Anda di halaman 1dari 1

Teks Ucapan Pertandingan karnival Bahasa Cina

Karnival Bahasa Cina merupakan program anjuran Bahagian Sukan,


Kokurikulum dan kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan untuk
memupuk dan menigkatkan kesedaran, kehafaham dan penghayatan dalam Bahasa
Cina dalam kalangan pelajar.

Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Terlebih dahulu saya ingin
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa
pengelola kerana telah berjaya menganjurkan Pertandingan Karnival Bahasa Cina
Peringkat Daerah Seremban 1. Sebagaimana yang kita sedia maklum, usaha ini
memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua pihak yang terlibat. Saya juga
ingin mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang telah menyertai karnival ini.
Adalah diharapkan aktiviti sebegini dapat memberikan banyak manfaat dan kebaikan
kepada semua pelajar.

Pihak Sekolah telah diberikan kepercayaan untuk mengajurkan pertandingan


deklamasi sajak dan pertandingan kaligrafi yang merupakan sebahagian daripada
pertandingan Karnival Bahasa Cina. Pengajuran pertandingan sedemikian dapat
mengenal pasti murid untuk diketengahkan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan
kebangsaan melelui pertandingan yang lebih kompetitif dan fomal. Sebagaimana
yang kita sedia maklum , Usaha murni ini bertujuan menggalakkan para pelajar
mencintai Bahasa Cina dan secara tidak langsung dapat menyediakan satu landasan
yang terbaik bagi pelajar-pelajar mempertingkatkan kemahiran berbahasa cina di
samping dapat memupuk dan menyemai semangat perpaduan kaum. Sekiranya kita
melihat sejarah, budaya Cina telah lama menjadi sebahagian daripada kepelbagaian
budaya di Malaysia. Oleh itu, kita haruslah memahami dan menghargai kepelbagaian
budaya yang ada di negara kita.

Pertandingan Karnival Bahasa Cina ini adalah satu platform yang baik untuk
memupuk semangat perpaduan dan memperkenalkan budaya Cina kepada
masyarakat Malaysia. Saya berharap karnival seperti ini akan diteruskan pada masa
akan datang.

Saya berharap bahawa minggu bahasa ini akan menjadi permulaan yang baik bagi
kita semua untuk terus berusaha dan berjuang dalam memartabatkan bahasa ibunda
kita. Saya percaya bahawa dengan bersatu padu dan bekerjasama, kita akan dapat
mencapai matlamat dan cita-cita kita dengan lebih mudah dan berkesan.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan selamat kepada pihak penganjur kerana telah
berjaya melaksanakan minggu bahasa ini dengan jayanya. Saya berdoa agar kita
semua sentiasa diberkati dan memperoleh kebahagiaan serta kejayaan dalam hidup
kita.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai