Anda di halaman 1dari 94

Hak Cipta Terpelihara © 2023 Jazlan Rozali.

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian


artikel, ilustrasi dan isi kandungan ebook ini dalam apa
juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat izin daripada pihak penulis.
Kebanyakkan gambar digunakan adalah sekadar hiasan
tiada kena mengena dengan artikel atau individu itu
sendiri.
Penafian

Naskah ini dihasilkan untuk memberi pengajaran dan


menyalurkan maklumat umum kepada pembaca. Anda mungkin
perlu merujuk kepada penasihat atau pengamal profesional untuk
sesuatu keputusan yang bersifat khusus untuk diri anda..

Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang


terkandung di dalam naskah ini adalah tepat dan lengkap.
Pengarang serta penerbitnya dengan ini secara khususnya tidak
bertanggungjawap atas apa-apa risiko kehilangan, liabiliti, sama
ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan
dan aplikasi kandungan naskah ini, sama ada secara langsung
atau tidak langsung.

Strategi yang disebut di dalam naskah ini mungkin tidak sesuai


untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan
tertentu kepada semua pihak.

Penting! Terma Dan Syarat Penggunaan

Ebook ini hanya untuk kegunaan individu pembeli sahaja. Tiada


Lesen “Private Label Rights” atau “Master Resale Rights”
disertakan pada ebook ini. Oleh itu, anda tidak dibenarkan sama
sekali menyalin, mengubah, membuat kelas/seminar
menggunakan kandungan ini dan juga tidak dibenarkan
menyebarkan ebook ini secara percuma atau menjualnya
kembali sama ada dalam bentuk ebook atau bercetak.
KENAPA ANDA PERLU
MEMILIKI BITCOIN
Apakah itu bitcoin? Bitcoin adalah
sebahagian daripada matawang digital
(cryptocurrencies).
Terdapat banyak matawang digital di luar
sana selain bitcoin seperti Ethereum,
binance coin, Litecoin, ripple dan
sebagainya.

Kesemua matawang digital selain bitcoin


dikategorikan sebagai altcoin. Malah di luar
sana terdapat beribu ribu jenis matawang
digital.

Bitcoin dipercayai dicipta oleh Satoshi


Nakamoto pada tahun 2009.
Dan saban tahun, harganya makin
meningkat. Malah peningkatan bitcoin
sangatlah luar biasa.

Bayangkan jika anda melaburkan RM1000


ke dalam bitcoin pada 5 tahun yang lalu,
hari ini pelaburan anda sudah mencapai
RM140,000 lebih kurang. Namun, ramai
yang masih skeptikal dengan bitcoin ini.

Namun akhir akhir ini, bitcoin telah menjadi


hype di seluruh dunia.

Ini termasuklah berita mengenai syarikat


Tesla yang dipegang oleh Elon Musk, salah
seorang orang terkaya di dunia,
mengumumkan untuk melabur dalam
bitcoin malah turut menerima bitcoin
sebagai medium pembayaran kereta Tesla.
Tujuan utama dicipta bitcoin ini ialah untuk
membebaskan pengguna matawang
daripada dikawal selia oleh financial
regulator seperti Bank Negara.

Ini dinamakan decentralized. Manakala


matawang negara kita dikawal selia oleh
Bank Negara dan bersifat centralized.

Disebabkan pengeluaran bitcoin tiada


kawal selia oleh mana mana badan autoriti,
maka proses pengeluarannya melalui satu
proses yang unik iaitu bitcoin mining yang
dijalankan oleh individu individu mahupun
syarikat syarikat menggunakan mesin
melombong bitcoin atau graphic card
computer.

Proses untuk melombong bitcoin sangatlah


teknikal dan tidak semua orang mampu
untuk melibatkan diri dalam aktiviti
perlombongan ini kerana memerlukan kos
yang sangat tinggi dan pengetahuan
teknikal yang cukup luas dalam
pemasangan komponen komponen
komputer.

Kos elektrik juga turut melambung kerana


aktiviti melombong ini berlangsung setiap
masa selama 24 jam sehari dan
memerlukan kuasa yang sangat banyak.

Pelombong perlu menyesuaikan antara kos


elektrik dengan berapa pulangan dalam
bentuk bitcoin yang berbaloi.

Namun anda juga turut perlu berhati hati


dengan mana mana individua tau syarikat
yang menawarkan pelaburan cepat kaya,
jadi jutawan dengan bitcoin dan sebagainya
tanpa memiliki sijil pentauliahan khas
daripada badan berautoriti pelaburan.

Antara platform yang boleh dipercayai


untuk mula melabur dalam bitcoin ialah
dengan menggunakan platform Luno.

Jika anda mahu bermula untuk melabur


menggunakan Luno, jangan lupa untuk
menggunakan kod referral saya XKBF6G
kerana anda akan menerika RM25 secara
percuma untuk pendaftaran kali pertama.

Selain itu, pelaburan bitcoin juga turut


dihukum harus oleh kebanyakan badan
badan berautoriti islam kerana status
matawang digital ini sama sahaja seperti
komoditi komoditi yang lain seperti emas,
perak, dan lain lain.
Bitcoin juga terhasil daripada teknologi
blockchain yang merupakan rantaian
maklumat yang tidak dikendalikan oleh
mana mana pihak ketiga. Setiap maklumat
yang tersimpan dalam teknologi blockchain
ini sangat sukar untuk didedahkan kerana
ianya encrypted dan mempunyai private
key.

Ianya lebih kurang seperti paypal, tetapi


tidak melibatkan orang ketiga yang
menguruskan transaksi ini, melainkan
hanya antara pembayar dan penerima
bitcoin itu sahaja.

Segala rekod dan maklumat transaksi


bitcoin di seluruh dunia berada di dalam
rantaian blockchain ini dan tersimpan rapi.
Setakat ini, terdapat beberapa cara untuk
anda menyimpan bitcoin.

Sebagai contoh.
-Wallet hardware atau digital
-Perkhidmatan berasaskan web dan apps
-Bilik penyimpanan kebal seperti emas

Perkhidmatan apps Luno juga boleh


dikatakan selamat kerana telah diluluskan
oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang
mengawal selia aktiviti kewangan, transaksi
dan pelaburan di Malaysia.

Namun masih banyak juga yang perlu dikaji


dan dipelajari berkenaan bitcoin ini.

Walaupun usianya sudah melebihi 10


tahun, tapi boleh dikategorikan sebagai
asset yang masih baru dan belum cukup
diterima di seluruh dunia.

Cuma baru baru ini sahaja kelihatan


beberapa badan berautoriti di seluruh dunia
mula bercakap mengenai bitcoin dan
kepentingannya. Tidak dinafikan teknologi
matawang digital ini mempunyai banyak
kebaikan dek kerana inovasinya dalam era
baru ini.

Kita sebagai seorang pelabur yang bijak,


perkara asas untuk diketengahkan sebelum
melabur dalam mana mana medium
pelaburan ialah dengan menuntut ilmu
secukupnya.
HILANG KERJA, CARA
UNTUK BUAT DUIT DARI
RUMAH
Ketika pandemik melanda di seluruh dunia,
perintah kawalan pergerakan atau
lockdown turut dikuat kuasakan dan
menjejaskan banyak sektor ekonomi.
Masyarakat pula ramai yang terjejas teruk
apabila terpaksa diberhentikan kerja dek
kerana syarikat tidak mampu untuk
membayar gaji mereka.

Atas sebab inilah, ramai yang mengambil


inisiatif untuk mencari pendapatan sendiri.

Ada antara kita yang bekerja dengan


foodpanda dan grab food atau grab driver.
Tidak kurang juga ada yang berniaga. Tidak
kiralah apa jua yang anda lakukan,
semuanya mempunyai niat yang sama iaitu
untuk menyara diri dan keluarga seisi
rumah.

Ada beberapa idea untuk membuat duit


atau pendapatan dari rumah yang boleh
dijalankan secara online sahaja.

Berikut saya kongsikan beberapa idea yang


biasa orang aplikasikan.

DROPSHIP

Ini model perniagaan yang paling mudah


dan efisien. Ini kerana anda tidak perlu
mengeluarkan kos yang banyak dan tidak
perlu menyimpan stok.
Jadi risiko anda untuk rugi pula sangatlah
kurang. Bagaimana model bisnes ini
beroperasi?

Konsepnya ialah adanya peniaga lain yang


mahu memasarkan produk mereka dan
memiliki banyak stok dalam tangan.

Mereka juga memerlukan beberapa


peniaga untuk membantu mereka
memasarkan produk tersebut.

Jadi peniaga ini membuka peluang agen


dropship. Semua urusan pengeposan akan
diuruskan oleh pihak peniaga tersebut.

Tugas anda hanya perlu buat iklan dan cari


pelanggan yang mahu membeli produk
tersebut.
Anda akan menerima sama ada komisien
atau anda mark up sendiri harga selepas
peniaga tersebut memberi anda harga
diskaun sebagai agen dropship.

JUAL BARANG TERPAKAI

Anda biasa buka laman web atau apps


mudah? Dalam laman tersebut, begitu
banyak barang terpakai yang anda boleh
shopping atau window shopping sahaja.

Mungkin anda boleh semak Kembali ruang


di dalam rumah anda. Mungkin anda akan
jumpa begitu banyaknya barang barang
yang tidak dipakai lagi.

Kalau nak buang, sayang pula. Apa kata


jual dalam laman mudah atau mana mana
platform.
Sekurang kurangnya ada lah sedikit duit
yang anda dapat bukan?

Daripada tiada apa apa. Atau mungkin


anda boleh membeli barang barang
terpakai ini, dan anda tambah baik semula
sama ada melakukan pengecatan semula,
tambah spare part yang lebih kemas dan
sebagainya.

Kemudian jual semula dengan harga yang


lebih tinggi.

MENULIS BLOG

Tahukah anda, anda boleh buat duit


dengan hanya menulis sahaja.
Buka Microsoft word, tulis tulis tulis, dan
anda upload dalam blog. Dapat duit!
Senang ? tak juga.

Untuk menceburkan diri dalam dunia


menulis blog ini tidaklah semudah itu dan
tidak lah juga begitu sukar.

Yang penting anda komited, ingin belajar


dan berusaha. Bagaimana dengan menulis
dalam blog ini boleh menjana duit?

Ada banyak cara. Antaranya dengan


google adsense.

Anda terlebih dahulu perlu memohon untuk


membuka akaun google adsense.
Kemudian ada beberapa syarat tertentu
yang telah ditetapkan oleh pihak google
adsense.

Kemudian mereka akan letakkan iklan


dalam blog anda. Iklan tersebut akan dilihat
oleh para pembaca blog anda.

Selain itu juga, anda boleh meletakkan


affiliate link dalam penulisan anda dan
terima komisien daripada pihak yang
menyediakan affiliate tersebut.

Anda juga turut boleh menjual produk anda


sama ada produk sendiri atau produk orang
lain dalam bentuk dropship.

Asalkan blog anda mempunyai audien yang


cukup dan anda mengambil kesempatan
dengan traffic yang tinggi tersebut dengan
mempromosikan produk produk sekian
sekian.

Selain itu, ada juga syarikat syarikat yang


berminat untuk meletakkan iklan mereka di
dalam blog anda.

Dengan kata lain, anda menyediakan


ruangan sewa iklan. Atau mungkin syarikat
syarikat ini mahu anda membuat review
produk produk mereka dengan menulis
berkenaan ciri ciri dan kelebihan kelebihan
produk produk ini.

Ini dinamakan paid review atau sponsored


post.

Jika blog anda popular, mungkin harga


yang anda tetapkan juga akan tinggi.
Secara tak langsung, pendapatan anda
melalui blog juga akan bertambah.

Tidak hairanlah ada yang menjadi penulis


blog secara sepenuh masa dan komited
dengan kerjaya mereka kerana bidang ini
sangat menjanjikan hasil.
KEBEBASAN KEWANGAN
IMPIAN SEMUA ORANG
Apa itu kebebasan kewangan atau financial
freedom?

Menurut laman web Investopedia,


kebebasan kewangan bermaksud memiliki
simpanan, pelaburan dan dana yang
mencukupi untuk menampung kehidupan
yang kita mahukan sehingga mencapai
waktu persaraan.

Setiap orang memiliki matlamat kewangan


yang berbeza, ada yang mahu memiliki
RM100 ribu Ketika umur pencen, ada yang
mahu memiliki RM 1 juta Ketika umur
pencen.
Tidak kiralah apa matlamat kewangan
anda, yang pasti, anda memiliki sejumlah
dana yang mencukupi dan tidak perlu
memikirkan lagi tentang usaha keras untuk
mendapatkan dan memperoleh wang.

Lebih bagus lagi, jika anda memiliki


perniagaan dan pelaburan yang sudah
bekerja untuk mendapatkan wang bagi
pihak anda, anda sudah boleh hidup
dengan tenang.

Berikut dikongsikan beberapa tips untuk


anda mencapai kebebasan kewangan yang
boleh anda mulakan dan disiplinkan diri
anda dari sekarang.
MENYEDIAKAN PELAN BAJET

Setiap orang mesti memiliki pelan


perancangan yang rapi berkenaan bajet
harian, mingguan, bulanan dan tahunan.

Anda mesti memiliki matlamat kewangan


untuk tempoh jangka masa pendek,
sederhana dan Panjang.

Pelan bajet ini akan mengawal segala


perbelanjaan anda, keperluan dan
kemahuan, di mana perlunya untuk berjimat
cermat dan paling penting, berapa banyak
duit yang masuk dan keluar atau kita
panggil sebagai cashflow.

Menyediakan bajet sebegini sangat penting


untuk seisi keluarga anda hidup tenang
tanpa tekanan kewangan di mana hutang
hutang sudah tersedia untuk dilangsai dan
simpanan secara berkala dapat dicapai
dengan penuh disiplin.

LANGSAIKAN HUTANG SECEPAT


MUNGKIN

Lagi cepat anda selesaikan hutang, makin


anda dekat dengan matlamat untuk
mencapai kebebasan kewangan.

Langsaikan hutang hutang jahat yang


mengganggu status kesihatan kewangan
anda seperti hutang peribadi, hutang kad
kredit, hutang kereta dan sebagainya.

Elakkan daripada suka mencipta hutang


baru yang tidak perlu terutamanya hutang
peribadi.
Hutang peribadi merupakan barah yang
paling bahaya sekali untuk golongan muda
terutama mereka yang suka berbelanja dan
boros.

Elakkan daripada memiliki kad kredit jika


anda seorang yang tidak memiliki
perancangan kewangan yang rapi.

MENABUNG MENABUNG MENABUNG

Tabung simpanan adalah perkara yang


wajib anda ada untuk mencapai kebebasan
kewangan. Setiap orang memiliki
kemampuan yang berbeza.
Tetapi anda perlu menyimpan sekurang
kurangnya 10% daripada gaji anda.
Tabung pula ada pelbagai jenis dan masing
masing mempunyai matlamat kewangan
yang berbeza.

Antara tabung tabung yang biasanya orang


simpan ialah tabung perkahwinan, tabung
kecemasan, tabung hari tua, tabung umrah
haji, tabung pelaburan, tabung
pelancongan dan sebagainya. Semua
bergantung atas anda.

Yang penting, dapat gaji, terus asingkan


duit yang perlu untuk bayar hutang, duit
untuk menabung dan segala hal yang
sangat perlu dan sangat mustahak.

Kemudian barulah guna lebihan wang tunai


untuk kegunaan peribadi dan perbelanjaan.
MULA MELABUR

Terdapat banyak instrument pelaburan


yang ada di luar sana yang boleh anda
belajar dan pertimbangkan untuk mula
melabur.

Antaranya ialah pelaburan saham,


hartanah, emas, perak, komoditi, asset
digital, bond, sukuk dan lain lain
Yang paling penting sekali ialah, melabur
dalam ilmu terlebih dahulu.

Kerana jika melabur tanpa ilmu, akan


membawa kepada kerugian berbanding
keuntungan. Anda pasti tidak mahu hilang
duit bukan?

Terdapat banyak buku buku berkenaan


pelaburan di luar sana.
Jika ada bajet lebih, hadiri seminar dan
kelas kelas yang dianjurkan oleh pakar
pakar kewangan dan pelaburan di luar sana
yang sangat bernilai ilmunya untuk anda
pada tempoh jangka masa Panjang.

HIDUP SEDERHANA

Orang bujang sangat mudah untuk


mengaplikasikan kaedah ini kerana masih
belum banyak tanggungan.

Jika masih belum ada komitmen yang


tinggi, jangan pula cipta komitmen yang tak
patut seperti kad kredit, hutang peribadi
dan seumpamanya yang menjerat status
kesihatan kewangan anda.

Sebagai contoh, jika gaji anda RM3000,


hiduplah seperti orang bergaji RM2000.
Sekurang kurangnya anda memiliki lebihan
tunai sebanyak RM1000 yang boleh
disimpan dan dilaburkan.

Bagi yang bekeluarga pula, semak dan


buat kira kira semula bajet bulanan seisi
rumah anda.

Hidup pada paras sederhana tidak bererti


anda kedekut dengan diri sendiri dan
tanggungan anda.

Hiduplah secara sederhana yang sihat.


Point nya di sini ialah jangan berbelanja
lebih daripada apa yang anda semua perlu.
JANGAN MELABUR
SAHAM JIKA BELUM
BACA ARTIKEL INI
Pelaburan saham boleh menjanjikan
keuntungan yang lumayan jika kita memilih
syarikat syarikat yang berpotensi dengan
model bisnes yang bagus berdasarkan
analisis fundamental yang kukuh dan
teknikal nya.

Namun saham juga boleh memberi


kerugian yang besar jika kita membuat
Tindakan yang membabi buta.

Disebabkan itulah pentingnya ada ilmu


saham yang kukuh.
Yang paling dititik beratkan sekali ialah
wajib menggunakan hanya wang tunai
lebihan sahaja untuk melabur ke dalam
saham.

Jangan sesekali berhutang untuk melabur


saham. Lebih parah lagi, berhutang dengan
bank.

Jika saham kita mengalami kerugian,


bagaimana kita nak membayar komitmen
dengan bank?

Malah boleh membawa kepada muflis dan


perkara ini sangatlah membahayakan dan
merisaukan kita.

Oleh itu, melabur dengan hanya


menggunakan wang tunai lebihan sahaja
yang tidak digunakan untuk apa apa.
Bagaimana pula dengan modal? Adakah
melabur saham ini memerlukan modal yang
besar? Tahukah anda, kita boleh melabur
saham dengan modal yang kecil sahaja.

Di US, hanya memerlukan sekurang


kurangnya pembelian 1 unit saham sahaja.

Jika harga sesebuah saham di US hanya


$50 seunit, maka modal kita hanya
minimum $50 sahaja.

Jika anda mahu mengumpul wang tunai


yang secukupnya untuk mula melabur
saham, pastikan anda ada target berapa
yang anda mahu simpan dan bila mahu
capai.
Pastikan pelan perancangan dibuat dan
disiplinkan diri untuk membuat rekod
kewangan kendiri.

Mula menabung hari ini. Semakin lama


anda bermula menabung, semakin lambat
untuk anda mencapai matlamat anda.

Dan semakin lambat untuk anda mula


melabur dalam saham.

Lebihan wang tunai yang tidak digunakan


pastikan disimpan di dalam tabung khas
dan jangan digunakan.

Berbelanjalah ikut kemampuan, berjimat


cermat dan jangan boros.

Jika anda ada keinginan untuk membeli


sesuatu, tunggulah sekurang kurangnya 24
jam. Kerana boleh jadi nafsu untuk membeli
barang tersebut hilang.

Berbelanjalah juga mengikut senarai yang


telah anda tetapkan sebelum datang ke
mana mana pusat membeli belah.

Jangan berbelanja selain daripada itu.


Membawa tunai yang sedikit juga sangat
membantu dalam proses ini.

Jika anda memperoleh sesuatu bonus atau


durian runtuh, simpan sahaja bagi
mempercepatkan matlamat tabung anda.

Jauhilah hutang hutang tambahan yang


tidak perlu, tabiat tabiat tidak elok seperti
makan makanan tidak sihat yang
membawa kepada pembaziran wang dan
macam macam lagi.
Dengan semua disiplin yang telah
disebutkan di atas, maka matlamat anda
untuk mempunyai modal membeli saham
juga mudah untuk dicapai.

Apabila anda sudah ada wang tunai yang


secukupnya untuk melabur saham, apakah
Tindakan yang seterusnya?

Kemudian, kita perlu membuat analisis


yang menyeluruh terhadap sesebuah
syarikat. Ini dinamakan analisis
fundamental.

Kita mengkaji model bisnes sesebuah


syarikat tersebut, siapakah disebalik staf
staf korporat, berita berita dan laporan
laporan kewangan dan untung rugi syarikat
dan macam macam lagi.
Dalam pelaburan saham, keputusan adalah
di tangan kita.

Buat keputusan berdasarkan analisis kita


dan jangan dengar kata orang.

Jika kita ingin meminta pendapat orang


sekalipun, biarlah dari mereka yang
professional dan bertauliah dalam
pelaburan saham.

Selebihnya ikut keputusan dan analisis kita


sendiri.

Ini kerana untung dan rugi sesuatu


pelaburan saham adalah untuk kita juga.

Bayangkan anda ikut nasihat rakan anda


berkenaan sesuatu saham, tetapi saham
tersebut membuat kerugian pula.
Pasti anda tak mengaku kawan pula hamba
Allah tu.

Selain itu, anda perlu membuat pelan


pelaburan anda.

Tetapkan berapa kadar keuntungan yang


anda mahu capai dalam tempoh sebulan
atau setahun.

Sebagai contoh 10% sebulan atau 20%


setahun, semua anda tetapkan.

Dengan ada pelan perancangan tersebut,


anda akan lebih berdisiplin dan tidak
membuat keputusan di luar kawalan emosi.

Jangan lupa juga untuk menuntut ilmu


daripada mereka yang pakar dan
bertauliah.
Banyakkan menghadiri seminar, kelas,
membeli buku dan pelbagai medium untuk
menuntut ilmu.

Ingat, melabur untuk pembangunan diri


sendiri jauh lebih penting, berharga dan
bernilai berbanding mana mana jenis
pelaburan yang ada di dunia ini.

Kerana ilmu yang anda peroleh sangat


berharga dan berguna untuk anda seumur
hidup.
JANGAN TANGGUH AMBIL
TAKAFUL, INI SEBABNYA
Bilakah waktu yang sesuai untuk ambil
polisi takaful?

Sebenarnya polisi takaful perlu diambil


sejak bulan pertama lagi anda mula
bekerja.

Nasihat ini ditujukan khas untuk fresh grad


yang baru tamat belajar dan mendapat
kerja yang pertama.

Ini antara strategi celik kewangan yang


berkesan dan salah satunya perlu memiliki
polisi takaful.
Tidak dinafikan, ramai golongan muda yang
baru mendapat kerja, terus mahu memiliki
kereta.

Tidak salah jika kereta tersebut merupakan


keperluan anda buat masa sekarang. Tetapi
yang menjadi masalah ialah ramai yang
membeli kereta melebihi kemampuan dan
bukan keperluan pun.

Ini belum masuk lagi bab berbelanja


barangan harian.

Adakah kita merekod setiap transaksi


perbelanjaan harian kita atau kita main
sebat sahaja?

Perancangan kewangan tidak ada, inilah


antara sebab kenapa ramai golongan muda
tidak ambil tahu menahu pun dengan
takaful ni.

Jadi kenapakah pentingnya memiliki polisi


takaful dengan kadar segera? Kenapa tidak
boleh bertangguh untuk memiliki polisi
takaful? Berikut antara sebab sebabnya.

HARGA MENGIKUT USIA

Tahukah anda, jika anda masih di usia


muda, bayaran bulanan anda untuk polisi
takaful ini murah berbanding mereka yang
lebih berusia.

Orang yang mengambil polisi takaful Ketika


berusia 20 tahun tidak sama dengan orang
yang mengambil polisi takaful Ketika
berusia 30 tahun.
Oleh sebab itulah perunding takaful sering
menasihati golongan muda untuk segera
mengambil takaful kerana jika ditangguh
Tangguh, harganya sudah pun berbeza.

Tambahan pula, orang muda lebih kurang


risikonya untuk mendapat penyakit
berbanding dengan orang yang sudah
berusia.

Jadi sangat sesuai untuk kita mengambil


polisi takaful seawall mungkin.

TEMPOH MENUNGGU

Setiap polisi takaful memiliki tempoh


menunggu sebelum apa apa tuntutan
berkaitan kemalangan atau penyakit.
Jika anda sudah mengambil polisi takaful
lebih awal Ketika anda masih muda dan
sihat, sekurang kurangnya anda sudah
melepasi tempoh menunggu atau kita
panggil tempoh matang.

Orang yang sudah berusia ada risiko yang


lebih tinggi untuk mendapat sakit. Dikhuatiri
tempoh matang belum dicapai, tetapi sudah
mendapat sakit pula.

Oleh itu, periksa kembali polisi takaful yang


disediakan dan ambil lah dengan kadar
yang segera dan jangan Tangguh Tangguh
lagi.

PERLINDUNGAN KOMPREHENSIF

Ketika kita masih muda, kita masih sihat


dan bertenaga. Risiko untuk mendapat
penyakit penyakit kritikal juga masih
rendah.

Kita lebih terbuka untuk memilih polisi


takaful mengikut kesesuaian kita dan
mengikut bajet kita. Jika saban tahun gaji
kita makin meningkat, boleh perluaskan lagi
perlindungan kita.

Namun bagi orang orang yang sudah


berusia dan berisiko tinggi untuk mendapat
penyakit, dikhuatiri perlindungan yang
mahu dipohon agak susah berbanding
orang orang muda.

Kemungkinan ada sesetengah penyakit


yang tidak boleh dimasukkan ke dalam
polisi takaful.
Sekali lagi, ambil lah polisi takaful Ketika
kita masih lagi muda dan sihat bertenaga
sebelum terlambat ya!

SEDIAKAN PAYUNG GERGASI


SEBELUM HUJAN GERIMIS

Ini peribahasa rekaan sendiri, jangan tiru


aksi ini. Point penting di sini ialah sediakan
payung sebelum hujan bermaksud kita
perlu bersedia dengan apa apa
kemungkinan.

Kita sendiri tidak tahu bila kita akan dilanda


musibah, kemalangan dan sebagainya.

Menyediakan perlindungan yang


komprehensif dan bersedia dengan faktor
faktor yang tersebut mampu melindungi
status kesihatan kewangan kita kelak.
Duit simpanan kita pun tidak terusik, malah
mendapat perlindungan yang secukupnya
daripada penyedia takaful.

Dengan izin Allah, kita sentiasa berdoa


supaya dilindungi daripada segala apa
musibah dan penyakit. Ini sebahagian
ikhtiar sahaja.

Hidup di zaman sekarang ini, macam


macam risiko timbul. Gaya pemakanan pun
memberi kesan kepada kesihatan kita.
Gaya hidup, tekanan di tempat kerja dan
sebagainya. Semua ini tidak boleh elak.

Jika terlalu bergantung dengan medical


benefit daripada syarikat kita bekerja pun,
kita tidak tahu sampai bila kita akan
bekerja. Jika diberhentikan sebab
pandemik, lagi lah susah.
Kita sendiri tak jangka dengan musibah
seperti pandemik akan melanda.

Jadi oleh sebab itulah, pentingnya untuk


menyediakan payung sebelum hujan.

Lebih bagus lagi, payung gergasi terus


sebelum hujan walaupun masih gerimis.
APA ITU SAHAM, KENAPA
ANDA WAJIB BELAJAR
SAHAM
Tak hensem tak apa, janji kaya. Macam
pernah dengar tagline ni kan? Apakah
benar saham boleh buatkan kita jadi kaya?

Sebelum itu, jom kita kenal apakah yang


dimaksudkan dengan saham dan konsep
asas disebaliknya.

Saham merupakan perkongsian hak milik


dalam sesebuah syarikat. Contohnya jika
saya membeli saham Nestle, ini bermakna
saya memegang sebahagian hak pemilikan
dalam syarikat Nestle. Untung rugi syarikat
juga saya akan peroleh.
Ramai juga yang salah sangka dengan
mengatakan saham seperti Forex trading,
skim cepat kaya mahupun MLM.

Ini jauh sekali tidak benar dan sangat jauh


besanya. Saham melibatkan pemilikan kita
di dalam sesuatu bisnes syarikat. Saham
juga turut dikenali sebagai ekuiti.

Di Malaysia, saham di dagangkan di Bursa


Malaysia. Jika di US, saham di dagangkan
di New York Stock Exchange (NYSE),
NASDAQ, S&P 500 dan lain lain.

Di Indonesia pula saham di dagangkan di


Indonesia Stock Exchange (IDX).

Pelabur kecil seperti kita dikenali sebagai


pelabur runcit dan kita boleh membeli lot
saham dalam jumlah yang kecil mahupun
besar bergantung kepada modal kita.
Pelabur pelabur besar melibatkan institusi
seperti PNB, Tabung Haji, Khazanah, dan
lain lain.

Membeli saham lebih mudah dicairkan


dalam bentuk tunai kerana
perdagangannya sentiasa berjalan
sepanjang waktu stock exchange dibuka.

Jika asset seperti hartanah, mengambil


masa yang lama untuk dicairkan kerana
banyak proses yang terlibat dalam proses
jual beli rumah.

Pelabur boleh menjual sahamnya bila bila


masa dan di mana jual. Zaman sekarang,
dengan teknologi internet, jual beli saham
boleh dilakukan online sahaja tanpa melalui
telefon remisier seperti zaman dahulu.
Hanya perlu internet, broker dan platform
untuk trading.

Saham juga boleh dijual beli secara part


time mahupun full time.

Kerana kita boleh gunakan masa lapang


Ketika habis bekerja untuk mengkaji saham
saham yang berpotensi untuk dilaburkan.

Kebiasaannya syarikat syarikat yang


mempunyai asas fundamental yang kukuh
dan mempunyai model bisnes yang bagus
layak untuk dipertimbangkan dalam
pemilihan saham.

Jumlah keuntungan juga tiada had,


bergantung pada analisis kita. Ada saham
yang boleh menjana 20% setahun, 50%
malah 100% keuntungan pun ada.
Dengan ilmu yang cukup, kita bebas untuk
jual dan beli ikut pilihan kita hasil daripada
analisis kita terhadap sesuatu syarikat.

Apa yang menarik lagi, di Malaysia sendiri,


saham tidak perlu dicukaikan.

Malah keuntungan saham juga boleh


dizakatkan.

Proses untuk melabur di stock exchange


sangatlah mudah. Anda hanya perlu
melalui broker dan remisier sahaja. Apakah
itu broker? Broker ialah syarikat yang
menyediakan kemudahan pelaburan.

Manakala remisier ialah orang tengah yang


berlesen dan bertauliah antara broker dan
pelabur.
Bagi yang muslim, jangan lupa untuk
memilih syarikat syarikat yang patuh
Syariah sahaja. Semua status patuh
Syariah ini boleh disemak di laman web
badan berautoriti seperti Suruhanjaya
Sekuriti.

Hari ini, terdapat terlalu banyak seminar


seminar, kelas kelas, buku buku malah
pembelajaran saham juga ada yang secara
percuma sahaja di online.

Hanya perlukan kerajinan sahaja untuk


mempelajari ilmu saham kerana untuk
belajar saham, banyak perkara yang perlu
diambil kira kerana kita menganalisis
sesebuah syarikat.

Dan melibatkan banyak pilihan syarikat di


luar sana yang berpotensi.
Jadi sebelum anda melabur dalam saham,
lebih baik anda melabur dalam ilmu terlebih
dahulu. Kerana ilmu yang anda peroleh,
inshaAllah berkekalan untuk seumur hidup.

Dengan ilmu saham yang diperoleh, anda


boleh melabur dalam mana mana saham di
stock exchange di seluruh dunia.

Bayangkan sahaja anda menjadi


sebahagian pemilik syarikat besar di dunia
seperti Apple, Facebook, Amazon, Coca
Cola, Netflix dan sebagainya.

Malah semua ini produk yang kita sendiri


guna. Daripada kita menjadi seorang
pengguna, apa kata kita menjadi
sebahagian pemilik syarikatnya pula.
Dengan hanya melabur ke dalam saham
syarikat syarikat ini.

Jadilah seorang pelabur yang bijak dengan


melabur ke dalam ilmu dan untuk diri anda
sendiri. Pelaburan untuk diri sendiri ialah
pelaburan yang terbaik dan bermakna
sekali.
BILA WAKTU TERBAIK
UNTUK BELI RUMAH
Memiliki rumah idaman merupakan
matlamat setiap daripada kita. Istilah
rumahku syurgaku tidak akan terpakai jika
rumah yang kita bakal miliki mempunyai
banyak masalah terutamanya memberi
benanan kepada kewangan kita di
kemudian hari.

Jadi pentingnya untuk anda merancang dari


awal sebelum memiliki rumah terutamanya
status kesihatan kewangan anda dan
rumah yang sesuai dan berbaloi untuk
anda.

Ada beberapa jenis rumah yang perlu anda


beri pertimbangan seperti rumah under
construction, rumah subsale, rumah lelong
dan sebagainya.

Setiap satu ada kelebihan dan


kekurangannya. Tugas anda ialah
melakukan kaji selidik dan tambah ilmu
berkaitan hartanah.

TAMBAH ILMU

Memiliki hartanah pertama bukanlah seperti


memiliki kereta pertama. Membeli kereta
mungkin mudah dilakukan dan diluluskan di
bank. Tetapi memiliki rumah merupakan
satu proses yang Panjang dan belum tentu
bank mahu meluluskan pinjaman yang
anda mohon.
Jadi di sini pentingnya anda menuntut dan
menambah ilmu yang sepatutnya berkaitan
dengan hartanah.

Setiap rumah ada ragamnya, kebaikan dan


kekurangannya.

Antara faktor yang diberi perhatian ialah


harga, lokasi, kemudahan di sekeliling,
persekitaran, kejiranan dan sebagainya.
Mendapatkan rumah yang ideal sangat
penting bagi mengelakkan masalah di
kemudian hari.

Ini kerana memiliki hartanah merupakan


satu pelaburan yang besar.

Rumah kini harganya bukanlah murah


seperti zaman mak ayah datuk nenek kita.
Saban tahun, harganya kian meningkat.
Rumah rumah kos tinggi pula semakin
bertambah dan lambakan rumah mewah
yang tidak terjual pula memberi tamparan
hebat kepada industri hartanah.

RUMAH PERTAMA IALAH PELABURAN

Antara yang selalu disarankan oleh pakar


pakar pelaburan hartanah ialah memiliki
rumah pertama untuk tujuan pelaburan,
bukan untuk tujuan didiami.

Ini kerana jika kita membeli rumah pertama


bagi tujuan tinggal sendiri, ada
kemungkinan kita akan berpindah kerana
status pekerjaan kita yang masih berubah
ubah.
Memiliki rumah pertama sebagai tujuan
pelaburan dan diberi sewa merupakan
Langkah yang ideal kerana secara tidak
langsung, memberi kita lebihan pendapatan
hasil daripada sewa tersebut.

Saban tahun juga, hartanah yang betul


akan meningkat harganya dan ini memberi
pulangan kepada pelaburan kita ke dalam
hartanah tersebut.

Malah untung tersebut juga boleh kita


gunakan untuk membayar deposit rumah
kedua dan ketiga di masa akan datang.
Ini merupakan strategi yang sangat baik,
tetapi seperti yang disebut pada poin yang
pertama, ilmu adalah yang pertama untuk
anda tuntut sebelum terjun dan praktikal ke
dalam alam hartanah.
Kerana ramai juga yang melakukan
kesilapan dan membuat kerugian dalam
hartanah.

Bagi mengelak anda juga melakukan


kesilapan yang sama, belajarlah daripada
kesilapan kesilapan mereka dengan banyak
menuntut ilmu dan menyertai seminar
seminar hartanah yang banyak memberi
anda ilmu baru dan pendedahan berkaitan
alam hartanah.

URUS KEWANGAN DAN PENDAPATAN


ANDA

Sebelum anda nak memiliki hartanah


sendiri, perkara yang paling asas ialah
mempersiapkan diri dengan asas
kewangan yang kukuh terlebih dahulu.
Jika status kewangan kita pun belum sihat,
membeli rumah pula selepas itu merupakan
Langkah yang kurang bijak.

Bank juga tidak mahu beri kelulusan


pinjaman jika kita banyak hutang dan ada
beberapa tunggakan hutang hutang yang
lain.

Pastikan anda celik kewangan dan


mempunyai pelan strategik bagi mengurus
kewangan anda yang lebih stabil dan lebih
efisien.

Selain itu, boleh fokuskan kepada


penambahan sumber pendapatan bagi
memberi status kewangan anda lebih stabil
dan sihat.
Terdapat banyak cara untuk menambah
pendapatan termasuklah bisnes online,
kerja part time, grab, foodpanda, freelance
dan sebagainya.

Tepuk dada dan tanya selera. Ukur badan


di baju sendiri. Semua atas pilihan dan
usaha kita. Jika kita berusaha keras,
hasilnya pasti lumayan.

Jadi boleh disimpulkan, tiada waktu yang


terbaik dan tepat untuk bila membeli
hartanah. Kerana jawapannya berbeza bagi
setiap orang.

Namun selamat untuk dikatakan bahawa


apabila anda memiliki asas asas yang
lengkap dalam ilmu pelaburan hartanah
dan status kewangan anda yang sihat dan
cukup terjaga, itu merupakan waktu yang
cukup sesuai untuk anda memiliki dan
membeli hartanah yang pertama.
5 KELEBIHAN
PELABURAN HARTANAH.
STRATEGI JADI JUTAWAN
Betul ke boleh jadi jutawan dengan
pelaburan hartanah? Ada dua jawapan,
boleh dan tidak.

Jika anda menggunakan strategi yang


betul, anda akan mencapai matlamat anda
untuk menjadi jutawan hartanah.

Namun tanpa ilmu yang betul, jika main


langgar sahaja, bukan setakat tak boleh
jadi jutawan, malah anda boleh muflis lagi.

Ramai yang sudah buktikan bahawa


hartanah boleh membuatkan mereka kaya.
Namun ada juga beberapa kes di mana
ramai yang kecundang kerana hartanah.

Di luar sana terdapat banyak seminar dan


kelas yang diajar oleh pakar pakar
hartanah.

Buku buku pun banyak di pasaran. Yang


penting anda laburkan untuk ilmu dahulu
sebelum melabur ke dalam hartanah.

BENTENG KEPADA INFLASI

Apa itu inflasi. Jika dahulu RM50 boleh


penuh satu troli pasar raya, hari ini? Belum
tentu kan.

Kuasa membeli makin berkurang. Inflasi


wujud setiap tahun di seluruh dunia. Oleh
itu, pelaburan lah satu satunya cara untuk
anda menjadikan wang tunai anda kalis
kepada inflasi.

Antara salah satu pelaburan yang tersebut


ialah pelaburan hartanah. Yang penting
pemilihan hartanah yang betul dan lokasi
yang strategik akan memberi pulangan
yang lumayan.

Ini kerana hartanah sebegini akan


meningkat harganya pada masa hadapan.
Ini pentingnya ilmu dan strategi anda dalam
menganalisa jenis jenis hartanah yang
sesuai untuk dibuat pelaburan.

PENDAPATAN PASIF HASIL SEWA

Siapa di sini suka berhutang? Tiada siapa


suka. Tapi tahukah anda adanya istilah
good debt.
Maksudnya, anda berhutang, tetapi orang
lain yang tolong bayarkan. Inilah satu cara
untuk berhutang yang baik dan berbaloi.
Lebih lebih lagi, tidak mengganggu status
kesihatan kewangan anda.

Anda berhutang dengan bank untuk


membeli hartanah.

Setiap bulan ada beberapa jumlah ansuran


yang perlu dibayar kepada bank.
Namun jika anda menyewakan hartanah
anda kepada mereka yang berminat untuk
duduk di rumah itu, duit tersebut boleh
digunakan untuk membayar komitmen
dengan bank.

Lebih bijak lagi, anda caj lebih untuk


dapatkan positive cashflow.
Sebagai contoh, ansuran dengan bank
sebanyak RM1200 sebulan, anda sewakan
rumah anda dengan harga RM1400
sebulan.

Bukan setakat hutang anda dengan bank


orang sudah bayarkan, malah anda dapat
untuk RM200 lagi hasil pendapatan sewa
ini. Berbaloi kan?

CAGARAN KETIKA WAKTU KRITIKAL

Ketika pandemik melanda dunia, ramai


yang menghadapi kesukaran dan waktu
waktu genting.

Ramai yang memerlukan wang tunai untuk


kegunaan seharian. Anda pula tidak mahu
menjual rumah anda.
Jangan risau, anda boleh cagarkan gadaian
dengan bank.

Bank sangat mengalu alukan cagaran


daripada anda lebih lebih lagi hartanah
yang sangat bernilai ini.

Ada juga dalam kalangan kita yang


mencagarkan emas yang pernah disimpan.
Tepuk dada tanya selera, buat pilihan
berdasarkan status semasa anda.

RENOVATE DAN NAIKKAN NILAI


RUMAH

Tahukah anda, jika anda renovate rumah


anda, nilainya akan semakin bertambah. Ya
benar.
Jika anda tidak pasti dengan nilai semasa
rumah anda, anda boleh panggil pakar
penilai hartanah untuk menilai berapa
harga rumah anda lebih lebih lagi selepas
buat renovation.

Mungkin anda berminat untuk tambah


keluasan dapur, tambah bilik, buat rooftop,
tambah perabot yang bernilai dan
sebagainya.

Kesemua ini akan dikira nilainya dan


apabila anda sewakan atau jualnya,
harganya akan melambung tinggi.

Tapi pastikan anda buat kiraan yang betul


dan berbaloi dengan kos yang anda guna
untuk renovate rumah.
PERMINTAAN YANG TINGGI

Pasaran hartanah mendapat permintaan


yang tinggi dalam kalangan masyarakat di
luar sana.

Tidak kiralah mereka mahu membeli atau


menyewa untuk duduk sahaja atau mereka
mahu membeli untuk tujuan pelaburan.
Tidak kurang juga, ada yang menyewa dan
buat sublet.

Yang pasti, hartanah ini sentiasa ada


permintaannya. Namun perlu dikaji juga,
kadang kadang pasaran hartanah boleh
merudum atas beberapa faktor terutama
melibatkan ekonomi.
Dengan pemilihan rumah dan lokasi yang
betul, rumah yang anda miliki pasti menjadi
rebutan mereka yang berminat di luar sana.

Sebelum mula melabur dalam hartanah,


pastikan anda melabur dalam ilmu terlebih
dahulu, kerana melabur tanpa ilmu, anda
menempah bahaya yang sangat besar.
5 TABUNG SIMPANAN
UNTUK JADI KAYA
Setiap orang mempunyai matlamat
kewangan yang berbeza. Ada antara kita
yang mempunyai matlamat untuk bersara
sebelum berumur 40.

Lazimnya masyarakat akan bersara pada


umur 55 hingga 60 tahun. Bersara awal
berikan banyak kelebihan terutamanya kita
masih muda dan bertenaga untuk lakukan
apa-apa perkara.

Untuk mencapai matlamat kewangan


masing-masing, perkara wajib yang kita
perlu lakukan ialah melakukan simpanan.
Namun tidak ramai masyarakat yang
memiliki simpanan yang cukup. Ini terbit
hasil daripada kurangnya pengetahuan
dalam kewangan.

Di sini saya sediakan 5 jenis tabung


simpanan yang anda wajib ada jika anda
mahu bebas kewangan atau menjadi kaya.

TABUNG KECEMASAN

Anda perlu memiliki tabung untuk hal-hal


yang berkaitan kecemasan. Fokus untuk
memiliki tabung kecemasan terlebih dahulu
sebelum memikirkan tabung tabung yang
lain.

Berapa yang anda perlu simpan untuk


tabung kecemasan ini?
Selamat untuk dikatakan anda perlu
memiliki sekurang-kurangnya 3 bulan gaji
untuk tabung ini.

Ini bermakna jika gaji anda RM2000, anda


perlu memiliki RM6000 untuk tabung
kecemasan ini.

Jangan usik tabung ini apabila sudah ada


simpanan sebanyak RM6000 kecuali
hal-hal yang berlaku kecemasan sahaja.
Disiplin itu penting.

TABUNG PERUBATAN

Anda wajib mengambil caruman


perlindungan takaful sebagai tabung
perubatan anda.
Terdapat banyak pelan perlindungan
perubatan di luar sana yang ditawarkan.
Sebagai rule of thumb, anda perlu memiliki
caruman sebanyak 5% hingga 10%
caruman daripada jumlah gaji anda.

Sebagai contoh, bagi kes gaji RM2000 tadi,


jadi jumlah caruman setiap bulan untuk
tabung perubatan ini ialah sekitar, RM150
hingga RM200 sahaja.

Tabung perubatan ini penting supaya anda


mendapat perlindungan yang sewajarnya
daripada anda menghabiskan duit gaji anda
dek kerana tingginya kos perubatan zaman
sekarang.
TABUNG PELABURAN

Cuba anda tanya diri anda, jika anda


memiliki RM10,000 sekarang, adakah 10
tahun akan datang, RM10,000 itu masih
nilai yang sama atau boleh berkurang?
Jika boleh dibuat analogi, kenapa nasi
lemak yang berharga RM1 pada 10 tahun
lepas kini sudah mencecah RM2?
Jika zaman dulu RM50 itu boleh penuh satu
troli, sekarang paling kurang RM100 untuk
satu troli. Kenapa ini berlaku? Jawapannya
ialah INFLASI.

Setiap negara di dunia ini tidak dapat lari


daripada inflasi. Duit kertas kita ini tidak
tetap nilainya dan boleh berubah di masa
akan datang.
Jadi cara yang paling selamat ialah
menukarkan tunai anda kepada asset.

Ada pelbagai medium pelaburan yang anda


boleh tukarkan tunai anda kepada asset.

Sebagai contoh, hartanah, emas, bond,


sukuk, saham, unit trust dan banyak lagi.

Yang paling penting ialah anda kaji dan


tuntut ilmu sebanyak mungkin terlebih
dahulu.

Jangan laburkan duit anda pada pelaburan


yang mencurigakan terutamanya skim
cepat kaya dan skim MLM.
TABUNG RUMAH

Memiliki rumah impian merupakan


matlamat setiap orang. Tetapi zaman
bertukar zaman, harga rumah kini kian
meningkat. Setiap rumah yang dibeli juga
perlu dikeluarkan beberapa kos
terutamanya deposit rumah.

Deposit rumah sangatlah tinggi, jadi mula


menyimpan sekarang adalah jawapan yang
tepat untuk anda memiliki rumah di masa
akan datang.

Sediakan tabung untuk anda simpan jumlah


deposit rumah. Deposit rumah juga
bergantung dengan harga rumah.

Pastikan anda membeli rumah yang


berbaloi dan mengikut kemampuan anda.
Rumah ialah tempat yang anda selesa
menetap dari segi suasananya dan
bebanan hutangnya. Pastikan anda selesa
untuk membayar ansuran bulanannya.

TABUNG REWARD DIRI

Tabung ini dinamakan reward diri kerana


anda perlu untuk hadiahkan diri anda
kerana berpenat Lelah bekerja siang
malam untuk mengumpul duit dan menyara
diri dan keluarga anda.

Antara beberapa perkara yang boleh anda


hadiahkan diri dan keluarga anda ialah
pergi melancong, membeli belah, makan di
tempat yang mewah sekali sekala dan
sebagainya.
Manusia bukanlah robot yang tidak perlu
kepada hiburan. Namun hiburan yang
berpada pada dan sekali sekala dapat
menyelamatkan anda daripada terbelenggu
dengan masalah kewangan.

Anda perlu memikirkan kesihatan diri anda


juga disamping memikirkan kesihatan
kewangan anda supaya hidup anda
Bahagia dan stabil.
5 IDEA PENDAPATAN
PASIF, KERJA DARI
RUMAH
Dalam dunia ini, terdapat dua jenis
pendapatan utama. Yang pertama ialah
pendapatan aktif dan yang kedua ialah
pendapatan pasif.

Apakah perbezaan antara kedua dua


pendapatan ini? Jom kita lihat definisi dan
kita kupas satu per satu.

Pendapatan aktif ialah pendapatan di mana


anda bekerja makan gaji.

Anda bangun setiap pagi, pergi ke tempat


kerja, menghadap traffic jam, pulang pada
sebelah petang dan ulang proses ini
selama beberapa hari dalam seminggu.
Seminggu ada satu atau dua kali cuti.

Setiap hujung bulan, anda menanti duit gaji


anda daripada majikan anda.

Ini pendapatan aktif, di mana anda


berusaha keras untuk mendapatkannya
setiap bulan.

Manakala pendapatan pasif pula ialah anda


hanya melakukan kerja sekali sahaja, dan
selepas itu, duit itu yang akan bekerja untuk
anda. Menarik bukan?

Jom kita tengok contoh contoh pendapatan


pasif yang anda boleh mulai sekarang dan
mudah kerana boleh dilakukan online dan
dari rumah sahaja.
JUAL GAMBAR

Anda pernah mendengar istilah stock


photography? Anda tidak perlu kamera
DSLR atau kamera mahal mahal.

Cukup sekadar menggunakan smartphone


sahaja. Betul ke boleh buat duit dengan jual
gambar? Jawapannya ya boleh!

Ada dua platform yang paling popular iaitu


shutterstock dan istock. Anda boleh google
dan tengok bagaimana untuk upload
gambar dan dapatkan duit.

Kalau maintain buat hari hari, insha Allah


hasilnya berbaloi juga.
YOUTUBE

Zaman sekarang ini, makin ramai pula


youtuber baru yang dilahirkan.

Tahukah anda, kebanyakan youtuber


youtuber ini boleh tahan tinggi juga
pendapatan mereka.

Kerana mereka komited untuk


menghasilkan konten dan video mereka
menarik perhatian ramai.

Youtube akan bayar kepada anda


berdasarkan berapa jumlah tontonan video
anda dan berapa subscriber anda.

Makin tinggi popularity video anda, makin


tinggi juga pendapatan anda.
Selain iklan, anda turut boleh menjual
produk secara dropship atau affiliate
kepada para penonton anda. Yang penting
anda bina dahulu audience anda.

Jika anda usaha keras, insha Allah hasilnya


berbaloi baloi.

JUAL EBOOK

Dengan zaman digital sekarang ini, ramai


juga yang berminat untuk membeli ebook
berbanding buku fizikal kerana mudah
untuk diperoleh, hanya secara online
sahaja dan isi kandungan bukunya juga
boleh tahan menarik.

Lebih lebih lagi zaman gajet ini, orang suka


membaca ebook melalui smartphone
sahaja.
Untuk menghasilkan buku fizikal, perlu
melalui banyak proses dan mencetak
dengan publisher.

Manakala ebook pula, tiada cetakan


diperlukan. Mungkin anda boleh menulis
dan publish dalam bentuk pdf dan jual
sendiri atau menggunakan platform klikjer
yang lebih memudahkan urusan anda.

Kerana di klikjer, mereka ada beribu agen


affiliate yang bersedia untuk mempromosi
ebook anda pada bila bila masa sahaja.

JUAL KURSUS

Bisnes jual kursus boleh dilakukan secara


online sahaja tanpa perlu anda menyewa
dewan dan bercakap di depan ribuan
orang.
Ada beberapa platform yang popular
antaranya ialah Udemy dan Skillshare.

Dengan menggunakan platform ini, anda


berpotensi untuk mencapai ribuan
pengguna internet di seluruh dunia yang
dahagakan ilmu.

Jika anda mahir dalam memasak, bisnes,


buat kek, design, programming dan
sebagainya, ini peluang anda.

Anda hanya perlu merangka modul,


merakam video anda mengajar modul yang
anda sediakan dan upload kesemua video
video anda ke dalam platform platform ini.

Jika ramai yang berminat, mereka akan


membeli kursus dan belajar dengan anda.
MELABUR DALAM SAHAM

Ada dua jenis pendapatan yang anda boleh


peroleh daripada pelaburan saham. Yang
pertama ialah capital gain di mana anda
membeli saham Ketika harganya murah,
kemudian anda menjualnya semula pada
harga mahal.

Anda memperoleh keuntungan hasil


perbezaan harga rendah dan tinggi ini.
Cara kedua ialah dividen.

Biasanya apabila sesebuah syarikat


mendapat keuntungan, mereka akan
mengagihkan sebahagian pendapatan
mereka kepada para pelabur syarikat
dalam bentuk dividen.
Pastikan anda memilih syarikat yang
mempunyai model bisnes yang bagus,
mempunyai asas fundamental yang kukuh
dan syarikat yang kewangannya sihat.

Yang penting, ilmu nombor satu. Pastikan


anda melabur untuk ilmu terlebih dahulu
sebelum terjun ke dalam dunia saham.
Senarai Ilmu Marketing & Bisnes Yang Boleh
Dipelajari

•Ebook Untung Bisnes Online 100% Dengan Onpay Klik


Sini
•Ebook Shopee Puan Zarini Klik Sini
•Jual Produk Di Shopee Zarini Jaafar Klik Sini
•Buku Kitab Headline Klik Sini
•Kelas Shopee Zarini Jaafar Klik Sini
•Ebook Buat Duit Dengan Satay Online Klik Sini
•Ebook Suri Rumah Bangkit, Hutang Setengah Juta
Selesai Klik Sini
•Ebook Bagaimana Bankrap Menjadikan Aku Kaya Klik
Sini
•Rahsia Youtuber Naikkan Views Dengan Headline Klik
Sini
•365 Ayat Emosi Mudah Viral Klik Sini
•105 Template Headline Padu Klik Sini
•176 Template Copywriting The Story Selling Klik Sini
•Ebook Mudahnya Menjadi Owner Produk Klik Sini
•Ebook Buat Duit Dengan Bisnes Baju Bundle Klik Sini
•Belajar Buat Duit Affiliate Klik Sini
•Belajar Bina Website e-Commerce Klik Sini
•Bisnes Air Balang Klik Sini
•Bisnes Aiskrim Klik Sini
•Bisnes Bakeri Klik Sini
•Bisnes Burger Klik Sini
•Bisnes Fotografi Klik Sini
•Bisnes Home Tuition Klik Sini
•Bisnes Lazada Klik Sini
•Bisnes Makan Delivery Klik Sini
•Bisnes Shopee Klik Sini
•Bisnes Tudung Klik Sini
•Cara Buat Copywriting Klik Sini
•Cara Buat email Marketing Klik Sini
•Bisnes Ikan Tilapia Klik Sini
•Belajar Labur Saham Klik Sini
•Jadi Jutawan Homestay Klik Sini
•Bisnes Bundle Klik Sini
•Bisnes Gajet Klik Sini
•Bisnes Hartanah Klik Sini
•Rahsia Rumah Lelong Klik Sini
•Borong China 1688 Klik Sini
•Rahsia Affiliate Klik Sini
•Bisnes Ternakan Kambing Klik Sini
•Borong China Pinduoduo Klik Sini
•Buat Duit USD Shopify Klik Sini
•Borong China Taobao Klik Sini
•Buat Duit Dengan Menulis Klik Sini

Anda mungkin juga menyukai