat-sifat mahmudah dan menghapuskan
sifat mazmumah dalam diri.

2. Padankan sifat-sifat yang telah diberikan dengan sifat yang berlawanan baginya dengan
cara mewarnakan sifat mazmumah tersebut:
Contohnya sifat amanah yang berwarna merah dipadankan dengan sifat khianat dengan
cara mewarnakan sifat khianat dengan warna merah.

SIFAT MAHMUDAH SIFAT MAZMUMAH

Amanah Bongkak

Pemaaf Bakhil

Rendah diri Dusta

Pemurah Tamak

Zuhud Khianat

Jujur Pendendam

(10 markah)

6
HAKCIPTA SMITI SULIT
ADAB TERHADAP KAWAN

1. Menjaga hati dan perasaan kawan.

2. Membantu kawan mengikut semampunya.

3. Menjaga maruah dan kehormatan kawan.

4. Menjamin kepercayaan dan kesetiaan sebagai kawan.

5. Menjauhkan kawan daripada keburukan.

3. Berikut telah disenaraikan 5 adab terhadap kawan-kawan. Sila tentukan adab manakah
yang bersesuaian dengan situasi contoh yang diberikan di bawah:

Anda hanya perlu tuliskan nombor sahaja.

Aisyah bersungguh-sungguh membantu Nisa dalam memahami topik


pembelajaran yang kurang difahaminya.

Asyraf menegur kesalahan kawannya yang suka mencarut ketika sedang


bermain permainan video.

Walaupun sudah mengetahui kekurangan dan kelemahan Zainab, Puteri


tidak pernah menceritakan perkara tersebut kepada orang lain.

Nazmi mengucapkan terima kasih dan meminta maaf kepada Harith kerana
meminjam sejadahnya tanpa meminta keizinan.

Naufal menunaikan janjinya pada Megat untuk bersama-sama menyiapkan


tugasan matematik pada waktu rehat.

(10 markah)

7
HAKCIPTA SMITI SULIT
BAHAGIAN C
Tuliskan jawapan bagi soalan-soalan berikut dalam kotak yang disediakan dengan
menggunakan tulisan warna biru:

َ‫ أ َ ْن ت َ ْعبُدَ هللاَ َكأَنَّكَ ت ََراهُ فَإ ِ ْن لَ ْم ت َ ُك ْن ت ََراهُ فَإِنَّهُ يَ َراك‬: ‫ قَا َل‬,‫ان‬
ِ ‫س‬َ ْ‫اإلح‬ َ ‫ فَأ َ ْخبِ ْرنِ ْي‬:)ُ‫(جب ِْر ْيل‬
ِ ‫ع ِن‬ ِ ‫قَا َل‬
(‫)ر َواهُ ُم ْس ِلم‬
َ

1. Tuliskan konsep ihsan sepertimana yang telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam
hadis di atas:

(2 markah)

2. Seseorang manusia yang memiliki sifat ihsan dalam diri sudah pasti akan melakukan
setiap perkara dengan baik dan berkualiti. Pada pendapat anda, apakah kesan sifat ihsan
dalam diri seseorang terhadap kehidupannya mengikut situasi berikut:

a) Ketika sedang menduduki peperiksaan di sekolah.

b) Ketika sedang berniaga di pasar malam.

8
HAKCIPTA SMITI SULIT
c) Ketika sedang menunaikan solat.

(6 markah)

3. Proses tazkiyatun nafs ada dua. Jelaskan kedua-duanya:

ii

(4 markah)

1. Salah satu sifat mahmudah adalah pemurah. Sila jelaskan apakah yang dimaksudkan
dengan pemurah:

(2 markah)

2. Terdapat pelbagai cara untuk memupuk sifat pemurah dalam diri kita sepeti memberi
hadiah, bantuan tenaga dan bersedekah tanpa mengharapkan balasan daripada manusia.
Sila nyatakan 3 kepentingan bersedekah:

ii

iii

(6 markah)

9
HAKCIPTA SMITI SULIT
Sifat bakhil bermaksud sifat seseorang yang sangat cintakan harta benda
yang dimilikinya sehingga tidak suka hartanya digunakan kepada jalan
yang dituntut oleh agama Islam.

3. Sila huraikan bagaimana 3 perkara ini menjadi punca sifat bakhil dalam diri seseorang:

a) Keimanan yang lemah.

b) Pentingkan diri sendiri.

c) Cintakan dunia.

(6 markah)

10
HAKCIPTA SMITI SULIT
Sabda Rasulullah SAW:

ْ ْ ْ َّ َّ َّ َّ
ْ ‫الش ِد ْيدَ با ر‬ َْ
َ‫لُّصع َِة ِإنما الش ِديدَ ال ِذي ي ْم ِلكَ ن َفسهَ ِعندَ الغض ِب‬ ِ َ‫ليس‬
)‫(رواه البخاري‬

4. Berdasarkan hadis di atas,Nabi Muhammad SAW menyifatkan orang yang kuat adalah
orang yang mampu menahan dirinya ketika sedang marah.
Sila jelaskan bagaimanakah dengan memaafkan orang lain, kita dapat:

a) Meringankan pemikiran dan menenangkan hati.

b) Membuktikan bahawa kita seorang yang positif dan matang.

(4 markah)

Tiada ikatan yang paling kuat selain ikatan akidah


dan tiada akidah yang paling kuat selain Islam.

(As-Syahid Imam
Hasan Al-Banna)

11
HAKCIPTA SMITI SULIT
Sila senaraikan 3 perbuatan yang boleh merosakkan akidah seseorang muslim:

ii

iii

(6 markah)

Sirah Nabi Muhammad SAW telah mengajar kita bahawa perjuangan


dakwah baginda disokong dan dibantu oleh para sahabat yang tidak pernah
jemu dan penat dalam perjuangan bersama baginda.

Sila nyatakan 2 ciri yang perlu ada pada diri kita untuk menjadi seorang sahabat yang
baik:

ii

(4 markah)

-KERTAS SOALAN TAMAT-


SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN

12
HAKCIPTA SMITI SULIT

Anda mungkin juga menyukai