Anda di halaman 1dari 7

HURAIKAN KEUNIKAN SENI BINA

ZAMAN MOGHUL PADA ABAD KE-16


DAN 17 MASIHI

BY SARAH ARWEN BT AZMAN


PEngenalan
• Kerajaan Moghul di India diasaskan oleh Zahiruddin
Baber (1526-1530M) dan berakhir semasa
pemerintahan Bahadur Syah II (1827-1857M).
Sepanjang tiga abad pemerintahan kerajaan Moghul
terkenal dengan banyak kejayaan dalam pelbagai
bidang, antaranya pencapaian dalam bidang seni bina.
Pemerintah-pemerintahnya seperti Akbar (1556-
1605M) dan Syah Jehan (1628-1658M), adalah antara
pemerintah yang banyak membina bangunan dan
monumen yang terkenal.
KEUNIKAN SENI BINA ZAMAN MOGHUL
1. Kubah dan menara
Bangunan masjid yang didirikan pada zaman ini dilengkapi
dengan menara-menara yang dihiasi indah terutama dengan
seni khat Arab. Unsur-unsur lain terdapatnya kubah-kubah
bentuk baharu berupa bunga teratai yang mempunyai puncak
yang meruncing. Binaan sebegini menggambarkan gabungan
bentuk kubah gaya Parsi dengan gaya tempatan. Pada zaman
kekuasaan kerajaan Moghul ini terbina masjid yang besar dan
istana yang didirikan dalam sebuah kompleks, contohnya
Masjid Moti atau Masjid Lapan Mutiara di Agra.
Menara juga terdapat pada makam Diraja. Kebiasaannya
Makam Diraja dilengkapi dengan menara yang didirikan secara
khusus serta berdiri secara sendirian, iaitu terpisah daripada
bangunan yang menjadi induknya spt pada binaan Taj Mahal
2. Gerbang atau gapura
Kompleks pentadbiran Fatehfur Sikri dibina pada zaman
Akbar diperbuat daripada batu merah dan dihiasi dengan
gerbang (gapura). Pada gapura jalan masuk ke istana dihiasi
dgn patung gajah. Kompleks ini mempunyai ciri-ciri
keselamatan yang baik. Terdapat juga pintu gerbang yang
terpisah oleh sebuah lorong, dan terdapat juga satu kawasan
lapang yang memisahkan pintu gerbang kedua dengan
bangunan istana
3. Ukiran dan khat
Bangunan dihiasi indah dengan kaligrafi Arab (seni khat).
Makam Taj Mahal, Masjid Moti, Masjid Jamek Delhi yg
mempunyai ruang solat yang luas, dinding dan mihrabnya
dihiasi dg ayat al-Quran. Juru khat bernama Amanat Khan
dibawa dr Parsi utk mengukir seni khat pd Taj Mahal.
Makam Humayun mempunyai kaligrafi ayat al-Quran spt
yg terdapat pd bhg mihrab.
Ukiran yg digunakan biasanya berasaskan alam semulajadi
spt unsur tumbuhan dan bunga serta geometri.
4. Tembok
Red Fort (Kota Merah) yang merupakan pusat
pentadbiran Delhi. Kubu ini mempunyai ciri-ciri
keselamatan kerana ia berfungsi sebagai tembok
pertahanan terpenting kota Delhi. Kota Merah pula
dibina menggunakan batu bata merah pada struktur
binaan khususnya pada bahagian tembok.
Binaan tembok juga terdpt pada binaan Fatehfur Sikri
dan Red Fort Agra.
KESIMPULAN

• Bangunan-bangunan yang indah dan megah


peninggalan kerajaan Moghul masih ada
hingga sekarang seperti kompleks istana
Fatehpur Sikri, Taj Mahal, Masjid Moti dan
lain-lain menjadi simbol keagungan seni bina
Islam pada zaman pemerintahan Islam di India

Anda mungkin juga menyukai