Teknik Kompas Aurora
Teknik Kompas Aurora
Teknik Kompas Aurora merupakan satu teknik yang mengaplikasikan arah mata angin sebagai
rangka jawapan pelajar. Seperti yang kita tahu empat arah mata angin yang utama iaitu Utara, Timur,
Selatan dan Barat. Setiap arah tersebut akan diwakili oleh abjad U, T, S dan B. jadi pelajar harus
ingat di mana kedudukan arah mata angin tersebut. Dan apa pula perkaitan frasa Aurora dalam
teknik ini?
Aurora merupakan fenomena cahaya terang yang dilihat di langit malam, biasanya di Kawasan kutub
(Artik dan Antartika) dan sesetengah saintis memanggilnya “Aurora Kutub”. Terdapat dua jenis
fenomena Aurora iaitu fenomena di utara yang dikenali sebagai Aurora Borealis sempena nama Dewi
Fajar Rom, Aurora dan angin utara dari Bahasa Yunani, Boreas dan fenomena di Selatan yang
dikenali sebagai Aurora Australis.
Bagaimana Teknik Kompas Aurora ini digunakan dalam menjawab soalan KBAT?
Teknik Kompas Aurora ini sesuai untuk soalan (Jawapan positif) yang berkaitan dengan;
• Cara/Langkah
• Cadangan
• Tindakan
• Insiatif
• Peranan
• Sumbangan
Contoh Soalan:
I. Jelaskan tindakan kerajaan/rakyat untuk menjamin kedaulatan negara?
II. Apakah cadangan anda sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia
untuk menjadikan negara kita sebagai sebuah negara industi yang moden?
III. Bagaimanakah kita sebagai rakyat Malaysia mengekspresikan nilai patriotisme dalam diri
kita?
IV. Huraikan peranan belia negara untuk memajukan negara setaraf negara maju yang lain?
V. Terangkan sumbangan yang dicurahkan oleh generasi muda dalam menjadikan Malaysia
sebagai negara membangun.
CIKGU LUCAS/SMKPAKAN/SEJARAH/KSSM/KBAT/2021
Teknik ini menggunakan kata kerja berimbuhan “meN-……-kan”digandingkan dengan kata tugas
sebagai kata kunci utama. Rujuk jadual di bawah.
B – Bagi U - Untuk
…. mempertahankan …. menjadikan
…. merealisasikan …. membangunkan
…. mensejahterakan …. menyelesaikan
…. mencegah/mengawal …. memajukan
…. memelihara …. menunjukkan
…. mengukuhkan ….. menghargai
…. mencari Barat Utara …. meningkatkan
…. mencapai
(B) (U) …. menjana
S - Supaya T - Tidak
2
CIKGU LUCAS/SMKPAKAN/SEJARAH/KSSM/KBAT/2021
CARA PENGGUNAAN
Fakta (F-isi) + Utara (U) + Barat (B) + Selatan (S) dan Timur (T)* + Contoh (C)
*Unsur T boleh
ditiadakan. Jadi “dan”
tidak perlu digunakan.
Tips : Kata kerja dalam setiap unsur boleh ditambah mengikut kebiasaan/kesesuaian
yang digunakan oleh pelajar. Yang dinyatakan di dalam jadual merupakan perkataan
yang sering digunakan oleh pelajar semasa menjawab soalan dalam peperiksaan.
3
CIKGU LUCAS/SMKPAKAN/SEJARAH/KSSM/KBAT/2021
SOALAN
Hubungan luar negara kita telah wujud sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Berdasarkan
pengetahuan sejarah anda, mengapa hubungan luar ini penting kepada negara. (8 markah)
4
CIKGU LUCAS/SMKPAKAN/SEJARAH/KSSM/KBAT/2021
SOALAN
Penjajahan Jepun telah meninggalkan banyak kesan buruk kepada rakyat dan juga negara kita.
Rakyat hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Bagaimana kita dapat mengelakkan penjajahan
tersebut berulang kembali. (8 markah)
ISI (FAKTA)