Anda di halaman 1dari 1

Galeri gergasi yang kaya dengan kepelbagaian

spesis burung ini sangat terkenal di kalangan


pelancong dari dalam dan luar negara. Bird
Interpretative Centre menyediakan informasi
tentang burung-burung liar yang terdapat di Bukit
Fraser sebelum anda menjelajah ke dalam hutannya.
Selain itu, pengunjung juga boleh melawati galeri
atau muzium kecil yang memaparkan ilmu-ilmu
berguna berkenaan burung dalam bentuk
gambaran, maklumat saintifik burung, rangka
burung-burung, telur burung dan sebagainya.
Terdapat sebanyak 250 spesis burung yang
dipamerkan antaranya burung Enggang, Merpati,
Helang dan pelbagai sepsis endemik yang lain.

Menariknya, lokasi ini sering kali menjadi tuan rumah


acara tahunan Pertandingan Memerhati Burung
Antarabangsa Bukit Fraser. Jadi jika anda datang
tepat pada waktunya, pasti banyak pengalaman
baru yang boleh anda perolehi.

Anda mungkin juga menyukai