Anda di halaman 1dari 1

Tajuk buku : Apabila Haiwan Menjadi Guru

Penulis: Sahrulazmi Sidek

279 pages

Pernerbit: KarnaDya

Terbit tahun :January 1, 2009

Belajar bukan hanya mengira 1, 2, 3...

tetapi lebih luas daripada itu.

Buku ini berbentuk motivasi dan penceritaannya disulami dengan ayat al-quran, fakta sains,
peribahasa Melayu serta pengajaran yang dapat diambil daripada haiwan-haiwan yang disebut oleh
Allah di dalam al-quran. Buku yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat ini bukan sebuah cerita
dongeng, tetapi lebih daripada itu. Pengkajian keagamaan dan saintifik turut diselitkan sebagai
pendukung cerita ini. Setelah menelusuri buku ini, pasti anda akan lebih berjaga-jaga dengan setiap
tingkah laku anda. Mungkin juga anda tidak akan mengatakan ayat ini.Sesuai dibaca Bersama anak-
anak sebagai pengajaran kepada ibubapa dan anak-anak.Ilustrasi yang menarik seperti percakapan
seharian menarik minat semua golongan untuk membaca dan anologi yang sangat mudah difahami.

Impak:

Selepas membaca buku ini, saya sangat terkesan, acapkali kita menggunakan perumpaan haiwan di
mana hendak menunjukkan kita lebih tinggi darjatnya daripada haiwan.Namun, haiwan -haiwan
inilah sebenarnya guru tanpa sedar kepada manusia dan sering disebut di dalam Al Quran.Aduh
kerdilnya aku Ya Allah. Memberikan motivasi dan lebih bersemangat untuk membuat yang terbaik
dalam kehidupan.Terima kasih penulis.

Anda mungkin juga menyukai