Anda di halaman 1dari 2

MAJLIS PEGUAM (BAR COUNCIL)

NO 2,LEBOH PASAR BESAR,


CITY CENTRE,
50050 KUALA LUMPUR.

Tuan/Puan
ADUAN TERHADAP TETUAN HAIDA MOHD. FIKAH & PARTNERS

Saya merujuk perkara diatas.


1. Saya ingin membuat aduan kepada Majlis Peguam tentang tingkah laku Tetuan Haida
Mohd. Fikah & Partners terhadap saya.
2. Saya ingin membeli sebuah rumah di Jalan Kebun Sek 30 Shah Alam pada bulan mei
2022 pada saya harga RM500,000 dan melantik Tetuan Haida Mohd. Fikah & Partners
sebagai peguamcara saya didalam urusan ini. Saya membuat bayaran sebanyak RM2000
sebagai pembayaran pendahuluan fi guaman dan RM50.000 sebagai deposit harga rumah
tersebut. pada 29 Jun dan 30 Jun 2022.
3. Perjanjian jual beli ditandatangani pada 30 Jun 2022 dan dimatikan setem pada 6 Julai
2022.
4. Oleh sebab banyaknya masalah yang timbul dan Tetuan Haida Mohd. Fikah & Partners
menarik diri pada 16 Disember 2022, saya telah menghantar surat untuk menuntut semula
agar pembayaran yang saya buat sebanyak RM50.000 dan baki fiquaman sebanyak
RM500 di pulangkan kepada saya. Pada 28 Disember 2022.
5. Tetuan Haida Mohd. Fikah & Partnes pula melantik Tetuan Rosenida, Azlina, Hafidz,
and Co membalas surat saya pada 30 Disember 2022. Tetuan Haida Mohd. Fikah &
Partners dalam surat tersebut enggan memulangkan semula wang saya dengan alasan
yang tidak berkaitan langsung dengan saya.
6. Saya menghantar lagi surat kepada Tetuan Haida Mohd. Fikah & Partners melalui
peguam mereka pada 22 Febuari 2023 untuk membatalkan urusan jual beli ini. Saya juga
menuntut agar wang saya dikembalikan sebanyak RM50.500 seperti surat saya sebelum
ini.
7. Saya memohon agar Majlis Peguam dapat campur tangan dan mengambil tindakan
terhadap Tetuan Haida Mohd. Fikah & Partners ini dengan sikap membuli orang awam
seperti saya ini.
8. Lampiran dokumen yang disertakan
i. Bukti pembayaran.
ii. Salinan perjanjian jual beli.
iii. Surat tuntutan pertama.
iv. Surat balasan dari peguam Tetuan Haida Mohd. Fikah & Partners iaitu
Tetuan Rosenida, Azlina, Hafidz and Co.
v. Surat pembatalan pembelian dan tuntutan kedua saya.
vi. Laporan polis.

9. Kerjasama yang diberikan amat saya hargai. Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai