Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum wrkth.

, salam sejahtera dan salam satu


Malaysia.

Telapak tangan ditadah ke hadrat Ilahi kerana kita dapat


bersama-sama melaksanakan tanggungjawab dalam tahun
2015.Saya ingin mendahului kerja buat kita pada 2015 dengan
ucapan terima kasih dan syabas kepada semua warga SKSI 2
yang bakal bersama-sama bekerja keras untuk menjayakan
program khususnya dalam bidang Hal Ehwal Murid dengan
ikhlas. Kesetiaan semua guru amat dihargai dalam usaha untuk
merealisasikan kemenjadian murid SKSI 2.

Bagi sesi 2015, Unit Hal Ehwal Murid merancang


beberapa kolaborasi bersama-sama agensi luar dalam usaha
pemantapan sahsiah murid. Antara progamnya ialah,
kerjasama dengan Kementerian Kesihatan iaitu dalam
‘Program Awal Remaja’, bersama Jabatan Penjara Kajang dan
Polis dari IPD Kajang iaitu ‘Program Benci/Pencegahan
Jenayah’.

            Bagi melancarkan pengurusan pentadbiran sekolah


pada tahun 2015, khususnya dalam bidang Hal Ehwal Murid,
satu jawatankuasa penggubal takwim dan perancangan tadbir
urus sekolah sesi  2015 telah dibentuk untuk merangka dan
menetapkan tugasan semua guru. Secara amnya, terdapat
beberapa transformasi dibuat dalam usaha menggerakkan
aktiviti Unit Hal Ehwal Murid selaras dengan misi dan visi Unit
HEM, sekolah, PPD, JPS dan KPM. Diharap transformasi ini
akan membuahkan lonjakan prestasi yang membanggakan
hasil daripada kerjasama dan sokongan semua guru SKSI 2,
2015.

Anda mungkin juga menyukai