Anda di halaman 1dari 2

KATA GANTI NAMA DIRI

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisikan ke tempat kosong dalam ayat di bawah
ini.

1. “_______ mahu keluar bermain,” kata Kamil dan abangnya kepada ayah mereka.

A Saya C Kami
B Awak D Kita

2. Titah Sultan Mahmud kepada Bendhara Tun Mamat, “_____ mahu penderhaka itu
dipenjarakan.”

A Aku C Beta
B Saya D Hamba

3. Perdana Menteri tidak dapat hadir ke majlis perasmian itu kerana _____ berada
diluar negara.

A dia C baginda
B beliau D engkau

4. “Tulis nama _____ di ruang ini, “kata kerani itu kepada Kamsiah.

A dia C kita
B kamu D ia

Soalan 5 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1
5. Razali menangis kerana _____ terjatuh dan kakinya luka.

A saya C dia
B mereka D Beliau

6. “_____ tidak tahu bahawa _____ gering, datuk,” kata Temenggung Dali kepada
Datuk Bendahara.

A Patik… dia C Saya… tuanku


B Hamba…baginda D Beta… kamu

7. Perompak-perompak itu telah ditangkap oleh polis. Esok, _____ akan didakwa di
mahkamah.

A dia C mereka
B beliau D baginda

8. Tiga orang pemuda itu memberitahu Sarjan Hamid bahawa _____ telah dirompak.
A dia C kami
B saya D mereka

9. Sekumpulan pengakap berkumpul di padang. _____ akan menjalani latihan kawad.

A Dia C Kami
B Mereka D Kita

10. Yang Di-Pertuan Agong berkenan untuk menghadiri majlis itu. _____ diiringi Raja
Permaisuri Agong.

A Beliau C Dia
B Baginda D Beta

11. Adila pergi ke Seremban. _____ menaiki KTM Komuter dari Stesen Komuter KL
Sentral.

A Kami C Mereka
B Dia D Kalian

12. Saya dan Suzie berjiran. _____ tinggal di Taman Jasmin.

A Kita C Kami
B Saya D Kalian

13. Sebelum emak pergi ke pasar, _____ akan membasuh pakaian terlebih dahulu.

A anda C awak
B kami D dia

14. Sebagai Wakil Rakyat, _____ prihatin tentang kebajikan penduduk di kawasannya.

A beliau C mereka
B baginda D dia

Soalan 15 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2

15. Murid-murid itu sedang belajar. _____ akan menduduki peperiksaan pada minggu
hadapan.

A Dia C Mereka
B Saya D Anda

Anda mungkin juga menyukai