Anda di halaman 1dari 25

“PROGRAM INSPIRASI JAYA DESA BAKTI 2021 ”

SEKOLAH PENDIDIKAN
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Nama : Razieqah Aina binti Abdullah


Jawatan : Ketua Aktiviti
Kursus : SPPL

PENGENALAN
Aktiviti pembacaan ini merupakan salah satu program yang dilaksanakan semasa Kem Jelajah Cahaya
Ramadan yang melibatkan anak-anak komuniti Desa Bakti. Aktiviti yang diberi nama Our Forgotten Story
ialah sesi pengajaran Bahasa Inggeris yang memfokuskan kepada kemahiran bacaan yang merupakan elemen
kemahiran yang penting. Sesi ini telah berlangsung pada 26 April 2021, Isnin dan merupakan aktiviti kedua
yang dijalankan bagi kategori A (pelajar tingkatan 1 dan 2).

LAPORAN AKTIVITI

MASA PROGRAM TARIKH GERAK KERJA

SEBELUM PROGRAM 18- 25 April 2021

1. Menyediakan bahan pengajaran bagi aktiviti


pembacaan yang sesuai untuk pembelajaran
secara atas talian. Bahan pengajaran yang
disediakan ialah seperti:
● Poster Aktiviti
● Slaid Canva (Teks Bacaan: Puteri
Santubong)
https://www.canva.com/design/DAEasUOJ
MWY/share/preview?token=Z6XkYZF-Ics1
gJWoYffljg&role=EDITOR&utm_content=
DAEasUOJMWY&utm_campaign=designsh
are&utm_medium=link&utm_source=shareb
utton
● Video YouTube

https://www.youtube.com/watch?v=YeyRzd
LKKJg&t=2s
● Kertas Lampiran Aktiviti (kotak BINGO)
● Pautan mentimeter (sesi pengenalan)
https://www.menti.com/y8e2rsb5xx
● Kehadiran Google Form
https://forms.gle/NMZsxD63QZykRe9x6

2. Melakukan sesi raptai bagi memastikan


kelancaran program.
3. Menghubungi staf UTM yang terlibat bagi
tujuan mengumpulkan pelajar semasa
program berlangsung.

SEMASA PROGRAM 26 April 2021 1. Sesi pengenalan (Ice-breaking Session)

● Fasilitator menyambut kemasukan pelajar ke


Google Meet dan pelajar mengisi kehadiran
menggunakan Google Forms.
● Fasilitator memperkenalkan diri mereka
kepada pelajar.
● Fasilitator bertanyakan pengetahuan pelajar
tentang kisah rakyat.
● Pelajar menyenaraikan kisah rakyat yang
mereka ketahui menggunakan pautan
Mentimeter yang disediakan.
● Fasilitator menerangkan secara ringkas
mengenai kisah rakyat dan memperkenalkan
tajuk kisah rakyat yang akan dipelajari iaitu,
Puteri Santubong.
2. Sebelum Pembacaan (Pre-Reading)

● Fasilitator memainkan sebuah video pendek


berkaitan kisah Puteri Santubong.
● Fasilitator menghentikan video pada minit
kedua dan meminta pelajar untuk
menjangkakan apa yang terjadi pada babak
seterusnya.
● Pelajar mengutarakan pandangan mereka.

3. Semasa Pembacaan (While-Reading)

● Fasilitator memanggil pelajar secara rawak


untuk membaca teks mengenai kisah Puteri
Santubong pada slaid.
● Setelah pelajar selesai membaca satu
perenggan, fasilitator membuat ringkasan
tentang perenggan tersebut.
● Fasilitator membetulkan sebutan pelajar dan
menekankan beberapa perkataan yang agak
sukar difahami oleh pelajar.
● Pelajar mencatat perkataan-perkataan baharu
yang mereka pelajari daripada teks.
● Fasilitator merumuskan kisah Puteri
Santubong.
4. Selepas Pembacaan (Post-Reading)

● Fasilitator memulakan permainan BINGO


dengan menerangkan cara bermain dan
peraturan permainan.
● Fasilitator menunjukkan senarai 16
perkataan yang perlu dimasukkan dalam
kotak BINGO.
● Fasilitator menunjukkan contoh kotak
BINGO dan cara bermain.
● Pelajar melukis kotak BINGO dan
mengisinya dengan 16 perkataan yang
disenaraikan oleh fasilitator.
● Fasilitator menyebut sinonim bagi
perkataaan di dalam kotak dan pelajar
memangkah perkataan yang berkenaan.
● Tiga pelajar terawal yang melengkapkan
kotak BINGO dikira sebagai pemenang.
5. Penutup (Closing)

● Fasilitator meminta pelajar memberi


pengajaran daripada kisah Puteri Santubong.
● Pelajar menyatakan pendapat mereka.
● Fasilitator menyimpulkan pengajaran kisah
tersebut.
● Aktiviti diakhiri dengan sesi swafoto
bersama pelajar.
● Fasilitator memberi ucapan penghargaan
kepada pelajar.

SELEPAS PROGRAM 27 April 2021


1. Fasilitator mengumpulkan kertas lampiran
aktiviti daripada para peserta yang terlibat
dan menyemak lampiran kerja mereka.
2. Fasilitator memasukkan maklumat tentang
pengskoran markah para peserta di Google
Sheet.
3. Fasilitator mengira jumlah keseluruhan
markah bagi setiap peserta dan memilih
seorang pemenang bagi aktiviti yang telah
dijalankan.
PERMASALAHAN

Antara masalah yang dihadapi adalah sewaktu peringkat perancangan dan persiapan aktiviti. Permainan yang
dipilih untuk para peserta ialah permainan BINGO yang memerlukan mereka mengisi kotak 5x5. Namun
begitu, aktiviti ini melibatkan pelajar tingkatan bawah yang mungkin tidak begitu mahir atau tahu bagaimana
permainan ini dimainkan. Masa yang diperuntukkan untuk mengisi kotak bagi menyelesaikan permainan ini
perlu diubah beberapa kali agar bersesuaian dengan tahap kemahiran peserta. Malah, terdapat juga beberapa
peraturan yang perlu diambil kira dan disesuaikan untuk memudahkan para peserta lebih faham tentang
pelaksanaan permainan tersebut dari segi perkataan yang perlu mereka isi dalam kotak masing-masing. Selain
itu, sewaktu aktiviti hendak dilangsungkan, sebilangan besar peserta yang terlibat untuk aktiviti ini lambat
masuk ke dalam Google Meet lantas menyebabkan aktiviti bermula agak lambat daripada masa yang
sepatutnya. Tambahan pula, terdapat beberapa peserta yang tidak mengisi borang kehadiran yang telah
disediakan.

CADANGAN / PENYELESAIAN

Demi mengatasi masalah yang dihadapi, beberapa jalan penyelesaian telah kami ambil. Antaranya, kami mengubahsuai
permainan BINGO yang mempunyai kotak 5x5 tersebut menjadi BING sahaja dengan kotak 4x4. Hal ini demikian
kerana, kami ingin menyesuaikan tahap kesukaran permainan tersebut kepada tahap kemahiran para peserta supaya
mereka tidak mengambil masa begitu lama untuk bermain. Selain itu, kami juga mengubah peraturan permainan menjadi
lebih mudah dan senang difahami. Sebagai contoh, kami telah bersiap sedia meletakkan sinonim di sebelah senarai
perkataan yang perlu para peserta tulis di kotak BING mereka. Hal ini menyenangkan para peserta untuk terus mengesan
perkataan mana yang perlu mereka silang sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk belajar perkataan sinonim
bagi setiap kosa kata yang terlibat.

Berikutnya, bagi masalah keterlewatan para peserta untuk masuk ke dalam Google Meet menyebabkan kami memilih
untuk beramah mesra terlebih dahulu dengan beberapa orang peserta yang telah nasuk awal untuk mengisi masa dan
mengelakkan mereka bosan sementara menunggu permainan bermula. Sementara itu, bagi para peserta yang tidak
mengisi borang kehadiran pula, oleh kerana telah menjangka perkara sebegini berkemungkinan besar berlaku, kami
mengambil alternatif untuk menyertakan sekali ruangan nama dan no. kad pengenalan di kertas BING yang diedarkan
supaya para peserta boleh mengisi ruangan tersebut dan menangkap gambar kertas mereka pada akhir sesi.

Manakala, bagi program masa hadapan yang bakal dikendalikan oleh junior, kami mencadangkan agar peraturan
permainan lebih jelas lagi diterangkan dan supaya dipastikan terlebih dahulu bahawa para peserta benar-benar faham
sebelum memulakan permainan. Mungkin lebih baik sekiranya fasilitator mengambil sedikit masa untuk membuat
simulasi bagi menunjukkan cara bermain kepada peserta supaya tiada timbul sebarang masalah sewaktu permainan
berlangsung.

KESIMPULAN

Tuntasnya, aktiviti ini telah menerima respons yang begitu baik daripada para peserta dan para ibu bapa kerana
mereka berasa begitu berpuas hati dengan aktiviti pembacaan yang dijalankan. Menurut para ibu bapa,
meskipun aktiviti dijalankan secara atas talian, namun anak-anak mereka bersemangat untuk melaksanakan
aktiviti yang berlangsung. Peserta juga yakin bahawa mereka telah memperoleh manfaat yang berguna
menerusi aktiviti pembacaan yang dijalankan kerana pendekatan yang diambil untuk menyampaikan kemahiran
membaca amatlah ringkas akan tetapi padat dengan poin-poin yang berguna. Jelaslah bahawa, aktiviti seperti
ini cukup relevan untuk terus di laksanakan lagi pada masa akan datang dengan lebih banyak kolaborasi dengan
komuniti setempat.

Disediakan oleh,

Ra ieqa4 Aina

Nama : Razieqah Aina binti Abdullah


Jawatan : Ketua Aktiviti
“PROGRAM INSPIRASI JAYA DESA BAKTI 2021”
SEKOLAH PENDIDIKAN
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEM BAHASA INGGERIS – AKTIVITI MENULIS RINGKASAN FILEM BAGI KATEGORI C

Bil. Nama No Matrik Jawatan Kursus

1. Misriyah Binti Makmur Lubis A17PP0026 Ketua Aktiviti SPPL


2. Muhammad Asyraf Bin Mohd Anwar A17PP0045 Fasilitator SPPL
3. Nik Mohammad Aiman Bin Ibrahim A17PP0062 Fasilitator SPPL

PENGENALAN

Peranan Utama: Setelah beberapa perbincangan yang dilakukan bersama ahli kumpulan, aktiviti yang dipilih
adalah “Story of My Life”. Aktiviti ini adalah aktiviti yang memerlukan peserta untuk mempersembahkan
kemahiran menulis mereka. Walaubagaimanapun, aktiviti menulis ini hanya memerlukan mereka untuk
menulis ringkasan tentang filem yang pernah ditonton dan memberi impak dalam kehidupan mereka. Terdapat
dua video telah disediakan bagi membantu para peserta dalam menulis ringkasan filem tersebut. Dimana
sebuah video telah dimuat naik ke YouTube dan Google Drive tentang arahan untuk membuat aktiviti tersebut
dan format ringkasan penulisan tersebut. Melalui video yang disediakan tersebut, peserta akan memahami cara
serta ‘tips’ bagi menghasilkan penulisan ringkasan yang baik. Google Form telah digunakan sebagai platform
untuk peserta menghantar penulisan mereka dan seterusnya respon yang telah dihantar oleh peserta disemak
oleh ketua aktiviti dan fasilitator bagi memberikan markah kepada setiap peserta berdasarkan rubrik
pentaksiran penulisan ringkasan.

LAPORAN AKTIVITI

MASA TARIKH GERAK KERJA


PROGRAM

1) Perbincangan dalam kalangan fasilitator secara atas talian untuk memilih


aktiviti yang bakal dilaksanakan bagi peserta universiti
7/4/2021

2) Beberapa aktiviti telah dibincangkan namun selepas memikirkan beberapa


situasi seperti aktiviti bagi slot terakhir program “Language Camp” ingin
mengurangkan beban peserta yang juga pelajar universiti. Oleh itu, aktiviti
menulis ringkasan dipilih kerana aktiviti ini bukan sahaja mudah untuk para
peserta namun aktiviti ini juga mampu menambah baik kemahiran menulis
serta kemahiran berfikir secara kreatif.
SEBELUM 11/4/2021
PROGRAM 3) Pembahagian kerja telah dibahagikan agar gerak kerja untuk melaksanakan
aktiviti berjalan lancar.

4) Perbincangan bersama ahli kumpulan untuk memastikan segala maklumat


tentang aktiviti telah lengkap dan jelas seperti link video yang dimuat naik
di YouTube dan di Google Drive boleh dimain dan tiada ralat dalam video
tersebut.
26/4/2021 5) 2 hari sebelum aktiviti dijalankan, semua pautan (link) yang dibuat
dipastikan berfungsi dan arahan yang ditulis untuk peserta disemak untuk
memastikan semua maklumat ada dan mudah difahami.

6) Ketua aktiviti menerangkan secara ringkas kepada fasilitator tentang aliran


untuk berkongsi arahan dan maklumat supaya peserta mudah untuk
memahami maklumat yang dikongsi.

1) Fasilitator memperkenalkan aktiviti kepada peserta dengan berkongsi arahan


yang telah disediakan beserta pautan laman sesawang yang berkaitan arahan
yang lebih mendalam dan format penulisan yang perlu diikut.
- Arahan penuh aktiviti: https://youtu.be/GJGar8E3e7o
- Format penulisan:
SEMASA https://drive.google.com/file/d/1RyXcaqnF6bErzgqHFQfyg7EVp849ZI4
PROGRAM F/view?usp=sharing
27/4/2021
2) Kemudian fasilitator berkongsi pautan untuk peserta menghantar hasil
penulisan yang telah siap. (https://forms.gle/apP5f3dWoHtkrw1s7 )

3) Fasilitator mengingatkan peserta supaya mengikuti tarikh akhir dan waktu


tamat aktiviti supaya peserta dapat merancang jadual mereka. Hal ini dapat
membantu peserta untuk merancang masa dengan baik agar mereka dapat
menyiapkan aktiviti yang diberi.
1) Fasilitator membahagikan jawapan yang diterima untuk menanda jawapan
dan memberikan markah.

2) Penandaan jawapan peserta dilakukan dengan mengikuti kriteria


pemarkahan yang dibuat dalam rancangan aktiviti.

SELEPAS 29/4/2021 3) Kemudian, semua markah peserta dimasukkan di dalam lembaran skor
PROGRAM (Scoresheet) di dalam Google Sheet.

4) Fasilitator berbincang dalam post-mortem mengenai aktiviti tersebut bagi


mencari penambahbaikan yang boleh dilakukan pada masa hadapan.

5) Fasilitator menulis laporan aktiviti untuk tujuan dokumentasi.

PERMASALAHAN

Kebanyakan peserta tidak dapat memberikan respon di dalam WhatsApp kerana peserta mempunyai
tugasan aktiviti universiti serta mempunyai pengajian.

CADANGAN / PENYELESAIAN

Bagi menyelesaikan masalah tersebut, fasilitator mengingatkan peserta berulang kali mengikuti tarikh
akhir dan waktu tamat aktiviti supaya peserta dapat merancang jadual mereka. Peringatan yang dibuat
beberapa kali berjaya mendapat respon daripada peserta didalam kumpulan WhatsApp tersebut.

Cadangan untuk masa hadapan adalah diharap agar fasilitator kerap berhubung dengan para peserta
secara dua hala bagi memastikan para peserta telah faham tugasan yang diberi dan supaya hubungan
fasilitator dan peserta
dekat bagi memboleh peserta berasa selesa dan aktif bagi memberikan respons dalam aktiviti yang dijalankan
secara sehala (asynchronous).

KESIMPULAN

Walaupun pada awalnya tidak ramai peserta yang memberikan respons, namun setelah fasilitator cuba sedaya
upaya bagi mendapatkan respons daripada peserta. Seterusnya, peserta berjaya memberikan respons serta
melakukan aktiviti yang diberi dengan baik dan jayanya. Akhir sekali, aktiviti ini sangat sesuai untuk dilakukan
dalam kem bahasa pada masa hadapan kerana mudah menarik minat peserta.

Disediakan oleh,

Misriyah
Nama : Misriyah Binti Makmur Lubis
Jawatan : Ketua Aktivi
“PROGRAM INSPIRASI JAYA DESA BAKTI 2021”
SEKOLAH PENDIDIKAN
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JELAJAH CAHAYA RAMADHAN! LANGUAGE CAMP

Nama : MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ANWAR


Jawatan : SETIAUSAHA I PROGRAM
Kursus : SPPL

PENGENALAN

Bulan Ramadan adalah bulan yang mulia, di mana semua berlumba-lumba untuk membuat kebajikan yang memberikan
manfaat buat segenap lapisan masyarakat. Sebagai pelajar-pelajar yang menduduki kursus Pengajaran Bahasa Inggeris
sebagai bahasa kedua (SPPL), kami berasa terpanggil untuk melaksanakan sebuah kem bahasa Inggeris Jelajah Cahaya
Ramadhan! Language Camp sebagai tanda apresiasi kami terhadap ilmu yang diterima dan sebagai bakti kami di bulan
Ramadhan buat seluruh warga Desa Bakti dan juga mahasiswa seluruh Malaysia. Aktiviti-aktiviti yang direncanakan
adalah bersifat holistik dan semasa yang amat berguna kepada pelajar sekolah dan juga mahasiswa universiti.

LAPORAN AKTIVITI

MASA PROGRAM TARIKH GERAK


KERJA

1) Perjumpaan diantara barisan eksekutif


31/3/2021
program dan wakil desa bakti diadakan untuk
SEBELUM
PROGRAM membincangkan apakah keperluan semasa yang
boleh diberikan oleh pihak UTM (tenaga kerja,
5/4/2021
makanan, dll.)

2) Fasilitator membincangkan aktiviti-aktiviti


yang boleh memberi faedah kepada pelajar-
pelajar ketika pandemik melanda negara.

3) Hasil perbincangan mendapati,


kebanyakkan pelajar perlu satu program yang
dapat menarik
minat mereka melalui platform-platform yang menjadi
10/4/2021
“trend” di sosial media, iaitu peningkatan ilmu bahasa
inggeris.

14/4/2021 4) Fasilitator kemudiannya berkumpul di Google Meet


atas pengendalian Tuan Pengarah program untuk
membahagikan kumpulan kerana terdapat pelbagai
aktiviti yang perlu mereka anjurkan untuk menarik
minat peserta-peserta yang bakal menyertai program
tersebut.

5) Tuan Pengarah program memberi masa selama


lima (5) hari untuk para fasilitator menyiapkan
rubrik aktiviti

6) Fasilitator melakukan simulasi aktiviti sesama


sendiri (memeriksa link dan video yang akan diberikan
kepada peserta) sebelum melaksanakan aktiviti tersebut
bersama peserta.

20/4/2021 1) Fasilitator memberikan link yang akan membawa


SEMASA PROGRAM pelajar ke sampel emel dan aktiviti-aktiviti yang telah
dirangkan untuk stesen kami melalui WhatsApp pada
pukul 8 pagi.

2) Fasilitator berada dalam keadaan bersiap siaga


sepanjang pagi sehingga pukul 1 tengahari bagi
memberikan bantuan kepada peserta yang memerlukan.
Sebagai contoh, peserta kurang jelas dengan arahan
yang diberikan untuk aktiviti pertama, maka kami akan
memberikan penjelasan sebaik mungkin dalam tempoh
itu.

1)Tuan Pengarah program meminta semua fasilitator


menyertai sesi Post-Mortem di Google Meet.
SELEPAS PROGRAM 28/4/2021
2) Tuan Pengarah program memberi apresiasi dan
kata-kata kesyukuran serta syabas kepada para
fasilitator yang menjayakan program bersama

3) Para fasilitator diminta untuk menghantar


refleksi kendiri untuk mengetahui maklum balas
keberhasilan program.

4) Program bersurai

PERMASALAHAN

Permasalahan utama yang berlaku sepanjang kem ialah penyertaan pelajar secara tiba-tiba atau “last
minute” oleh para peserta. Masalah kedua ialah peserta tidak mendapat memberi respons yang segera kerana
mempunyai tugasan wajib mengikut institusi pendidikan (sekolah atau universiti) masing-masing

CADANGAN / PENYELESAIAN

Solusi yang para fasilitator temukan ialah kami membuka semula link Google Form untuk penyertaan buat
kali kedua untuk memastikan semua peserta mendapat e-certificate (sijil penyertaan) di akhir program.

Penyelesaian yang telah dipersetujui oleh para fasilitator ialah kami telah menugaskan unit publisiti dan
dokumentasi untuk mengingatkan pelajar didalam chatbox whatsapp setiap jam untuk memastikan mereka
sentiasa “keep up-to-date” dengan aktiviti dan tugasan kem.

KESIMPULAN

Walaupun pada awalnya tidak ramai peserta yang memberikan menyertai program ini, namun beberapa
peserta menyertai lewat sedikit. Setelah fasilitator cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah-masalah
yang timbul dari semasa ke semasa, program ini akhirnya dapat dilaksanakan dengan lancar dan penuh berjaya.

Disediakan oleh,

ASYRAF
__________________________
Nama: MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ANWAR
Jawatan: Setiausaha I P rogram
“PROGRAM INSPIRASI JAYA DESA BAKTI 2021”
SEKOLAH PENDIDIKAN
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEM BAHASA INGGERIS – AKTIVITI TATABAHASA TOPIK ADJEKTIF KATEGORI B

Nama : AMMAR BIN MAT NAIM (A17PP0006), AZWAN SHAH BIN AZLI SHAH (A17PP0010),
HAGIDALESWARI A/P PALANI (A17PP0017) & IZZATUL AYUNI BINTI MOHD ANAS
(A17PP0022)
Jawatan : KETUA AKTIVITI & FASILITATOR
Kursus : SPPL

PENGENALAN

Peranan Utama: Ahli kumpulan kami telah mencapai kata sepakat untuk melaksanakan aktiviti berkenaan
dengan tatabahasa dalam topik Adjektif. Kumpulan kami mendapat tugasan untuk kategori B iaitu
menyediakan pelajar sekolah menengah atas (tingkatan 3-5) dengan kefahaman tentang tatabahasa Inggeris
dengan belajar secara seronok di atas talian. Fasilitator telah menyediakan aktiviti yang berbeza dan
menarik sepanjang sesi ini berlangsung seperti pengajaran menggunakan slaid Powerpoint, aplikasi
Baamboozle dan Google Form bagi pentaksiran. Fasilitator telah memudahkan peserta dengan hanya
berkongsi skrin di paparan Google Meet dan mereka hanya perlu menjawab samada di atas talian dan
peranti masing-masing pada akhir sesi iaitu pentaksiran sahaja. Akhir sekali, fasilitator menyemak jawapan
dan memberi markah keseluruhan kepada para peserta.

LAPORAN AKTIVITI

MASA PROGRAM TARIKH GERAK KERJA

 Fasilitator berbincang tentang pengajaran apa


yang sesuai dan ringan untuk pelajar sekolah
menengah.
SEBELUM
10/4/2021  Fasilitator telah mencapai kata sepakat untuk
PROGRAM
mengadakan aktiviti berkenaan tatabahasa
dalam topik Adjektif.
 Fasilitator menyediakan rancangan
pengajaran bagi sesi kedua katgeori B dan
masing-masing memberikan kerjasama dan
27/4/2021 idea yang bernas.
 Fasilitator membahagikan masa dan tugas
ahli bagi menjamin kelancaran aktiviti.
 Fasilitator membuat persediaan dengan
menguji medium yang bakal digunakan
semasa aktiviti berlangsung.
 Fasilitator bermain setiap permainan yang
dirancang supaya isu teknikal dapat diatasi
sebelum aktiviti dijalankan.
 Fasilitator menjemput peserta melalui
pautan Google Meet yang diberikan di
dalam kumpulan Whatsapp.
SEMASA PROGRAM 28/4/2021
 Fasilitator memulakan sesi dengan
perkongsian slaid berkenaan topik Adjektif.
 Peserta dibahagikan kepada dua
kumpulan untuk bermain aktiviti kedua
iaitu menggunakan aplikasi Baamboozle.
 Fasilitator membuka pautan
https://www.baamboozle.com/game/186205
dan berkongsia skrin dan peserta hanya perlu
menjawab soalan di Google Meet sahaja.
 Fasilitator kemudian beralih ke aktiviti
seterusnya iaitu pentaksiran
menggunakan Google Form.
 Peserta menjawab soalan quiz dan
fasilitator berbincang jawapan yang tepat.
 Markah quiz dijana dan direkod secara
automatik oleh Google Form.

 Fasilitator merekod markah aktiviti


Baamboozle dan markah yang dijana
29/4/2021
daripada Google Form.
SELEPAS PROGRAM
 Fasilitator memberikan skor keseluruhan
peserta kepada pengarah program bagi
penyusunan skor keseluruhan.
 Fasilitator mempunyai post-mortem
mengenai aktiviti tersebut untuk membuat
penambahbaikan untuk masa depan.
 Fasilitator menulis laporan aktiviti untuk
tujuan dokumentasi.

PERMASALAHAN

Sebilangan pelajar tidak mempunyai capaian Internet yang bagus bagi memastikan kelancaran pada setiap
aktiviti. Maka, setiap aktiviti yang dijalan kurang mendapat sambutan dari segi respon dan maklum balas
dengan pantas. Sesi ini kurang menarik kerana ketiadaan media video.

CADANGAN / PENYELESAIAN

Fasilitator perlu mengambil kira tentang kekangan dalam menjalankan aktiviti di atas talian seperti capaian
Internet, masa dan kebolehcapaian. Fasilitator boleh mendapat respon dan maklum balas secara aktif
menggunakan fungsi ‘chat box’ di dalam Google Meet atau mana-mana aplikasi persidangan video. Fasilitator
boleh menarik minat pelajar dengan adanya media video sebagai pengganti sesi pengajaran. Fasilitator juga
perlu diberikan masa yang lebih untuk menyesuaikan diri dengan para peserta bagi memudahkan mereka
memberi respon dan turut serta dalam aktiviti yang dijalankan. Ini boleh diatasi dengan memberikan lebih
masa pada aktiviti ‘Ice Breaking’.

KESIMPULAN

Aktiviti ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan diterima dengan baik oleh para peserta kerana
mereka yakin aktiviti ini dapat memberi manfaat untuk kemahiran Bahasa Inggeris mereka pada masa akan
datang. Mereka juga bersetuju akan pendekatan yang kami menggunakan dalam menjalankan aktiviti tersebut
kerana relevan dengan apa yang perlu mereka pelajari. Akhirnya, aktiviti ini sangat sesuai digunakan untuk
program pada masa depan sekiranya terdapat pelajar sekolah menengah terlibat dalam kem bahasa.

Disediakan oleh,

Ammar Mat Naim


Nama : AMMAR BIN MAT NAIM
Jawatan : KETUA AKTIVITI 7 KATEGORI B
“PROGRAM INSPIRASI JAYA DESA BAKTI 2021”
SEKOLAH PENDIDIKAN
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEM BAHASA INGGERIS – AKTIVITI MENULIS EMAIL UNTUK MENYATAKAN PENERIMAAN


ATAU PENOLAKAN TAWARAN KERJA.

Nama : MOHAMAD RIDHUAN BIN NASARUDIN (A17PP0032)


Jawatan: KETUA AKTIVITI DAN FASILITATOR
Kursus : SPPL

PENGENALAN
Peranan Utama: Kumpulan kami telah sebulat suara bersetuju untuk melaksanakan aktiviti penulisan emel untuk
menyatakan penerimaan atau penolakan tawaran kerja. Hal ini kerana, setelah diteliti, ramai graduan yang alpa tentang
prosidur bagi memberi jawapan kepada tawaran kerja yang mereka terima. Mahasiswa seharusnya mengambil peduli
tentang prosidur yang perlu dipatuhi dalam setiap keputusan yang diambil. Para majikan akan memandang mhasiswa
dengan penuh hormat sekiranya mereka memberi jawapan mengikut prosidur. Di samping itu, fasilitator juga telah
menyediakan templat contoh-contoh emel di Google Document untuk dijadikan sebagai panduan kepada para peserta
semasa menulis e-mel bagi tujuan penerimaan atau penolakan tawaran kerja. Kemudian, peserta akan menghantar e-mel
kepada unilavan2@graduate.utm.my. Setelah berkahirnya aktiviti-aktiviti yang kami sediakan, fasilitator akan
menyemak hasil kerja peserta serta memberi markah dan menobatkan pemenang.

LAPORAN AKTIVITI

MASA PROGRAM TARIKH GERAK KERJA

1) Fasilitator membincangkan aktiviti-aktiviti yang


5/4/2021 boleh membantu graduan menghadapi alam
pekerjaan.
SEBELUM
PROGRAM
2) Hasil perbincangan mendapati, kebanyakkan graduan
tidak tahu prosidur dalam memberi jawapan terhadap
tawaran kerja yang diberikan. Oleh yang demikian
fasilitator mencapai kata sepakat untuk
melaksanakan aktiviti menulis e-mel bagi tujuan
menyatakan penerimaan atau penolakan tawaran
kerja.

10/4/2021 3) Fasilitator kemudiannya mengumpulkan sampel


email penerimaan dan penolakan tawaran kerja,
video yang bersesuai dengan aktiviti, dan
menyediakan
Google Document supaya peserta dapat memahami
dengan lebih jelas cara menulis e-mel. Sampel yang
diberikan juga dapat dijadikan panduan semasa
menulis e-mel. Rubrik pemarkahan juga perlu
dilengkapkan.
4) Fasilitator melakukan simulasi aktiviti sesama sendiri
14/4/2021 (memeriksa link dan video yang akan diberikan
kepada peserta) sebelum melaksanakan aktiviti
tersebut bersama peserta.
5) Fasilitator memberikan link yang akan membawa
20/4/2021 pelajar ke sampel emel dan aktiviti-aktiviti yang telah
dirangkan untuk stesen kami melalui WhatsApp pada
SEMASA PROGRAM
pukul 8 pagi.
https://docs.google.com/document/d/1gEe1pkMBI8I-
vv-1SFnhz9NspC5od5w-3rG-GfO_SiY/edit
6) Fasilitator berada dalam keadaan bersiap siaga
sepanjang pagi sehingga pukul 1 tengahari bagi
memberikan bantuan kepada peserta yang
memerlukan. Sebagai contoh, peserta kurang jelas
dengan arahan yang diberikan untuk aktiviti pertama,
maka kami akan memberikan penjelasan sebaik
mungkin dalam tempoh itu.
7) Fasilitator menandakan e-mel yang ditulis oleh para
peserta dan memberikan markah mengikut hasil kerja
mereka.
SELEPAS PROGRAM
8) Fasilitator mencatat skor yang dicapai oleh peserta dan
memberikannya kepada pengarah program untuk
penyusunan skor.
9) Fasilitator mempunyai post-mortem mengenai aktiviti
tersebut untuk membuat penambahbaikan untuk masa
depan.
10) Fasilitator menulis laporan aktiviti untuk tujuan
dokumentasi.
PERMASALAHAN

Sebilangan besar peserta tidak menghantar e-mel lebih awal kerana mereka sibuk dengan pengajian di universiti
masing-masing. Selain itu, terdapat peserta yang bersikap pasif dalam kumpulan WhatsApp kerana peserta kurang
bertanya soalan kepada fasilitator.

CADANGAN / PENYELESAIAN

Untuk memastikan sebanyak mungkin peserta menghanter e-mel mereka, kami telah memutuskan untuk menetapkan
tarikh akhir untuk menghantar e- mel dalam kumpulan WhatsApp untuk mengingatkan para peserta agar mereka
dapat menyelesaikan aktiviti menulis e-mel untuk memohon pekerjaan dengan secepat mungkin agar tidak
mengganggu aktiviti lain semasa kem bahasa dilaksanakan.

Selain itu, kami meningkatkan komunikasi di dalam kumpulan Whatsapp untuk menggalakkan interaksi antara
peserta dan fasilitator. Ini juga membantu dalam meningkatkan kepantasan mereka untuk menghantar e-mel mereka
kepada kami.

Pada masa depan, kami mencadangkan supaya tarikh akhir setiap aktiviti ditetapkan sebelum bermulanya kem bahasa
agar para peserta dapat mengetahui berapa masa mereka mempunyai untuk menyiapkan akitiviti. . Hal ini dapat
memastikan setiap peserta dapat menyiapkan semua aktiviti dalam masa yang ditetapkan.

KESIMPULAN

Aktiviti ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan diterima dengan baik oleh para peserta kerana mereka
yakin aktiviti ini dapat memberi manfaat untuk kerjaya mereka pada masa akan datang. Mereka juga bersetuju akan
pendekatan yang kami menggunakan dalam menjalankan aktiviti tersebut kerana relevan dengan apa yang perlu
mereka pelajari. Akhirnya, aktiviti ini sangat sesuai digunakan untuk program pada masa depan sekiranya terdapat
pelajar universiti terlibat dalam kem bahasa.

Disediakan oleh,

ridhuan
Nama : MOHAMAD RIDHUAN BIN NASARUDIN
Jawatan : KETUA AKTIVITI DAN FASILITATOR
“PROGRAM INSPIRASI JAYA DESA BAKTI 2021”
SEKOLAH PENDIDIKAN
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

LANGUAGE CAMP – IDB (ACTIVITY 3 VOCABULARY)

Nama:
1. AMY SURAYA BINTI AHMAD MUZAMIL (A17PP0007)
2. NEVITHA SRI A/P RAMA RAO (A17PP0060)
3. HUDA DINIE BINTI ABDULLAH (A17PP0019)
4. NUR NAJIHAH NAJWA BINTI JAAFAR (A17PP0076)
Jawatan : FASILITATOR AKTIVITI 3
Kursus : 4-SPPL (SPPP 4043 BINA INSAN GURU)

PENGENALAN
Aktiviti 3 merupakan aktiviti yang memberi fokus kepada kemahiran kosa kata atau “vocabulary skill”. Bagi
aktiviti 3, tajuk yang telah dipilih ialah “Commonly Confused Words”. Aktiviti dimulakan dengan set induksi
dan diteruskan dengan tayangan video serta penerangan mengenai topik pembelajaran menggunakan slaid
yang disediakan sendiri oleh fasilitator. Platform utama yang telah digunakan bagi sesi pembelajaran ini ialah
Google Meet. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan termasuklah teka silang kata (Virtual Word Hunt)
menggunakan aplikasi Padlet dan kuiz menggunakan aplikasi Kahoot. 
LAPORAN AKTIVITI 

MASA
TARIKH GERAK KERJA
PROGRAM

1) Satu “Whatsapp group” telah dibuat bagi memudahkan fasilitator untuk


berbincang mengenai aliran (flow) aktiviti.
SEBELUM
PROGRAM 1 April 2021 2) Para fasilitator kemudiannya mengenal pasti kemahiran bahasa
– 20 April (membaca/ mendengar/ menulis/ berbicara/ kosa kata) yang ingin diuji.
2021 Kemahiran kosa kata telah dipilih sebagai kemahiran yang ingin diuji bagi
aktiviti 3.
3) Para fasilitator kemudiannya membincangkan tentang tentatif aktiviti,
medium yang ingin digunakan serta jenis aktiviti yang ingin digunakan
bagi mengukur kemahiran bahasa peserta sewaktu aktiviti dijalankan.
Kemudahan internet pelajar juga telah diambil kira dalam menentukan
aktiviti/permainan.
4) Fasilitator membentangkan rancangan aktiviti kepada pensyarah pada
11 April 2021.
5) Perbincangan lanjut kemudiannya dijalankan secara atas talian oleh
fasilitator menerusi Google Meet:
Perjumpaan 1
 Menyiapkan rancangan permainan (game plan)
 Menyediakan slaid pembentangan mengenai “commonly confused
words”
 Menyediakan 12 soalan kosa kata bagi aktiviti teka silang kata 
 Menyediakan kuiz kosa kata menggunakan Kahoot
 Menjana pautan Padlet bagi menjalankan aktiviti teka silang kata
 Memilih video Youtube (video mengenai kosa kata) yang ingin
digunakan sewaktu aktiviti dijalankan 

Perjumpaan 2
 Para fasilitator mengadakan raptai menggunakan Google Meet
bagi mematikan kelancaran aliran aktiviti
 Fasilitator menguji aktiviti/permainan yang ingin dijalankan bagi
tujuan penambahbaikan
 Penambahbaikan dilakukan pada setiap aktiviti/permainan
1) Program dimulakan pada pukul 9.04 malam dengan mengambil
kehadiran pelajar melalui “chat box” di Google Meet dan seramai 7
pelajar telah mengikuti aktiviti ini.
2) Fasilitator melakukan aktiviti “ice breaking” seperti meminta setiap
pelajar menyebut beberapa kosa kata Bahasa Inggeris yang berkaitan
dengan Ramadhan.
3) Fasilitator menerangkan tentang “commonly confused words” kepada
pelajar menggunakan slaid PowerPoint sebelum memulakan aktiviti.
4) Fasilitator menjelaskan cara menjawab aktiviti Word Hunt dan
SEMASA 21 April membantu pelajar ketika mereka menyelesaikan soalan teka silang kata.
PROGRAM 2021
5) Pelajar menghantar jawapan teka silang kata mereka di Padlet dimana
pautannya telah diberikan di “chat box”.
6) Setelah selesai, pelajar menjawab 10 soalan kuiz yang berkisar tentang
“commonly confused words” di Kahoot.
7) Fasilitator membincangkan jawapan bagi setiap soalan yang telah
dijawab oleh pelajar.
8) Program diakhiri dengan fasilitator memberi rumusan tentang
“commonly confused words” dan meminta maklum balas daripada pelajar
tentang aktiviti yang dijalankan.

1) Selepas program, para fasilitator telah membuat “post-mortem” dan


diskusi akan masalah dan penyelesaian mengenai aktiviti yang dijalankan.
SELEPAS 25 April 2) Setiap ahli kumpulan telah membuat refleksi akan aktiviti yang telah
PROGRAM 2021 dijalankan serta membahagikan kerja untuk menyiapkan laporan aktiviti. 

3) Segala laporan dan refleksi aktiviti ini telah disiapkan dan dihantar
kepada pihak pengurusan pada 10 Mei 2021.

PERMASALAHAN 
Antara permasalahan yang kami hadapi ialah penglibatan peserta selain daripada syarat umur yang ditetapkan.
Hal ini menyebabkan isi kandungan pembelajaran yang telah kami sediakan tidak bersesuaian dengan
sebilangan peserta. Kami telah sedia maklum bahawa peserta yang akan menyertai sesi “Vocabulary”
sepatutnya terdiri daripada pelajar Tingkatan 3 sehingga Tingkatan 5. Namun begitu, pada saat akhir, terdapat
pelajar Tahun 6 dan Tingkatan 1 yang menyertai sesi pembelajaran ini. 
Selain itu, kami juga telah melakukan sedikit kesilapan di mana kami tidak mengkaji latar belakang peserta
yang menyertai English Camp ini. Kesannya, bahan pembelajaran yang kami sediakan tidak begitu
bersesuaian dengan tahap pembelajaran (atau ‘proficiency’) pelajar-pelajar yang mengambil bahagian. Peserta
mengalami sedikit kesukaran untuk menyelesaikan tugas yang diberikan atas sebab ini. Namun begitu, kami
telah berusaha untuk membantu dan membimbing kesemua peserta untuk menyelesaikan aktiviti teka silang
kata yang telah disediakan. Walaupun mengalami sedikit kesukaran, kami sangat memuji semangat peserta-
peserta yang memberi kerjasama dan berusaha dalam menyelesaikan tugasan tersebut. 
Akhir sekali, disebabkan sesi pembelajaran ini dijalankan secara atas talian dan secara serentak (synchronous),
sebilangan peserta mengalami masalah gangguan Internet sepanjang pembelajaran berlangsung. Hal ini
menyebabkan sebilangan peserta ini tidak dapat mengikuti sesi pembelajaran secara konsisten.

CADANGAN / PENYELESAIAN
Bagi permasalahan yang pertama, langkah yang sepatutnya diambil ialah dengan memberi penerangan secara
terperinci tentang maklumat dan syarat-syarat bagi aktiviti yang dilakukan kepada penjaga, ibu bapa dan
peserta. Selain itu, penganjur program seharusnya sentiasa peka dan memeriksa nama peserta dari semasa ke
semasa untuk mengelakkan sebarang permasalahan. 
Seterusnya, sebelum melaksanakan sesi pembelajaran, kajian mengenai latar belakang pelajar khususnya
berkaitan latar belakang pendidikan mereka perlu dilakukan. Langkah ini dapat membantu dalam penyediaan
bahan pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap pendidikan dan kefahaman mereka. Cadangan berkaitan
cara melakukan kajian adalah dengan meminta pelajar untuk mengisi ‘survey’ sebelum program dimulakan. 
Isu gangguan Internet merupakan satu masalah yang sering berlaku semasa program atas talian dijalankan.
Langkah yang boleh diambil adalah dengan menggabung pembelajaran ‘synchronous’ dan ‘asynchronous’
bagi sesebuah aktiviti supaya semua pelajar dapat mengambil bahagian sepenuhnya dengan baik. Sesi
pembelajaran ‘synchronous’ bolehlah dirakam untuk ditonton oleh pelajar yang mengalami gangguan Internet
pada waktu yang lain. Selain daripada itu, pelajar perlulah dimaklumkan dengan lebih awal mengenai kaedah
yang bakal digunakan bagi sesi pembelajaran supaya mereka dapat membuat persediaan yang sepatutnya.

KESIMPULAN
Secara keseluruhan, aktiviti 3 telah dapat dilaksanakan sepenuhnya mengikut masa yang ditetapkan. 
Walaupun hasil keseluruhan pembelajaran tidak mencapai jangkaan kami sepenuhnya atas beberapa
permasalahan yang timbul, kami tetap gembira kerana dapat meluangkan masa dan berkongsi ilmu bermanfaat
kepada anak-anak daripada komuniti Desa Bakti UTM. Harapan kami semoga pelajar-pelajar yang turut serta
sedikit sebanyak dapat memperoleh manfaat daripada sesi pembelajaran yang telah kami laksanakan bersama.
Akhir sekali, kami juga sentiasa berbesar hati untuk melaksanakan program pembelajaran seperti “English
Camp” ini lagi di masa akan datang sekiranya diberi peluang dan kesempatan.

Disediakan oleh,

Najihahnajwa
Nama: Nur Najihah Najwa Binti Jaafar
Jawatan: Fasilitator
“PROGRAM INSPIRASI JAYA DESA BAKTI 2021”
SEKOLAH PENDIDIKAN
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

LANGUAGE CAMP – IDB: LISTENING ACTIVITY (Category A)

Nama :
1. Ainin Sofiya binti Mohd Zawawi (A17PP0002)
2. Noor Hasinah binti Mohamed Subian (A17PP0065)
3. Nur Amira binti Azman (A17PP0071)
4. Nur Thaqifah binti Madon (A17PP0077)

Jawatan :
 Ketua Unit Aktiviti dan fasilitator
Kursus :
 SPPP 4043 – Bina Insan Guru

PENGENALAN
Di akhir pembelajaran bagi aktiviti ini, para peserta akan mencapai beberapa objektif pembelajaran seperti berikut:
1. Mengukuhkan daya kebolehan mendengar dan mendapatkan pendedahan kepada situasi berbeza
berdasarkan audio yang dimainkan untuk membuat inferens.
2. Mampu menjawab 5 daripada 8 soalan dengan betul bagi aktiviti Edpuzzle.

LAPORAN AKTIVITI

MASA PROGRAM TARIKH GERAK KERJA

SEBELUM PROGRAM 2 April 2021  Merancang topik dan aktiviti yang ingin
dijalankan sepanjang sesi berlangsung.
 Membahagikan tugas kepada setiap fasilitator
agar perjalanan sesi dilaksanakan dengan lancar.

15 April 2021
 Menyediakan rancangan pengajaran dan bahan –
bahan mengajar untuk aktiviti “Listening”
kepada para peserta.
 Antara bahan – bahan yang disediakan ialah
Power Point slaid, poster, audio dan teka silang
kata.
18 April 2021
 Menjalankan raptai bagi tujuan mengenal pasti
kekangan masalah yang bakal dihadapi serta
mendapatkan maklum balas dari rakan
sekumpulan.
SEMASA PROGRAM 19 April 2021  30 minit sebelum aktiviti dijalankan, fasilitator
memberi pautan Google Meet kepada para
peserta.
 Sesi bermula dengan menyemak semula
kehadiran peserta dengan menggunakan
aplikasi Wheels of Names.
 Selepas itu, fasilitator meneruskan sesi
dengan pengenalan bersama para peserta dan
sesi suai kenal.
 Aktiviti 1 ialah Crossword Puzzle di mana para
peserta akan mendengar satu audio berdurasi
selama 1 minit dan melengkapkan teka silang
kata tersebut berdasarkan audio yang telah
dimainkan.
 Aktiviti 2 merupakan aktiviti individu yang
bernama aplikasi Edpuzzle. Fasilitator
memberikan input mengenai cara-cara membuat
inferens daripada situasi yang dimainkan dalam
bentuk audio. Para peserta diberikan masa
selama 25 minit untuk menyiapkan tugasan
aktiviti tersebut.
 Para fasilitator membuat rumusan aktiviti-aktiviti
yang telah dijalankan selama satu jam.
 Sebelum sesi berakhir, para fasilitator dan peserta
mengambil tempat untuk sesi bergambar
(screenshot).

 Fasilitator menyemak dan memberikan


SELEPAS PROGRAM 4 Mei 2021 markah kepada peserta yang berjaya
menyiapkan tugasan bagi aktiviti Edpuzzle.
 Pemenang bagi sesi ini ialah
Muhammad Saifuddin.

PERMASALAHAN

1. Tidak menyediakan Google Form bagi tujuan kehadiran dan pendaftaran aktiviti.

2. Kekurangan telefon pintar dan komputer riba dalam kalangan para peserta.

3. Masalah teknikal menjadi batasan komunikasi mesej antara fasilitator kepada peserta.

CADANGAN / PENYELESAIAN

1. Menyediakan Google Form terlebih dahulu bagi memudahkan proses pendaftaran sebelum sesi dimulakan.
2. Menyediakan satu aktiviti berkumpulan yang membolehkan para pelajar berbincang dengan menggunakan satu
peranti elektronik pada satu masa.

3. Fasilitator perlu mendedahkan pelajar dengan langkah – langkah menggunakan aplikasi yang bakal digunakan
terlebih dahulu.

KESIMPULAN

Hasil daripada aktivti yang telah dijalankan, kami mendapati bahawa penyertaan daripada para peserta Desa Bakti
memberikan tunjuk balas yang memuaskan. Walaubagaimanapun terdapat beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan
semasa aktiviti berlangsung, namun para fasilitator berjaya menyelesaikan kekangan tersebut dengan jayanya. Secara
keseluruhan, penglibatan para peserta bagi aktiviti Edpuzzle adalah seramai 8 orang.

Disediakan oleh,

Nama : NUR THAQIFAH BINTI MADON


Jawatan : KETUA UNIT AKTIVIT LISTENING KATEGORI A

Anda mungkin juga menyukai