Anda di halaman 1dari 1

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM JOM BACA ANJURAN UNIT

PERPUSTAKAAN KKBGgD SESI MAC 2017

KEKUATAN
a) Pelajar dapat memupuk minat dan kefahaman mengenai fungsi perpustakaan
melalui sesi pengkongsian ilmu dan aktiviti yang dijalankan.
b) Pelajar dan staf dapat menanamkan minat membaca dan budaya mencari
maklumat melalui perpustakaan.
c) Hubungan pelajar dan staf dapat dieratkan.

KELEMAHAN
Kekangan masa menyebabkan program tidak dapat dijalankan dalam tempoh yang
lama. Program hanya dijalankan dalam tempoh 2 hari sahaja. Selain itu, koleksi yang
terhad juga tidak dapat menarik pelajar dan staf mengunjungi perpustakaan.

PENAMBAHBAIKAN
Program ini akan dirancang dengan teliti untuk sesi akan datang samada
pelaksanaannya selama seminggu atau sebulan. Antara cadangan adalah
melaksanakan Minggu Membaca atau Bulan Membaca.

Bantuan pensyarah dan staf untuk menyemai minat dan budaya membaca dalam
kalangan pelajar sangat diperlukan. Selain itu koleksi bahan bacaan juga perlu
ditambah. Pihak perpustakaan akan cuba mencari koleksi sumbangan dari pihak luar.

RUMUSAN
Pelaksanaan program berjalan lancar dan berjaya. Walaubagaimanapun,
penambahbaikan perlu diambil pada masa akan datang dengan memberi penekanan
terhadap aspek tempoh masa dan kemudahan yang ada di perpustakaan.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

(SHARIFAH BINTI SULAIMAN) (MARZIAH BINTI CHE MANSOR)


Pembantu Perpustakaan Timbalan Pengarah
Kolej Komuniti Bagan Datuk Kolej Komuniti Bagan Datuk

Anda mungkin juga menyukai