Anda di halaman 1dari 146

Ebook Mudahnya Belajar Forex

Panduan Lengkap Ilmu Untuk Menjadi Seorang


| Forex Trader |
Potensi Mula Menjana Income Secara Harian, Mingguan atau Bulanan
Melalui FOREX TRADING

Edisi Kedua – 2015

www.mudahnyabelajarforex.com
TERMA DAN SYARAT

Copyright © 2015 MoshedFX.com

HAKCIPTA TERPELIHARA - Akta Hakcipta 1987

AMARAN

Segala isi kandungan ebook ini termasuklah teks, grafik, ungkapan adalah hak
milik MoshedFX.com. Anda DILARANG menyalin, mencetak untuk tujuan
perdagangan atau pengedaran, meminjamkan, menyewakan atau menjual
mana-mana sumber atau kandungan dalam ebook ini. Malah anda juga
dilarang dari berkongsi atau menunjukkan mana-mana bahagian ebook dan
melakukan apa-apa tindakan yang merugikan pihak pengeluar ebook ini.

Ebook ini didatangkan bersama-sama password ID sah anda dan ia milik anda
secara persendirian. Anda wajib untuk menjaga amanah ini dan mengelakkan
dari tersebar di internet kerana pihak kami akan tahu siapa pemilik ebook ini
berdasarkan password ID yang didaftarkan. Jika anda didapati bersalah,
tindakan undang-undang akan diambil dibawah Akta Hakcipta. Anda bukan
hanya boleh dikenakan tindakan undang-undang, malah jika anda melanggar
terma dan syarat ini, juga anda hanya akan kerugian dari segi keistimewaan
yang ditawarkan dari pihak pengeluar ebook dari segi naik taraf edisi ke edisi
yang baru serta keistimewaan lain.

Anda hanya pemilik yang sah jika anda membeli daripada laman web jualan
iaitu www.mudahnyabelajarforex.com dan atas kelolaan www.moshedfx.com
dan anda berhak mendapatkan keistimewaan lain yang pihak kami tawarkan.

Segala pemilikan secara tidak sah dan pelanggaran amanah juga hanya
merugikan anda dari segi keberkatan dan keberkatan ilmu amatlah penting
untuk berjaya dalam apa jua bidang.

Kerjasama anda amatlah dihargai demi menyokong usaha pihak kami untuk
sentiasa membantu anda untuk berjaya sebagai forex trader.

Terima kasih
KANDUNGAN
Muka Surat
Pendahuluan
Kenali Pengarang 1
Prakata 3
Struktur Ebook Ini 4

Pengenalan Forex
Apa itu Forex Trading 5
Apakah Perbezaan Forex dan Saham 7
Matawang Utama 8
Waktu Trading 10

Asas Forex
Tentang Market 12
Bagaimana Buy dan Sell 15
Take Profit dan Stop Loss 19
Pending Order 22
Scalping, Intraday dan Swing 28
Sistem Trading : Hedging dan Martingale 30

Asas Teknikal Analisis


Candlestick, Bar Chart, Line Chart 32
Reaksi Pasaran dari Candlestick 37
Time Frame 41
Bentuk Market 42
Trend 44
Support dan Resistance 47
Kenali Perubahan Trend 54
Wave 60
Penggunaan Indicator dan Tools
Penggunaan Indicator Relative Strength Index 63
Penggunaan Indicator Bollinger Band 67
Penggunaan Indicator Moving Average 69
Penggunaan Equidistant Channel 75
Penggunaan Trendline 81
Penggunaan Fibonacci Retracement 87
Candlestick Pattern Pada Support Dan Resistance 92

Asas Fundamental Analysis


Pengenalan Fundamental Analysis 98
Interest Rate 102
Petunjuk Ekonomi 103
Sifat Matawang Dalam Analisa Fundamental 105
Kalendar Ekonomi 110
Kekuatan Matawang 113

Pengurusan Risiko
Money Management 117
Kawalan Emosi dan Psikologi 122
Full Time Forex Trader atau Part Time Forex Trader 125
Panduan Pemilihan Broker Forex 127

Teknik Trading
Teknik Eksklusif MoshedFX 130
Teknik Bonus MoshedFX 137

Ulasan Penutup
Bahan Bacaan Tambahan dari Blog MoshedFX 140
Penutup 141
Mudahnya Belajar Forex-Mukasurat |1

KENALI PENGARANG

Moshed Mohamad mula menceburkan diri dengan dagangan tukaran


matawang asing melalui 'Online' ketika masih di dalam pengajian Ijazah Sarjana
Muda Kejuruteraan Elektrik Kuasa di Universiti Tenaga Nasional pada tahun
2006 menggunakan Platform Streamster dari Marketiva. Selepas tamat
pengajian pada tahun 2009 dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Elektrik Kuasa
beliau mengusahakan bidang bisnes Pembangunan Website secara sepenuh
masa di samping berdagang forex.

Ketika bisnes di dalam bidang Pembangunan Website belum lagi mendapat


sambutan pada masa itu di utara tanah air, beliau mengambil keputusan
melibatkan diri secara aktif di dalam arena Forex Trading dan juga Introducing
Broker (IB). Setelah melibatkan diri dalam bidang pembrokeran ini, mulalah
langkah pertama yang lebih serius dengan membawa sendiri broker forex dari
luar negara untuk mencari pasaran di Malaysia. Pencapaian terbaik, beliau
telah berjaya memantapkan perniagaan forex broker yang dibawa memasuki
Malaysia sehingga terkenal diseluruh dunia.

Beliau pernah dua kali menjawat jawatan Malaysia Regional Manager dari
Broker Forex yang dikawal selia Kesatuan Eropah pada 2011-2013(broker
pertama), dan 2013- 2014(broker kedua). Beliau bertanggunjawab membantu
para pedagang forex di Malaysia untuk mendalami bisnes forex. Jawatan ini
banyak membantu beliau mengetahui selok belok bisnes dagangan matawang
asing ini dan membantu beliau memahami lebih mendalam bagaimana untuk
membantu 'trader-trader' di Malaysia khususnya untuk menjana keuntungan
dan mengelakkan persepsi negatif orang ramai terhadap bisnes forex yang
mengalami isu 'haram, gambling trader, tamak, ketidak telusan broker, dan
pelbagai lagi'.

Keinginan untuk menjadi Forex Trader Sepenuh Masa, lalu beliau mengambil
keputusan meletakkan jawatan yang besar dan cuba membantu lebih ramai
trader melalui WWW.MOSHEDFX.COM, memberi kesedaran kepada para
pedagang forex tentang bagaimana menjadikan forex ini adalah sebuah bisnes

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


Mudahnya Belajar Forex-Mukasurat |2

dan bukan skim cepat kaya serta bagaimana mencari 'broker forex yang
selamat, dikawal selia serta telus dalam mengendalikan wang pedagang' agar
forex ini menjadi 'stream income' yang dapat meningkatkan ekonomi,
sekaligus membantu ramai trader mengecapi kejayaan dalam bidang
perniagaan ini pada jangka masa yang lama.

Setelah menjadi Trader Forex Sepenuh Masa, beliau mempunyai kebebasan


masa dan kelapangan sekaligus dapat membuatkan beliau dapat memberikan
lebih tumpuan kepada memberi bantuan dan berkongsi pengalaman dengan
forex trader yang lama ataupun yang baru ingin berjinak-jinak dalam arena ini,
maka terhasilah ebook bersama pakej ini.

Terkenal dengan artikel, berita forex, analisa teknikal dan fundamental analisis
setiap hari dan tips-tips perkongsian pengalaman beliau sebagai Full Time
Forex Trader, beliau kini berjaya membantu lebih 30,000 pelawat setiap bulan
dan WWW.MOSHEDFX.COM telah mempunyai hits page sehingga 1 juta setiap
bulan. Ia sekaligus mendapat gelaran Blog Forex No 1 di Malaysia atas kejayaan
tersebut.

Ketika ebook Mudahnya Belajar Forex ini ditulis,beliau berumur 28 tahun,


sedang melibatkan diri secara aktif berdagang forex sepenuh masa ,memberi
khidmat rundingan dalam forex business, memperkenalkan Broker Forex yang
Selamat dan Telus, membantu trader secara berkumpulan serta mendalami
lebih banyak pasaran kewangan yang lain seperti pasaran saham,komoditi dan
indeks.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


Mudahnya Belajar Forex-Mukasurat |3

PRAKATA

Syukur kepada Tuhan yang Maha Esa kerana dengan mempunyai masa yang
banyak terluang sebagai Full Time Forex Trader, saya dapat menghasilkan
ebook Mudahnya Belajar Forex ini demi membantu lebih ramai yang perlukan
bimbingan dan sokongan dalam melibatkan diri dalam arena yang mencabar
ini. Ketahuilah anda, yang anda tidak keseorangan.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan saya kepada isteri


tersayang, yang banyak memberikan sokongan dan dorongan walaupun saya
memilih haluan berbeza dalam normality kerjaya di Malaysia iaitu sebagai
Forex Trader Sepenuh Masa. Kepada keluarga yang sentiasa berikan sokongan
dan faham tentang kerjaya saya yang sangat asing dan berbeza berbanding
orang lain, rakan-rakan forex traders yang pernah bersama-sama saya,
berkongsi kisah tawa dan duka sepanjang melalui bidang ini.

Saya juga ingin ucapkan jutaan terima kasih kesemua para pengunjung Blog
MoshedFX.com yang banyak berikan inspirasi dalam saya menghasilkan ebook
ini, serta kepada semua pembaca ebook yang menyokong usaha saya ini
dengan mendapatkan ebook ini secara sah dan halal. Semoga keberkatan
bersama anda dan limpahan rezeki yang tidak disangka-sangka. Saya akan
terus menghasilkan usaha yang dapat memberikan manfaat kepada semua
agar kita sama-sama berjaya dalam arena forex trading ini.

Sedikit nasihat daripada saya, bidang forex ini adalah satu bidang yang
mencabar, tetapi tetap ada jalannya. Tak ramai yang jumpa jalan tersebut.
Saya hanya boleh menunjukkan arah, dari segi emosi mental dan jasmani, serta
ketekunan dan kekuatan mengharunginya, anda perlu sentiasa yakin. Jadi
teruskan belajar secara berdisiplin, dan tetapkan matlamat. Hanya ilmu akan
membezakan kejayaan dan kegagalan, dan anda tidak ada pilihan lain selain
berjaya dalam bidang Forex Trading ini. Pastikan anda sentiasa berdisiplin
dalam menuntut ilmu ini, langkah demi langkah, sabar dan lambat laun usaha
anda akan membuahkan hasil yang anda tidak pernah terfikir.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


Mudahnya Belajar Forex-Mukasurat |4

STRUKTUR EBOOK INI

Ebook Mudahnya Belajar Forex ini dihasilkan berdasarkan pengalaman penulis


dalam bidang forex trading selama 8 tahun. Ia diringkaskan dan menumpukan
pada bahagian asas yang utama sahaja agar anda mudah faham tentang forex
trading ini.

Sesetengah perkataan dikekalkan di dalam Bahasa Inggeris kerana ia memang


ungkapan yang selalu digunakan di dalam bidang forex dan ekonomi dan ia
tidak diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu agar anda tidak keliru.

Sesetengah perkataan Bahasa Melayu pula digunakan bahasa pasar agar


suasana pembacaan lebih santai dan mudah faham. Singkatan juga digunakan
kerana untuk tujuan pembelajaran masa hadapan. Memang singkatan begitu
digunakan dalam perbincangan harian tentang forex trading, agar anda lebih
mudah faham dalam menceburi bidang ini.

Ebook ini dibahagikan kepada Ilmu Asas dan juga pecahan teknik-teknik
berdasarkan indicator yang digunakan di dalam platform. Anda dikehendaki
memahami hampir kesemua kerana anda perlu faham yang asas untuk
keseluruhan agar dapat membuat analisa dan keputusan yang betul selepas
analisis. Penulis membahagikan ilmu asas yang patut tahu sahaja agar anda
tidak membuang masa mengkaji tentang sesuatu yang tidak perlu anda tahu
demi berjaya dalam forex.

Ebook ini diyakini akan menyingkatkan masa pembelajaran anda dalam forex
kerana ia dihasilkan dan diringkaskan bab-bab penting yang ditempuhi oleh
penulis dalam masa 8 tahun pengalaman dalam bidang ini.

Anda tidak digalakkan melangkau mana-mana bab kerana ia telah disusun rapi
kefahaman demi kefahaman yang mengikut turutan. Jika anda sudah
berpengalaman dalam bidang forex trading, anda masih digalakkan untuk
membaca keseluruhan kerana mungkin ada kunci-kunci utama yang anda rasa
anda tahu, tetapi ia sebenarnya adalah kunci yang anda tidak mahu lepaskan.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


Mudahnya Belajar Forex-Mukasurat |5

APA ITU FOREX TRADING?


Forex ialah singkatan bagi perkataan, foreign exchange iaitu aktiviti menukar
matawang daripada matawang negara A kepada matawang negara B.
Contohnya anda mempunyai matawang negara Malaysia, dan anda pergi ke
money changer dan menukar matawang negara Malaysia kepada matawang
US Dollar, jadi proses itu adalah proses tukaran matawang, foreign exchange
atau dalam singkatannya ialah FOREX.

Penukaran dalam tukaran dagangan forex ini mencecah nilai USD 4 Trillion
sehari.Dalam hanya sehari sahaja nilai tukaran itu mencapai angka trillion.

Jadi bab itu anda sudah tahu, tapi apa pula maksud perdagangan tukaran
matawang asing, atau lebih dikenali sebagai Forex Trading ?

Berbalik kepada kes anda pergi ke money changer tadi untuk menukar wang,
adakah anda perasan yang rate atau harga nilai matawang tersebut berubah-
rubah dari sehari ke hari. Jika anda perhatikan betul-betul, hari ini anda pergi
tukar adalah pada harga lain, esok anda pergi tukar harganya lain pula.

Katakan hari ini anda pergi tukar harga adalah RM3.40 untuk USD1.00, anda
perlukan RM340 untuk tukar dengan USD100. Dan katakan bulan hadapan nilai
USD semakin mahal, iaitu USD1.00 bersamaan dengan RM3.60. Jadi di sini jika
anda pergi tukar USD100 anda, anda akan untung kerana anda akan menerima
RM360 dari money changer tersebut. RM20 keuntungan tersebut.

Mengikut simbolik, inilah dinamakan forex trading, anda jual dan beli
matawang anda. Dan anda bayangkan anda hanya menukar USD100 anda tadi,
sedangkan transaksi harian adalah sebanyak USD 4 Trillion sehari. Banyak
bukan? Jadi di sini kita akan pelajari bagaimana untuk kita mengambil
kesempatan atas forex trading USD4 Trillion tersebut, bukan nak ambil banyak
pun, ambil sedikit sahaja sebab nilai Trillion tersebut tersangatlah banyak iaitu
ada 12 digit 0.

Forex trading ini dikendalikan secara online. Anda hanya perlukan komputer
dan talian internet untuk trade forex. Pasaran forex ini buka 5 hari seminggu

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


Mudahnya Belajar Forex-Mukasurat |6

dan 24 jam sehari, iaitu bermula pada pukul 5 pagi hari isnin dan berakhir pada
pukul 5 pagi hari sabtu. Jadi di sini anda mempunyai kebebasan untuk anda
trade forex bila-bila masa sahaja yang anda rasakan sesuai. Jika anda seorang
pekerja yang pergi kerja pagi pukul 8, balik pukul 5 pun anda masih
mempunyai masa trading pada malamnya. Begitu juga jika anda seorang
pekerja shift, pasaran forex di buka 24 jam sehari, anda jangan risau, bila-bila
masa sahaja anda boleh trade forex.

Urusan jual beli anda akan dikendalikan oleh broker, dikenali sebagai broker
forex. Terdapat banyak broker forex yang menawarkan servis ini dan bab ini
saya akan sentuh pada bab panduan broker forex yang anda dapat bersama
ebook ini.

Terdapat beberapa platform yang disediakan oleh broker forex, dan platform
paling popular adalah dikenali sebagai Metatrader. Di sini saya akan fokuskan
anda supaya menggunakan platform ini kerana platform ini mempunyai tools
lengkap dan sangat mudah untuk di gunakan.

Platform 4 decimal(4 titik perpuluhan) akan digunakan dalam tunjuk contoh


dan pengiraan dalam ebook ini dan anda perlu tahu ia berbeza berbanding
Platform 5 decimal(5 titik perpuluhan).

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


Mudahnya Belajar Forex-Mukasurat |7

APAKAH PERBEZAAN FOREX DAN


SAHAM

Di sini saya letakkan dalam perbandingan agar anda faham apa perbezaan
forex dan saham.

Modal permulaan
Forex memerlukan modal permulaan yang sangat minimum, iaitu
serendah USD5 atau sekitar RM15 anda sudah mampu untuk
memulakan perniagaan forex trading. Sebaliknya jika saham, anda perlu
mempunyai modal yang besar sekitar RM1,000 sehingga RM3,000 hanya
untuk bermula trade saham.

Pasaran dua hala


Anda boleh mendapatkan keuntungan walaupun harga pasaran naik dan
turun, iaitu anda mempunyai manfaat untuk pasaran dua hala. Naik pun
boleh untung. Turun pun boleh untung. Manakala pasaran saham pula,
anda hanya boleh untung jika harga kaunter saham tersebut naik. Jika
turun anda akan mengalami kerugian. Hanya sehala.

Tidak Berhutang
Anda hanya akan rugi sebanyak modal yang anda laburkan dan anda
tidak akan berhutang lebih daripada nilai tersebut, sebaliknya jika
pasaran saham, jika kaunter tersebut rugi dan melepasi paras negatif,
anda sebagai pemegang saham perlu menanggung hutang atas kerugian
kaunter saham tersebut.

Analisis matawang utama sahaja


Dengan forex trading, anda tidak pening kepala memikirkan anda perlu
menganalisis beribu-ribu kaunter, atau jenis-jenis syarikat yang sangat
banyak. Dengan forex, anda hanya perlu fokus pada 6 matawang dunia
yang mempunyai pasaran yang cantik untuk di dagangkan. Dari situ

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


Mudahnya Belajar Forex-Mukasurat |8

sahaja anda boleh memaksimumkan keuntungan, anda tak perlu kaji


semua matawang negara yang ada di dunia.

Masa trading
Anda boleh trade pada masa yang lebih fleksibel kerana forex buka 24
jam sehari dan berterusan 5 hari seminggu. Manakala saham pula anda
hanya boleh trade, beli dan jual pada waktu bekerja sahaja. Sudah tentu
anda lebih fleksibel dengan masa trading forex berbanding saham.

MATAWANG UTAMA

Singkatan Matawang Nickname


EUR Euro Fiber
Great Britain
GBP Pound Cable
USD US Dollar Greenback
CHF Swiss Franc Swissy
New Zealand
NZD Dollar Kiwi
Australian
AUD Dollar Aussie
Canadian
CAD Dollar Loonie
JPY Japanese Yen Yen

Matawang-matawang di atas adalah matawang-matawang utama yang


didagangkan. Dari platfrom anda tidak akan melihat nama matawang
sebaliknya hanyalah singkatan matawang tersebut. Dalam forex trading,
matawang didagangkan secara pasangan, iaitu 'pair'.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


Mudahnya Belajar Forex-Mukasurat |9

Contohnya:

Pair EUR/USD. Jika anda beli pair EUR/USD pada harga 1.9000, bermaksud
anda tukarkan USD 1.90 dengan EUR 1.00.

Jenis-jenis Pasangan Matawang (Pair)

Major pair yang paling utama dan kerap didagangkan ialah EUR/USD,
GBP/USD, USD/JPY, AUD/USD, NZD/USD, USD/CHF.

Minor Pair pula ialah pair yang selain daripada pair major.

Tetapi di dalam pair minor ini ada pair yang dipanggil 'cross pair' iaitu pair yang
tidak berpasangan dengan USD. Contohnya EUR/JPY, EUR/CHF, GBP/JPY,
EUR/GBP dan sebagainya.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 11

Asia Open bermaksud sesi trading di Asia telah dibuka pada ketika tersebut,
jadi pair-pair yang aktif adalah pair berhubung kait dengan matawang JPY,
manakala Europe Open bermaksud sesi trading di Eropah telah dibuka dan pair
yang aktif adalah pair berhubung kait dengan EUR. Begitulah seterusnya
mengikut sesi 'market open' masing-masing.

Tetapi jangan anggap pula pada ketika ini market bagi pair-pair yang sesi
trading belum open tidak bergerak. Ia bergerak, tetapi kadang kala akan
menjadi pasif, slow motion. Waktu aktif bermula pada pukul 2 petang hingga
12 malam adalah waktu harga hampir kesemua pair bergerak pantas kerana
terdapat banyak pertindihan waktu.

Waktu kemuncak adalah pada pukul 8.00 malam sehingga pukul 12.00 malam,
anda boleh lihat hampir 3 sesi trading bagi Europe,London dan United States
bertindih. Pada masa ini juga terdapat banyak news(berita forex) yang
dikeluarkan menyebabkan market menjadi aktif.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 12

TENTANG MARKET
Pada bab ini kita akan belajar bagaimana kita buat untung dalam pasaran
forex. Sila install MT4 Demo Akaun ke PC/Laptop anda untuk faham bab
selepas ini. Rujuk Panduan MT4 yang diberikan di dalam Pakej.

Beli, Buy atau Long

Kita dapat menjana duit dengan forex trading ketika kita 'buy' pada harga
rendah, dan 'close' pada harga tinggi. Contoh jika anda masuk posisi Buy
USD/JPY bermaksud anda. Menukarkan JPY anda kepada nilai USD. Close
adalah menutup posisi trading tersebut.

Buy juga dikenali sebagai Long.

Buy dilakukan ketika kita menjangkakan market akan bullish (menaik)

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 13

Seperti di dalam gambar, anda BUY pair USD/JPY pada harga 105.66 dan CLOSE
pada 107.15
107.15-105.66 = 1.49 bersamaan (149 Pip). Ini bermakna anda untung pada
kadar 149 Pip.

Perhatian:
Pengiraan pip dikira dengan membuang titik perpuluhan pada hasil tolak nilai
lebih tinggi dan lebih rendah. Contohnya macam di atas, hasil tolak 107.15-
105.66 ialah bersamaan 1.49. Buang titik perpuluhan dan akan menjadi 149
sahaja, jadi ia akan disebut sebagai 149 pip.

Nilai Pip boleh ditentukan oleh anda sebelum memasuki POSISI trading samada
BUY atau SELL. Katakan pada masa awal tadi, anda meletakkan harga 1 Pip
bersamaan USD1.00. Ini bermakna selepas sahaja anda CLOSE posisi BUY tadi,
anda telah untung USD149.00. Anda akan ditunjukkan cara tentukan nilai pip
pada bab berikutnya.

Jual, SELL atau Short

Kita juga dapat menjana duit dengan forex trading ketika kita Sell pada harga
tinggi dan Close pada harga rendah. Contoh jika anda masuk posisi Sell
EUR/USD, ini bermaksud anda tukarkan EUR milik anda untuk dapatkan USD.
Konsepnya tidak sama seperti jual barangan kerana matawang ini adalah
berpasangan, iaitu dipanggil Pair. Anda boleh masuk SELL dahulu walaupun
anda tidak mempunyai posisi BUY.

Ingat, untuk untung, anda perlu masuk SELL ketika harga tinggi dan CLOSE
ketika harga rendah.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 14

Seperti di dalam gambar, anda SELL pair EUR/USD pada harga 1.2832 dan anda
CLOSE pada harga 1.2770. 1.2832-1.2770 = 0.0062 bersamaan 62 Pip. Ini
bermakna anda untung pada kadar 62 Pip.

Perhatian:
Pengiraan pip dikira dengan membuang titik perpuluhan pada hasil tolak nilai
lebih tinggi dan lebih rendah. Contohnya macam di atas, hasil tolak 1.2832-
1.2770 ialah bersamaan 0.0062. Sama seperti contoh sebelumnya, buang titik
perpuluhan pada nombor tersebut dan akan menjadi 62 sahaja, jadi ia akan
disebut sebagai 62 pip.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 15

Nilai Pip boleh ditentukan oleh anda sebelum memasuki POSISI trading samada
BUY atau SELL. Katakan pada masa awal tadi, anda meletakkan harga 1 Pip
bersamaan USD1.00. Ini bermakna selepas sahaja anda CLOSE posisi BUY tadi,
anda telah untung USD62.00.

BAGAIMANA BUY DAN SELL


Sebelum saya tunjukkan bagaimana untuk anda masuk posisi BUY atau SELL,
saya perlu ingatkan anda ada kepada dua perkara.

Keuntungan dikira berdasarkan berapa jumlah Pip yang anda dapat.


Nilai Pip ditentukan oleh anda dengan Nilai Lot Volume yang anda
setkan ketika anda hendak masuk order samada BUY atau SELL.
Setiap kali anda masuk order BUY atau SELL, nilai harga anda akan
ditolak dengan SPREAD
Nilai SPREAD ditetapkan oleh Broker dan ia adalah berbeza-beza
mengikut PAIR

Bagaimana untuk tentukan Lot Volume?

Nilai Lot Volume adalah seperti berikut.

Lot Nilai Untuk


Volume 1 Pip
1.00 USD10.00
0.10 USD1.00
0.01 USD0.10

Spread adalah perbezaan antara harga Bid dan Ask. Anda boleh lihat harga Bid
dan Ask pada Market Watch anda. Ada broker mengenakan Spread tetap dan
ada yang mengenakan spread secara berubah-berubah. Spread juga boleh di
anggap seperti komisen yang dikenakan broker.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 16

Contohnya jika Spread bagi Pair EUR/USD adalah bernilai 25 pip. Jadi katakan
anda masuk BUY EUR/USD pada harga 1.3000, anda akan mendapat harga
1.3025, sedikit atas daripada harga anda masuk tadi. Perbezaan tersebut di
namakan spread.

Jika anda masuk SELL EUR/USD pada harga 1.3000, anda akan mendapat harga
1.2975, sedikit bawah daripada harga anda masuk tadi.

Bagaimana untuk BUY ?

Sila rujuk gambarajah di bawah :

1. Klik Button New Order

2. Set nilai Volume mengikut pengiraan yang kita mahukan

3. Klik Button BUY apabila sudah pastikan semua betul.

Mengikut gambarajah di bawah, jika kita klik BUY bermaksud kita telah masuk
order BUY pada harga 1.3725 pada pair EURUSD tersebut.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 17

Bagaimana untuk SELL ?

Sila rujuk gambarajah di bawah:

1. Klik Button New Order

2. Set nilai Volume mengikut pengiraan yang kita mahukan

3. Klik Button SELL apabila sudah pastikan semua betul.

Mengikut gambarajah di bawah, jika kita klik SELL bermaksud kita telah masuk
order SELL pada harga 1.2723 pada pair EURUSD tersebut.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 18

Bagaimana untuk CLOSE ORDER

Selepas anda buka order, anda mestilah hendak tutup order, samada tutup
dalam keuntungan atau kerugian.

1. Klik pada Button Trade pada bahagian terminal di bawah


2. Double Klik pada nombor di bahagian profit pada Order Tersebut
3. Apabila sudah sedia dan dapat harga yang ingin tutup,KLIK Kotak Kuning.
4. Selepas berjaya closed order tersebut, anda akan dapat melihat kotak
Order Closed berjaya pada harga yang diinginkan. Senarai order anda
pada terminal di bawah akan hilang. Anda hanya perlu klik button OK.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 19

TAKE PROFIT dan STOP LOSS


Take Profit juga dikenali sebagai TP

TP diletakkan pada Level Harga di mana kita mahu ambil keuntungan


daripada order kita.
TP bagi order BUY adalah di atas harga semasa.
TP bagi order SELL adalah di bawah harga semasa.
Apabila graf harga menuju dan mengena harga TP, order tersebut akan
close secara automatik.

Stop Loss juga dikenali sebagai SL

SL diletakkan pada Level Harga di mana kita mahu minimakan kerugian kita
apabila graf bergerak melawan arah dengan kita.
SL bagi order BUY adalah di bawah harga semasa.
SL bagi order SELL adalah di atas harga semasa.
SL order juga akan ditutup secara automatik apabila graf harga mengena
harga SL tersebut.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 20

Bagaimana Letak TP dan SL

1. Kenalpasti pada harga mana anda nak letak TP atau SL dan Double Klik
pada salah satu nombor di bawah column TP atau SL order yang sedang
running. Mana-mana pun tidak mengapa. Double Klik!
2. Masukkan harga diingini pada ruangan SL dan TP.
3. Contoh harga telah ditunjukkan pada gambar.
4. Selepas confirm, anda boleh klik button Biru.

Perhatian:
Cara yang ditunjukkan adalah cara cepat. Anda boleh juga "right click"
pada order yang sedang ada dalam ruangan trade. Pilih order yang anda
ingin ubah dan klik Modify Order. Dari situ anda boleh tetapkan TP dan
SL juga.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 21

Selepas anda sudah tetapkan TP dan SL. Anda akan dapat lihat garisan-garisan
Stop Loss dan Take Profit tersebut seperti di bawah.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 22

PENDING ORDER
Terdapat beberapa jenis pending order atau lebih dikenali sebagai PO.

Buy Limit dan Sell Limit


Buy Stop dan Sell Stop

Limit order adalah order yang mana kita harapkan graf bergerak kepada
harga yang diingini dan berpatah balik.
Buy Limit hanya boleh diletakkan di bawah harga semasa.
Sell Limit hanya boleh diletakkan di atas harga semasa.

Stop order adalah order yang mana kita harapkan graf bergerak kepada harga
yang diingin dan menyambung pergerakkannya agar kita untung.

Buy Stop hanya boleh diletakkan di atas harga semasa.


Sell Stop hanya boleh diletakkan di bawah harga semasa.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 23

Rujuk contoh BUY Limit dan BUY Stop. Anak panah menunjukkan pergerakkan
harga graf.

Berikut pula adalah contoh Sell Limit dan Sell Stop.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 24

Bagaimana nak letakkan PO ?

Cara Letakkan Buy Limit

Katakan anda memilih satu harga 1.2495(garisan merah) untuk letakkan order
Buy Limit, dan harga semasa sedang berada di atas iaitu 1.2524(garisan hitam).

1. Klik pada New Order


2. Tetapkan Nilai Lot Volume
3. Type : Pilih Pending Order
4. Type Pending Order : Pilih Buy Limit
5. Letakkan harga yang diingini. Contoh di atas memilih 1.2495 untuk
letakkan Buy Limit.
6. Klik Button Place

Ini bermakna, apabila harga jatuh ke bawah dari 1.2524(garisan hitam), dan
mengena 1.2495, order BUY akan terbuka. Dan kita berharap agar harga mula
kembali naik seperti anak panah hijau yang ditunjukkan dalam contoh.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 25

Cara Letakkan Sell Stop

Katakan anda memilih satu harga 1.2495(garisan merah) untuk letakkan order
Sell Stop, dan harga semasa sedang berada di atas iaitu 1.2526(garisan hitam).

1. Klik pada New Order


2. Tetapkan Nilai Lot Volume
3. Type : Pilih Pending Order
4. Type Pending Order : Pilih Sell Stop
5. Letakkan harga yang diingini. Contoh di atas memilih 1.2495 untuk
letakkan Sell Stop.
6. Klik Button Place

Ini bermakna, apabila harga jatuh ke bawah dari 1.2526(garisan hitam), dan
mengena 1.2495, order SELL akan terbuka. Dan kita berharap agar harga
sambung turun seperti anak panah merah yang ditunjukkan dalam contoh.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 26

Cara Letakkan Sell Limit

Katakan anda memilih satu harga 1.5947(garisan merah) untuk letakkan order
Sell Limit, dan harga semasa sedang berada di bawah iaitu 1.5905(garisan
hitam).

1. Klik pada New Order


2. Tetapkan Nilai Lot Volume
3. Type : Pilih Pending Order
4. Type Pending Order : Pilih Sell Limit
5. Letakkan harga yang diingini. Contoh di atas memilih 1.5947 untuk
letakkan Sell Limit.
6. Klik Button Place

Ini bermakna, apabila harga naik ke atas dari 1.5905(garisan hitam), dan
mengena 1.5947, order SELL akan terbuka. Dan kita berharap agar harga mula
kembali turun seperti anak panah merah yang ditunjukkan dalam contoh.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 27

Cara Letakkan Buy Stop

Katakan anda memilih satu harga 1.5947(garisan merah) untuk letakkan order
Buy Stop, dan harga semasa sedang berada di bawah iaitu 1.5906(garisan
hitam).

1. Klik pada New Order


2. Tetapkan Nilai Lot Volume
3. Type : Pilih Pending Order
4. Type Pending Order : Pilih Buy Stop
5. Letakkan harga yang diingini. Contoh di atas memilih 1.5947 untuk
letakkan Buy Stop.
6. Klik Button Place

Ini bermakna, apabila harga naik ke atas dari 1.5906(garisan hitam), dan
mengena 1.5947, order BUY akan terbuka. Dan kita berharap agar harga
menyambung naik seperti anak panah hijau yang ditunjukkan dalam contoh.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 28

SCALPING, INTRADAY dan SWING

Scalping

SCALPING adalah bermaksud strategi trading yang mengambil keuntungan


banyak kali terhadap pergerakan harga yang kecil sahaja. Trader yang
menggunakan strategi ini kebiasaannya akan melakukan sesi trading 10 kali
atau sehingga 100 kali trade menggunakan strategi ini dalam satu hari. Dalam
erti kata mudah, banyak kali masuk order BUY atau SELL, dan setiap kali profit
kecil-kecil pun terus close order tersebut, dengan bertujuan untuk ambil
untung kecil tetapi banyak kali.

Trader yang menggunakan strategi ini di panggil SCALPER, dan kebanyakan


scalper percaya lebih mudah untuk menangkap pergerakan kecil harga untuk
untung berbanding untuk cari pergerakan besar harga untuk mengambil
keuntungan.

Jangka Masa = terlalu singkat

Intraday

INTRADAY adalah bermaksud strategi trading yang dilakukan, jangka masa


dalam 1 hari. Kebiasaanya trader yang menggunakan strategi intraday, akan
masuk order sekali atau dua kali sahaja dalam satu hari, dan menangkap
pergerakan dalam satu hari tersebut. Jadi hampir setiap hari intraday trader
akan masuk trading, sekali atau dua kali dan trading tadi akan ditutup sebaik
sahaja hampir berakhirnya hari tersebut.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 29

Intraday ini kebiasaanya adalah ungkapan bagi trader yang trade pasaran
saham yang buka pukul 9 pagi dan tutup pukul 5 petang, sebab setiap hari
trader tersebut perlu trade. Untuk forex trader juga boleh digunapakai, dengan
ungkapan senang faham, trade hampir setiap hari dan mengambil keuntungan
dengan pergerakan naik turun pasaran pada hari tersebut dengan kadar yang
agak banyak, sekitar dalam 30-60 pips.

Jangka Masa = Harian, short term

Swing

SWING pula bermaksud strategi trading yang digunakan dengan


menahan(hold) posisi trading BUY atau SELL untuk jangka masa yang agak
lama, dalam 2- 3 hari atau mungkin berminggu atau berbulan-bulan.

Dalam erti kata mudah, kebiasaan trader yang menggunakan strategi trading
ini trade 1 posisi sahaja pada satu-satu pasangan matawang itu, dan dibiarkan
posisi itu terbuka berhari-hari kerana ingin mengambil keuntungan dalam
pergerakan yang besar dan jangka masa yang lama. Keuntungan diambil sekitar
150-1000 pips.

Jangka Masa = Medium Term, Long Term

Perhatian :
Menahan atau "HOLD" posisi trading sehingga berhari-hari mungkin
mengakibatkan anda dikenakan komisen atau swap oleh broker anda.
Pastikan anda memohon SWAP FREE akaun atau Islamic Account untuk
mengelakkan dikenakan swap. Sesetengah broker hanya membenarkan anda
"hold" position maksima sehingga 5 hari sahaja.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 30

SISTEM TRADING:
HEDGING dan MARTINGALE
Hedging bermaksud strategi trading yang menggabungkan order BUY dan SELL
dalam satu masa yang sama. Dalam erti kata mudah, masuk BUY dan SELL
serentak.

Kebiasaanya trader yang hedging ini adalah ingin mengurangkan risiko dengan
mengunci pergerakan keuntungan atau kerugian dengan masuk posisi
berlawanan dengan jumlah lot yang sama.

Martingale pula bermaksud strategi trading yang kekal memasuki order yang
sama ketika pergerakan harga berlawanan dengan order tersebut dengan
harapan harga akan reverse sekaligus menguntungkan trader.

Trader kita panggil “layer” atau “kek lapis”. Order berlapis-lapis.

Tetapi cara ini amat berisiko kerana ia akan meningkatkan lebih banyak
kerugian jika harga masih tidak mengikut arah order tersebut.

Contohnya, apabila harga semakin jatuh, trader yang menggunakan strategi


martingale akan kekal masuk BUY, BUY dan kekal BUY walaupun harga makin
jatuh banyak dengan harapan harga pasangan matawang tersebut akan naik
kembali dan memberikan keuntungan berlipat ganda kepada trader. Sangat
berisiko.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 31

Perhatian :

Pada bab-bab berikutnya, kita akan fokus lebih kepada asas-asas cara analisis
yang lebih teknikal. Anda mesti betul-betul faham bab berikutnya untuk anda
dapat menghasilkan analisis yang bagus dan tepat.

Bab-bab berikutnya akan mengajar anda step by step bagaimana untuk fahami
cara analisa teknikal dalam forex dan ia terdiri dari banyak topik-topik kecil
asas yang ada hubungkait antara satu sama lain. Jadi anda mestilah faham
kesemua topik untuk anda dapat manggabungkan analisa-analisa dan tersebut
untuk menjadikan satu teknik untuk anda trading.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 32

CANDLESTICK/BAR CHART/LINE
CHART

Berikut adalah Chart jenis Candlestick

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 33

Berikut adalah Chart jenis Bar Chart

Berikut adalah Chart jenis Line Chart

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 34

Anda bebas memilih dengan klik button pilihan chart yang berada di atas
Platform MT4 anda seperti gambarajah di bawah.

Setiap chart ada keistimewaan masing-masing, tetapi ada satu chart yang
paling popular dan meluas digunakan iaitu Candlestick chart. Jika anda
perhatikan candlestick chart nampak seolah-olah seperti batang lilin yang
mempunyai sumbu, oleh sebab itu ia dinamakan candlestick. Candlestick chart
adalah berasal dari Jepun dan direka pada kurun ke 18 oleh seorang pedagang
beras.

Apakah keistimewaan candlestick chart? Candlestick chart adalah chart


lengkap yang dapat menunjukkan anda pergerakan harga pada satu-satu
tempoh masa yang tertentu. Ia mengikut 'timeframe' yang anda pilih. Setiap
batang candlestick tersebut boleh menunjukkan open price, higher price, lower
price, dan juga close price. Candlestick terdiri daripada bahagian yang dipanggil
body(badan) dan shadow(bayang). Anda boleh rujuk pada gambarajah di
bawah.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 35

Bullish Candlestick

Bearish Candlestick

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 37

REAKSI PASARAN DARI


CANDLESTICK
Berikut adalah beberapa contoh reaksi pasaran yang boleh dikenal pasti dari
pattern candlestick.

Shooting Star

Shooting Star adalah Bearish Pattern, iaitu pattern untuk penukaran arah dari
atas ke bawah, dari buyer ke seller, dari bullish ke bearish.

Apabila mencapai sesuatu tahap, seller akan menguasai pasaran dan


mengakibatkan candle ini terjadi apabila harga ditutup rendah berbanding
harga dibuka, dan meninggalkan shadow yang panjang. Pattern kebiasaan
muncul apabila terjadinya panic selling, dan buyer mula menjual harga yang
dibeli tadi pada harga tinggi, dan akhirnya mengakibatkan seller menguasai
pasaran apabila semua yang berada dalam pasaran ingin menjual. Harga
semakin jatuh dan terus jatuh.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 38

Doji

Doji terdapat dua jenis, untuk mengelakkan kekeliruan, jika doji yang lebih
panjang ekornya di bahagian atas dan muncul ketika market sedang menaik
(uptrend) maka ia menunjukkan tanda-tanda kemungkinan market akan
berubah arah dari menaik ke menurun. Dari Bullish ke Bearish. Doji terjadi
apabila harga tutup dan buka pada harga yang sama.

Cuba rujuk gambarajah berikut.

Engulfing

Ia biasanya terjadi apabila pattern bearish candlestick dan bullish candlestick


berada pada tahap sama, tersusun.

Bullish engulfing - terjadi pada graf menurun, dan terbentuk bearish


candlestick dahulu sebelum bullish candlestick, menandakan harga pasaran
mula melonjak naik.

Bearish engulfing - terjadi pada graf menaik, dan terbentuk bullish candlestick
dahulu sebelum bearish candlestick, menandakan harga pasaran mula untuk
jatuh.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 39

Cuba rujuk gambarajah di bawah:

Panduan Trading - Candlestick

Antara pattern candlestick yang paling berkesan dalam pasaran ialah pattern
seperti Hammer ataupun Doji yang mempunya Upper Long Shadow ataupun
Lower Long Shadow.

Pendek kata yang mempunyai shadow yang panjang-panjang.

TimeFrame yang paling sesuai untuk digunakan adalah pada Daily Candle.
Kerana ia lebih realistic. Jika digunakan pada TimeFrame Candle 1 Jam agak
kurang tepat tetapi masih boleh dianggap valid.

Apa itu time frame? Anda akan belajar pada bab berikutnya. Mari kita rujuk
dahulu bagaimana untuk BUY dan SELL menggunakan pattern Candlestick.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 40

Ini hanyalah contoh sahaja.

Anda akan dapat lihat contoh dan cara trading yang lebih jelas menggunakan
Candlestick apabila anda teruskan membaca Ebook ini. Satu-satu diterangkan
agar anda tidak keliru.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 41

TIME FRAME

Time Frame ialah jangka masa ataupun tempoh masa bagi setiap candlestick
ataupun bar chart yang digunakan. Lebih kecil time frame, bermaksud graf
akan menunjukkan pergerakan yang lebih kecil. Makin besar time frame, makin
besarlah tempoh masa pergerakan graf yang ditunjukkan.

Dari dalam platfrom MetaTrader(MT4) terdapat beberapa jenis Time Frame


yang boleh digunapakai.

TIME FRAME JANGKA MASA


M1 1 Minit
M5 5 Minit
M15 15 Minit
M30 30 Minit
H1 1 Jam
H4 4 Jam
D1 Daily
W1 Weekly
MN Montly

Jika anda pilih H1, maksudnya satu batang candlestick pada graf H1, mewakili
pergerakan graf pada tempoh 1 jam.

Jika anda pilih M1, maksudnya satu batang candlestick pada graf M1, mewakili
pergerakan graf pada tempoh 1 Minit.

Kebiasaanya, time frame lebih besar digunapakai untuk melihat pergerakan


umum matawang tersebut, iaitu dikenali sebagai 'Trend'. Kita akan belajar
tentang 'trend' iaitu arah pergerakan umum pada bab berikutnya.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 42

BENTUK MARKET
Trend adalah lebih dikenali sebagai arah pergerakan pada jangka masa
bergantung kepada Timeframe rujukan penganalisis, tetapi kebiasaanya, trend
ini adalah rujukan kepada pergerakan arah pada jangka masa yang lama, iaitu
boleh rujuk pada TimeFrame D1, W1, Monthly.

Trend terdapat dua jenis, iaitu trend menaik (bullish) dan trend menurun
(bearish).

Mari kita perhatikan bentuk graf yang menggambarkan trend tersebut.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 43

Terdapat satu lagi bentuk market iaitu Sideway. Sideway terjadi apabila harga
pasaran naik dan turun pada tempat yang sama. Ia biasanya terjadi sebelum
menentukan arah untuk naik atau turun, ini kerana buyer dan seller masih
keliru dan masuk keluar pasaran pada waktu yang sama dan tiada big buyer
atau big seller yang menggerakkan pasaram ke arah seterusnya. Jadi ketika ini
harga membentuk pattern sideway dan bentuknya adalah seperti di bawah.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 44

TREND

Uptrend

Uptrend ialah bentuk market menaik. Ciri-ciri uptrend ialah dengan membuat
Puncak Harga yang lebih tinggi daripada sebelumnya. Label HH bermaksud
Higher High, manakala HL bermaksud Higher Low. Contoh HH(2) membuat
puncak lebih tinggi daripada HH(1). Manakala HL(2) membuat 'Lower' yang
lebih tinggi daripada HL(1). Selagi pattern ini diteruskan maka bentuk ini masih
dikira Uptrend(market menaik).

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 45

Downtrend

Jom kita lihat downtrend pula. Ciri-ciri Downtrend ialah dengan membuat
Harga Terendah yang lebih rendah daripada sebelumnya. Label LH bermaksud
Lower High, manakala LL bermaksud Lower Low. Contoh LL(2) membuat harga
yang lebih rendah daripada LL(1). Manakala LH(2) membuat Higher yang lebih
rendah daripada LH(1). Selagi pattern ini diteruskan maka bentuk ini masih
dikira Downtrend(market menurun).

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 46

Panduan Trading - Trend

Apabila pasaran sedang menaik, UPTREND, anda hanya perlu cari peluang
untuk masuk BUY SAHAJA.

Apabila pasaran sedang menurun, DOWNTREND, anda hanya perlu cari


peluang untuk masuk SELL SAHAJA.

Ini adalah untuk mengurangkan risiko dengan hanya menumpang Trend yang
sedang bergerak. Pepatah forex ada mengatakan, “Trend is your friend".
Apabila kita trade forex, bukan kita yang menggerakkan pasaran, tetapi
pasaran bergerak atas BIG TRADER, GEOPOLITIK dan EKONOMI sesebuah
negara. Kita hanya menumpang pergerakan. Jadi jangan lawan arah utama
iaitu trend.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 47

SUPPORT DAN RESISTANCE


Dalam erti kata mudah untuk memahami Support dan Resistance adalah, "BUY
at Support, SELL at Resistance".

Resistance adalah satu Garisan Harga atau Price Line yang sangat sukar
untuk pasaran yang sedang menaik menembusinya. Resistance adalah
harga yang berada di atas daripada harga semasa.
Support pula adalah satu Garisan Harga atau Price Line yang sangat
sukar untuk pasaran yang sedang menurun untuk menembusinya.
Support adalah harga yang berada di bawah daripada harga semasa.
Untuk lebih mudah faham, mari kita rujuk gambarajah di bawah.

R - Resistance

S - Support

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 48

Perhatikan pada market uptrend apabila harga sedang menaik, ia terpantul


pada satu garisan harga dan itu dikenali sebagai RESISTANCE. Perhatikan pula
pada market downtrend, apabila harga sedang menurun, ia terpantul pada
satu garisan harga dan itu dikenali sebagai SUPPORT.

Tetapi harga-harga di mana graf terpantul tersebut menjadi seolah-olah anak


tangga untuk naik dan turun pasaran. Resistance bertukar menjadi Support
(RBS) apabila harga graf naik melepasi Line Harga Resistance tersebut. Support
juga boleh bertukar menjadi Resistance apabila harga graf turun melepasi Line
Harga Support tersebut. Cuba rujuk gambarajah di bawah:

Pasaran yang sedang Uptrend terpantul pada RBS sebelum terus naik untuk
pantul pada Resitance seterusnya. Pada pasaran Downtrend pula, graf
terpantul pada line Support (S="RBS"). Line support ini terbentuk hasil
daripada market Uptrend sebelumnya iaitu Resistance Become Support (RBS).
Terdapat dua line RBS di sini. Pasaran downtrend juga terpantul pada Line
Support yang sudah bertukar menjadi Resistance (SBR) sebelum meneruskan
terjunan.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 49

Terpantul bermaksud Gagal Menembusi ataupun gagal breakout.

Sejauh mana kita boleh putuskan yang Berjaya Menembusi atau Gagal
Menembusi akan ditentukan oleh Faktor “Breakout”.

Lihat penerangan tentang “breakout” selepas ini untuk lebih mudah faham
aplikasinya terhadap Support dan Resistance.

Panduan Breakout – Apa itu Breakout

Istilah Forex yang perlu anda faham kali ini ialah, Breakout = Menembusi

Breakout boleh digunapakai untuk ungkapan menembusi satu garisan yang kita
tetapkan.

Support dan Resistance juga adalah salah satu garisan harga. Lazimnya
breakout digabungkan bersama Candlestick sebagai petunjuk lengkap berjaya
menembusi atau tidak.

Jika kita ungkapkan “breakout” pada garisan support, bermaksud candlestick


berjaya closed candle di bawah garisan harga support tersebut. Body candle
akan kelihatan di bawah garisan harga tersebut.

Jika kita ungkapkan “breakout” pada garisan resistance, bermaksud candlestick


berjaya closed candle di atas garisan harga resistance tersebut. Body candle
akan kelihatan di atas garisan harga tersebut.

Breakout juga ungkapan yang boleh digunakan pada banyak jenis lagi garisan,
seperti channel, trendline, fibo level (semua ini akan ditunjukkan topic-topik
selepas ini) dan apa-apa sahaja garisan harga yang kita tetapkan.

Jika ungkapan “breakout terjadi pada Time Frame (TF) H1” – ia bermaksud
yang candlestick pada TF H1 berjaya closed dan breakout.

Jika ungkapan “breakout terjadi pada TF Daily” – ia bermaksud yang


candlestick pada TF D1 berjaya closed dan breakout.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 50

Lihat contoh bergambar di bawah, tentang apa dimaksudkan dengan Candle


Closed dan Breakout

Contoh Pasaran Sebenar:

Cuba lihat contoh pasaran sebenar, dan saya minta anda rujuk platform MT4
anda dan tanda Support dan Resistance agar lebih mudah faham.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 51

Perhatikan yang pada mulanya Support menjadi 'Lantai' untuk harga membuat
pantulan, dan apabila harga menembusi Support, terjadi Breakout, harga cuba
turun kebawah tetapi ada support di situ dan harga terpantul ke atas balik.
Tetapi, Line Support awal yang telah ditembusi tadi kali ini bertindak sebagai
Resistance, 'Siling'. Harga terpantul dari situ dan terus turun ke bawah dan
berjaya membuat breakout untuk teruskan Downtrend.

Konsepnya anda boleh juga pakai pada pasaran Uptrend. Lihat contoh di
bawah :

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 52

Panduan Trading - Support dan Resistance

Secara asasnya anda boleh cuba untuk fahamkan tentang BUY pada SUPPORT
dan SELL pada RESISTANCE. Tetapi tentang kawalan risiko, bagaimana jika
harga berjaya tembusi SUPPORT atau RESISTANCE. Ini akan menjadikan ia tidak
valid.

Jadi konsep yang lebih tepat ialah BUY pada RBS, SELL pada SBR.

Mari kita lihat contoh di bawah pada graf forex yang sebenar.

Contoh 1 :

Cuba lihat panduan di atas. SELL pada SBR dan SET Take Profit Level anda pada
Support yang terdekat. Selepas itu anda perlu tunggu jika price terpantul ke
SBR lagi dan anda mempunyai peluang untuk masuk SELL lagi pada SBR dan
ambil profit anda pada Line Support yang terdekat. Mudah bukan.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 53

Anda bebas menggunakan mana-mana time frame untuk melihat breakout


tetapi perlu di ingat, yang Support dan Resistance hanya berfungsi secara
sempurna pada TF yang besar sahaja seperti H1,H4 dan Daily.

Contoh 2 :
Mari kita lihat contoh untuk BUY pada RBS dan mempunyai tanda anda perlu
CUT LOSS. Anda perlu Cut Loss apabila cara ini tidak lagi valid.

Cuba lihat, pada order BUY pertama, anda berjaya mengambil Take Profit pada
Resistance terdekat. Dan anda cuba masuk order BUY sekali lagi apabila harga
terpantul pada RBS, tetapi harga tidak bergerak mengikut BUY anda, tetapi ia
bergerak terus ke bawah dan membuat BREAKOUT pada SUPPORT, RBS tadi
dengan membuka Candle pada harga bawah Line RBS. Apabila ini terjadi, anda
tiada pilihan lain dengan kawalan risiko, dan anda perlu CUT LOSS sahaja BUY
anda sebentar tadi. CUT LOSS bermaksud CLOSE Order anda dalam keadaan
RUGI. Tetapi biar rugi sikit daripada rugi banyak, lebih baik begitu kan?

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 54

Perhatian :

CUT LOSS = Bermaksud Close Order anda samada BUY atau SELL dalam
keadaan rugi untuk meminimakan kerugian yang dialami.

Close order untuk menyelamatkan keadaan posisi yang terbuka juga boleh
dipanggil CUT. Contoh ayat, “Saya dah 'cut' posisi tersebut dan saya masih
untung USD2000."

KENALI PERUBAHAN TREND


Kenali perubahan trend melalui pattern "Swing Yang Gagal", atau dikenali
sebagai "Failure Swing". Swing menaik ataupun menurun menjadi gagal apabila
ia menyempurnakan tiga syarat seperti yang dilabelkan pada gambarajah di
bawah.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 55

Swing Gagal pada Uptrend menjadi sempurna apabila ada ciri-ciri


berikut

(1) Terdapat puncak harga yang paling tinggi.


(2) Harga membuat puncak rendah, LH(2), iaitu puncak yang lebih
rendah daripada HH(1) sedangkan untuk teruskan Uptrend, harga perlu
membuat puncak yang lebih tinggi daripada HH(1).
(3) Selepas sahaja LH terbentuk dan harga mula Break Support, harga
terus membuat LL, iaitu harga yang lebih rendah daripada HL.

Jadi cukup syarat untuk Uptrend menunjukkan tanda perubahan trend menjadi
Downtrend.

Swing Gagal pada Downtrend menjadi sempurna apabila ada


ciri-ciri berikut.

(1) Terdapat harga yang paling rendah.


(2) Harga membuat Harga Terendah yang tinggi, HL(2), iaitu Harga
Terendah yang lebih tinggi daripada LL(1) sedangkan untuk teruskan

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 56

Downtrend, harga perlu membuat harga yang lebih rendah daripada


harga pada LL(1).
(3) Selepas sahaja HL terbentuk dan harga mula Break Resistance, harga
terus membuat HH, iaitu harga yang lebih tinggi daripada LH.

Jadi cukup syarat untuk Downtrend menunjukkan tanda perubahan trend


menjadi Uptrend.

Gabungan Semua

Kebolehan trade forex, perlulah menggabung semua informasi seperti yang


saya telah ceritakan di bahagian atas (bahagian A-Z). Jadi mari kita gabungkan
semua informasi yang kita ada untuk melihat Trend, Support dan Resistance,
beserta Swing Gagal.

Mula-mula kita tandakan dahulu Line Support dan Resistance.

Selepas itu kita labelkan pula dengan HH, HL, LH, dan LL.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 57

Mari kita tambah perencah agar kita lebih faham dengan Label pula di mana
RESISTANCE, SUPPORT, RBS, dan SBR.

Selepas kita sudah label dengan label-label tersebut, mari kita cari syarat-
syarat untuk dapat tahu perubahan trend melalui 'Swing Gagal - Failure Swing).

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 58

Untuk memudahkan, anda perlu tarik garisan-garisan (warna coklat) seperti


dalam graf agar anda nampak dengan lebih jelas pergerakan pasaran dan
pantulannya.

Untuk syarat-syarat Failure Swing, anda boleh lihat dan tengok LABEL dari
Nombor 1 sehingga 4.

Contoh ini menunjukkan perubahan daripada Uptrend kepada Downtrend.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 59

Panduan Trading - Failure Swing

Dengan Failure Swing, kita dapat trade dengan meletakkan STOP LOSS Level.

Perhatian :

STOP LOSS bermaksud apabila harga sampai kepada Harga Stop Loss yang kita
set, order kita akan secara automatik CLOSE. STOP LOSS digunakan untuk
meminimakan kerugian kita, dan ia akan berfungsi secara automatik sebaik
sahaja kita SET pada Order kita samada BUY atau SELL.

Contoh 1 :

Untuk trade Failure Swing, kita perlu Masuk Order apabila Failure Swing
terjadi. Order kita masuk tadi ialah selaras dengan pengesahan Failure Swing
terjadi iaitu apabila harga mula Breakout.

Contoh di atas kita boleh lihat, apabila terjadi Breakout, dan SWING GAGAL
untuk meneruskan Uptrend, jadi bermakna ia akan mula berubah menjadi
Downtrend. Di sinilah kita mengambil peluang dengan masuk order SELL
kerana pasaran akan berubah dari Uptrend ke Downtrend.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 60

Untuk pengurusan risiko, kita dapat set Stop Loss Line kita sekitar 20 pips atas
daripada puncak harga tertinggi sebelum itu. Kenapa kita letakkan disitu? Ini
kerana, jika pasaran berjaya menembusi puncak paling tinggi, bermakna
FAILURE SWING tidak terjadi, dan pasaran bakal meneruskan Uptrend. Jadi di
sini kawalan risiko perlu.

Di manakah kita akan ambil profit, iaitu keuntungan dari trading SELL sebentar
tadi? Kita boleh ambil pada Support terdekat, tetapi ia akan menjadi
keuntungan yang sangat sedikit untuk Risk Reward Ratio. Jadi di mana kita
perlu ambil? Kita boleh ambil apabila kita dapat mengesan terjadinya FAILURE
SWING bagi DOWNTREND pula, kerana jika terjadi FAILURE SWING bagi
DOWNTREND, bermakna pasaran akan mula berubah dari Downtrend menjadi
Uptrend. Di situlah kita mula CLOSE ORDER SELL kita, AMBIL UNTUNG, dan
MASUK PULA ORDER BUY.

WAVE

Wave adalah bukan teknik. Ia hanyalah istilah kepada pergerakan harga, dari
harga rendah ke tinggi dan membentuk satu wave. Saya akan gunakan istilah
ini untuk tunjukan teknik-teknik trading seterusnya, jadi memerlukan
kefahaman anda tentang wave.

Masih ingat tentang Uptrend dan Downtrend yang diceritakan pada awalan
bab?

Wave ini seolah-olah ombak pada pergerakan uptrend dan downtrend


pasaran. Anda boleh rujuk gambar di bawah untuk lebih mudah faham.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 61

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 62

Berikut adalah contoh 'wave' yang telah ditandakan pada chart sebenar.

Bentuknya tak semestinya cantik dan sempurna, kerana kita cuba sambungkan
titik-titik harga tinggi dan rendah bagi setiap pergerakan. Jika diperhatikan
dalam wave besar yang ditandakan terdapat wave kecil yang boleh ditandakan.
Tetapi jangan keliru. Ingat! Kita hanya menandakan wave mengikut uptrend
dan downtrend.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 63

PENGGUNAAN INDICATOR RELATIVE


STRENGTH INDEX

Relative Strength Index atau dikenali sebagai RSI adalah satu indikator yang
berasaskan volume trading di pasaran. Walaupun ia digunakan untuk melihat
momentum pasaran secara umumnya tetapi ia juga boleh digunakan untuk
melihat momentum kekuatan trend tersebut.

RSI boleh didapati dari Metatrader4(MT4) dengan Klik pada Insert > Indicators
> Oscillator > Relative Strength Index.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 64

Standard setting untuk RSI hanya mempunyai 2 level, iaitu 70 dan 30.
Untuk pemerhatian yang lebih mudah, selepas add RSI tersebut, klik Levels dan
tambahkan lagi 3 Level.

Dengan mudah klik ADD, dan type 50, 80 dan 20 seperti panduan di bawah.

Cara analisis menggunakan RSI

Bullish Trend RSI

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 65

RSI terdiri daripada 3 level utama.


Level 70, 50, dan 30.
Apabila graf index RSI berada di atas garisan Level 50, ini bermakna
trend sedang mengekalkan momentum bullish, iaitu pasaran menaik.

Bearish Trend RSI

Anda boleh lihat contoh pasaran menurun, iaitu bearish pada gambarajah di
atas apabila graf index RSI mengekalkan kedudukan di bawah garisan Level 50
yang ditandakan dengan warna kuning.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 66

Overbought dan Oversold

Overbought ialah Terlebih Beli. Jadi secara normalnya apabila apa-apa


barang terlebih beli, pasti akan ada yang akan menjual.
Oversold pula ialah Terlebih Jual. Jadi apabila terlebih jual, pasti ada yang
akan membeli.
Indikator Relative Strenght Index (RSI) dapat mengukur di mana terjadi
Level Overbought dan Oversold.
Overbought terjadi jika graf RSI berada pada Level 70 ke Level 80
Oversold terjadi jika graf RSI berada pada Level 20 ke 30

Dari graf di atas, kita dapat lihat apabila RSI Overbought, berada di atas Level
70/80, harga pada graf akan menurun dan apabila pada RSI Oversold pada
Level 30/20, harga akan mula kembali naik.

Level 50 juga sangat penting untuk menunjukkan 'Rejection', iaitu penolakan


Volume untuk kembali ke Level Oversold ataupun Overbought. Boleh lihat
apabila RSI Reject pada Level 50, harga pada graf juga seolah-olah terpantul
dan harga akan kembali mengikut trend asalnya.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 67

PENGGUNAAN INDICATOR
BOLLINGER BAND
Bollinger Band, lazimnya digunakan sebagai indikator yang memberikan cara
trading menggunakan support dan resistance.

Terdiri daripada Upper Band, Middle Band dan Lower Band.


Kebiasaanya Upper Band akan bertindak sebagai Resistance, manakala Lower
Band akan bertindak sebagai Support.

Apabila Bollinger Band menguncup, ia menunjukkan market sideway dan


mungkin ada potensi untuk mengubah trend.
Apabila Bollinger Band mengembang, ia menunjukkan yang market sedang
trending, iaitu mempunyai trend yang kuat.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 68

Melihat Trend Menggunakan Bollinger Band

Uptrend : Candlestick akan berada di atas Middle Band pada kawasan


bertanda warna kuning.

Downtrend : Candlestick akan berada di bawah Middle Band pada kawasan


bertanda warna biru.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 69

PENGGUNAAN INDICATOR MOVING


AVERAGE
Moving Average(MA) bermaksud Pergerakkan Purata bagi tempoh masa
tertentu. Tempoh tertentu itu bergantung kepada Time Frame yang kita pilih
pada Platform MT4 dan juga berapa Period yang kita tetapkan.

Jika MA200 pada Time Frame Daily bermaksud Pergerakan Purata untuk 200
hari. (1 batang candlestick mewakili satu hari, jadi period 200 bermaksud
200x1hari bersamaan 200 hari)

Jika MA50 pada Time Frame H1, bermaksud Pergerakan Purata untuk 50 Jam.
(1 batang candlestick mewakili satu jam, jadi period 50 bermaksud 50x1jam
bersamaan 50 jam)

Jika MA15 pada Time Frame M5, bermaksud Pergerakan Purata untuk 75 minit.
(1 batang candlestick mewakili tempoh 5 minit, jadi period 15 bermaksud
15x5minit bersamaan 75 minit)

Moving Average ini akan membentuk satu garisan bengkok, dan macam
contoh di atas, ia bergantung kepada Time Frame yang dipilih. Kebiasaannya
analisis mudah menggunakan Simple Moving Average(SMA) ataupun
Exponential Moving Average(EMA).

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 70

Cara masukkan MA ke dalam MT4

1. Klik Insert pada Menu di atas


2. Pilih Indicators > Trend > Moving Average

Tetapkan Moving Average Anda

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 71

Perhatian :
Ada DUA kegunaan Moving Average yang biasanya digunakan.
1. Menentukan satu garisan support dan resistance.
2. Menentukan trend.

Guna MA sebagai Support dan Resistance

MA yang biasa digunakan ialah SMA 21, SMA 50, SMA 100, SMA 200

Contoh :

Pada contoh di atas, saya menggunakan warna berikut untuk setiap MA


SMA 21 : Hijau
SMA 50 : Biru
SMA 100 : Merah Jambu
SMA 200 : Merah

Time Frame yang sesuai digunakan ialah TF H1, H4 dan Daily.


(contoh diatas saya menggunakan Daily Time Frame)

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 72

Apabila garisan-garisan SMA tersebut berada di bahagian atas harga semasa, ia


akan menjadi Resistance dan apabila berada di bahagian bawah harga semasa,
ia akan menjadi Support.
Anda boleh lihat, apabila harga semasa perlukan banyak hari, iaitu 4 batang
Candlestick Daily untuk menembusi (breakout) garisan SMA 21, dan SMA 21
tersebut dari menjadi Resistance menjadi Support pula.

Kelihatan seol ah-olah Candlestick berdiri cantik di atas garisan SMA 21, agak
sukar untuk tembus ke bawah. Jadi apabila harga ke atas, SMA 50, SMA 100
dan SMA 200 pula akan menjadi resistance.

Cara trading :

Anda boleh menggunakan konsep trade pada Support dan Resistance yang
dilakarkan oleh SMA yang telah ditetapkan. Contohnya anda boleh masuk
order SELL dengan cara scalping, ambil 10-30 pip apabila harga menyentuh
SMA utama iaitu SMA 21, SMA 50, SMA 100 dan SMA 200.

Perhatian :
Jangan lupa konsep tradenya iaitu "BUY at Support, SELL at Resistance"

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 73

Guna MA untuk Menentukan Trend

Moving Average untuk melihat trend ialah SMA 50, SMA 100 dan SMA 200.

Time Frame yang sesuai adalah pada TF H4, dan Daily.

Contoh di atas ialah contoh kenal pasti Downtrend. Tanda awal apabila trend
bertukar dari uptrend ke downtrend, adalah dengan persilangan SMA50 dan
SMA100 ke bawah. Downtrend tersebut akan lebih kukuh jika menunjukkan
Tanda Lengkap (tanda pengesahan trend) apabila SMA 100 dan SMA200
bersilang dan ke bawah.

Selagi harga masih berada di bawah garisan-garisan tersebut dan tanpa


persilangan kembali Tanda Awal, maka Downtrend akan meneruskan trend
nya. Jika downtrend bertukar ke uptrend, anda hanya perlu kenal pasti sama
macam tadi, SMA100 akan bersilang dengan SMA50, bersilang dan SMA 50
diatas SMA 100, dan tanda pengesahan apabila SMA 200 bersilang dengan
SMA 100.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 74

Panduan Turutan mudah

Ingin diingatkan untuk melihat Perubahan Trend yang lebih besar dan lama,
gunakan pada Time Frame D1, tetapi untuk jangka waktu medium term trend,
boleh digunakan pada Time Frame H4.

Cara trading :

Anda boleh lihat dan trade pada persilangan Moving Average dengan
menunggu masuk order apabila Moving Average bersilang. Macam biasa,
Uptrend perlu BUY dan Downtrend perlu masuk SELL.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 75

PENGGUNAAN EQUIDISTANT
CHANNEL

Tools Equidistant Channel boleh didapati dari Metatrader4(MT4) dengan klik


pada Insert > Channels > Equidistant (rujuk gambar di atas)

Equidistant Channel ini dapat menunjukkan Support dan juga Resistance


Ia juga dapat membantu anda mengenalpasti trend dengan mudah
Ia sebenarnya bukanlah sebuah indicator. Channel ini digunakan sebagai
alatan untuk kita menandakan atau melukis pada chart kita agar mudah
kita menggunakan indicator-indicator lain bersama-samanya.
Kerana indicator selepas ini berkait rapat dengan Equidistant
Channel,jadi saya tunjukkan penggunaan ini dahulu agar mudah faham
hubungkaitnya.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 76

Cara menggunakan Equidistant Channels

Sekiranya anda nampak harga pasaran sedang menaik, anda boleh


menggunakan Equidistant Channels seperti berikut.

1. Klik Symbol Equidistant Channel


2. Tarik dari Point A ke Point B, iaitu harga terendah pada candlestick. (ia
akan membentuk dua garisan panjang)
3. Selaraskan garisan atas channel dengan menolak ke atas sehingga ke
Point C. Point C mestilah berada di tengah-tengah, antara point A dan B
untuk mendapatkan garisan atas channel yang betul

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 77

Dari garisan channel yang ditarik tadi anda akan dapat lihat pantulan-pantulan
harga pada garisan atas dan bawah, seolah-olah graf harga mengikut dalam
satu lorong. Oleh sebab itu ia dipanggil channel.

Jadi dari sini anda sedikit sebanyak dapat mengenalpasti trend dan support
dan resistance bagi pergerakan trend tersebut .

Mari kita tengok pula kesan Equidistant Channel pada market bearish.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 78

Sekiranya anda nampak harga pasaran sedang menurun, anda boleh


menggunakan Equidistant Channels seperti berikut.

1. Klik Symbol Equidistant Channel


2. Tarik dari Point A ke Point B, iaitu harga tertinggi pada candlestick
3. Selaraskan garisan bawah channel dengan menolak ke bawah sehingga
ke Point C. Point C mestilah berada di tengah-tengah, antara point A dan
Point B untuk mendapatkan garisan bawah channel yang betul

Perkara sama berulang, iaitu anda dapat lihat pantulan pada harga-harga yang
bersentuhan dengan garisan channel tersebut. Dari sini anda sekali lagi dapat
mengenal pasti trend dengan lebih jelas dan kenal pasti potensi support dan
resistance yang akan mengawal harga pasaran, di atas dan bawah.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 79

Berikut ialah apabila Equidistant Channel ditandakan pada pasaran sebenar


pair EURUSD.

Anda boleh lihat, channel berwarna biru ditandakan pada market bullish,
warna merah jambu pada market bearish, dan warna ungu pada market bullish
kembali. Jadi di sini lebih mudah untuk anda kenal pasti trend kerana pasaran
naik dan turun.

Untuk idea trading menggunakan Equidistant Channel, anda boleh ambil


manfaat peluang entry apabila harga cuba menyentuh garisan-garisan Channel
seperti di tandakan dengan bulatan merah seperti berikut.

Perhatian :
Tips untuk trade menggunakan Equidistant Channel. Apabila harga bergerak
dan ingin bersentuhan dengan Channel Atas, anda SELL.
Apabila harga bergerak dan ingin bersentuhan dengan Channel Bawah, anda
BUY.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 80

Atau anda boleh menggunakan strategi Breakout. Masuk 'Order' apabila harga
melepasi channel-channel tersebut. Dan ambil profit apabila harga cuba
Breakout dari channel tersebut dan cuba bertukar channel.

Untuk contoh di atas, Masuk Order SELL apabila harga pecah Channel Bullish
(biru) dan turun mengikut Channel Bearish(merah jambu). Tetapi apabila harga
cuba bertukar channel dengan Breakout pada Channel Bearish (merah jambu),
Close Order Sell tersebut, ambil keuntungan dan masuk pula Order BUY untuk
membiarkan harga terus menelusuri channel bullish yang baru berwarna Ungu.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 81

Teknik ini lazimnya digunakan pada Time Frame yang besar, seperti Daily. Akan
makan masa yang agak lama kerana lazimnya trade berdasarkan Equidistant
Channel adalah teknik Swing (long term).

PENGGUNAAN TRENDLINE

Untuk memasukkan Trendline, anda boleh lihat ada Simbol (Button) di


bahagian atas MT4 anda berbentuk seperti Garisan yang saya tandakan di atas.

Cara lain adalah dengan Klik Menu Insert > Lines > Trendline

Ia digunakan sama seperti Equidistant Channel, cuma Trendline ada satu


garisan sahaja. Tetapi Equidistant Channel ada dua garisan.

Trendline biasanya digunakan untuk melihat dua perkara:

Pantulan harga apabila harga bergerak menghampiri Trendline


Breakout pada Trendline

Cara Tarik trendline boleh lihat pada contoh bergambar seperti di bawah. Cara
Tarik adalah berbeza ketika pasaran sedang Uptrend atau Downtrend.

Selepas klik pada simbol Trendline yang berada pada bahagian atas MT4, anda
perlu tarik dari Point A ke Point B mengikut trend yang sedang anda lihat. Sila
buat praktikal seperti gambarajah untuk lebih faham. Klik simbol dan tarik.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 82

Trendline ketika market sedang Uptrend

Trendline perlu berada di bawah pergerakan harga atau candlestick.


Tarik dari Point A ke Point B.
Point A dan Point B adalah titik harga terendah bagi wave pergerakan
harga.
Minima diperlukan dua point titik harga terendah yang terawal, kerana
kita perlu hubungkan titik harga terendah bagi pergerakan harga
tersebut.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 83

Trendline ketika market sedang Downtrend

Trendline perlu berada di atas pergerakan harga atau candlestick bagi


Downtrend.
Tarik dari Point A ke Point B.
Point A dan Point B adalah titik harga tertinggi bagi wave pergerakan
harga.
Minima diperlukan dua point titik harga tertinggi yang terawal, kerana
kita perlu hubungkan titik harga tertinggi bagi pergerakan harga
tersebut.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 84

Trendline menentukan Pantulan Harga

Seperti mana juga Equidistant Channel, perkara yang sama biasa terjadi kepada
Trendline, cuma kita nampak sebelah sahaja sebab Trendline ada satu garisan
sahaja. Cuba lihat contoh pantulan harga pada gambar di bawah:

Ramai mengambil peluang untuk masuk order trade cara scalping ambil 5-10
pips apabila harga membuat pantulan dan gagal breakout pada trendline.

Dalam kes di atas, SELL order 5-10 pips adalah valid pada pantulan harga. TF
H1,H4 dan Daily paling berkesan.

Untuk uptrend sama sahaja, cuba terbalik sahaja. Sila aplikasi pada MT4 anda
untuk lebih jelas.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 85

Peluang Trade pada Breakout Trendline

Cara trading ini paling popular digunakan. Lihat trend, tarik trendline dan
tunggu setup sama ada adakah price berjaya membuat breakout.

Jika breakout boleh masuk Order yang Sesuai.

Ia juga adalah salah satu cara untuk kita mengesan pertukaran trend.

Contoh gambar di atas adalah contoh bagi pasaran yang sedang Downtrend.
Kita akan tarik trendline dari Point A ke Point B.

Boleh lihat apabila berlaku sahaja Price Breakout pada Trendline, pasaran yang
tadinya dalam Downtrend sudah bertukar menjadi Uptrend.
Jadi inilah masa sesuai untuk kita boleh MASUK BUY.

Sebaik sahaja Candlestick confirm breakout dengan closed body di atas lebih
dari trenline, boleh masuk BUY.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 86

Contoh gambar di atas adalah contoh bagi pasaran yang sedang Uptrend.
Kita akan tarik trendline dari Point A ke Point B.

Boleh lihat apabila berlaku sahaja Price Breakout pada Trendline, pasaran yang
tadinya dalam Uptrend sudah bertukar menjadi Downtrend.
Jadi inilah masa sesuai untuk kita boleh MASUK SELL.

Sebaik sahaja Candlestick confirm breakout dengan closed body di bawah lebih
dari trenline, boleh masuk SELL.

Trendline dan Indikator Lain

Anda boleh lihat yang Trendline hanya boleh menentukan breakout, untuk
masuk order SELL atau BUY. Sejauh mana level TakeProfit atau Stop Loss, ia
lebih sesuai digabungkan dengan indicator lain. Anda akan ditunjukkan cara
trading lengkap menggunakan Trendline pada penghujung bab dalam ruangan
Teknik dari MoshedFX

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 87

PENGGUNAAN FIBONACCI
RETRACEMENT

Fibonacci retracement adalah indicator yang popular dikalangan teknikal


trader. Ia berasaskan turutan nombor yang diasaskan oleh seorang ahli
matematik bernama Leonardo Fibonacci pada kurun ke-13. Dari turutan
nombor tersebut terciptalah ratio bagi fibonacci.

Dalam teknikal analisis, ambil dua titik dan kebiasaanya titik tertinggi dan
terendah bagi pergerakan harga tersebut, dan fibonacci retracement ini akan
menandakan level ratio seperti 23.6%, 38.2%,50%,61.8% dan 100%.Pada level
ratio inilah akan dapat diperoleh harga-harga bagi support dan resistance.

Fibonacci Retracement adalah sebuah indicator dan boleh didapati daripada


Klik Insert > Fibonacci > Pilih Fibonacci Retracement

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 88

Cara menggunakan Fibonacci Retracement untuk Mencari


Support dan Resistance

Perhatian :
Untuk graf market bullish, Fibonacci itu ditarik dari Point A ke Point B, dari
bawah ke atas.(Level 0.0 di atas, manakala Level 100.0 di bawah).
Untuk graf market bearish, Fibonacci itu ditarik dari atas ke bawah.(Level 100.0
di atas, dan Level 0.0 di bawah pula)

Rujuk contoh di bawah, dimana fibonacci retracement(FR) ini dilakarkan pada


timeframe Daily.
Cari wave yang besar berbanding wave-wave lain.
Untuk bullish, lakarkan seperti di bawah, dari Titik A ke Titik B, titik terendah ke
titik tertinggi(bullish), bagi mendapatkan garisan pantulan support dan
resistance apabila harga bergerak di antara A dan B.

Anda akan dapat melihat apabila harga-harga itu bergerak, ia akan tersangkut-
sangkut pada Fibonacci Retracement Level iaitu 23.6%, 38.2%,50%,61.8% dan
100%.Ini bermakna Level-level tersebut berguna sebagai Support dan
Resistance.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 89

Untuk meneruskan trend bullish atau bearish juga, ia akan terpantul pada
level-level 23.6%, 38.2%,50% atau 61.8%.
Level 61.8% juga dikenali sebagai Level yang paling berkesan untuk menjadi
Support dan Resistance.

Contoh :
Contoh berikutnya adalah untuk market bullish yang ingin continue trend dan
terpantul pada garisan support. (Level 61.8%)

Perkara yang sama boleh berlaku kepada market bearish, gunakan untuk anda
tahu dimana potensi untuk harga terpantul dan meneruskan trend bearish.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 90

Cara menggunakan Fibonacci Retracement untuk Mengukur Sejauh


Mana Potensi Pergerakan Harga

Untuk mencari Support dan Resistance menggunakan FR, untuk market bullish,
kita tarik dari bawah ke atas, (point A ke point B). Dan market bearish dari atas
ke bawah. Tetapi kalau hendak menggunakan sebagai pengukur, perlu tarik
terbalilk.

Kita tarik FR pada wave terakhir, dari A ke B. Ini kerana sebab kita nak lihat di
mana Level 161.8, 261.8 dan 424.6 berada untuk kita tetapkan Take Profit
Level.

Sebaik sahaja price selepas itu breakout pada level 100.0, kita sudah boleh
menganggap harga akan ke level 161.8, 261.8 dan 423.6.

Boleh dilihat pada contoh gambarajah di atas apabila wave terakhir terus turun
selepas menembusi Level 100.0, terus ke Level 161.8 dan 261.8 ke 424.6 . Jadi
di sini jika kita masuk SELL ORDER pada breakout tersebut, kita boleh agak SL
perlulah diletakkan sekitar 20-30 pip atas dari puncak tertinggi harga yang ada.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 91

Perkara ini juga sebaliknya jika market sedang menurun. Wave ke bawah, perlu
tarik dari Point A(atas) ke Point B(bawah).

Lihat contoh di bawah. Selepas breakout level 100.0, kita boleh menjangkakan
pasaran akan naik ke Level 161.8 atau teruskan lagi ke Level 261.8

Level paling minima harga dijangka naik kita boleh katakan Level 161.8. Jadi ini
adalah level paling selamat jika anda berminat untuk letak Take Profit.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 92

CANDLESTICK PATTERN PADA


SUPPORT DAN RESISTANCE

Selain daripada cara breakout, pattern candlestick yang terbentuk kerana


bertindak balas dengan garisan harga support dan resistance juga salah satu
cara terbaik untuk kita filter breakout yang tidak menjadi.

Bagusnya tentang pattern candlestick, adalah kerana ia terbentuk akibat kesan


psikologi trading terhadap harga pasaran. Ingat lagi tak bab candlestick di
permulaan Ebook ini? Bentuk candlestick itu terjadi kerana kesan tingkah laku
trader-trader terhadap harga pasaran.

Dengan memerhatikan pattern candlestick yang terjadi dahulu baru membuat


keputusan sama ada untuk masuk SELL ataupun BUY, akan meminimakan risiko
dan meningkatkan ketepatan keputusan kita.

Ramai trader seringkali mengabaikan pattern candlestick kerana ia nak


terbentuk agak lambat, perlu complete dahulu pattern ataupun bentuk
Candlestick barulah kita boleh buat keputusan. Tetapi ramai yang tidak tahu, ia
dapat berikan filter yang bagus kepada trading kita.

Kelemahannya adalah pattern candlestick akan terbentuk kurang tepat pada


TimeFrame kecil, jadi dicadangkan hanya gunakan TF H1 dan keatas jika ingin
analisa menggunakan Candlestick.

Mari kita lihat bentuk-bentuk pattern Candlestick yang terjadi apabila ia


menghampiri garisan Support dan Resistance.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 93

Lihat pada Label 1 sehingga Label 6 pada gambarajah di atas.

Garisan Support dan Resistance adalah kesan daripada Support dan Resistance
yang lama. Chart ini ditunjukkan result selepas terjadi untuk berikan
kefahaman yang jelas kepada anda.
Anda boleh gunakan apa sahaja Garisan Support dan Resistance yang anda
rasa berkesan untuk trading, dan lihat pattern candlestick apa yang terjadi
pada garisan-garisan tersebut.

Permulaan kita boleh lihat yang pattern-pattern candlestick tersebut (Label 1


dan 2) reject support untuk terus ke naik ke atas.
Ia turun sedikit membuat satu rejection support pada Label 3 dan terus ke
atas.
Label 4 boleh lihat pattern yang reject garisan resistance tersebut,
menandakan garisan resistance itu memang berkesan. Ia turun melepasi
garisan support awal yang di’reject’ Label 3.
Ia naik ke atas sedikit sebelum gagal menembusi Garisan Support yang telah
menjadi Resistance apabila membentuk pattern yang ditandakan Label 5.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 94

Harga terus menjunam lagi dan melepasi garisan support yang di’reject’ oleh
Label 1 dan Label 2 pada awalnya tanpa masalah.
Apabila harga naik sedikit, ia reject pada garisan tersebut dan membentuk
pattern yang ditandakan dengan Label 6.
Dari sini anda boleh tak hidu “free money” ataupun “free pips” ?  Menarik
bukan?

Berikut saya “zoom in” pula dan kita lihat apa jenis pattern yang terjadi pada
Label 1 sehingga 6 yang ditandakan pada gambar contoh sebelum ini.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 95

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 96

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 97

Label 1 dan Label 2 valid untuk BUY.


Label 3 selamat untuk kekalkan order buy tadi.
Label 4 cut order BUY dengan dapatkan profit. Masuk Order SELL pula.
Label 5 boleh kekalkan order SELL sebab reject garisan Support Become
Resistance.
Label 6 membuktikan yang downtrend akan diteruskan lagi.

Untuk revision boleh rujuk Bab Candlestick di Muka Surat sebelum ini !

Perhatian :

Garisan hitam Support dan Resistance di tandakan awal lagi sebelum market
ini terjadi berdasarkan rujukan market yang lepas-lepas. Jangan keliru.

Anda juga boleh gunakan Support dan Resistance line yang didapati dari Magic
Line yang bakal diterangkan pada Teknik Bonus (akhir bab nanti).

Candlestick pattern ini sangat sesuai juga di gunakan untuk filter dengan lebih
jelas terhadap breakout pada Trendline, Channel, Level-level Fibo dan lain-lain.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 98

PENGENALAN FUNDAMENTAL
ANALYSIS

Analisa Fundamental juga dikenali sebagai FA(Fundamental Analysis) ialah


salah satu cara analisis yang menggunakan berita-berita ekonomi, geopolitik
dan polisi matawang sesebuah negara.

Ia sangat berbeza dari pada Analisa Teknikal yang hanya menggunakan data-
data daripada harga sesebuah matawang tersebut.

Adalah menjadi suatu kepentingan untuk memahami kedua-dua cara iaitu


Fundamental dan Teknikal untuk membuat keputusan trading, samada untuk
BUY atau SELL.

FA menggunakan data ekonomi tentang apa yang terjadi kepada ekonomi


sesebuah negara, dan mengkaji apakah impaknya kepada nilai matawang.

Terdapat banyak faktor yang memberikan impak kepada matawang, iaitu dasar
kewangan yang ditetapkan oleh kerajaan, modal dan aliran dagangan,
pengeluaran dalam negara, pengangguran dan lain-lain lagi.

Sebelum pergi lebih jauh, mari kita rujuk kepada topik-topik penting
kefahaman dalam ekonomi untuk membuat analisa fundamental.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 99

Aliran Modal

Aliran modal dalam negara sangat penting.


Ekonomi negara yang bagus, mempunyai aliran modal yang positif.
Aliran Modal Positif bermaksud, aliran duit kedalam negara melebihi aliran
keluar.
Terdapat dua jenis aliran modal, iaitu aliran modal fizikal dan aliran modal
portfolio.
Aliran Modal Fizikal ialah pelaburan kedalam negara yang menghasilkan
lebih banyak produk atau perkhidmatan keluaran dari dalam negara.
Aliran Modal Portfolio ialah pertukaran ekuiti, saham dan juga bond.

Aliran Modal Fizikal

Aliran Modal Fizikal yang perlu diberi perhatian adalah seperti dibawah :
Foreign Direct Investment(FDI) atau dikenali sebagai Pelaburan Asing. Jika
anda ada terbaca surat khabar atau berita yang mengatakan terdapat satu
syarikat besar yang membuka kilang atau loji kedalam negara, itu
bermaksud pelaburan asing. Contohnya Coca Cola membina kilang
pemprosesan di China, itulah Aliran Modal secara pelaburan.
Joint Ventures atau dikenali sebagai usaha sama. Jika anda terdengar
syarikat dari Malaysia, tandatangan MOU untuk usahasama dengan
syarikat asing dari luar, itulah usahasama. Contohnya, Proton membuat
usahasama dengan Mitsubishi untuk membuat kereta hybrid.
Third-party licensing agreements atau dikenali perjanjian perlesenan dari
pihak ketiga. Jika anda dengar ada berita tentang syarikat luar negara cuba
untuk membeli patent produk ataupun hak pemprosesan produk dari
negara kita, itu bermaksud perjanjian perlesenan.
Contohnya, mungkin Microsoft capai perjanjian untuk membeli patent atau
hak pengeluaran dari syarikat pengeluar komputer daripada Malaysia
untuk dijual keseluruh dunia.
Semua perkara diatas adalah aliran modal fizikal ke dalam negara yang
menguntungkan, kerana untuk capai apa-apa perjanjian atau usahasama,
matawang perlu ditukar, bermakna jual beli berlaku.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 100

Aliran Modal paling banyak ialah di Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun
sementara kos buruh yang paling murah ialah di China dan India.
Contoh lain ialah, jika syarikat dari US(United States) membuat pelaburan
ke China, bermaksud syarikat tersebut perlu SELL USD dan BUY Chinese
Yuan (CNY).

Aliran Modal Portfolio

Aliran Modal Portfolio banyak melibatkan Pasaran Saham dan juga Bond.
Jika saham sesebuah negara tersebut dalam arah uptrend, sentiasa
meningkat, ini memberi peluang kepada orang dari negara lain untuk
sama-sama membeli saham negara tersebut.
Apabila ramai ingin membeli, mereka akan tukarkan kepada matawang
negara tersebut dahulu dan baru boleh membuat urusan. Ini sedikit
sebanyak memberikan impak bagus kepada matawang negara tersebut.
Jika pasaran saham lemah dan dijangka jatuh, ramai pelabur akan
mengeluarkan duit dan menukarkan kembali matawang tersebut kepada
matawang negara mereka, dan ini akan mengakibatkan pasaran jatuh lebih
teruk.
Jom kita lihat indeks utama saham yang memberikan impak :
Dowjones - USD
S&P500 - USD
Nasdaq Indeks Komposit - USD
Nikkei - JPY
DAX 100 - EUR
FTSE 100 - GBP
Sebagai seorang forex trader, jika anda nampak pergerakan major dalam
indeks sesebuah negara, sila lihat kepada peluang trading terhadap
matawang yang menguntungkan kesan daripada trading tersebut.
Untuk bon pula, jika ada negara yang mempunyai kadar interest yang
tinggi, ramai akan mula melabur kedalam bon tersebut. Untuk melabur
mereka perlu tukar duit dahulu ke dalam bentuk matawang negara
tersebut.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 101

Contoh jika penduduk US mendapati terdapat Interest Rate yang lebih


bagus untuk bon dari negara lain, contohnya Australia,mereka akan mula
memindahkan wang dari negara mereka ke Australia , dan ini akan
mengakibatkan mereka BUY AUD dan SELL USD.

Kesimpulannya, jika pasaran saham sesebuah negara naik, berikan kesan bagus
kepada matawang negara tersebut. Nilai semakin tinggi.

Aliran Perdagangan

Aliran perdagangan adalah salah satu indikator ekonomi yang penting.


Indikator terbaik untuk melihat aliran dagangan ialah perbezaan Trade
Balance.
Trade Balance adalah perbezaan antara nilai import dan eksport negara.
Jika sesebuah negara tersebut mempunyai nilai export yang lebih tinggi
dari import, ini bermakna kesan positif kepada matawang.
Sebaliknya jika nilai import lebih tinggi dari import dan ini bermaksud
negatif, dan matawang negara tersebut akan melemah untuk jangka masa
panjang.
Matawang melemah, bermaksud barangan import dari luar akan jadi lebih
mahal dan kos yang diperlukan untuk membeli menjadi makin tinggi.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 102

INTEREST RATE (KADAR FAEDAH)


Interest Rate kebiasaanya diumumkan oleh wakil central bank bagi negara
tersebut.Ia diumumkan pada mesyuarat (meeting) oleh Central Bank bagi
setiap negara.

Central Bank Matawang


FED(Federal Reserve) USD
BOE(Bank of England) GBP
BOJ(Bank of Japan) JPY
ECB(European Central Bank) EUR
RBA(Reserve Bank of
Australia) AUD

Jika interest rate dinaikkan, ia akan menyebabkan tarikan kepada pelabur


kerana bank negara tersebut memberikan kadar faedah yang tinggi,
menyebabkan ramai pelabur ingin melabur dalam matawang negara tersebut.
Ia adalah kesan positif kepada nilai matawang.

Untuk mula melabur, pelabur perlu tukarkan wang ke dalam bentuk matawang
negara tersebut, dan ini akan mengakibatkan matawang negara tersebut
dibeli.

Jika interest rate diturunkan, ia akan menyebabkan ramai pelabur beralih arah
ke negara yang memberikan kadar faedah yang lebih bagus, sekaligus
menyebabkan kesan tidak baik kepada nilai matawang negera tersebut.

Pelabur akan lari keluar, dan sekaligus menjual matawang negara tersebut.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 103

PETUNJUK EKONOMI

Petunjuk ekonomi menyediakan pandangan seimbas lalu tentang ekonomi


sesebuah negara. Anda boleh baca petunjuk ekonomi setiap hari untuk
melihat, sebaik mana ekonomi sesebuah negara itu.

Petunjuk yang popular ialah data pengangguran, bekalan kewangan, interest


rates, data jualan rumah, tahap pengeluaran produk negara, data pembelian,
keyakinan pengguna dan lain-lain lagi.

Kesemua data yang telah disebutkan, adalah penting bagi data ekonomi
sesebuah negara, tetapi kita akan fokus kepada beberapa data yang utama
sahaja. Anda boleh jadi keliru dan pening jika anda cuba fahami kesemua data
di atas.

Jom fahami cara mudah. Saya telah pilih data yang utama untuk anda
perhatikan, iaitu Gross Domestic Product (GDP), Unemployment
(Pengangguran), Fed's Beige Book dan Trade Balance.

Gross Domestic Product (GDP)

GDP dalam bahasa Melayu ialah Keluaran Dalam Negara Kasar. Dikenali
sebagai KDNK di Malaysia.
Ia adalah data jumlah total pengeluaran produk dan servis dari dalam
negara.
Setiap suku tahun, kerajaan akan mengeluarkan peratusan perkembangan
GDP.
Perkembangan terbaik melalui pengalaman US dan Jepun ialah pada tahap
3 atau 5 peratus ketika ekonomi berkembang baik.
Negara yang sedang membangun boleh mengalami GDP yang lebih tinggi
peratusannya.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 104

Unemployment

Data pengangguran adalah petunjuk yang bagus untuk melihat ekonomi


sesebuah negara tersebut.
Lebih kurang kadar pengangguran, lebih bagus kepada sesebuah negara.
Payroll adalah salah satu data penting ketika data pekerjaan diumumkan.
Payroll adalah perubahan jumlah pekerja yang bekerja.
Lebih besar perkembangan payroll adalah lebih bagus, bermakna ekonomi
sedang rancak.

Trade Balance

Trade Balance adalah data untuk mengukur import dan export.


Positif - export melebihi import.
Negatif - import melebihi export.
Negara yang kebiasaanya mempunyai data yang sentiasa Negatif, akan
berkurang nilai matawangnya.
Ini kerana lebih banyak matawang negara sendiri ditukarkan kepada
matawang negara lain, di jual.
Semakin besar defisit iaitu data negatif, semakin lemah matawang negara
tersebut.

Beige Book

Beige Book dari FED adalah petunjuk ekonomi bagi US.


Data ini hanya untuk petunjuk ekonomi US sahaja.
Ia mengulas tentang kedudukan semasa situasi ekonomi.
Ia diterbitkan 8 kali setahun.
Buku ini dapat menunjukkan data amaran tentang inflasi, kegawatan
ekonomi, ketinggian pengangguran dan adakah FED ingin menetapkan
kembali Interest Rates yang baru sebagai tanda reaksi kepada data-data
yang diumumkan.
Boleh rujuk www.federalreserve.gov untuk terbitan Beige Book.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 105

SIFAT MATAWANG DALAM ANALISA


FUNDAMENTAL
Ketika anda trade forex, anda perlu tahu apakah faktor ekonomi, atau politik
yang memberikan impak kepada sesebuah matawang tersebut. Pada bahagian
ini, akan diulas tentang sifat-sifat yang mempengaruhi matawang tersebut.
Bahagian ini akan menyentuh matawang utama dunia.

US Dollar (USD)

Pasaran ekonominya ialah terdiri daripada 79% syarikat dan sektor


perkhidmatang dan 20% sektor industri dan 1% sektor agriculture.
85% transaksi dunia melibatkan US Dollar kerana 25 negara menambat
matawang mereka kepada US Dollar (data 2010).
Mengimport lebih daripada eksport.
Rakan dagangan utama ialah Canada.
Berkadar sonsang dengan nilai emas. Jika harga emas naik, USD akan jatuh.
Berita utama adalah mesyuarat Federal Open Market Committee (FOMC).
FOMC akan membincangan tentang pertumbuhan GDP, inflasi dan kadar
pengangguran.
Salah satu cara untuk mengimbangi ekonomi, FED boleh menjual beli
sekuriti (surat berharga tentang pinjaman).
Membeli sekuriti akan menyebabkan Interest Rate berkurang.
Menjual sekuriti akan menyebabkan Interest Rate dinaikkan.

Data yang pengaruhi pasaran ekonomi :


Consumer Producer Prices
Consumer confidence
Federal Reserve interest rate decision
GDP
Nonfarm payrolls
Retail sales

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 106

Trade balance
Treasury international capital flow report

Waktu paling aktif - London Open dan US Open

Perhatian :
News Nonfarm Payrolls yang biasanya diterbitkan setiap Jumaat pertama pada
setiap bulan biasanya memberikan impak yang besar terhadap pair yang
berkaitan dengan matawang USD.

Euro (EUR)

Kesatuan Eropah mempunyai 27 negara.


16 negara darinya memilih untuk menggunakan Matawang Euro.
Ekonomi eropah adalah ekonomi terbesar dunia.
67% ekonomi berdasarkan perkhidmatan.
Pengeluar dan pengeksport terbesar.
US mengimport 24% produk daripada kesatuan eropah.
Ekonomi euro sering bermasalah kerana terdapat banyak negara eropah
yang bermasalah seperti Ireland, Greece, Portugal,Italy, Belgium dan
France.
EUR/USD adalah pasangan matawang yang mempunyai kecairan yang
tinggi. Pergerakannya digunapakai sebagai yang utama untuk menentukan
kekuatan EUR ataupun USD.
Ekonomi German, Italy dan France memberi pengaruh besar kepada
ekonomi Euro.
European Central Bank menguruskan ekonomi eropah, dari segi kuasa
membeli, interest rates, dan dasar kewangan.

Data yang pengaruhi pasaran ekonomi :


ECB rates decision
German consumer prices

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 107

German GDP
German IFO
German Unemployment
Manufacturing and service sector PMI

Waktu paling aktif - Euro Open, London Open, US Open.

Great Britain Pound (GBP)

United Kingdom(UK) adalah negara yang menggunakan matawang Great


Britain Pound(GBP).
Agriculture dalam negara menghasilkan 60% makanan dalam negara.
Sektor tenaga, gas asli, arang batu, dan minyak meliputi 10% daripada nilai
GDP.
Peningkatan harga tenaga atau minyak akan memberikan impak positif
kepada matawang GBP.
Bank of England menguruskan dasar kewangan UK.

Data yang pengaruhi pasaran ekonomi :


Bank of England rate decision
Claimant count (unemployment claims)
Consumer prices
GDP
Industrial production
Retails sales

Waktu paling aktif - London Open dan US Open

Japanese Yen (JPY)

Rakan niaga strategik bagi Jepun adalah US dan China.


Jepun menguruskan pasaran mesin industri terbesar dunia dan paling
maju.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 108

Industrinya menghasilkan kenderaan bermotor, alatan elektronik, alatan


mesin,besi, kapal,bahan kimia, tekstil dan juga makanan siap proses.
Jepun juga menghasilkan lebih daripada separuh 'robot bekerja' yang
digunakan diseluruh dunia.
Oleh kerana ia adalah negara industri, ia bergantung harap kepada import
bahan mentah dan minyak.
Lebih tinggi harga minyak, ekonominya akan merosot.
Bank of Japan (BOJ) adalah badan yang menguruskan dasar kewangan
Jepun.
BOJ berusaha melemahkan Yen jika melihat nilai Yen terlalu tinggi, ini
kerana ia bergantung kepada sektor eksportnya. Lebih rendah nilai Yen,
barangan yang dihasilkannya lebih murah dan akan meningkatkan
pembelian dari luar negara. Usaha ini dipanggil 'intervention'.
BOJ akan menerima arahan daripada menteri kewangan, samada untuk
membeli YEN atau menjual YEN demi menstabilkan nilai YEN.
Arahan tersebut akan menggunakan dana kerajaan secara terus.
Mempunyai krisis perbankan, memberikan petunjuk bahawa ekonominya
boleh diperhatikan jelas daripada pergerakan pasaran saham.
Ekonomi aktif pada sekitar hampir berakhirnya tahun fiskal pada 31 March
setiap tahun.

Data yang pengaruhi pasaran ekonomi :


Bank of Japan rate decision
Consumer prices
Corporate goods price index
GDP
Retail sales
Tankan Survey (business sentiment)

Waktu paling aktif - Tokyo Open dan US Open

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 109

Australian Dollar (AUD)

Eksport terbesarnya ialah arang batu, emas, aluminium, besi dan gandum.
Tetapi untuk barangan mesin, australia mengimport lebih daripada
eksport.
Reserve Bank of Australia (RBA) menguruskan dasar kewangan negara.
Australia adalah pengeluar Emas ketiga terbesar di dunia.
Oleh itu AUD akan bertambah nilai jika Harga Emas bertambah.
Nilai AUD juga dipengaruhi oleh logam berharga lain seperti arang batu,
aluminium dan besi.
Oleh sebab pengaruh besar daripada ekonomi eksportnya iaitu eksport
komoditi, cuaca buruk juga akan mempengaruhi nilainya.
Australia mempunyai Interest Rate antara paling baik didunia.

Data yang pengaruhi pasaran ekonomi :


Consumer and producer prices
Employment change
GDP
RBA rate decision
Retail sales
Trade balance

Waktu paling aktif - Australia Open, Tokyo Open dan US Open

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 110

Kalendar Ekonomi
Economic Calendar adalah penting untuk anda lihat setiap hari sebelum
mulakan trading.
Ia memaparkan senarai peristiwa ekonomi yang penting setiap hari seperti
Bank Holiday,FOMC Meeting, Interest Rate decision,Non Farm Payroll dan
lain-lain lagi.
Anda boleh lihat berita ekonomi dari Forex Factory
http://www.forexfactory.com/calendar.php
Gambaran berita ekonomi seperti di bawah :

Bagaimana untuk menggunakannya ?

1. Selaraskan masa mengikut waktu Malaysia iaitu GMT +8


2. Klik sini (http://www.forexfactory.com/timezone.php) dan pastikan
anda dapat lihat seperti di bawah.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 111

Time Zone : Off


DST : Off
Time Format : am/pm
Selepas itu SAVE SETTING anda dan kembali ke
http://www.forexfactory.com/calendar.php

Selagi anda tidak clear cookies ataupun cache di browser anda, selagi itulah
akan kekal waktu tempatan yang di set kan. Bagus untuk kita set waktu
tempatan agar kita boleh lihat waktu news dikeluarkan pada waktu tempatan
iaitu GMT +8

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 112

Petunjuk dalam Kalendar Ekonomi

Cara Baca Kalendar Ekonomi di Forex Factory

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 113

KEKUATAN MATAWANG
Pasangan matawang ini ibarat jongkang-jongkit. Pernah main jongkang-
jongkit?
Jika sebelah lagi naik, sebelah lagi akan turun, betul tak? Begitu juga pasangan
matawang.
Base currency, iaitu matawang yang berada di hadapan setiap pair
menunjukkan kekuatan dan kelemahan berbanding Quote currency.
Seperti contoh di bawah, EUR adalah Base Currency dan USD adalah Quote
Currency.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 114

Rujuk contoh gambarajah pair EUR/USD seperti di bawah :

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 115

Jika EUR/USD dalam keadaan menurun, iaitu bearish. Ini bermakna EUR
sebagai matawang di hadapan dalam pair tersebut sedang lemah berbanding
matawang USD yang menguat.

Sama juga apabila keadaan EUR/USD dalam keadaan bullish, iaitu menaik. Ini
bermakna matawang EUR sedang menguat berbanding matawang USD yang
berada di belakang pair tersebut.

Graf contoh ini diambil ketika, Bank of Japan mengumumkan satu berita yang
menyebabkan kelemahan kepada matawang Yen. Jadi anda boleh lihat, apabila

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 116

YEN lemah sahaja, terus graf matawang-matawang lain meningkat berbanding


yen. Ini bermaksud matawang Yen itu sedang jatuh teruk, menyebabkan
matawang lain yang berada di hadapan meningkat. Lihat semula semua graf
pair tersebut, matawang JPY semuanya berada di bahagian belakang pair.

Jadi dalam jongkang-jongkit, jika JPY berat (lemah) yang satu lagi bahagian iaitu
lain-lain di bahagian kiri akan naik (ringan). Mudah bukan?

Jadi jika anda dengar sahaja berita yang betul-betul menyebabkan kelemahan
sesuatu matawang, anda boleh masuk BUY pada matawang lawannya di dalam
jongkang-jongkit.

Tetapi perlu perhatikan ya, tak semua mengikut hukum ini, kerana mungkin
JPY lemah berbanding EUR tetapi kadang-kala jika matawang AUD lebih lemah
dari JPY, kita akan dapat melihat EUR/JPY naik dan AUD/JPY turun.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 117

MONEY MANAGEMENT

Walau sehebat mana pun strategi kita, trading forex ini masih bergantung
kepada "luck". Ramai orang berkata yang kita tidak boleh mengawal "luck"
atau tuah dalam forex trading. Sebenarnya kita boleh meningkatkan lebih
peluang untuk capai “TUAH” kita menjadi lebih tinggi. Tak percaya? Jom baca
lebih lanjut.

TUAH ini ibarat peluang. Katakan ada dua orang perlu berlumba 100 meter.
Seorang perlu berlari dan seorang kayuh basikal. Yang mana lebih berpeluang
menang? Tentulah orang yang kayuh basikal, lebih cepat dia sampai. Begitu
juga forex, jadi kawal "TUAH" anda dengan mengikut Money Management
yang betul.

Money management yang betul perlukan pengurusan risiko dan keuntungan


yang betul. Contoh, lepas kena STOP LOSS berapa yang rugi, dan berapa pula
yang untung jika order kita kena TAKE PROFIT. Kawalan maksima lot yang kita
boleh buka juga adalah pengurusan Money Management(dipanggil MM) yang
perlu kita ikuti.

Kebiasaan yang orang belajar dalam forex trading, letakkan risk reward yang
betul. Contoh, apabila trading, letakkan paling minima adalah risk reward ialah
1:2. Contoh TP adalah 2 kali ganda dari SL.

Risk Reward
Nisbah 1 2
Jumlah Pip 20 40
Jumlah Pip 50 100
Jumlah Pip 150 300

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 118

Contoh, jika SL kita 20 pip, TP kita paling minima perlu 40 pip. Jika dalam 10
kali trading. 5 kali kena TP dan 5 kali kena SL, kita masih dalam keuntungan 100
pip. Rujuk pengiraan di bawah.

Jumlah
Pengiraan Pip
TP 5 x 40pip 200 pip
SL 5 x 20pip 100 pip
Keuntungan 200 pip-100 pip 100 pip

Jika TP kita 3 kali ganda daripada SL lebih bagus. Anda hanya perlukan 3 jumlah
order kena TP, dan ia telah mengatasi 7 jumlah order yang kena SL.

Jumlah
Pengiraan Pip
TP 3 x 60pip 180 pip
SL 7 x 20pip 140pip
Keuntungan 180 pip-140 pip 40 pip

Dalam forex trading, tiada yang sempurna. Kita tidak boleh mengharapkan
order kita akan sentiasa win atau kena TP. Kadangkala dengan analisis yang
tersilap langkah, spekulator yang bermain dengan arah pergerakan pasaran,
kita tewas juga. Jadi penggunaan jumlah TP dan SL yang betul adalah paling
selamat untuk meningkatkan "TUAH" atau lebih enak kita panggil sebagai
PELUANG BERJAYA.

Tingkatkan TUAH dengan TEKNIK yang BETUL

Selepas ada idea tentang bagaimana untuk letak risk dan reward,anda perlu
gunakan pula pada tempat yang betul. Bukan bermakna setiap kali masuk
order sahaja, anda perlu letak TP 2 kali atau 3 kali ganda daripada SL.

Sebab kemungkinan apabila anda masuk order, pada tempat peralihan trend.
Mungkin SL anda 20 pip, tetapi jika anda letak TP 40 pip, terdapat support yang
menghalang dan market berpatah balik, selepas anda dapat positif 20 pip,

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 119

tetapi tiba-tiba order anda jadi negatif balik kerana terdapat support. Contoh
lebih jelas di bawah:

Jadi anda dapat lihat di sini, cara sudah betul untuk kawal risk reward, tetapi
teknik pula tak kena tempat. Masa masuk tak kena tempat.

Cari teknik atau situasi pasaran di mana, apabila anda hendak masuk order
sahaja, anda akan mempunyai risiko yang lebih kecil dari keuntungan,
bermakna risk reward yang betul.

Sudah jumpa teknik yang berikan risk reward yang betul, sudah bagus, tetapi
mungkin pula anda terlewat masuk, trend sudah berjalan. Selepas anda
mengira balik untuk masuk order atau tidak, anda sudah mendapat risk reward
yang tidak cantik.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 120

Jika SALAH Timing, dan Risk Reward salah, anda boleh dianggap nasib baik jika
TP anda masih mengena, tetapi jika tidak kena, anda akan mempunyai SL yang
lebih besar dari TP. Ini menyebabkan peluang anda untuk menjana keuntungan
dalam forex trading menurun.

Kawal MM dengan Lot Size

Jika modal permulaan anda untuk trading adalah USD 1000, dan nilai 1 pip
anda buka sehingga USD20, anda akan cepat kerugian jika pasaran tidak
mengikut arah trading anda, kerana nilai pip untuk bertahan sangat sedikit.

Katakan untuk trade pertama, anda terkena Stop Loss dalam 20 pip, anda telah
kerugian USD 400. Emosi anda akan terganggu, dengan perlu trade untuk cover
kerugian anda lagi. Modal anda tinggal hanya USD 600. Mungkin trade selepas
itu anda terkena SL lagi dalam 20 pip. Modal anda kini tinggal hanya USD200
dari USD1000.

Langit tak selalu cerah. Dengan nilai pip (nilai lot) yang anda letakkan tidak
sesuai, anda mengundang ribut petir dan puting beliung untuk makan semua
modal anda.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 121

Modal Nilai Pip dapat Risiko Untuk Habis


(USD) Nilai 1 pip Bertahan Modal
1000 USD 20 50 pip Tinggi
1000 USD 5 200 pip Tinggi
1000 USD 1 1000 pip Sederhana
1000 USD 0.50 2000 pip Rendah

Perhatian :
Lebih tinggi nilai pip, lebih cepat rugi. Jadi gunakan nilai lot yang sesuai.

Kawal MM dengan Leverage

Leverage adalah alat yang bagus, jika anda tahu cara menggunakannnya,
kerana jika leverate tinggi, anda mempunyai kuasa buka nilai lot yang lebih
tinggi. Ia sebenarnya bermanfaat untuk digunakan jika anda dah biasa dengan
buat keuntungan dalam forex. Jika tidak tahu, anda hanya mengundang
bahaya yang bermain dengan emosi anda.

Kebiasaan broker akan menawarkan leverage 1:500 dan ada sehingga 1:1000.
Tetapi ia amat berisiko.

Leverage yang kecil sekitar 1:100 atau 1:50 mengawal jumlah lot yang anda
ingin buka. Jadi gunakan nilai yang sesuai ikut tahap kesesuaian dan
pengalaman trading anda.

Pada permulaan, jika anda baru, cadangan saya buka akaun dengan leverage
1:100.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 122

KAWALAN EMOSI DAN PSIKOLOGI


Kawalan emosi adalah faktor paling penting dalam forex trading. Anda akan
hilang pertimbangan dalam membuat keputusan betul atau salah untuk masuk
order BUY atau SELL jika anda mengalami kecelaruan emosi.

Tetapkan Hati Mengikut Garis Panduan

Dalam forex trading, anda mesti mempunyai garis panduan iaitu peraturan
yang anda tetapkan. Melanggar peraturan akan menjadikan anda celaru untuk
membuat pertimbangan seterusnya.

Contoh peraturan, ialah seperti:-


jangan masuk order jika trend sudah bergerak
tunggu setup yang betul-betul cantik dan berpotensi tinggi
jangan masuk order lawan trend
letakkan nilai stop loss dan take profit ikut risk reward yang betul
analisa dahulu sebelum masuk order
jangan ikut atau dipengaruh oleh trading order rakan
letakkan nilai lot yang betul
tetapkan nilai lot yang betul dan jangan tambah order lebih nilai lot
jangan trade forex ketika mempunyai banyak masalah peribadi
jangan ubah stop loss yang ditetapkan, ia akan menyebabkan anda lebih
rugi jika pasaran tidak memihak kepada anda

Jika anda langgar peraturan-peraturan seperti yang telah disebutkan mungkin


anda akan gundah gulana, dan tidak tahu apa yang perlu dibuat untuk
memperbaiki order yang makin lama makin rugi dan modal anda yang makin
berkurang.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 123

Catatkan Journal Trading Anda

Catitan trading journal pada setiap kali anda trade dapat merekodkan sebab
anda masuk BUY atau SELL, dan juga dapat lihat sebab anda Cut Loss, ambil
profit awal ataupun ada membuat kesalahan semasa trading. Ini akan lebih
mendisiplinkan anda kerana anda catat pada setiap hari.

Anda bebas catat trading journal anda di dalam buku nota yang lebih mudah
ataupun anda boleh catatkan secara di dalam File Trading Journal yang saya
sertakan bersama ebook ini. Catat setiap hari jika anda ingin berdisiplin dan
kurang beremosi.

Trading journal menjadikan kita berdisiplin seperti robot tetapi berfikir seperti
manusia apabila membuat keputusan. Kegagalan mencatatkan trading journal
akan mengundang kegagalan dalam trading.

Sumber Modal dan Tekanan Hidup

Dengan tekanan untuk mendapatkan duit dan menjana pendapatan dengan


forex, ia akan menghilangkan pertimbangan kawalan emosi anda dalam forex
trading. Sudah berapa kali saya tekankan, yang anda perlukan masa untuk
pakar dan mula menjana keuntungan dalam forex trading. Jika anda hanya
mempunyai duit simpanan yang jika duit tersebut rugi, akan mengubah cara
hidup anda, anda tidak digalakkan trade forex.

Cari dahulu modal yang sesuai, dan jangan sesekali menggunakan duit
simpanan anak, atau duit pelajaran anak untuk trade forex. Ia akan menganggu
emosi anda kerana anda akan tertekan untuk membuat keuntungan.

Jangan juga sesekali menggunakan duit dari kad kredit yang anda tidak boleh
bayar dan berfikir jika untung nanti baru dapat bayar hutang kad kredit
tersebut.

Jangan sesekali guna duit pinjaman peribadi ataupun duit pinjaman daripada
orang, rakan atau saudara mara. Semua yang dinasihatkan ini agar anda tidak
terganggu emosi anda ketika trading.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 124

Gunakan duit sumber modal yang betul, mungkin anda mempunyai duit lebih
atau simpanan setiap bulan yang anda fikir untuk digunakan berniaga atau
apa-apa sahaja duit lebih.

Ini akan memberikan anda keselesaan tanpa perlu tertekan untuk berhutang
dengan orang atau terpaksa jana keuntungan dengan banyak untuk bayar balik
duit pinjaman.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 125

FULL TIME FOREX TRADER ATAU


PART TIME FOREX TRADER?

Forex trading sebenarnya adalah satu 'alat' untuk menambah atau tingkatkan
taraf hidup. Jika anda sedang bekerja, anda jangan fikir untuk berhenti kerja
terus, dan risikokan kesemua wang simpanan anda untuk mula trade forex.

Trade forex perlukan masa, anda hanya perlu berlatih dan cuba jana
pendapatan secara part time trader dahulu. Anda mungkin tercari-cari sumber
pendapatan mana yang anda dapat buat dengan selesa dirumah tanpa menjual
barang, cari orang dan sebagainya dan anda terjumpa forex trading.

Ya, ia adalah pilihan yang tepat. Tetapi jika anda tidak dapat menjana
keuntungan daripada forex trading secara part-time(separuh masa), anda
jangan berharap untuk menjana keuntungan secara full time(sepenuh masa).

Biasakan diri anda dahulu dengan trading sambil mengekalkan taraf hidup
anda sekarang. Apabila anda sudah biasakan diri untung dan menjana 10-20%
sebulan, baru anda boleh berfikir dengan modal yang besar, anda dapat
menjana keuntungan yang lebih banyak jika kekalkan momentum 10-20%
sebulan.

Cita-cita full time trader tidak salah, tetapi perlu pada masa yang betul,
persediaan mental dan fizikal yang betul. Anda perlu mempunyai simpanan
tidak terusik dan juga duit emergency yang dapat bertahan selama 6 bulan.

Duit tersebut tidak termasuk modal untuk trading Duit tersebut adalah duit
untuk anda melunaskan segala komitmen yang ada seperti duit kereta, duit
rumah, duit sekolah anak, duit makan minum, duit nafkah isteri dan keluarga,
duit emergency seperti perubatan, repair kereta dan lain-lain.

Ia untuk memastikan anda dapat rangka dan mula jana pendapatan dalam
tekanan tidak bekerja, dan tidak mendapat gaji tetap. Jika anda tidak menjana

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 126

pendapatan dari forex pada awal-awal pun, anda masih mempunyai duit untuk
menyara keluarga, atau bayar komitmen peribadi selama 6 bulan.

Jadi di sini emosi anda tidak terganggu. 6 bulan adalah tempoh ideal yang
digunapakai untuk kestabilan emosi dan mula merangka sesuatu tindakan.
Lebih elok dicukupkan setahun.

Duit Simpanan sahaja tak guna cukup. Pastikan trading record anda lakukan
secara part time sudah mula berjaya jana pendapatan konsisten seperti
diharapkan paling kurang tempoh 1 tahun, iaitu 12 bulan. Tanpa skill yang
konsisten, tempoh 6 bulan juga tidak guna jika anda baru hendak merangkak
belajar tentang forex sementara menghabiskan duit simpanan.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 127

PANDUAN PEMILIHAN BROKER


FOREX

Broker forex adalah satu syarikat atau badan yang akan menguruskan
BUY/SELL kita ke pasaran forex. Forex broker bukan semuanya betul. Ada yang
betul dan ada yang tidak betul.

Ciri-ciri utama untuk mencari broker forex, perlulah forex broker yang sah
berdaftar dengan Regulator yang kukuh. Regulator ini kebiasaannya adalah
pihak badan kerajaan yang mengawal institusi kewangan di rantaunya. Antara
contoh badan regulator yang kukuh dan bagus ialah:

FCA/FSA dari United Kingdom


NFA dari United States
ASIC dari Australia

Badan-badan regulator di sebutkan di atas adalah antara badan-badan


regulator yang tegas dalam menangani jika ada salah laku dari pihak broker.
Jadi jika kita menggunakan broker yang berdaftar dengan badan regulator di
atas, bermaksud dana deposit modal kita lebih selamat dan jika terjadi apa-apa
yang tidak diingini, kita ada tempat untuk mengadu.

Badan-badan regulator lain juga ada, tetapi kebanyakan hanya jual beli lesen
mereka dengan harga yang murah, dan tidak ada kawalan selia yang bagus
terhadap aktiviti broker. Jadi kita perlu pastikan broker kita mempunyai lesen
regulator yang kuat untuk kita berasa lebih selamat dan rasa dijaga hak kita.

Kebelakangan ini banyak forex broker yang muncul tetapi entah dari mana,
menawarkan aktiviti forex trading, tetapi sebenarnya hanya sebuah syarikat
yang didaftarkan di kepulauan bebas cukai secara maya, mempunyai alamat
virtual office, tetapi sebenarnya tidak wujud pun office tersebut. Maksudnya
office di tempat lain. Kebanyakan broker ini digunakan untuk menjalankan
operasi Skim Cepat Kaya.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 128

Broker skim atau broker tipu ini mempunyai beberapa ciri berikut:

Tiada nombor lesen dari badan regulator yang besar seperti UK atau US.
Mempunyai alamat virtual office.
Menawarkan pulangan pelaburan iaitu dikenali sebagai ROI(return on
investment), seperti contoh sebulan 5%-20%.
Melakukan operasi Multi Level Marketing.
Ada sistem pairing, kaki kanan, kaki kiri, macam MLM, dan tekankan
supaya anda cari orang untuk melabur.
Syarikat broker ini hanya terkenal di Malaysia sahaja, tetapi tidak di
rantau Eropah atau lain-lain.
Mempunyai leader-leader MLM, mempunyai aktiviti taja menaja dan
cari orang.
Tidak mempunyai bank luar negara yang kukuh.
Cara deposit atau withdraw kebanyakan tiada cara menggunakan wire
transfer ke Bank Luar negara. Semua diuruskan oleh persendirian secara
anda kena transfer duit ke akaun leader atau ketua tersebut.

Jadi apa yang perlu anda tahu, anda PERLU ELAKKAN daripada trade di broker
jenis ini jika ada rakan yang mengajak anda. Ia akan menyebabkan proses anda
menjadi forex trader sebenar melalui jalan sukar dan cara yang tidak betul.

Pengetahuan di atas adalah pengetahuan umum yang anda perlu tahu. Tiada
jalan untuk jana income melalui forex trading ini tanpa kita trading sendiri. Kita
perlu belajar satu persatu, ilmu analisa teknikal dan fundamental untuk mula
jana income dari forex trading dan trade sendiri. Tiada istilah labur duit dan
duduk diam goyang kaki atau duduk diam dapat duit. Itu hanyalah mengarut.

Tetapi anda jangan risau kerana apabila anda mendapatkan pakej Mudahnya
Belajar Forex ini, anda mempunyai ID Eksklusif bersama saya, jadi akan
sentiasa berikan panduan dan jaga anda dari terjebak ke dalam program-
program skim cepat kaya yang berlindung di atas nama Broker Forex.

Saya telah sediakan satu panduan untuk anda daftar akaun dengan syarikat
broker yang bagus, yang telah diteliti kekukuhannya bersama ebook ini.
Syarikat broker yang saya recommend adalah syarikat broker yang saya sendiri
guna. Bahkan sudah deposit dan withdraw income saya ribuan dollar secara

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 129

harian, mingguan dan bulanan TANPA MASALAH, dan saya telah kaji dengan
teliti perkhidmatannya. Jadi ia akan memudahkan anda tanpa perlu kaji sendiri
tentang kekuatan dan kesahihan broker tersebut. Saya sentiasa memberikan
nasihat dalam hal ini, jadi mudah untuk anda just follow.

Kita perlu sebuah broker forex yang boleh dipercayai untuk menguruskan
aktiviti trading kita. Jadi kita tidak perlu susah payah fikir untuk mengelak dari
muslihat forex broker yang tak bagus. Kita hanya perlu fikir tentang analisa,
berperang dengan market, untuk kita jana income dengan hati yang tenang
melalui forex trading.

Bersedia untuk BERPERANG dengan PASARAN FOREX?

Bab seterusnya saya akan tunjukkan Teknik Eksklusif yang saya gunakan sendiri
khas untuk anda. Teruskan membaca!

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 130

TEKNIK EKSKLUSIF MOSHEDFX

Pada bab ini, saya akan tunjukkan salah satu teknik yang saya gunakan dalam
menganalisa secara teknikal. Teknik ini anda perlu gabungkan bersama
pengetahuan asas-asas lain seperti yang sudah ditunjukkan dalam bab-bab
teknikal analisis dan fundamental analisis.

TEKNIK MOSHEDFX - FIBO ZON BESAR

Secara umumnya, kebiasaan ramai forex trader yang belajar kegunaanya ilmu
asas, indikator seperti yang saya tunjukkan sebelum ini. Itu ialah standard dan
asas sahaja. Bukan tak betul, ia betul juga dan ia adalah ilmu yang semua wajib
tahu asasnya. Macam saya cakap pada mula-mula, kita akan belajar
kesemuanya dan menggabungkan ilmu-ilmu analisa ini untuk menghasilkan
sesuatu keputusan, betul tak? Ok, mari lihat cara lain untuk guna Fibo
Retracement(FR).

Saya biasa menggunakan FR ini untuk mengukur pergerakan sesuatu


harga tersebut, sejauh mana ia ada potensi untuk pergi. Bagaimana
caranya ?
Selepas anda tarik Fibonacci Retracement pada graf, anda juga akan
mendapati ada tambahan Level iaitu 161.8%, 261.8% dan 423.6%. Setiap
pergerakan wave sesuatu harga akan menunjukkan sejauh mana ia
mungkin ada potensi untuk capai.
Buka Chart TF Daily.
Cari candle yang besar dan panjang, dan candle-candle selepasnya masih
bermain di dalam zon candle tersebut. Rujuk panduan gambar di bawah.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 131

Lihat gambar atas, sudah ada dua candle berlegar di dalam Zon Candle Besar.
Nak tahu zone candle perlu tandakan Line pada Body Candle, atas dan bawah.
Anda akan lihat candle-candle yang masih berada di dalam zon candle besar
tersebut.

Jika mana-mana price breakout dan close candle melebihi daripada zon candle
besar tersebut, anda akan dapati, minimum pergerakannya ialah ke Level
161.8, dan maksimum ke Level 261.8. Lihat gambar berikutnya di bawah.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 132

Jadi dari sini anda akan tahu, jika harga semasa masih sideway di dalam
pergerakan besar candle dalam 1 atau 2 hari (bermaksud sudah 1 atau 2
batang candle di dalam zone candle besar). Apabila sahaja harga tersebut
'breakout', samada atas atau bawah. Ia akan mencari Level 161.8 dan jika kuat
momentumnya, ia akan ke Level 261.8 sebelum kembali mencari arah lain.

Cara tarik fibonacci retracement adalah berbeza dengan cara sebelumnya,


kerana cara sebelum ini untuk mencari pantulan, tetapi kali ini untuk
mengukur sejauh mana ia berpotensi untuk pergi.

Ini hanyalah asas teknik untuk ukur. Anda perlu berpandukan trend, analisa
menggunakan indicator tambahan seperti MA atau Bollinger Band dan
sebagainya untuk tapisan. Juga jangan lupa untuk follow fundamental analisis.

Perhatian :

Jika breakout ke bawah, tarik FR dari bawah ke atas, untuk lihat Level 161.8
dan Level 261.8, ia akan berada di bahagian bawah. (wajib ada di bahagian
bawah kerana kita nak ukur sejauh mana ia akan turun.)

Jika breakout ke atas, tarik FR dari atas ke bawah, untuk lihat Level 161.8 dan
Level 261.8, ia akan berada di bahagian atas. (wajib ada di bahagian atas,
kerana kita nak ukur sejauh mana pergerakan harga tersebut akan naik.)

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 133

Contoh seterusnya :

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 134

TEKNIK MOSHEDFX - FIBO WAVE CHANNEL

Fibonacci Retracement + Equidistant Channel + Wave

Dalam teknik ini, anda perlu faham setiap fungsinya seperti di bawah.

Equidistant Channel - Mengesan Trend dan Breakout pada Channel


Wave - Tempat tarik garisan Fibo, dari A ke B
Fibonacci Retracement - Untuk mengukur dimana perlu letak Stop Loss (SL)
dan Take Profit (TP)

Mari kita lihat gambarajah di bawah :

1. Pada mulanya, kita menandakan Equidistant Channel. Pada channel


berwarna biru kita dapat kenal pasti yang trend sedang uptrend.
2. Kita tunggu apabila candle harga breakout pada garisan bawah channel
warna biru. Apabila breakout terjadi pada channel menaik, ini bermakna
trend akan bertukar dari uptrend ke downtrend.
3. Kita akan masuk Order SELL dalam hal ini.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 135

4. Selepas kita masuk Order SELL, kita perlu tahu dilevel mana kita perlu
letakkan Stop Loss dan Take Profit. Untuk tahu kita perlu tarik Fibonacci
Retracement.
5. Untuk menarik FR, kita perlu tahu dimanakah wave terakhir sebelum
breakout terjadi. Jadi kita perlu tandakan Wave dahulu. Lihat pada tanda
wave warna kelabu.
6. Selepas kenalpasti wave, kita akan tarik garisan Fibo pada wave terakhir
sebelum breakout iaitu yang bertanda warna kuning.
7. Untuk kes Breakout dari Uptrend bertukar ke Downtrend, kita akan tarik
FR dari bawah ke atas, dari A ke B. Dari Level fibo tersebut kita akan
dapat kenalpasti Level 0.0, 161.8 dan juga 261.8.
8. Letakkan Stop Loss dalam 20 pip dari atas Level 0.0 dan letak Take Profit
pada Level 261.8.
9. Mudah bukan ?

Perhatian :
Perkara yang sama terjadi apabila harga breakout Equidistant Channel merah
jambu, dari downtrend bertukar ke uptrend, kali ini kita masuk BUY pula dan
ulangi cara yang sama untuk tandakan wave dan tarik fibo ya.

Anda boleh menggantikan Equidistant Channel dengan menggunakan


Trendline dalam teknik ini. Perkara ini sama sahaja sebab kita hanya perlu
mengesan breakout.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 136

Contoh :
Trendline ditanda. (warna hitam)
Selepas sahaja Trendline ditandakan, anda sudah boleh menunggu setup
harga untuk melakukan breakout.
Sebaik sahaja breakout confirm terjadi, anda perlu tarik Fibonacci
Retracement pada Point A ke Point B. (Label No 1 dan No 2)
Fibonacci Retracement adalah satu alat terbaik untuk mengukur Level
atau pada Price mana kita perlu letakkan Take Profit dan Stop Loss.
Masuk order SELL selepas breakout terjadi. (Uptrend jadi tukar
Downtrend) (Label 3)
Stop Loss biasanya diletakkan 20 pip dari atas Level Fibo 0.0 ataupun
pendek kata letak atas sekali dari SL tersebut. (Label 4)
Pastikan jarak harga pada candlestick tertinggi dengan harga garisan
Stop Loss adalah dalam jarak 20-30 pip.
Take Profit, anda boleh tentukan berdasarkan risk anda pada Level Fibo
161.8 atau Level Fibo 261.8.( Label 5 dan 6)

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 137

TEKNIK BONUS MOSHEDFX

Magic Line by MoshedFX

Magic Line adalah Support, Resistance dan Pivot Level khas yang saya
gunakan setiap kali trading. Magic Line akan dipaparkan setiap hari di
www.moshedfx.com
Magic Line tidak menggunakan pengiraan biasa, malah anda tidak akan
dapat pengiraannya dari mana-mana kerana ia menggunakan formula
khas dari saya.
Saya berikan Magic Line secara percuma pada setiap hari dan diupdate
di blog www.moshedfx.com, jadi anda jangan risau.
Hanya tandakan semua level yang sentiasa berubah setiap hari dan ikut
panduan di bawah untuk trading.
Anda juga bebas menggunakan dan menyesuaikan dengan mana-mana
teknik trading jika anda rasa Magic Line ini sesuai untuk dipadankan
bersama.

Kebaikan Magic Line by MoshedFX ini ialah :-


Dapatkan Support dan Resistance Level dengan cepat
Support dan Resistance Level sangat berkesan dan berguna setiap hari
Dihasilkan melalui formula canggih dan tidak perlu penat anda mencari
rentak dalam SNR
Magic Line disediakan untuk hampir 8 pair termasuk Emas
Mudah digunakan dengan panduan di bawah

Cara gunakan Magic Line by MoshedFX

1. Rujuk blog www.moshedfx.com setiap kali anda ingin mulakan trading


2. Untuk mudah [KLIK SINI], dan cari tarikh hari yang ingin anda trading.
3. Contoh jika hari ini 30 Jan 2015. Cari magic line pada tarikh tersebut.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 138

4. Tandakan pada pair yang anda ingin trade, kesemua harga-harga


tersebut.
5. Untuk mudah lihat, pilih TimeFrame H1.
6. Tandakan mengikut warna yang dicadangkan.
7. Perhatikan bentuk candle, jika candle H1 berjaya breakout dari atas ke
bawah pada garisan Harga Pivot(hijau), maka masuk SELL.
8. Letakkan StopLoss -ve 10 pip di atas Harga Resistance 1.
9. Anda bebas memilih Take Profit berdasarkan risiko yang anda sanggup.
10. Take Profit boleh diletakkan pada Support 1 dan Support 2 untuk
minimakan risiko.
11.Anda boleh hold Take Profit Level anda sehingga 1 hari
trading(keesokannya) HANYA jika harga esok tidak melawan arus Pivot
Level yang keluar pada hari esok, dan juga tiada berita fundamental yang
besar dari ForexFactory.

Contoh bergambar di bawah :

Contoh berikutnya pada USD/JPY yang di hold selama 1 hari selepas sahaja
breakout pada Pivot Level. Profit sehingga ke R3. Jika anda hold position anda
sehingga hari esok, anda perlu biarkan Magic Line yang asalnya dan jangan
tanda Magic Line yang baru agar anda tidak terkeliru. Kalau tanda pun kiranya
guna sebagai rujukan sahajalah.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 139

Perhatian :
Level pertama R1 atau S1 adalah minima price akan bergerak, jadi
kemungkinan price akan menembusi Pivot dan berlegar ke Level pertama
sebelum berpatah balik. Jadi jaga SL dan TP anda baik-baik.

Harga dikira LENGKAP BREAKOUT jika candle H1 close atas atau bawah pivot
line tersebut. Jika breakout garisan dari atas ke bawah, dan candle H1 close
bawah dari Pivot Line, baru perlu masuk SELL. Jika breakout garisan dari
bawah ke atas, tunggu candle close di atas Pivot Line, baru masuk BUY. Jangan
masuk guna PENDING ORDER. Tunggu LENGKAP BREAKOUT baru masuk order.
Masuk secara manual.

Sila gabungkan analisa magic line bersama teknikal dan fundamental analisis
untuk ketepatan.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 140

BAHAN BACAAN TAMBAHAN - Dari


Blog MoshedFX.COM

Berikut ada beberapa bacaan tambahan yang bermanfaat yang perlu anda
baca terlebih dahulu demi melengkapkan ilmu yang disampaikan dari ebook
Mudahnya Belajar Forex ini. Hanya klik pada tajuk dan anda akan di bawa ke
pautan yang bermanfaat.

Anda digalakkan membaca kesemua tajuk sehingga habis. Berikan sedikit masa
untuk membaca agar anda betul-betul bersedia menjadi seorang Forex Trader
yang sebenar.

Berapakah Modal Yang Sesuai Untuk Trade Forex


7 Perkara Forex Trader Wajib Ingat
7 Perkara Jangan Dalam Forex Trading
Belajar Mengenali Pasaran Forex
Berapakah Nilai Sesuai Untuk Letak Take Profit dan Stop Loss
Pip vs USD, Yang Mana Perlu Didahulukan
Teknik Bahagikan Akaun Forex
5 Tanggapan Salah Tentang Forex Trading Yang Anda Perlu Elak Jika
Anda Ingin Berjaya Dalam Forex
Forex Sebagai Bisnes Separuh Masa atau Sepenuh Masa, Bagaimana
Caranya ?
Bayar Ansuran Kereta Dengan Income Forex Trading
3 Tips Untuk Dapatkan Ketenangan Emosi Untuk Trade Forex
Hukum Trade Forex, Halal atau Haram - Pandangan Ustaz Ahmad
Dusuki

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 141

PENUTUP
Terima kasih kerana membaca sehingga habis dan mengamati segala ilmu-ilmu
yang disampaikan di dalam Ebook Mudahnya Belajar Forex ini. Saya yakin
dengan hanya mengamalkan dan faham tentang segala ilmu yang disampaikan
dalam ebook ini pun anda sudah boleh merasai kemanisan forex trading.

Walau bagaimanapun kesan aplikasi ilmu terhadap situasi sebenar akan


terjejas jika anda tidak bijak mengawal emosi. Pesanan saya, berikan sedikit
masa untuk anda faham dan pelajari, serta amalkan segala ilmu dari dalam
ebook ini dan anda akan menerima pengalaman yang akan memantapkan skill
trading forex anda.

Segala teknik trading di dalam ebook ini hanyalah bertujuan untuk


pembelajaran sahaja, dan ia tidak membentuk apa jua arahan trading. Anda
patut faham risiko tersendiri yang anda ambil apabila mula menceburkan diri
di dalam bidang forex ini.

Mulakan dengan demo akaun untuk asah skill anda sehingga konsisten, selepas
itu barulah mulakan dengan Akaun Real. Jangan mulakan dengan modal yang
anda tidak sanggup rugi atau kerugian itu akan menjejaskan cara hidup anda.
Jika anda sudah mula trading real, jika rugi, jangan beremosi, sebaliknya anda
perlu anggap ia adalah sebagai yuran anda menimba pengalaman.

Saya telah curahkan ilmu yang terbaik dan secara ikhlas dalam penulisan ini
berdasarkan pengalaman saya untuk memudahkan anda, dan pembeli yang
sah akan sentiasa mendapatkan upgrade Edisi Ebook ini dan akan mendapat
manfaat lain yang sangat banyak.

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0


M u d a h n y a B e l a j a r F o r e x - M u k a s u r a t | 142

Saya menggalakkan anda mengunjungi Blog Forex No 1 di Malaysia iaitu


http://www.moshedfx.com kerana di sana dicurahkan ilmu forex trading
hampir setiap hari dan dikongsi analisa teknikal dan fundamental bersama isu-
isu ekonomi dan isu semasa dalam bidang forex.

Saya ucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada anda atas
pembelian ebook ini. Harapan saya ebook ini akan memberikan satu titik tolak
dalam kemajuan anda dalam bidang forex ini. Saya mohon maaf jika terdapat
kekurangan atau salah silap dalam penulisan beserta gaya penyampaian.

Saya doakan anda sentiasa dimurahkan rezeki. Semoga berjaya.

Terima kasih

Hakcipta Terpelihara © 2015 MoshedFX.COM | mudahnyabelajarforex.com | Edisi Kedua – V2.0

Anda mungkin juga menyukai