Anda di halaman 1dari 6

KELAS BIMBINGAN MENENGAH

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2022

SEJARAH ISLAM
KBM 1

NAMA:

KELAS: KBM 1

MUKA DEPAN

ARAHAN KEPADA CALON

1. Jangan buka kertas soalan Markah Markah


sehingga diberi arahan oleh Bahagian
Penuh Dapat
pengawas.

2. Tuliskan nama anda dan kelas A 15


dengan jelas pada tempat yang
telah disediakan.
B 20
3. Baca setiap arahan sebelum
menjawab soalan.
Jumlah 35
4. Kertas soalan ini mengandungi 5
muka surat bercetak (termasuk
muka hadapan) T. Tangan
Pemeriksa:
5. Masa untuk menjawab kertas
soalan ini ialah 1 jam.
T. Tangan
Waris:
Bahagian A (15 markah)

Jawab semua soalan berikut. Tuliskan jawapan kamu di ruang yang disediakan.

1. Semasa usia Rasulullah s.a.w. masih remaja, baginda telah mengambil upah
mengembala kambing kepunyaan penduduk Mekah. Pekerjaan mengembala ini
telah mendidik baginda dengan pelbagai sifat mulia yang perlu ada pada setiap
Muslim.

(a) Berikan tiga sifat mulia yang boleh diperolehi daripada pekerjaan tersebut.

[3 markah]

(b) Nyatakan dua perkara yang baik kamu lakukan apabila menghadapi
kesukaran atau ujian dalam hidup.

[2 markah]

2. Sikap Rasulullah s.a.w. yang menerima cadangan yang diberikan oleh Salman Al-
Farisi untuk menggali parit dalam perang Ahzab menunjukkan akhlak Rasulullah
s.a.w. yang tinggi.

(a) Berikan dua sifat Nabi Muhammad s.a.w. yang boleh kamu contohi dari
perang Ahzab dalam kehidupan kamu sebagai seorang Muslim.

[2 markah]

(b) Kamu dilantik sebagai seorang ketua kumpulan bagi sebuah projek sekolah.
Nyatakan tiga cara bagaimana kamu dapat menerima cadangan-cadangan
ahli kumpulan kamu yang dari berbeza latar belakang.

[3 markah]

2
KBM 1 Sejarah Islam
3. Rasulullah s.a.w. telah berpesan kepada umat Islam sebelum baginda wafat agar
sentiasa berpegang teguh kepada al-Quran dan al-Sunnah.

(a) Nyatakan dua keburukan yang boleh berlaku kepada remaja Islam jika
mengabaikan pengajaran dari al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.

[2 markah]

(b) Di antara wasiat Rasulullah s.a.w. sebelum baginda wafat adalah ‘setiap
Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain’. Berikan tiga contoh akhlak
mulia bagaimana kamu boleh bergaul dengan sesama Muslim.

[3 markah]

3
KBM 1 Sejarah Islam
Bahagian B (20 markah)

Jawab semua soalan berikut. Tuliskan jawapan kamu di ruang yang disediakan.

1. Setelah Rasulullah s.a.w. berhijrah dari kota Mekah ke kota Madinah, perkara kedua
yang baginda lakukan adalah mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar bagi
mewujudkan sifat berkasih sayang sesama Muslim supaya dapat hidup dalam keadaan
harmoni.

(a) Jelaskan tiga cara yang boleh kamu lakukan sebagai seorang Muslim apabila
bergaul dengan teman dan jiran yang bukan Muslim agar mereka dapat melihat
keindahan Islam.

(b) Nyatakan dua perkara yang boleh kamu lakukan bagi mewujudkan suasana
harmoni dan menjauhkan suasana perbalahan sesama Muslim di Singapura.

[10 markah]

4
KBM 1 Sejarah Islam
2. Perjanjian Hudaibiyah telah memberi kemenangan yang besar kepada umat Islam
walaupun pada awalnya ianya kelihatan penuh kontrovesi dan memberi
kemenangan jangka pendek kepada kaum Quraisy.

(a) Jelaskan dua pengajaran yang boleh kamu ambil dalam konteks taat kepada
ketua berdasarkan perjanjian tersebut.

(b) Sebagai seorang remaja Muslim yang menetap di Singapura, senaraikan tiga
cara bagaimana kamu boleh sampaikan dakwah secara berkesan kepada teman-
teman kamu.

[10 markah]

🙥 Semoga Berjaya 🙧

5
KBM 1 Sejarah Islam

Anda mungkin juga menyukai