Anda di halaman 1dari 3

Tajuk : Liku-liku Perjuangan Si anak Patau-Patau

Penulis : Damia Wafiya Binti Affendy


Sekolah : SK Patau-Patau, WP Labuan

Laungan azan subuh berkumandang, Dina masih diulik mimpi. Sayup-sayup bunyi
kicauan burung kedengaran pagi itu. Dina nama timangan yang diberi oleh ibu, seorang
kakak yang banyak membantu ibu dan ayahnya. Malah cantik pekerti, tutur bicara
sangatlah sopan begitu juga dengan orangnya yang manis dan jelita.

“Bangun kakak, tolong ibu kejutkan adik-adik kamu”. Dina tersedar daripada
lenanya. Lantas membantu ibunya menguruskan adik-adik sebelum mereka berangkat
ke sekolah. Kakak menggalas tanggungjawab yang besar. Anak pertama bukan sebuah
pilihan bagi dirinya. Banyak harapan keluarga yang harus diperjuangkan. Dina anak
perempuan pertama daripada tiga adik-beradik. Sebagai anak perempuan pertama
bukanlah satu hal yang mudah dilalui dalam kehidupan. Dia harus mempunyai bahu
sekuat baja dan hati seteguh karang. Mengalah sudah sebati dalam dirinya.

“Kamu mesti belajar bersungguh-sungguh supaya boleh berjaya dan menjadi


tauladan buat adik-adik kamu”, pesan ayah. Ayat tersebut sudah lali di telinga Dina.
Sejak kecil Dina diberi tekanan yang tidak seharusnya dia terima. Ketika dia masih
mengenakan seragam baju kurung putih dan berkain biru gelap, dia sudah digesa agar
belajar dengan baik. Ya, harapan ibu bapanya terhadap Dina ibarat setinggi gunung.

Dina selalu berjuang untuk menjadi yang terbaik. Dia berusaha agar tidak
mengecewakan ibu bapanya dalam setiap hal yang dilakukannya. Ketika sekolah
menengah, dia sudah hidup berjauhan daripada keluarganya. Banyak ranjau yang
dihadapinya namun hanya tersemat rapi agar tidak menyusahkan keluarganya.

Dina sedar, keluarganya bukanlah keluarga yang berada. Kais pagi makan pagi,
kais petang makan petang. Sebagai seorang kakak, Dina ingin merubah kehidupan
keluarganya. Perjuangan Dina sebagai anak pertama membuatkan dirinya menjadi
semakin dewasa. Jika adiknya dapat bercerita tentang masalahnya pada ibu bapanya,
Dina hanya terpaksa memendam masalah yang dihadapinya. Mengenakan topeng
adalah perkara biasa bagi Dina agar kelihatan bahagia. Bagi Dina dia harus kuat demi
1
adik-adiknya. Akhirnya, hanya kepada Yang Esa menjadi tempat mengadu. Lamunan
Dina terhenti sejenak. “Eh, Dina kenapa kau ni?”, Dina tersentak daripada lamunannya.
“Tiadalah, teringat air di Patau-Patau , rindu pula kan mandi”,kata Dina. “Mesti kau
rindu keluarga ni kan,Tak lama lagi nak cuti sekolah ni bolehlah kita jumpa keluarga
nanti”,kata Damia. Dina tersenyum tanda rindunya dengan kampung halaman dan
keluarga tercinta.

2
*********

“Doktor Dina, pesakit itu ialah pesakit terakhir untuk hari ini”. Dina menghela
nafas dalam dan penuh kelegaan. Jam sudah menunjukkan 8.45 malam. Dina melirik
telefon bimbit yang ada disebelahnya. Pesanan ringkas diterima dalam aplikasi
Whatspp keluarganya.

“Dina, sudah habis bekerja nanti telefon ibu ya. Ada berita gembira”, pesan ibu.

“Tak sabar nak beritahu pada Kak Dina! Mira dapat masuk universiti dalam jurusan
Undang-Undang. Amin pula dapat masuk sekolah berasrama penuh!”, balas adik.

Tanpa sedar, air mata Dina berlinangan. Maafkan Dina ibu, maafkan Dina ayah,
yang pernah bersangka buruk pada ibu dan ayah. Tahniah adik-adik, terima kasih telah
menjadikan liku-liku perjuangan Dina pada suatu ketika dahulu telah menjadi sebuah
perjuangan yang mahal nilanya.

Anda mungkin juga menyukai

  • RPH M37
    RPH M37
    Dokumen13 halaman
    RPH M37
    SULIANA BINTI AMIN Moe
    Belum ada peringkat
  • M2 Sul
    M2 Sul
    Dokumen16 halaman
    M2 Sul
    SULIANA BINTI AMIN Moe
    Belum ada peringkat
  • M40 RPH
    M40 RPH
    Dokumen9 halaman
    M40 RPH
    SULIANA BINTI AMIN Moe
    Belum ada peringkat
  • M38 Suliana
    M38 Suliana
    Dokumen18 halaman
    M38 Suliana
    SULIANA BINTI AMIN Moe
    Belum ada peringkat
  • M39 Suliana
    M39 Suliana
    Dokumen15 halaman
    M39 Suliana
    SULIANA BINTI AMIN Moe
    Belum ada peringkat