Anda di halaman 1dari 3
RINGKASAN EKSEKUTIF: PENYELIDIKAN JULY 10 KOLEJ KOMUNITI BAGAN DATUK Seperate Tajuk : Persepsi Pengguna Terhadap Pembangunan & Penggunaan Kit Digital DM2 Sebagai Alat Bantu Mengajar untuk Kursus Discrete Mathematics 2 Pengenalan / Latar belakang / Tujuan Dalam konteks pembelajaran berpusatkan pelajar, selain kaedah pengajaran, sumber pengajaran dan pembelajaran juga merupakan aspek yang penting dalam sesebuah proses pengajaran dan pembelajaran (PnP). Alat Bantu Mengajar (ABM) digunakan dalam PnP untuk menyalurkan maklumat kepada pelajar berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar dengan lebih jelas, sistematik dan berkesan Pelajar Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian yang mendaftar kursus SSK 20152 Discrete Mathematics 2 Perlu mencapai objektif pembelajaran kursus 2 (CLO 2) iaitu show the installation of logical circuits Using a logical gateway and based on Boolean Algebra expressions (P2, PLO4). Kursus ini juga diambil oleh pelajar Sijl Teknologi Maklumat di Kolej Komuniti Malaysia. Aktiviti PnP bagi topik 2.3 iaitu performs a combination of logical circuit using Boolean expressions adalah melibatkan sesi amali Pemasangan litar digital. Proses pemasangan litar ini perlu menggunakan satu peralatan khas iaitu Digital Trainer. Rasional Penyediaan / Metodologi / Kaedah perlaksanaan elemen kriteria kecemerlangan Perlaksanaan amali selalunya mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Sebahagian pelajar terpaksa menambah waktu penggunaan makmal untuk menyelesaikan amali mereka. Situasi ini menyukarkan pelajar kerana jadual penggunaan makmal terhad pada masa tertentu sahaja. Keadaan ini dapat diatasi sekiranya setiap pelajar mempunyai Digital Trainer sendiri, namun kos pembelian dan kos baik pulih Digital Trainer yang tinggi menghadkan pelajar dan pensyarah untuk memilikinya. Selain itu, saiz Digital Trainer yang besar dan tidak bersifat mudah alih menyukarkan pengguna. Hal ini telah menjadi punca pembangunan Kit Digital DM2 dan telah diuji guna oleh pelajar. Sehubungan dengan itu, kajian dijalankan terhadap pelajar dan pensyarah untuk melihat persepsi pelajar dan pensyarah terhadap penggunaan kit yang telah dibangunkan ini. Peranan calon dalam penyediaan elemen kriteria kecemerlangan 1) Ketua Penyelidik 2) Penulis bersama terutamanya dalam Bab 1 : Pengenalan , Bab 2 : Sorotan Kajian, Bab 3 Metodologi Kajian dan Bab 5 : Rumusan dan Cadangan. 3) Pembentang kertas penyelidikan dalam Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat 2022 coer een ete ESA Impak / Keberkesanan elemen kriteria kecemerlangan Sosial + Peningkatan kualiti proses PnP bagi kursus Discrete Mathematics 2. + Masa pembelajaran kendiri pelajar dapat diisi dengan dengan baik. + Majoriti responden adalah sangat setuju bahawa rekabentuk kit Digital DM2 ini bersifat mesra pengguna sebagai alat bantu mengajar untuk Kursus ini Ekonomi + Penggunaan kit Digital DM2 mampu mengurangkan kos perbelanjaan Digital Trainer. + Kit ini berciri mudab alih, menawarkan pemasangan litar yang mudah, kos baikpulih yang murah dan mampu dimiliki oleh pensyarah dan pelajar. Perkembangan Teknologi + Potensi untuk pengkomersialan + Penambahbaikan pembangunan menggunakan prototype etching board. Pengiktirafan dan anugerah yang diterima adalah seperti berikut 1) Diterbitkan dalam E-Prosiding Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat 2022 No e ISBN 978-967-18369-7-2 Secara keseluruhan, kajian ini memberi penambahbaikan terhadap bidang Diskrit Matemtik, terutamanya dalam litar digital. Hasil kajian juga digunakan untuk menyokong proses pengkomersialan produk dalam Pertandingan MyPolyCC Komersial Peringkat Kebangsaan 2023 (POLYCCOM ’23) Disediakan oleh, A MARZIAH BINTI CHE PENSYARAN DH48, KOLEJ KOMUNITI BAGAN DATUK KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGL Pengesahan Ketua Jabatan Saya mengesahkan hasil kerja ini merupakan hasil kerja calon dan telah mendapat pengiktirafan seperti yang dinyatakan. Ir MOHD FADLI BIN OSMAN Pengarah Kole} Komuniti Bagan Datuk

Anda mungkin juga menyukai