Anda di halaman 1dari 2

ABSTRAK

Calon terlibat sebagai pemudahcara atau penasihat kepada pasukan penyelidik


ini. Ianya bermula dari perancangan peringkat awalan sehinggalah berjaya di
bentangkan di Seminar HEP Kebangsaan di Politeknik Mersing Johor. Calon mmeberi
khidmat nasihat dan memberi idea serta membantu pasukan penyelidik berkaitan
urusan kewangan jabatan dengan kebenaran pengarah.
Di samping itu calon merupakan penasihat di dalam Unit RNI KK Pasir Salak.
Banyak cadangan dan lontaran idea berkaitan usaha-usaha membudayakan aktivti
research di lontarkan oleh calon. Selain itu calon terlibat dalam memudahkan urusan
berkaitan RNI ini dengan membantu mengasingkan kewangan DSA(Dasar Sedia Ada)
jabatan untuk di peruntukan kepada aktiviti-aktivti berterasakan penyelidikan dan
inovasi supaya ianya menjadi budaya di kalangan warga KKPS.
Secara keseluruhannya, kajian yang dijalankan adalah untuk mengenalpasti
hubungan dengan Al-Quran, tahap keupayaan bacaan Al-Quran dan pengalaman dan
persepsi pelajar Al-Quran. Penyelidik berpendapat sekiranya Kelas Al-Quran
dijalankan secara sistematik dan berterusan, dilihat dapat membantu meningkatkan
tahap motivasi pelajar untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu bacaan Al-Quran
seterusnya menjadikan generasi muslim pada hari ini sebagai generasi muslim
terbilang. Hal ini selari dengan hasrat kerajaan yang berusaha melahirkan modal insan
yang untuk memacu negara dan masa hadapan. Oleh itu, diharapkan kajian ini sedikit
sebanyak dapat membantu pihak-pihak tertentu dalam mengorak langkah
memartabatkan Al-Quran sebagai panduan hidup dan pegangan dan menjadikan
Malaysia sebuah negara yang mengamalkan tuntutan agama telah digariskan oleh Al-
Quran.
Kajian ini dijalankan kepada 156 orang sampel kajian daripada pelajar semua
program di Kolej Komuniti Pasir Salak. Data dikumpul melalui soalselidik dan dianalisis
dengan menggunakan perisian IBM SPSS Statistik versi 21. Kajian meneroka
hubungan pelajar dengan Al-Quran, tahap penguasaan Al-Quran serta pengalaman
dan persepsi pelajar terhadap bacaan Al-Quran. Kajian ini turut meneroka perbezaan
keupayaan bacaan Al-Quran di antara jantina pelajar serta latar pendapatan keluarga.
Dapatan dianalisis menggunakan kaedah deskriptif, T-test dan ANOVA untuk menguji
hipotesis yang dibina. Dapatan menunjukkan majoriti pelajar pada tahap keupayaan
sederhana. Seterusnya hasil kajian mendapati tiada perbezaan yang signifikan
keupayaan bacaan Al-Quran antara jantina dan latar sosio ekonomi keluarga pelajar.
Keputusan kajian ini perlu diberi perhatian di peringkat pengurusan khususnya Unit Hal
Ehwal Pelajar untuk merangka program yang lebih kemas dan sistematik dalam usaha
untuk meningkatkan keupayaan dan pembudayaan bacaan Al-Quran dalam kalangan
pelajar.
Impak atau keberkesanan kajian ini adalah mengenal pasti secara nyata akan
penguasaan Al Quran di kalangan pelajar KK Pasir Salak dan seterusnya merangka
kaedah membolehkan warga yang kurang mahir membaca AL-Quran untuk setidak-
tidaknya boleh membaca surah-surah pendek di dalam solat.

Berkat kesungguhan penyelidik dan kerjasama dan pemantauan calon.


Kajian ini berjaya terpilih untuk dibentangkan di Seminar HEP Kebangsaan 2013 di
Politeknik Mersing Johor .

Anda mungkin juga menyukai