Anda di halaman 1dari 1

Guru-guru, rakan seperjuangan sekalian,

            Pada tahun 2015, Unit Hal Ehwal Murid  telah


menetapkan beberapa perancangan yang strategik dalam
usaha untuk memantapkan pengurusan bagi melahir dan
menjana murid sekolah ini menjadi insan yang berkualiti
selaras dengan Gelombang 1 dalam PPPM. Diharapkan juga
modal insan yang akan dilahirkan mempunyai sahsiah yang
terpuji, berketerampilan dan mampu menyumbang untuk
kemajuan sekolah. Oleh itu, budaya kecemerlangan dalam
minda, jiwa suci dan sanubari terpuji setiap warga SKSI 2
mahu diterapkan dan diterjemahkan dalam setiap tindakan
yang diambil, supaya bila ‘berkembangnya bunga, sentiasa
akan menjadi’. InsyaAllah, sekiranya kita sentiasa istiqomah
dalam membudayakan kecemerlangan ini dan mengutamakan
murid dalam setiap tugasan yang kita lakukan, kita akan
berjaya melonjakkan kecemerlangan sekolah sekaligus
meningkatkan tahap keyakinan dan kepuasan hati pelanggan
(murid dan ibu bapa).

            Sesungguhnya, untuk mencapai visi dan misi yang


diharapkan, sekolah memerlukan satu pasukan yang mantap,
mempunyai kemahiran, kemampuan dan kesungguhan yang
tinggi setiap warganya. Sehubungan itu, Jawatankuasa Kerja
Hal Ehwal Murid 2015 yang diangkat,  mampu menjayakan
setiap tangungjawab yang diberi kepercayaan untuk digalasi.

Anda mungkin juga menyukai