Anda di halaman 1dari 2

Nama : Andrean Arvicano

No :4
Kelas : X-MIPA-3

HIKAYAT BURUNG CENDERAWASIH

Sahibul hikayat telah diriwayatkan dalam Kitab Tajul Muluk, mengisahkan seekor
burung yang bergelar burung cenderawasih. Adapun asal usulnya bermula dari kayangan.
Menurut kebanyakan orang lama yang arif mengatakan ianya berasal dari syurga dan selalu
berdamping dengan para wali. Memiliki kepala seperti kuning keemasan. Dengan empat
sayap yang tiada taranya. Akan kelihatan sangat jelas sekiranya bersayap penuh adanya.
Sesuatu yang sangat nyata perbezaannya adalah dua antena atau ekor areil yang panjang di
ekor belakang. Barangsiapa yang melihatnya pastilah terpegun dan takjub akan keindahan
dan kepelikan burung cenderawasih.

Amatlah jarang sekali orang memiliki burung cenderawasih. Ini kerana burung ini
bukanlah berasal dari bumi ini. Umum mengetahui bahawa burung Cenderawasih ini hanya
dimiliki oleh kaum kerabat istana saja. Hatta mengikut sejarah, kebanyakan kerabat-kerabat
istana Melayu mempunyai burung cenderawasih. Mayoritas para peniaga yang ditemui
mengatakan ia membawa tuah yang hebat.

Syahdan dinyatakan lagi dalam beberapa kitab Melayu lama, sekiranya burung
cenderawasih turun ke bumi nescaya akan berakhirlah hayatnya. Dalam kata lain burung
cenderawasih akan mati sekiranya menjejak kaki ke bumi. Namun yang pelik lagi ajaibnya,
burung cenderawasih ini tidak lenyap seperti bangkai binatang yang lain. Ini kerana ia
dikatakan hanya makan embun syurga sebagai makanannya. Malahan ia mengeluarkan bau
atau wangian yang sukar untuk diperkatakan. Burung cenderawasih mati dalam pelbagai
keadaan. Ada yang mati dalam keadaan terbang, ada yang mati dalam keadaan istirahat dan
ada yang mati dalam keadaan tidur.

Walau bagaimanapun, Melayu Antique telah menjalankan kajian secara rapi untuk
menerima hakikat sebenar mengenai BURUNG CENDERAWASIH ini. Mengikut kajian
ilmu pengetahuan yang dijalankan, burung ini lebih terkenal di kalangan penduduk nusantara
dengan panggilan Burung Cenderawasih. Bagi kalangan masyarakat China pula, burung ini
dipanggil sebagai Burung Phoenix yang banyak dikaitkan dengan kalangan kerabat istana
Maharaja China. Bagi kalangan penduduk Eropah, burung ini lebih terkenal dengan
panggilan Bird of Paradise. Secara faktanya, asal usul burung ini gagal ditemui atau
didapathingga sekarang. Tiada bukti yang menunjukkan ianya berasal dari alam nyata ini.
Namun satu lagi fakta yang perlu diterima, burung cenderawasih turun ke bumi hanya di
IRIAN JAYA (Papua sekarang), Indonesia saja. Tetapi yang pelik namun satu kebenaran
burung ini hanya turun seekor saja dalam waktu tujuh tahun. Dan ia turun untuk mati. Sesiapa
yang menjumpainya adalah satu tuah. Oleh itu, kebanyakan burung cenderawasih yang anda
saksikan mungkin berumur lebih dari 10 tahun, 100 tahun atau sebagainya. Kebanyakkannya
sudah beberapa generasi yang mewarisi burung ini.

Telah dinyatakan dalam kitab Tajul Muluk bahawa burung cenderawasih mempunyai
pelbagai kelebihan. Seluruh badannya daripada dalam isi perut sehinggalah bulunya
mempunyai khasiat yang misteri. Kebanyakannya digunakan untuk perubatan. Namun ramai
yang memburunya kerana tuahnya. Burung cenderawasih digunakan sebagai pelaris. Baik
untuk pelaris diri atau perniagaan. Sekiranya seseorang memiliki bulu burung cenderawasih
sahaja pun sudah cukup untuk dijadikan sebagai pelaris. Mengikut ramai orang yang ditemui
memakainya sebagai pelaris menyatakan, bulu burung cenderawasih ini merupakan pelaris
yang paling besar. Hanya orang yang memilikinya yang tahu akan kelebihannya ini. Namun
yang pasti burung cenderawasih bukannya calang-calang burung. Penuh dengan keunikan,
misteri, ajaib, tuah.

Anda mungkin juga menyukai