Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN HEM PERINGKAT

DAERAH TAMPIN TAHUN 2021

8.30 pagi
Pendaftaran
&
Sarapan Pagi
Pengumuman Mengumumkan ketibaan Yang berusaha Tn Alias bin
Ketibaan Abdul Samad, Pegawai Pendidikan Daerah Tampin
diiringi dif-dif jemputan masuk ke dewan

Nyanyian Hadirin dipersilakan berdiri bagi menyanyikan -Lagu


lagu Negaraku dan Negeri Sembilan. negaraku
-Lagu N9
*** Nyanyian 2 buah lagu patriotik ***

Hadirin dipersilakan duduk


Housekeepin Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
g
Hadirin sekalian,
Sebelum majlis dimulakan,terlebih dahulu taklimat
ringkas untuk anda.
Apabila anda hadir pada pagi ini di dalam dewan ini,
menjadi tanggungjawab kami memberikan taklimat
ringkas bagi majlis ini. Berikut merupakan perkara-
perkara yang perlu diambil perhatian.
Sebagai peringatan mesra, mohon kerjasama para
hadirin agar mematuhi SOP sepanjang majlis
berlangsung. Sentiasa memakai pelitup muka dan
mengawasi penjarakan fizikal #kitaJagaKita
Bagi memastikan kelancaran dan keharmonian
majlis, mohon kerjasama hadirin untuk mengubah
tetapan telefon bimbit ke mod senyap.
Terima kasih.

9.10 pagi Melati kuntum merah membara


Tumbuh melata menjadi hiasan
Salam sembah pembuka bicara
Selamat datang ucapan bingkisan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Salam sejahtera
Salam abc 2.0
Salam ambil peduli, bina hubungan, cipta
kejayaan
Up nogoghi
Salam PPD Tampin
Unggul Memacu Transformasi

1
Yang berusaha
Encik Mazlan bin
(Jawatan)

Yang berusaha
Tuan Alias bin Abdul Samad
Pegawai Pendidikan Daerah Tampin

Yang berusaha
Haji Azali bin Hashim
Timbalan PPD Sektor Perancangan
PPD Tampin

Yang berusaha
Hj Muhammad Badron bin Othman
Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid
PPD Tampin

Yang berusaha
Encik Zainal bin Ismail
Pengetua SMK Pasir Besar

Yang berusaha
Encik Mohamad bin Bidin
Guru Besar SK Keru

Yang dihormati
Guru-guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Daerah Tampin

Yang dihormati
Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian

Selamat datang ke Majlis Anugerah


Kecemerlangan Hal Ehwal Murid Peringkat
Daerah Tampin Tahun 2021

2
9.15 Alhamdulillah.
Alu-aluan Syukur ke hadrat Illahi, kerana dengan izin serta
limpah rahmat-Nya, kita diberikan kesempatan untuk
berhimpun dalam majlis yang membawa seribu
makna kepada kita semua.

Sidang hadirin yang dirahmati sekalian,

Majlis yang julung kali diadakan ini merupakan satu


usaha bagi mengiktiraf dan menghargai jasa,
komitmen serta pengorbanan guru yang senantiasa
berusaha dalam meningkatkan kecemerlangan dalam
Unit Hal Ehwal Murid.

Gerak kerja dalam bidang Hal Ehwal Murid


merupakan salah satu tunggak utama dalam
memastikan kelancaran pengoperasian sesebuah
sekolah. Pengurusan Hal Ehwal Murid yang
cemerlang mampu menghasilkan rasa kepuasan,
semangat kerjasama dan disiplin yang tinggi di
kalangan warga sekolah dan seterusnya memberi
impak terhadap prestasi sesebuah sekolah.

Bacaan Doa Bagi memberkati majlis kita pd hari ini, majlis


mempersilakan al Fadhil Ustaz Muhammad Zikri
bin Jamaluddin untuk memimpin bacaan doa
manakala yg bukan beragama Islam dipersilakan
utk bertafakkur seketika. Majlis dengan penuh
takzim mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada al


Fadhil Ustaz Muhammad Zikri atas bacaan doa
sebentar tadi

Sesi Hadirin sekalian, Pengetua


Perkongsian Memulakan bingkisan, majlis akan dimulakan 30 minit
Ilmu 1 dengan dua sesi perkongsian amalan terbaik
pengurusan Hal Ehwal Murid Sek Menengah.
Dengan ini, majlis mempersilakan En. Zainal bin
Ismail, pengetua SMK Pasir Besar untuk
menyampaikan perkongsian beliau.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

**** Perkongsian amalan terbaik***

Alhamdulillah begitulah tadi perkongsian yang cukup


bermakna dan boleh diaplikasikan bagi meningkatkan
melancarkan lagi pengurusan HEM di sekolah.
Terima kasih diucapkan kepada En. Zainal bin Ismail
atas perkongsian beliau sebentar tadi.

3
Sesi Hadirin sekalian, Guru Besar
Perkongsian Kita teruskan majlis kita dengan perkongsian amalan 30 minit
Ilmu 2 terbaik pengurusan Hal Ehwal Murid sekolah rendah.
Tanpa melengahkan masa, majlis menjemput dan
mempersilakan En. Mohamad bin Bidin, Guru Besar
SK Keru untuk menyampaikan perkongsian beliau.
Dipersilakan.

**** Perkongsian amalan terbaik***

Begitulah tadi perkongsian yang amat bermanfaat


yang boleh kita teladani. Sesuai dengan kata
bidalan “ perkara yang baik dijadikan teladan”.
Justeru marilah sama-sama kita menteladani dan
mengembangkan ilmu-ilmu yang telah
dikongsikan oleh tuan pengetua dan guru besar
sebentar tadi. Semoga ianya memberi manfaat
kepada kita semua.

Montaj HEM Tuan-tuan dan puan-puan


Layangkan pandangan anda ke layar putih di
tengah dewan bagi sama-sama kita menyaksikan
montaj aktiviti dan pencapaian Unit Hal Ehwal
Murid Daerah Tampin 2015 hingga 2021.

Begitulah tadi pelbagai aktiviti dan kejayaan yang


telah dikecapi hasil kerjasama dan sokongan padu
dari semua pihak.
Penyampaian Justeru sebagai tanda penghargaan, majlis 1.Sijil kpd GPK
Sijil mempersilakan En.Mazlan bin untuk HEM
menyampaikan sijil penghargaan kepada Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 2.Sijil & Hadiah
Lonjakan
1. Sijil kepada GPK HEM Kehadiran
Dengan ini,majlis mempersilakan Tertinggi
_____________________ diiringi
____________________ untuk menyampaikan Sijil 3.Anugerah
Penghargaan. Kecemerlanga
n HEM
Dipersilakan ________________

*** Sijil kepada 51 orang GPK HEM***

2. Sijil & Hadiah Lonjakan Kehadiran Tertinggi


Seterusnya, penyampaian sijil & hadiah lonjakan
kehadiran tertinggi.

Dipersilakan _________________

*** Penerima lonjakan kehadiran tertinggi***


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
____________________ atas penyampaian hadiah

4
sebentar tadi.

3. Anugerah Kecemerlangan HEM


Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Tn Tayang video
Alias bin Abd Samad untuk meneruskan upacara calon2..
penyampaian sijil dan hadiah bagi Anugerah
Kecemerlangan HEM.

Sebelum itu, mari sama-sama kita saksikan calon-


calon bagi kategori ______________________.
Dipersilakan ____________________.

Seterusnya, kategori _________________


Calon-calonnya _____________________
Dipersilakan ____________________

*** Anugerah

Ucapan Tak lengkap gong tanpa palunya,


Perasmian Tak lengkap keris tanpa ulunya,
Penutup Tak lengkap majlis tanpa ucapan yang terutama.
KPPD
Meneruskan bingkisan, majlis kini dengan segala
hormatnya mempersilakan Yang berusaha Tn. Alias
bin Abdul Samad, Pegawai Pendidikan Daerah
Tampin untuk menyampaikan ucapan seterusnya
merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Unit
Hal Ehwal Murid Peringkat Daerah Tampin Tahun
2021. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan


terima kasih kepada Tn Alias bin Abdul Samad
atas ucapan beliau sebentar tadi.
Gimik **Terus buat gimik..xyah umum. Potong kek
Perasmian
Majlis kini mempersilakan
_____________________ untuk menjemput dan
mengiringi Tn Alias bin Abd Samad untuk
bergerak turun ke hadapan pentas bagi
menjayakan gimik Pelancaran Anugerah
Kecemerlangan Unit Hal Ehwal Murid.

Penyampaian Ucapan sudah, perasmian pun sudah. Cenderahati


Cenderahati Majlis kini diteruskan dengan upacara penyampaian apa?
cenderahati.

Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan


__________________________________________
__ untuk menyampaikan cenderahati kenang-
kenangan.

Dipersilakan _______________________
Dipersilakan _______________________

5
Dipersilakan _______________________

Terima kasih diucapkan atas kesudian


menyempurnakan upacara penyampaian hadiah,
sijil dan cenderamata sebentar tadi.

Penutup Tuan-tuan dan puan-puan,

Hadirin-hadirat,
Tamatlah sudah majlis kita pada petang ini.
Andai ada kesilapan dan ketempangan sepanjang
kami mengendarai majlis ini, kami pohon ampun dan
maaf, sesungguhnya yang baik itu milik Ilahi, yang
kurang itu kealpaan kami sendiri.

Sekian, wabillah…..
Assalamualaikum wbh
Makan Majlis dengan ini mempersilakan Yang berusaha
tengahari dan _______________________ dengan diiringi
bersurai tetamu-tetamu kehormat menjamu selera di ruang
yang telah disediakan.

Anda mungkin juga menyukai