Anda di halaman 1dari 2

DOA HARI MALAYSIA (Khamis, 15/9/22)

ِ ‫بِس ِْم هللاِ الرَّحْ َم ِن الر‬


‫َّح ِيم‬
ِ ْ‫ك ْال َحمْ ُد َك َما َي ْن َب ِغي‬ َ ‫هلل َربِّ ْال َعا َل ِمي َْن َح ْم ًدا ي َُوافِى ن َِع َم ُه َو ُي َكافُِئ َم ِزيْدَ هُ َي‬
َ ‫ار َّب َنا َل‬ ِ ِ ‫اَ ْل َحمْ ُد‬
‫صالَ ًة‬َ ‫ص ِّل َو َسلِّ ْم َع َلى َس ِّي ِد َنا م َُح َّم ٍد‬ َ ‫ك ْال َك ِري ِْم َو َعظِ ي ِْم س ُْل َطان‬
َ ‫ِك اَللَّ ُه َّم‬ َ ‫ل َِجالَ ِل َوجْ ِه‬
‫ت َو ُت َط ِّه ُر َنا ِب َها‬ِ ‫اجا‬ َ ‫ت َو َت ْقضِ يْ َل َنا ِب َها َج ِمي َْع ْال َح‬ ِ ‫ُت ْن ِج ْي َنا ِب َها ِمنْ َج ِمي ِْع ْاَألهْ َو‬
ِ ‫ال َو ْاآل َفا‬
‫ت‬ ِ ‫صى ْال َغا َيا‬ َ ‫ت َو ُت َبلِّ ُغ َنا ِب َها َأ ْق‬
ِ ‫دَك َأعْ َلى ال َّد َر َجا‬ َ ‫ت َو َترْ َف ُع َنا ِب َها عِ ْن‬ِ ‫ِمنْ َج ِمي ِْع ال َّس ِّيَئ ا‬
‫صحْ ِب ِه َأجْ َم ِعي َْن‬ َ ‫ت َو َع َلى َءالِ ِه َو‬ ِ ‫ت فِى ْال َح َيا ِة َو َبعْ َد ْال َم َما‬ ِ ‫ ِمنْ َج ِمي ِْع ْال َخي َْرا‬.
segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Salawat dan salam ke atas junjungan
Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam, ahli keluarganya dan para sahabat
sekalian.

Ya Allah!
Dengan limpah rahmat dan kurnia-Mu, kami memohon agar dijadikan
peristiwa Sambutan Hari Malaysia  pada esk hari, dipenuhi keberkatan dan
keredhaan-Mu.

Ya Allah, Ya Rahman,

Suburkanlah dalam sanubari kami, rasa cinta dan sayang kepada bumi Malaysia,
tanah bertuah dan berdaulat serta tempat tumpahnya darah kami. Jadikanlah kami
dalam kalangan ummat yang tidak akan lupa kepada akar bangsa; ummat yang
mendahulukan agama, kepentingan tanah air dan negara Malaysia yang tercinta,
melebihi kepentingan peribadi sendiri. Jadikanlah rasa cinta kepada tanah air ini,
sebagai pahala yang akan memberatkan timbangan amal kami di akhirat nanti.

Ya Allah,Ya Jabbar ,

Kami berlindung denganMu daripada kejahatan dan tipu daya musuh. Engkau
lemparkanlah rasa gerun di hati musuh terhadap kami, agar terhenti segala usaha
mereka untuk menggugat kerukunan hidup di tanah air kami sendiri. Ya Allah,
kekalkanlah kedaulatan Malaysia, dan bantulah kami untuk meletakkan negara ini
pada kedudukannya yang terbaik dan cemerlang.

Kami bermohon kepadaMu ya Allah, agar Engkau membimbing kami menjadi rakyat
yang mensyukuri nikmat kemerdekaan, menghargai nilai persaudaraan dan
memelihara perpaduan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama di negara ini.
Ya Allah! Engkau yang Maha Melindungi ,

Selamatkanlah dan lindungilah kami daripada segala fitnah perpecahan dan


perbalahan, wabak penyakit dan apa jua yang menggugat keselamatan negeri dan
negara kami.

Ya Allah!
Berkatilah peristiwa hari Malaysia ini.. berkatilah segala pendengaran kami,
penglihatan, dan jiwa raga kami.  Kami memohon keampunan di atas segala
kesalahan kami.  Sesungguhnya Ya Allah, Engkau Maha Pengampun lagi Maha Adil.

‫صلَّى هللا ُ َعلَى‬ َ ‫ار َو‬ ِ َّ‫اب الن‬ ِ ‫َربَّنَا َءاتِنَا فِى ال ُّد ْنيَا َح َسنَةً َوفِى ْا‬
َ ‫آلخ َر ِة َح َسنَةً َوقِنَا َع َذ‬
‫صحْ بِ ِه َو َسلَّ َم َو ْال َح ْم ُد ِهللِ َربِّ ْال َعالَ ِمي َْن‬
َ ‫َسيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءالِ ِه َو‬

Anda mungkin juga menyukai