Anda di halaman 1dari 2

TINERARI PERCUTIAN 3 HARI 2 MALAM DI PERLIS MENAIKI KTM ETS

1. TIKET kereta api KTM ETS


- Perlu beli tiket awal. Boleh lihat di apps KTM-ETS di hp masing-masing (install di playstore).
- Perlu alert bila tiket akan dikeluarkan. Biasanya sebulan sebelum tarikh . Bila tahu tiket dah boleh dibeli, terus
jer beli ikut masa yang dikehendaki (lambat nanti tiket habis)
Tiket biasa : RM 103.00
Tiket Business Class : RM 173.00
(Disebabkan kami nak merasai kedua-duanya, bertolak kami ambil seat biasa, balik seat Business Class )
Boleh pilih masa yang dikehendaki samada pukul 7.00 pagi atau 9.50 pagi.
Kami pilih 9.50 pagi dan sampai Arau 3.05 petang ( perjalanan dalam 5 jam 15 minit. ETS ada berhenti di stesen
besar untuk ambil dan turunkan penumpang).
ETS juga ada kemudahan Cafe, Tandas, dan Surau. Kalau bosan, jalan-jalanlah dari gerabak ke gerabak lain .
2. HOMESTAY
- Perlu booking awal. Lebih-lebih lagi waktu cuti.
- Kami pilih homestay di Pekan Arau agar mudah untuk membeli barang keperluan.
Homestay : RM 250 semalam
3. KERETA SEWA
- Perlu juga booking awal. Sentiasa hubungi dan minta kepastian dengan penyewa tentang booking kita agar
tidak jadi sepert kami. Last minit penyewa batalkan booking kami walau kami dah bayar deposit (x tau la apa
sebabnya wallahu a'lam)
Kereta sewa (Alza) : RM 180 sehari (harga ikut jenis kereta)
Itinerari Percutian kami.
28 Jan 2022 (Sabtu)
7.30 pagi : bertolak ke KL Sentral
(naik grab/kereta sendiri) Bayaran parking di KL Sentral agak mahal juga (kalau nak bawa kereta sendiri). Saya
minta tolong adik ipar hantar
8.30 pagi : Sarapan di KL Sentral
9.15 pagi : Tunggu arahan masuk ke platform.
9.30 pagi : Masuk Train
9.50 pagi : Train bergerak
https://youtu.be/Tm_04qk1S3A
3.10 petang : sampai di Stesen Arau, Perlis
3.30 petang: Naik kereta sewa
- makan tengahari
- menuju ke homestay dan berehat (solat jamak)
4.30 petang : mencari kedai untuk membeli barang keperluan yang tiada.
7.30 malam : solat jamak
8.00 malam : Makan Malam di Restoran sebelah Rumah Warisan
9.30 malam : Naik kereta Kuda
- Bayaran RM 5 / head
10 malam : Masuk Rumah Warisan
- Tiket RM 2 / head
https://youtu.be/avge7ORsnTA
30 Januari 2022 ( Ahad )
6.00 pagi : Bertolak ke View point Wang Kelian
- solat subuh dalam perjalanan
- lihat matahari naik
- sarapan
https://youtu.be/ITyLCxF2tp0
https://youtu.be/ITyLCxF2tp0
9.00 pagi : Gua Kelam
- Tiket RM 3.00 / head
https://youtu.be/7TH1Tapo_f4
https://youtu.be/7TH1Tapo_f4
10.30 pagi : Padang Besar
- shopping
- Lunch di gerai canopy putih No 9. Memang sedap
1.30 petang : Balik homestay
- rehat dan solat jamak
3.30 petang : Ladang Nipah Khipli
- minum air nira segar
( Masa ni kami terlajak rehat. Pergi pukul 5, banyak makanan dah habis )
5.30 petang : Pasar Terapung JPS Perlis
- lihat suasana pasar terapung
- ada aktiviti air
- ada pulau-pulau kecil di tengah tasik yang menarik untuk dikunjungi.
https://youtu.be/hlmat1qUOmE
https://youtu.be/hlmat1qUOmE
7.30 malam : Dinner di Restoran viral Api-api Ikan Bakar.
- Perlu sabar tunggu giliran meja sebab viral, opkos ramai orang
9.00 malam : pulang ke homestay
- solat jamak & rehat
31 Januari 2022 (Isnin)
7.00 pagi : Sarapan di Teratak Bonda
- makanan tradisional Perlis
Boleh juga sarapan di Restoran viral Bang Teh, tapi buka pukul 9.00 pagi
9.00 pagi : Santuari Ikan air Tawar
- bagi ikan air tawar liar makan
- Naik bot mengelilingi Tasik Timah Tasoh : RM 50 satu bot
10.30 pagi : Dataran / Resort Tasik Timah Tasoh (Taman Rekreasi)
- View sangat cantik untuk bergambar
- Sewa skuter : RM 20 / 20 minit
- Sewa Basikal : RM 5
- Naik Mini Train : RM 5 / head
https://youtu.be/KHXI2-TKSww
https://youtu.be/KHXI2-TKSww
12.30 - Makan Tengah hari di Restoran SILA RASA UTARA, Pekan Arau
- Restoran pemilik homestay ( dapatlah diskaun sikit ) . Tapi memang sedap
1:30 petang : Balik Homestay
- solat jamak dan berkemas untuk pulang.
3:30 petang : minum petang di Restoran Nasi Kandar Yasmeen
4.00 petang : Bertolak ke Stesen KTM Arau
- Pulangkan kereta sewa
5.05 petang : Naik ETS pulang ke KL Sentral
https://youtu.be/6GVhPYN7gWI
https://youtu.be/6GVhPYN7gWI
Percutian yang meninggalkan banyak kenangan manis. Banyak lagi tempat menarik yang tak sempat pergi.
InsyaAllah akan repeat ke Perlis

INGAT, hari ISNIN banyak tempat makan VIRAL di Perlis TUTUP

Anda mungkin juga menyukai