Anda di halaman 1dari 1

Hartika Binti Hasan

No 1, Jln Tukas 4,
Tmn. Soga 2,
83000 Batu Pahat,
Johor

Warden Asrama,
SMK (P) Temenggung Ibrahim,
35, jln Tasek,
83000 Batu Pahat,
Johor.

Tuan, 27 APRIL 2021

PERMOHONAN KELUAR SEMENTARA ASRAMA

Merujuk kepada perkara di atas, saya ibu kepada Ismahani Izzati binti Ismail, Dorm INTAN 4, ingin
membawa anak keluar dari asrama sementara sehingga habis cuti penggal persekolahan iaitu pada 12 Jun
2021 memandangkan keadaan kesihatan anak saya yang tidak baik sejak akhir- akhir ini.

2. Untuk makluman, anak saya akan meneruskan persekolahan secara ulang alik dari rumah sehingga
6 Mei 2021 dan akan mengikuti PDPR sspanjang tempoh 16 Mei -27 Mei 2021.

3. Saya akan menghantar anak saya kembali ke asrama sebaik sahaja habis tempoh PDPR dan cuti
penggal persekolahan iaitu pada 12 Jun 2021.

4. Sekian untuk makluman tuan. Saya memohon maaf atas kesulitan yang timbul, Budi bicara dan
keprihatinan tuan saya dahului dengan ucapan setinggi- tinggi terima kasih.

Yang benar,

……………………………………
( HARTIKA BINTI HASAN)

No Tel: 0197514450

Anda mungkin juga menyukai