Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TASEK

TAMAN PUTERI GUNUNG,


14120, SIMPANG AMPAT,
SEBERANG PERAI SELATAN, TEL : 604-5873590
PULAU PINANG FAKS : 604-5873590

“ AYUH SMK TASEK! MNDA GLOBAL! JIWA LOKAL!”

Ruj. Kami : 600-3/2/19/2 (2)


Tarikh :____ JULAI 2023
Kepada,
McDonalds Juru River Rest Area South Bound,
Part of Lot No. 341 & 6154,
Mukim 6, Jalan Bukit Tengah,
13700, Penang.

Tuan,
Permohonan Sumbangan Penajaan Makanan bagi Murid-Murid OKU
Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk, Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran sekolah kami akan mengadakan Lawatan Penanda Aras di SMK Vokasional Merbok,
Sungai Petani, Kedah. Destinasi lawatan pertama yang kami akan lawati adalah bertempat di sekolah
tersebut dan berakhir dengan pulang ke sekolah kami semula iaitu SMK Tasek, Simpang Ampat,
Seberang Perai Selatan. Sehubungan dengan itu kami berharap pihak tuan dapat menaja makan
petang bagi progam lawatan ini.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, pelajar-pelajar kami adalah terdiri daripada kanak-kanak
OKU (Orang Kurang Upaya) yang mengalami masalah pembelajaran seperti Autisme, Down
Syndrome, Hyperactive, Slow Learners dan sebagainya.

3. Berikut adalah butiran lawatan sambil belajar kami:


3.1 Tarikh : 10 OGOS 2023 (KHAMIS)
3.2 Jam : 3.00 petang
3.3 Peserta Rombongan : 69 orang murid bersama 22 orang guru.

4. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan sila berhubung terus dengan Puan Nurafidah binti
Baba Noor di talian 017-5500957 atau 011-26470687 untuk berurusan.
4. Pihak kami berharap pihak tuan akan mempertimbangkan permohonan kami supaya pelajar-
pelajar istemewa ini dapat merasai keseronokan menjalani aktiviti luar seperti kanak-kanak lain.
Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

….…………………………………
FAZLAN BIN AHMAD
PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS
SMK TASEK

Anda mungkin juga menyukai