Anda di halaman 1dari 28

KEMAHIRAN

MENDENGAR
Hasil Pembelajaran

Pada akhir pembelajaran, pelajar akan mendapat mempelajari:


1.Membincangkan kemahiran mendengar kanak-kanak
2.Menerangkan peringkat kemahiran mendengar kanak-kanak
3.Mengecam bunyi perkataan yang sama
4.Mengecam bunyi perkataan yang berbeza.
Mengapakah kemahiran
mendengar penting dalam
kalangan kanak-kanak?
Kemahiran
Mendengar
► Kemahiran mendengar melibatkan proses menerima dan membezakan bunyi-bunyi bahasa yang
hampir sama. Hal ini bermaksud bahawa pendengar perlu mengenal pasti dan mengetahui makna
bunyi bahasa.
► Pendengar akan memilih dan menyimpan segala perkara yang difahami dalam ingatannya.
► Mendengar merupakan satu proses yang aktif kerana berlaku tindak balas selepas mendengar.

► Clark, Kjoholt & Moss (2005) menyatakan bahawa aktiviti mendengar ialah satu bentuk komunikasi yang
melibatkan proses memberikan perhatian kepada bunyi, membuat interpretasi, membentuk makna dan
satu proses yang aktif serta tidak terhad kepada percakapan sahaja.
► Kemahiran mendengar menjadi asas kepada kemahiran membaca dan menulis. Justeru, pengukuhan
kemahiran mendengar dapat membantu kanak-kanak untuk menguasai kemahiran membaca dengan
baik.
► Oleh itu, seseorang kanak-kanak mungkin menulis menurut apa-apa sahaja yang didengarnya, iaitu
ujaran yang berbeza berbanding dengan ujaran sebenar.
Kemahiran Mendengar
• Kemahiran terawal yang didedahkan kepada kanak-kanak sejak mereka dilahirkan.
• Kegagalan kanak-kanak menguasai kemahiran mendengar akan menyebabkan
kemahiran Bahasa yang lain turut terjejas.
• Kemahiran mendengar kanak-kanak merupakan keupayaan mendengar dengan
teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan.
• Serta dapat memberi maklum balas.
• Kemahiran mendengar melibatkan dua perkera utama:
• Pendengaran (hearing)
• Merupakan proses fizikal yang melibatkan telinga dan gelombang bunyi.
• Mendengar (listening)
• Merupakan kemahiran mendengar sesuatu dengan tumpuan yang tinggi,
melibatkan penaakulan, pemikiran dan tidak balas yang rasional.
Tujuan kemahiran Mendengar

• Membolehkan kanak-kanak mendengar bunyi bahasa dengan jelas.


• Membolehkan kanak-kanak membezakan antara bunyi vokal, diftong dan
konsonan.
• Membolehkan kanak-kanak menyimpan maklumat bunyi bahasa dalam
minda mereka.
• Membolehkan kanak-kanak berfikir dan bertindak balas terhadap
pendengaran.
Proses dan Bentuk
Kemahiran Mendengar
Proses dan Bentuk Kemahiran Mendengar
► Menurut Kamaruddin Haji Husin (1998), kemahiran mendengar berlaku dalam pelbagai bentuk.
Namun, kemahiran mendengar melibatkan dua proses utama, iaitu:

Apabila individu mendengar sesuatu, individu tersebut


akan membuat jangkaan terhadap perkara yang akan
didengar seterusnya. Contohnya, apabila mendengar
Membuat Jangkaan berita kebakaran, individu akan membuat jangkaan
tentang kemungkinan peristiwa yang akan berlaku
Proses berkaitan kebakaran. Apabila jangkaan seperti ini
Kemahiran dibuat, individu dapat mendengar dengan lebih
Mendengar berkesan lagi.

Menentukan Tujuan Individu perlu menentukan tujuan dia mendengar sama


ada untuk hiburan, pengetahuan atau maklumat.
Mendengar tanpa tujuan dianggap tidak berguna.

Proses Kemahiran Mendengar


Peringkat Penguasaan
Kemahiran Mendengar
Peringkat Penguasaan Kemahiran
Mendengar
► Kemahiran mendengar ialah proses yang melibatkan dua peringkat
kemahiran. Peringkat penguasaan kemahiran mendengar dapat dilihat dalam
jadual di bawah.
Peringkat Huraian

Kemahiran Menerima Membezakan bunyi-bunyi bahasa yang diterima

Kemahiran Memahami Latihan kefahaman mendengar yang menitikberatkan intonasi


frasa dan ayat, aspek sebutan, kelancaran serta kefasihan
berbahasa. Pada peringkat ini, kanak-kanak didengarkan dengan
contoh-contoh ujaran yang betul sama ada secara langsung
daripada guru atau rakaman.

Peringkat Penguasaan Kemahiran Mendengar


Peringkat Kemahiran Mendengar
• Memahami perkembangan berperingkat dalam kemahiran mendengar adalah sangat penting untuk membolehkan ibu bapa
dan guru menentukan tahap penguasaan semasa kanak-kanak.
• Peringkat penguasaan kemahiran mendengar kanak-kanak juga amat penting untuk merancang langkah lanjutan. Antara
peringkat penguasaan kemahiran mendengar ialah:

Peringkat satu: Pengesanan Bunyi

• Merupakan peringkat kemahiran di mana bayi atau kanak-kanak mampu menentukan kehadiran atau ketidakhadiran bunyi
persekitaran mereka.

• Kanak-kanak belajar untuk memberi perhatian atau tindak balas kepada bunyi yang di dengari.
Peringkat kedua: Pembezaan Bunyi
•Keupayaan seseorang bayi atau kanak-kanak untuk mengesan perbezaan antara 2 atau lebih, bunyi yang berbeza.

•Belajar menilai perbezaan antara bunyi dan memberi tindak balas yang berbeza terhadap bunyi yang berlainan.

•Bayi dan kanak-kanak akan menunjukkan keupayaan untuk membezakan bunyi-bunyi suprasegmental terlebih dahulu
iaitu membezakan kelantangan, tempo, kenyaringan dan intonasi bunyi pertuturan yang di dengari.

•Kanak-kanak berupaya untuk menunjukkan reaksi yang berbeza pada nada pertuturan yang berbeza.
•Bayi atau kanak-kanak mula mempelajari bahawa sesuatu objek, individu, dan situasi yang berbeza boleh di wakili
dengan bunyi yang berlainan.
Peringkat ketiga: Mengenal pasti Bunyi
•Memerlukan kanak-kanak mengulang, menunjuk, mengambil, menulis atau melukis objek yang di dengari.
•Contohnya, kanak-kanak dapat membezakan bunyi-bunyi haiwan dengan mudah.
•Penguasaan dalam kalangan kanak-kanak terhadap peringkat ini dapat memberikan keupayaan kepada
mereka dengan menunjuk gambar haiwan dengan betul.
Peringkat-Peringkat Kemahiran Mendengar
I. Peringkat awal :
I. Mengecam, mengajuk dan memilih bunyi,
II. Mendengar mengecam makna perkataan, rangkai kata, frasa dan ayat,
III. Menjawab soalan yang mudah.

II. Peringkat pertengahan:


I. Mnegecam dan mengingati fakta,
II. Mengenal informasi spesifik,
III. Mengesan urutan,
IV. Proses mengenal sebab dan akibat
V. Mengenal perhubungan orang yang berinteraksi,
VI. Mengenal sikap dan perasaan orang yang sedang bertutur.
III. Peringkat maju
I. Mengenal isi penting
II. Mengenal peranan dan perhunbungan
III. Mentafsir atau memberi makna
IV. Mencari jalan penyelesaian masalah
V. Mengikut aliran dalam dialog atau jalan cerita.

Kemahiran Mendengar
I. Membezakan bunyi-bunyi bukan bahasa
II. Mencerakinkan unit-unit bunyi bahasa
III. Memahami perkara dan konsep
IV. Memahami ayat serta elemen linguistic Bahasa yang lain
V. Mendengar secara kritikal
VI. Mematuhi arahan
VII. Mengingati dan menyebut semula
VIII. Menentukan idea utama dan membuat kesimpulan.
Teknik mendengar dengan
penuh perhatian
Mengenal pasti apa yang didengar
Tema: Diri Saya
✔Meneka dan membezakan bunyi yang diperdengarkan di pita rakaman. (tepuk tangan, hentak kaki, petik jari).
✔Memejamkan mata dan menyatakan bunyi yang didengar. Rakan melakukan aktiviti (tepuk tangan, hentak kaki,
petik jari).
✔Mengajuk pergerakan rakan yang bersembunyi di belakang tabir. (Tepuk tangan, hentak kaki, petik jari).
✔Permainan apa yang didengar (secara kumpulan). Satu kumpulan membunyikan satu bunyi dan seterusnya
langkah yang sama diulang oleh kumpulan yang lain dengan bunyi yang berbeza.
Mengecam dan membezakan pelbagai jenis
bunyi
⚫ Tema: Sekolah saya
- Membawa kanak-kanak keluar dari kelas dan menyatakan bunyi yang didengar dari persekitaran.
- Menyebut bunyi yang diperdengarkan. Contohnya bunyi orang ketawa dan orang bercakap.
⚫ Tema: Beg sekolah saya
- Menyebut bunyi yang didengar. Contoh: Bunyi mengasah pensel, bunyi ketukan pembaris, bunyi buku
yang diletakkan di atas meja.
- Membezakan pelbagai bunyi yang didengar. Contoh: Mengetuk pensel pada gelas, tin dan meja.

⚫ Tema: Rumah Saya


- Mendengar dan meneka bunyi yang diperdengarkan. Contoh: bunyi tutup dan buka pintu, bunyi tutup dan
buka tingkap, bunyi ketukan dinding.
- Melawat persekitaran TADIKA dan mendengar bunyi di persekitaran.
- Membandingkan bunyi yang terdapat di TADIKA dan di rumah.
Mengecam dan membeza intonasi
bunyi
⚫ Tema: Anggota badan

- Mendengar bunyi rakaman seperti orang ketawa, menangis, menjerit dan


mengajuk bunyi yang didengar.
- Mengecam suara dan menyebut nama kawan di belakang tabir.
- Membezakan intonasi yang diperdengarkan oleh guru dan kawan-kawan.
Menceritakan apa yang
didengar
⚫ Tema: Buah-buahan
- Mendengar pita rakaman dialog jual beli.
- Melakonkan situasi jual beli berdasarkan cerita ataupun pita rakaman yang didengar.
- Permainan melengkapkan cerita yang didengar mengikut giliran (cerita penjual buah).

⚫ Tema: Sayur-sayuran
- Mendengar lagu ‘Pak Mamat Ada Kebun’ dan menceritakan apa yang didengar.
- Menyanyi lagu ‘Lenggang-lenggang Kangkung’ dan bersoal jawab mengenai lagu.
Mendengar dan memberi gerak balas terhadap arahan,
cerita, puisi, ritma, rentak dan perbualan.

⚫ Tema: Sukan

- Mendengar dengan teliti dan membuat pergerakan mengikut arahan dalam permainan.
Contoh: menyepak bola ke hadapan, ke kiri, ke kanan dan ke belakang.
- Mendengar cerita mengenai hari Sukan
- Mendengar dan membuat pergerakan mengikut lagu dan puisi.
- Mendengar perbualan dan melukis watak yang diperkatakan dalam perbualan.
Teknik mendengar dan
mengecam kesamaan bunyi
Mengecam perkataan dengan bunyi awal yang sama
- Mendengar, menyebut dan menyatakan perkataan yang mengandungi awalan yang
sama.
- Menamakan bunyi yang didengar daripada pita rakaman

Mengecam perkataan dengan bunyi akhiran yang sama


-Mendengar sebutan dan menyatakan perkataan yang mengandungi bunyi akhiran yang
sama.
-Mendengar dan menyebut suku kata akhiran yang sama berpandukan gambar.
Teknik mendengar dan
mengecam bunyi perkataan yang
berbeza
Mengecam perkataan dengan bunyi awal yang berbeza

⚫ Tema: Hari Keputeraan Agong


- Mendengar, menyebut dan menyatakan perkataan yang mengandungi awalan yang berbeza. Contoh:
keris, tombak, mahkota, tengkolok dan lain-lain.
- Menamakan bunyi yang didengar daripada pita rakaman (alat-alat kebesaran). Contoh: serunai, gong dan
nafiri.

• Tema: Kenderaan Darat

- Mendengar, menyebut dan menyatakan perkataan yang mengandungi awalan yang berbeza. Contoh:
bas, kereta, teksi, van, lori, basikal, beca dan lain-lain.
- Menamakan bunyi yang didengar daripada pita rakaman (pelbagai bunyi kenderaan darat).
Mengecam perkataan dengan bunyi akhiran yang
berbeza

⚫ Tema: Kenderaan Udara


- Mendengar perkataan dan bertepuk tangan apabila mendengar bunyi perkataan akhiran yang berbeza.
Contoh kapal terbang, helikopter, roket dan jet.

⚫ Tema: Kemudahan Awam


- Mengecam perkataan pada suku kata akhirnya berbeza. Contoh: basuh, badan dan badak.
- Mendengar dan menyebut suku kata akhiran yang berbeza berpandukan gambar.
KESIMPULAN

• Kemahiran mendengar merupakan kemahiran utama dan pertama yang perlu dikuasai
oleh kanak-kanak sebelum ia boleh mengungkapkan perkataan atau bunyi awal
tertentu dalam proses belajar berkomunikasi atau bercakap.

• Secara hakikatnya, kemahiran mendengar ini merupakan satu kemahiran yang


memerlukan latihan dan perlu dipupuk agar kanak-kanak menjadi seorang pendengar
yang baik.

Anda mungkin juga menyukai