Anda di halaman 1dari 1

Nama Ibu/Bapa : NASRUDDIN BIN NAYAN

Nama Pelajar : MUHAMMAD FARIS HAIKAL BIN


NASRUDDIN
Alamat : 1770, JLN MAWAR 5,
TMN GEMAS INDAH, 73400 GEMAS,
NEGERI SEMBILAN.

Program :Diploma in Hajj and Umrah Management Tarikh : 15 hb Jun 2023

Tuan/Puan,

TUNTUTAN LATIHAN INDUSTRI DI MEKAH DAN MADINAH.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2. Adalah dimaklumkan, bahawa kami waris kepada pelajar Diploma Pengurusan Haji dan Umrah,
Kolej Antarabangsa Inovatif ingin menuntut penjelasan serta ketetapan tarikh pemergian anak kami untuk
melaksanakan praktikal di Makkah dan Madinah. Sebagaimana yang dimaklumkan dan dijanjikan kepada
kami dalam di awal pendaftaran, semua pelajar Diploma Pengurusan Haji Dan Umrah ( DHUM ) akan
dibawa ke Tanah Suci Makkah dan Madinah bagi menjalankan praktikal di sana serta merasai pengalaman
menunaikan ibadah umrah.

3. Sehubungan itu, Kami ibu bapa serta waris pelajar menuntut ketetapan tarikh pemergian anak kami ke
Makkah dan Madinah seperti yang dijanjikan semasa hari pendaftaran anak di Kolej Antarabangsa Inovatif.
Untuk makluman Tuan/Puan, para pelajar DHUM telah menamatkan pengajian mereka di kolej dan
bergraduasi pada bulan Disember 2022 yang lalu. Penundaan tarikh praktikal para pelajar ke Makkah dan
Madinah telah menganggu perancangan pelajar, ibu bapa dan waris untuk meneruskan pengajian anak kami
ke peringkat yang lebih tinggi atau mencari pekerjaan setelah tamat belajar. Perkara ini berlaku kerana
tempoh praktikal yang dijanjikan kepada kami adalah sekurang-kurangnya 20 hari. Tempoh yang lama ini
menyukarkan untuk para pelajar yang sedang menyambung pengajian atau baru bekerja untuk mengambil
cuti yang panjang.

Oleh yang demikian, mohon perhatian serta maklum balas dengan kadar segera daripada pihak pengurusan
Kolej Antarabangsa Inovatif berhubung permasalahan ini.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Yang Benar,

....................................
Nama : NASRUDDIN BIN NAYAN

S.k : Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia


: Fakulti School of Hajj and Umrah Management, Kolej Antarabangsa Inovatif

Anda mungkin juga menyukai