Anda di halaman 1dari 8

Kata Aluan Melayang serindit di atas permatang,

Merbah berkicau di hujung muara;


Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Bismillahhirrahmannirrahim…

Majlis dimulakan dengan menyebut nama Allah Yang Maha Esa,


dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi.
Diucapkan segala puji-pujian, kepada Allah SWT dan diiringkan sanjungan
dengan kesyukuran yang amat tinggi,
Selawat dan salam buat junjungan besar,
Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda serta sahabat- sahabat baginda.

Yang Berusaha,
Tn. Hj. Roslan Bin Ab. Aziz
Pengarah Kolej Vokasional Muar

Yang Dihormati,
Ts Dr. Kamaruddin Bin Md Tahir
Yang Dipertua PIBG, Kolej Vokasional Muar

Tn. Hj Abd Rahim Bin Razali


Timbalan Pengarah Akademik

Tn. Hj Rosman Bin Din


Timbalan Pengarah Sokongan Akademik

En. Ismail Bin Mustafa


Ketua Jaminan Kualiti

Barisan Ketua-ketua Jabatan,/ Ketua-ketua Unit dan para pelajar yang


dikasihi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarokatuh.

Alhamdulillah, seiringan kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran


kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia dan izinnya, dapat kita
Bacaan Doa Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah kita menadah tangan
seraya berdoa. Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput
En. Abdul Akmal Bin Sarkam untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

Amin…Amin…Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih


kepada
En. Abdul Akmal Bin Sarkam atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

Bacaan Al-Quran

Bunga melur bunga kenanga


Cantik disusun penyeri anjung
Al-Quran bagaikan intan permata
Al-Quran dijunjung umat disanjung

Para hadirin sekalian,


Marilah sama-sama kita mendengar dan menghayati alunan ayat suci Al-
Quran yang akan dibacakan oleh saudara Habib Hazim Bin Mohd Azmi.
Majlis dengan takzimnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada saudara Habib Hazim Bin
Mohd Azmi atas bacaan ayat suci sebentar tadi.
Anak kecil memotong kayu,
Kayu di potong dengan gergaji;
Seindah apapun suara lagu,
Lebih indah suara mengaji.

Majlis diimarahkan lagi dengan bacaan ayat suci Al-Quran daripada


pensyarah-pensyarah Jabatan Teknologi Mekanikal dan Pembuatan yang
diketuai oleh Tn. Hj Johari Bin Adnan. Majlis dengan penuh takzim
mempersilakan.

Amin Ya Rabbal A’lamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan


dan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah Jabatan Teknologi Mekanikal
dan Pembuatan yang diketuai oleh Tn. Hj Johari Bin Adnan atas bacaan ayat
suci Al-Quran dan ucapan terima kasih juga diucapkan kepada Ustaz Noor
Iskandar Bin Hassan atas doa khatam Al-Quran sebentar tadi.

Ucapan Adat bahasa menyampaikan pesan


Pengarah
Adat upacara menyampaikan ucapan

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,


Bagi meneruskan majlis pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Yang Berusaha Tn. Hj. Roslan Bin Ab Aziz, Pengarah Kolej
Vokasional Muar untuk menyampaikan ucapan.
Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan penghargaan kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Roslan Bin
Ab. Aziz, Pengarah Kolej Vokasional Muar kerana sudi menyampaikan
ucapan sementar tadi.

Ucapan YDP Seterusnya, dijemput Yang Dihormati, Ts Dr. Kamaruddin Bin Md Tahir,
PIBG
Yang Dipertua PIBG, Kolej Vokasional Muar untuk menyampaikan sepatah
dua kata. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha, Ts Dr.


Kamaruddin Bin Md Tahir, Yang Dipertua PIBG, Kolej Vokasional Muar atas
ucapan sebentar tadi.
Untaian madah kata aluan
Untaian ingatan sepanjang zaman

Pertandingan Hadirin yang dikasihi,


kuiz, tiktok dan
sumbangan
Majlis diteruskan lagi, dengan acara penyampaian hadiah kepada para
pemenang pertandingan kuiz dan Tiktok Ramadan.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan Tn. Hj Roslan Bin Ab Aziz,


Pengarah Kolej Vokasional Muar dengan diiringi oleh Tn Hj Abd Rahim Bin
Razali, Timbalan Pengarah Akademik untuk menyampaikan hadiah kepada
para pemenang.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah pertandingan kuiz Ramadan


kategori pelajar SVM.

Dijemput penerima sagu hati, Saudari…….


1. ALYA QISTINA BINTI MOHD MALEK (SVM 2 HFD)
2. AINA QISTINA BINTI MURTAZA (SVM 2 HKM)
3. WAN AMIZAH BT ABD LATIF (SVM 2 ETN)
4. NURIN ATIKAH BINTI JUSOH ( SVM 2 HKM)
5. MUHAMMAD AMMAR QUSYAIRI BIN ROSLAN ( SVM 2 HSK)

Seterusnya,
Tempat ketiga dimenangi oleh Saudara MUHAMMAD HARITH RAZIN BIN
RAMLEE ( SVM 2 ETE)
Tempat kedua dimenangi oleh Saudara MOHAMMAD NUR AZIM BIN
ROSLAN (SVM 1 MTK )
Johan petandingan kuiz Ramadan kategori pelajar SVM dimenangi oleh
Saudari NUR QISTINA ATIQAH ONN (SVM 2 HKM)

Bagi pertandingan kuiz Ramadan kategori pelajar (DVM),


Majlis mempersilakan penerima saguhati,
Dijemput Saudara/Saudari………….

1. NUR SYAZWANI NAZIRA BINTI ZULISKANDARIAH (1DDC)


2. NOOR NADIRAH BINTI JOHNNY (1DEB)
3. SITI NUR NAJIHAH BINTI MOHD RAUZAN ( 2DDC)
4. MUHAMMAD NADZMIEY BIN YATIM (1 DEA)
5. SITI AMIRAH HAYATI BINTI MOHD HAFIZ (1DCA)

Seterusnya,
Tempat ketiga dimenangi oleh Saudari NUR AZRA AIN BINTI ROSLAN (1
DHD)
Tempat kedua dimenangi oleh Saudari NURUL SYAFIQAH HANIM MOHD
FIRDAUS ( 1DHD)
Johan petandingan kuiz Ramadan kategori pelajar DVM dimenangi oleh
Saudari NUR ALYA SHAFAWATI BINTI MOHD RAOF (1DHD)

Majlis diteruskan lagi, dengan acara penyampaian hadiah pertandingan


TikTok Tazkirah Ramadan kategori pelajar,

Dengan ini majlis menjemput penerima sagu hati,

Dijemput Saudari ……….

1. AINI HUZAIFAH BINTI SHAHARULNIZAM (DVM 1 DDC)


2. NUR ISMA MURNI BINTI ABDUL HAKIM ( SVM 1 WTP)
3. AINA QISTINA BINTI MURTAZA ( SVM 2 HKM)
4.NUR ARISSA SOFEA BINTI RAZALI (SVM 2 HKM)
5.NUR IZZAH NADHIRAH BINTI ABDUL ALLADIN ( SVM 2 HFD)
6. NUR IZZAH NAJIHAH BINTI ABDUL ALLADIN ( SVM HKM)

Seterusnya, tempat ketiga dimenangi oleh Saudari SHAIRIZA QISTINA BINTI


MUHAMAD ARIF (SVM 1 HKM)
Tempat kedua dimenangi oleh Saudari FATIMAH BINTI MISLAN (SVM 2
HSK)
Tempat pertama pertandingan Tiktok Tazkirah Ramadan kategori pelajar
dimenangi oleh Saudara MUHAMMAD FERHAD BIN MANSOR SHAH (SVM 1
WTP)

Seterusnya, acara penyampaian hadiah pertandingan TikTok Ramadan


kategori pensyarah dan AKP.

Oleh itu, majlis mempersilakan penerima sagu hati.


Dijemput Wakil…………….

1. PROGRAM KOSMETOLOGI
2. PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK
3. PROGRAM SENI KULINARI
4. PROGRAM TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI 1
5. PROGRAM TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI 2
6. UNIT BAHASA
7. UNIT REKA FESYEN

Seterusnya pemenang bagi tempat ketiga dimenangi oleh UNIT SAINS DAN
MATEMATIK
Tempat kedua dimenangi oleh UNIT PENDIDIKAN JASMANI DAN
KESIHATAN
Tempat pertama pertandingan Tiktok Ramadan kategori pensyarah dan AKP
dimenangi oleh PROGRAM TEKNOLOGI PEMBINAAN

Majlis merakamkan ucapan tahniah kepada para pemenang.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Sumbangan Infaq Ramadan


kepada Warga Kolej Vokasional Muar.

Dipersilakan untuk menerima sumbangan infaq ramadan...


Dijemput….

1. PN.SUZANA BINTI YAHYA


2. PN.HURUL AIN BINTI MAHMOD
3. PN.SITI AISHAH BINTI IBRAHIM
4. PN.SALMAH BTE AB RAHMAN
5. PN.LELA BINTI TUKIMAN
6. PN.TUKINAH BINTI SAHAMIN
7. PN.MASILA BTE YASSIN

Terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Hj. Roslan Bin Abd Aziz,Pengarah
Kolej Vokasional Muar atas penyampaian hadiah dan sumbangan infaq
ramadan sebentar tadi.

Sumbangan duit Hadirin dan hadirat sekalian,


raya dan
cenderahati
Seterusnya, majlis menjemput Yang Dihormati, Ts Dr. Kamaruddin Bin Md
Tahir Yang Dipertua PIBG, Kolej Vokasional Muar diiringi oleh Tn. Hj Roslan
Bin Ab Aziz untuk menyampaikan sumbangan infaq ramadan kepada
pelajar.

Dengan ini, majlis mempersilakan.

Penerima infaq ramadan menjemput, Saudara/Saudari……

1. RUJUK SENARAI NAMA PELAJAR

Setersunya, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cendera hati


kepada peserta Khatam Al-Quran.
Oleh itu, majlis menjemput

Terima kasih kepada Yang Dihormati, Ts Dr. Kamaruddin Bin Md Tahir Yang
Dipertua PIBG, Kolej Vokasional Muar atas penyampaian sumbangan infaq
ramadan sebentar tadi.

Semoga dengan setiap sumbangan dan juga infak daripada kita semua
dapat memberikan kebahagiaan dan kegembiraan buat para penerima.

Penutup hadirin hadirat sekalian,

Semoga Majlis yang diadakan pada pagi ini


dapat memupuk ukhuwah dan mengeratkan silaturrahim sesama kita
serta mendapat rahmat daripada-Nya.

Bunga mawar cantik berseri


Mekar disirami si embun pagi
Majlis hendak mengundurkan diri
Semoga tahun hadapan berjumpa lagi.
Dengan ini berakhirlah sudah Majlis Khatam Quran dan Infaq Ramadan
Peringkat Kolej Vokasional Muar.

Yang baik itu datang daripada Allah,


dan yang buruk itu datang daripada kelemahan diri kami sendiri.
Kepada warga Kolej Vokasional Muar, Kami mengucapkan SELAMAT HARI
RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Akhir kata, wabillahitaufik wahidayah,


wassalamualaikum WB..

Anda mungkin juga menyukai