Anda di halaman 1dari 9

NAMA : TAHUN / KELAS :

SULIT
PENTAKSIRAN
SETARA STANDARD
TAHUN 2021
SK (P) JALAN YAHYA AWAL
80100, JOHOR BAHRU

PENDIDIKAN MORAL
TAHUN 4
1 JAM

Bahagian A ( 20 markah )
1. Jiran yang berpegang teguh kepada ajaran agama dan kepercayaan dapat melahirkan
hubungan jiran yang ………………….

A bersatu padu
B berpecah belah
C mementingkan kepercayaan sendiri

2. Kita patut ………………….. dengan amalan keagamaan dan kepercayaan sesama


jiran.

A membenci
B bertolak ansur
C menolak

3. Kita ternampak anak jiran terjatuh dari buaian di taman. Kamu patut
………………………..
A mentertawakannya
B buat tidak tahu sahaja
C segera membantu anak jiran
4. Apakah yang patut kamu lakukan apabila ternampak dua orang pencuri ingin
memasuki rumah jiran ?
A Segera menelefon polis.
B Takut dan hanya mendiamkan diri.
C Menelefon rakan baik.

5. Pengabaian sikap ……………………….. terhadap jiran menyebabkan kawasan


kejiranan tidak harmoni.

A meninggi diri
B angkuh
C beramah mesra

6. Amalan beradab sopan sesama jiran dapat melahirkan komuniti jiran yang
………………………..

A harmoni.
B bersangka buruk.
C mementingkan diri sendiri.

7. Kawasan kejiranan menganjurkan program jualan barangan terpakai. Hasil jualan


akan disumbangkan kepada rumah kebajikan. Apakah tindakan kamu ?

A Mengikuti program tersebut dan memberikan barangan terpakai.


B Beranggapan program tersebut hanyalah membuang masa.
C Buat tidak tahu dan tidak mengendahkan program tersebut.

8. Jiran melawat kamu ketika kamu menerima rawatan di hospital.


Namun, kamu tidak menghargai kedatangan mereka dan menganggap privasi kamu
terganggu. Apakah kesannya ?

A Menggembirakan jiran.
B Kehidupan berasa seronok.
C Hubungan silaturahim menjadi renggang.
9. Jiran kamu yang baru pulang dari pasar telah memberikan buah rambutan kepada
kamu. Kamu pula tidak mengucapkan terima kasih. Apakah kesannya ?

A Jiran berasa terkejut.


B Jiran akan menganggap kamu tidak mengenang budi.
C Jiran buat tidak tahu sahaja.

10. Apakah kepentingan amalan saling bantu-membantu dalam kehidupan berjiran ?

A Menyusahkan diri sendiri.


B Meringankan kesusahan yang dialami oleh jiran yang memerlukan.
C Disanjung tinggi oleh masyarakat.

11. Apakah kepentingan amalan adil dalam kehidupan berjiran ?

A Dapat membuat keputusan yang berat sebelah.


B Memberikan kepuasan hati kepada semua pihak.
C Melahirkan jiran yang selalu terasa hati.

12. Jiran yang sentiasa membuat keputusan secara adil dan terancang adalah jiran yang
……………………………..

A peka dengan keadaan di sekelilingnya.


B mementingkan diri sendiri.
C bertindak secara melulu.

13. Encik Hazami sering menghulurkan bantuan kepada jiran yang rapat dengannya
sahaja dan tidak mempedulikan jiran yang kurang dikenali. En cik Hazami patut
…………………..

A memberikan bantuan yang sama rata.


B membiarkan sahaja jiran tersebut.
C menyisihkan mereka.
14.

Kamu ternampak abang jiran kamu berkawan dengan budak-budak nakal. Apakah
Tindakan kamu ?
A Mendiamkan diri.
B Memberitahu ibu bapanya akan hal itu.
C Memarahi mereka.

15. Saya berazam untuk menjadi seorang jiran yang baik dan ……………..

A kaya.
B pendiam.
C peramah.
16. Saya dan jiran akan bersama-sama dan bergotong-royong membaiki atap rumah jiran
yang bocor. Sikap ini berkait rapat dengan amalan ………………………………

A kesederhanaan.
B bertolak ansur.
C bekerjasama.

17. Yang berikut adalah pernyataan mengenai amalan kerjasama terhadap jiran.
I Membersihkan semak samun di sekitar dewan orang ramai seorang diri.
II Menyertai aktiviti gotong-royong menceriakan taman permainan.
III Menjayakan aktiviti sukaneka.
IV Menganjurkan jualan amal.

A I dan II
B II, III dan IV
C I, II dan III
18. Ungkapan kerja yang susah akan menjadi mudah bertepatan dengan amalan
……………………...
I mementingkan diri sendiri
II bekerjasama
III tolong-menolong
IV gotong-royong

A II dan III
B I, II dan III
C II, III dan IV
19. Pilih perlakuan yang menunjukkan amalan kesederhanaan sesama jiran.
A Mengejek dan bertutur tidak sopan terhadap jiran.
B Berpakaian dan makan dengan sopan ketika menghadiri majlis makan malam
anjuran kejiranan.
C Bermain buaian terlalu lama di taman permainan dan membiarkan adik jiran
menangis.

20. Kami ………………… mengecat pagar dewan Rukun Tetangga sehingga siap.
A gigih
B jemu
C letih

Bahagian B ( 30 markah )
A. Tulis WAJAR atau TIDAK WAJAR. (5 markah)
1. Sikap bertanggungjawab kepada semua jiran
ketika menjalankan sesuatu tugasan
hendaklah dilakukan dengan sempurna.
2. Kamu sentiasa mencari alasan untuk tidak
menyertai aktiviti yang dirancang oleh ahli
jawatankuasa kejiranan.
3. Kamu menerima pelawaan ketua kejiranan
untuk melaksanakan tugasan melukis mural di
dinding dewan.
4. Jiran kamu sedang membersihkan parit yang
tersumbat di sekitar di rumahnya dan rumah
kamu. Kamu menolong jiran kamu.
5. Setiap orang mestilah sanggup melaksanakan
tanggungjawab dalam membangunkan
komuniti kejiranan.

B.
Lukis atau pada pernyataan di bawah ini. (5 markah)

1. Sikap mengambil berat, prihatin, dan saling bertanya khabar


sesama jiran adalah tergong dalam amalan berhemah tinggi.
2. Bertuturlah dengan sopan dan bergaul baik dengan jiran pada
setiap masa.

3. Jiran yang baik sentiasa menjaga kebajikan jiran


di sekelilingnya.

4. Kita tidak perlu menerima teguran dan kritikan daripada jiran.

5. Kita tidak perlu mengucapkan salam ketika bertemu dengan


jiran.

C. Garis jawapan yang betul. (5 markah)

1. Amalan sikap (ketekunan , kejujuran ) dapat mengeratkan hubungan sesama jiran


dan mewujudkan suasana yang harmoni.

2. Saya membalas ( senyuman , jelingan ) dan lambaian tangan dengan anak jiran
saya yang kurang upaya itu.

3. Amalan ( berbalas juadah , bertegur sapa ) dapat mewujudkan perhubungan yang


lebih akrab sesama jiran.
4. Kamu ( menegur , menemplak ) jiran yang berbuat bising hingga mengganggu
ketenteraman datuk kamu yang kurang sihat dan ingin beristirehat dengan baik.

5. Berkasih sayang sesama jiran dapat mengukuhkan


( kekuatan , perpaduan ) dan mewujudkan kehidupan yang
sejahtera.

D. Nyatakan tindakan bermoral yang patut kamu lakukan berdasarkan situasi yang
berikut. (5 markah)
Situasi Tindakan bermoral

……………………………………
……………………………………
……………………………………
……………………………………

……………………………………
……………………………………
……………………………………
……………………………………

……………………………………
……………………………………
……………………………………
……………………………………

……………………………………
……………………………………
……………………………………
……………………………………
……………………………………
……………………………………
……………………………………
……………………………………

E. Tulis BETUL pada Tindakan yang menunjukkan sikap rajin dan


SALAH pada Tindakan yang tidak menunjukkan sikap rajin.
(5 markah)

SITUASI TINDAKAN BETUL /


SALAH
F. Lengkapkan ayat di bawah tentang contoh amalan kesederhanaan dalam hidup
berjiran. (5 markah)

bahasa kesempatan memulangkan

batas makanan

1. Tidak melampaui ……………………………… dalam pergaulan sesama jiran.

2. Tidak mengambil ………………………………….. atas kebaikan jiran.

3. Tidak menggunakan ………………………………….. yang kasar ketika


berinteraksi dengan jiran.

4. Tidak mengambil ……………………………………… terlalu banyak ketika


menghadiri jamuan hari raya di kawasan kejiranan.

5. ………………………………………… barang yang dipinjam daripada jiran


dalam keadaan baik.

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

........................................ .......................................... ..............................................


(SITI NOR AILA BT M.NOR) (R. SURIAVANI) (SITI AMINAH BT ROHMAT)
Guru Pend Moral Ketua Panitia Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai