Anda di halaman 1dari 1

(iii) Awalan ini membawa makna:

(a) orang yang diberikan tumpuan maksud pada kata dasar:


ketua→orang yang diberikan sifat tua (dengan maksud diberi
kehormatan atau kedudukan sebagai orang tua),

kekasih→orang yang diberikan kasih,


kemudi→orang yang diberikan tugas mengemudi,
(b) sesuatu yang abstrak; contoh:
kehendak, kerangka

3.3.2.1.5 Awalan juru-


(i) Juru asalnya ialah kata penuh; maksudnya ialah orang yang pandai atau mahir
dalam sesuatu pekerjaan. Kemudian kata ini dijadikan awalan.
(ii) Awalan ini boleh digabungkan dengan kata nama, kata kerja dan morfem terikat
yang terdiri daripada akar kata. Contoh:
Dengan KN Dengan KK Dengan kata akar
jurugambar jururunding jurumudi
jurukamera jurujual jururenang
juruacara jururawat

(iii) Awalan ini membawa makna orang yang ahli dalam melakukan sesuatu
pekerjaan, iaitu seperti yang dimaksudkan oleh kata dasar.
(iv) Lazimnya, maknanya dikaitkan dengan sesuatu kerjaya, seperti jururawat,
jururunding, jurujual, jurutulis, juruhebah, juruterbang dan juruselam.
3.3.2.1.6 Awalan kata nama pinjaman daripada bahasa asing
Awalan pinjaman dalam bahasa Melayu adalah daripada bahasa Sanskrit dan
bahasa Inggeris.
3.3.2.1.6 (i) Awalan pinjaman bahasa Sanskrit
Awalan Makna Contoh
Sistem
tatacara, tatasusila,
tata- atau peraturan
tatatertib, tatarias
tentang sesuatu
prasejarah, pramerdeka,
pra- Sebelum
pramatang, prasekolah,
maha- Besar/agung maharaja, mahasiswa,
mahaguru, mahadewi,
mahakarya(karya besar)
eka-dwi- Masing-masing
tri- bermakna ekabahasa, ekaarah, ekadimensi, dwibahagian, dwiasid,
bilangan: dwibentuk, tribulanan, tribahasa, trilogi, pancaindera,
dan Pancasila, pancabulanan, pancaguna, pancakembar (kembar
panca- satu, dua, tiga dan lima)
lima.
swasta, swalayan, swafoto,
swa- Sendiri
swadaya

Anda mungkin juga menyukai