Anda di halaman 1dari 4

Objective question

1. Apakah maksud xerofit?

A. Tumbuhan yang dapat hidup atau tumbuh di persekitaran yang kering


B. Hidupan yang aktif pada waktu malam
C. Tumbuhan yang mempunyai akar panjang yang menjalar ke dalam tanah
D. Binatang yang menjimatkan tenaga dan air di dalam badan dengan berteduh di bawah pokok atau
bersembunyi di dalam lubang

2. Apakah maksud noktural?

A. Hidupan yang aktif pada waktu malam


B. Tumbuhan yang dapat hidup atau tumbuh di persekitaran yang kering
C. Tumbuhan yang mempunyai akar panjang yang menjalar ke dalam tanah
D. Binatang yang menjimatkan tenaga dan air di dalam badan dengan berteduh di bawah pokok atau
bersembunyi di dalam lubang

3. • Pokok di kawasan gurun mempunyai daun berkilat, liat dan berbulu

Antara berikut, yang manakah adalah tumbuhan atau pokok yang hidup di kawasan gurun?

I Tapak kuda
II Rumput espato
III Pokok akasia bantut
IV Semalu

A. I dan II
B. III dan IV
C. I dan IV
D. II dan III

4. Antara berikut, yang manakah adalah hidupan liar yang hidup di kawasan gurun?

I Badak sumbu
II Rusa gazelle
III Kala jengking
IV Harimau bintang

A. III dan IV
B. II dan III
C. I dan IV
D. I dan II

5. Apakah gurun panas yang paling besar di dunia?

A. Gurun Sahara
B. Gurun Arabia
C. Gurun Gobi
D. Gurun Kalahari

6. Apakah ciri tumbuh-tumbuhan semula jadi di Hutan Monsun Tropika?

A. Daun pokok bersaiz lebar dan pokok yang tinggi


B. Berakar ceracak
C. Hujung daun berbentuk tirus
D. Batang lurus dan tinggi untuk mendapatkan cahaya matahari

1
7. Apakah ciri hidupan liar di Hutan Monsun Tropika?

A. Hanya bergerak aktif pada waktu malam


B. Berbulu nipis, kulit berkedut dan bersaiz besar
C. Hidupan yang dapat menyesuaikan diri dengan perubahan musim
D. Sangat aktif pada musim panas

8. Antara berikut, yang manakah adalah kawasan Hutan Monsun Tropika?

I Sri Lanka
II Myanmar
III Malaysia
IV Jepun

A. I dan IV
B. III dan IV
C. I dan II
D. II dan III

9. Antara pernyataan berikut, apakah ciri tumbuh-tumbuhan semula jadi di Hutan Daun Luruh Sederhana?

I Batang pokok berkulit tebal


II Pokok-pokok dalam hutan ini tumbuh antara 20 hingga 30 meter
III Berakar panjang yang menjalar ke dalam tanah atau merebak di permukaan bumi
IV Batang pokok berbentuk silinder dan mempunyai cabang dahan yang lebih banyak

A. III dan IV
B. I dan IV
C. I dan II
D. II dan III

10. Antara berikut, yang manakah adalah kawasan Hutan Daun Luruh Sederhana?

I Russia
II Argentina
III Australia
IV Korea Selatan

A. I dan II
B. I dan IV
C. III dan IV
D. II dan III

11. Apakah ciri hidupan liar di kawasan Hutan Daun Luruh Sederhana?

A. Berbulu nipis/ kulit berkedut dan bersaiz besar


B. Hanya bergerak aktif pada waktu mala
C. Sesetengah hidupan liar berhijrah atau berhibernasi pada musim sejuk
D. Sangat aktif pada musim panas

12. Apakah ciri hidupan liar di kawasan Hutan Konifer?

A. Rusa dan burung akan berpindah ke kawasan yang lebih panas di bahagian selatan pada musim sejuk
B. Hanya bergerak aktif pada waktu malam
C. Berbulu nipis/ kulit berkedut dan bersaiz besar
D. Sesetengah hidupan liar berhijrah atau berhibernasi pada musim sejuk

2
13. Antara berikut, yang manakah adalah kawasan Hutan Konifer?

I Russia
II Sweeden
III Amerika Syarikat
IV Itali

A. III dan IV
B. I dan IV
C. I dan II
D. II dan III

14. Antara pernyataan berikut, apakah ciri tumbuh-tumbuhan semula jadi di Hutan Konifer?

I Pokok daun mempunyai daun yang nipis dan lembut


II Daun bersaiz kecil, halus dan berbentuk jarum
III Permukaan daun bersalut lilin untuk mengelakkan ancaman fros
IV Hujung daun berbentuk tirus

A. III dan IV
B. I dan IV
C. II dan III
D. I dan II

15. Apakah binatang yang dijadikan pengangkutan di kawasan gurun panas?

A. Keldai
B. Unta
C. Kuda
D. Gajah

16. Apakah kepentingan pokok-pokok bakau di kawasan paya air masin?

A. Mengurangkan larian air laut ke permukaan dan menjadi penghalang hakisan


B. Mengurangkan hakisan air laut
C. Sebagai dinding penghalang ombak semulajadi
D. Sebagai habitat semulajadi hidupan marin

17. Apakah tumbuh-tumbuhan yang membantu merawat penyakit kencing manis?

A. Batang pokok prickly pear


B. Pokok oak
C. Daun pokok pain
D. Akar tongkat ali

18. ___________ berfungsi sebagai bahan antiseptik semula jadi untuk merawat luka.

A. Batang pokok prickly pear


B. Aloe vera
C. Biji pain
D. Akar tongkat ali

3
Answers :

1. (A) Tumbuhan yang dapat hidup atau tumbuh di persekitaran yang kering
2. (A) Hidupan yang aktif pada waktu malam
3. (D) II dan III
4. (B) II dan III
5. (A) Gurun Sahara
6. (C) Hujung daun berbentuk tirus
7. (B) Berbulu nipis, kulit berkedut dan bersaiz besar
8. (C) I dan II
9. (B) I dan IV
10. (C) III dan IV
11. (C) Sesetengah hidupan liar berhijrah atau berhibernasi pada musim sejuk
12. (A) Rusa dan burung akan berpindah ke kawasan yang lebih panas di bahagian selatan pada musim sejuk
13. (C) I dan II
14. (C) II dan III
15. (B) Unta
16. (C) Sebagai dinding penghalang ombak semulajadi
17. (A) Batang pokok prickly pear
18. (C) Biji pain

Anda mungkin juga menyukai