Anda di halaman 1dari 5

DISEDIAKAN OLEH CIKGU NEELA

PROGRAM J3S (JOM SKOR SAINS SPM)


SAINS TINGKATAN 4
UNIT 11.1 JISIM DAN INERSIA
SOALAN OBJEKTIF
1. Pilih pernyataan yang betul berkaitan inersia.

A. Keadaan dimana tekanan dipindahkan menerusi cecair dengan nilai yang sama ke semua arah dalam satu sistem
yang tertutup
B. Dipengaruhi oleh jisim dan halaju suatu yang bergerak
C. Kecenderungan untuk menentang sebarang perubahan keadaan asalnya sama ada jasad itu dalam keadaan rehat
atau sedang bergerak dengan laju malar
D. Apabila suatu objek direndamkan sepenuhnya atau sebahagiannya di dalam suatu bendalir, objek itu mengalami
suatu daya tujah ke atas

2. Pilih ciri-ciri yang betul berkaitan inersia.

I. Bukan kuantiti fizik II. Mempunyai unit II. Tidak boleh diukur IV. Tiada nilai

A. I dan II B. II dan II C. III dan IV D. I dan IV

3. Inersia adalah sejajar dengan Hukum Gerakan Newton Pertama oleh

A. Archimedes B. Isaac Newton C. Daniel Bernoulli D. John Dalton

4. Penumpang bas terhumban ke hadapan apabila pemandu bas menekan brek secara tiba-tiba. Ini adala
disebabkan oleh kesan

A. Momentum

B. Tekanan

C. Tujah ke hadapan

D. Inersia

5. Apabila kadbod di tarik dengan pantas

Duit syiling
A. duit syiling jatuh di atas lantai

B. duit syiling jatuh ke dalam gelas

C. duit syiling masih kekal di atas kadbod


Kadbod
D. duit syiling jatuh diatas lantai dan melantun ke atas

1
DISEDIAKAN OLEH CIKGU NEELA

6. Rajah menunjukkan duit syiling yang terdapat pada gelung besi jatuh ke dalam bekas selepas gelung besi
ditarik dengan cepat. Pilih sebab yang betul berdasarkan pemerhatian aktiviti ini.

A. daya tarikan graviti adalah lebih besar berbanding daya tujah


ke atas yang dikenakan pada duit syiling
B. duit syiling di kenakan momentum yang menolak duit syiling ke
dalam bekas
C. duit syiling cuba mengekalkan keadaan asalnya iaitu keadaan
pegun
D. terdapat daya dari luar yang dikenakan pada duit syiling yang
menolak duit syiling supaya jatuh ke dalam gelas

7. Rajah menunjukkan dua tin yang berlainan jisim. Ramalkan pemerhatian apabila kedua-dua tin diayunkan pada
masa dan ketinggian yang sama.
A. Tin kosong mengambil masa yang pendek untuk berhenti
berayun berbanding tin yang berisi pasir
B. Tin kosong mengambil masa yang panjang untuk berhenti
berayun berbanding tin yang berisi pasir
C. Tin kosong dan tin berisi pasir mengambil masa yang sama
untuk berhenti berayun
D. Tin kosong tidak berhenti berayun manakala tin berisi pasir
pasir berhenti serte merta

8. Antara rajah berikut yang manakah bukan contoh kesan positif inersia dalam kehidupan seharian
A. B C D

9. Bagi mengatasi kecederaan akibat kesan negatif inersia, kereta dilengkapi dengan beberapa ciri-ciri
keselamatan kecuali

A. Beg udara B. Alas kepala C. Cermin sisi D. Tapi pinggang keledar

10. Gajah mempunyai inersia yang lebih besar berbanding manusia. Ini menunjukkan

A. pergerakan gajah dan manusia mudah untuk diubah


B. gajah mudah bergerak berbanding manusia
C. mudah untuk mengubah pergerakan gajah berbanding
manusia
D. sukar untuk mengubah pergerakan gajah berbanding
manusia

2
DISEDIAKAN OLEH CIKGU NEELA

SOALAN KERTAS 2 (BAHAGIAN A)


11. Rajah menunjukkan susunan alat radas untuk mengkaji hubungan antara jisim dengan inersia. Bentuk plastisin
yang digunakan dalam eksperimen ini adalah sama.

Jam randik
Pengapit -G
Bilah gergaji

Plastisin

Hujng bilah gergaji dengan plastisin berjism 30g disesarkan dan dilepaskan supaya berayun secara mengufuk.
Masa yang diambil bagi 10 ayunan lengkap direkodkan dalam jadual dibawah. Eksperimen ini diulangi dengan jisim
plastisin yang berbeza.

Jisim plastisin(g) 30 40 50 60 70
Masa untuk 10 ayunan/s 20 40 80 100
a) Ramalkan masa yang diambil untuk 10 ayunan bagi jisim platisin 50g
60 s
[1 markah]
b) Nyatakan hubungan antara jisim plastisin dengan inersia dalam eksperimen ini.
Semakin bertambah jisim plastisin, semakin bertambah inersia
[1 markah]
c) Kenalpasti pemboleh ubah :
i) dimanipulasikan Jisim plastisin
ii) bergerak balas Masa untuk 10 ayunan
iii) dimalarkan bilangan ayunan lengkap
[3 markah]
d) Nyatakan hipotesis untuk eksperimen ini.
Semakin bertambah jisim plastisin, semakin bertambah inersia
[1 markah]
e) Tuliskan definisi secara operasi bagi inersia dalam eksperimen ini
Inersia ialah daya di mana masa yang diambil untuk 10 ayunan lengkap semakin bertambah apabila jisim
bertambah
[1 markah]
SOALAN KERTAS 2(BAHAGIAN B)
12. Rajah menunjukkan seorang murid sedang memutar payung yang basah selepas terkena air hujan.

a) Apakah tujuan murid itu melakukan akviti diatas?


Mengeringkan payung
[1 markah]
b) Apakah konsep yang digunakan oleh murid tersebut?
Inersia
[1 markah]
c) Senaraikan dua aktiviti lain yang menggunakan konsep seperti yang dinyatakan dalam soalan 12(b)
mengetatkan kepala tukul dan mengeluarkan sos dari botol sos cili

3
DISEDIAKAN OLEH CIKGU NEELA

[2 markah]
d) Konsep yang sama juga memberikan kesan negatif dalam kehidupan seharian kita. Kenalpasti dua cara
mengatasi kesan negatif konsep yang dinyatakan di 12(b) dalam kehidupan seharian kita.
Penggunaan alas kepala dan beg udara dalam kereta
[2 markah]
SOALAN KERTAS 2(BAHAGIAN C) SOALAN ESEI MERANCANG EKSPERIMEN
13. Kaji pernyataan di bawah.

Husna mendapati mudah untuk menolak troli kosong berbanding troli yang dipenuhi
oleh barang semasa membeli belas di sebuah pasaraya. Dia membuat kesimpulan
bahawa semakin bertambah jisim troli, semakin bertambah kesan inersianya.

a) Cadangkan satu hipotesis untuk menyiasat situasi di atas? [1 markah]


b) Menggunakan plastisin, pengapit-G, bilah gergaji, penimbang elektronik dan radas lain yang sesuai, huraikan
satu eksperimen untuk menguji hipotesis anda pada 10(a).
Huraian anda harus mengandungi kriteria berikut:
(i) Tujuan eksperimen [1 markah]
(ii) Mengenal pasti pembolehubah [2 markah]
(iii) Senarai radas dan bahan [1 markah]
(iv) Prosedur atau kaedah [4 markah]
(v) Penjadualan data [1 markah]

JAWAPAN
a) Hipotesis Semakin bertambah jisim , semakin bertambah inersia
bi) Tujuan Untuk mengkaji semakin bertambah jisim , semakin bertambah inersia
bii) Pemboleh ubah Manipulasi : Jisim
Gerak balas : Masa diambil untuk membuat 10 ayunan lengkap
Dimalarkan : Bilangan ayunan lengkap
biii) Bahan dan radas plastisin, pengapit-G, bilah gergaji, penimbang elektronik dan jam randik
biv) Prosedur 1. Bilah gergaji diapitkan dengan pengapit-G pada kaki meja secara mengufuk
dengan ketat
2. Seketul plastisin dengan jisim 30g diletakkan pada hujung bilah gergaji itu.
3. Sedikit hujung bilah gergaji disesarkan dan dibiarkan berayun
4. Masa yang diambil bagi 10 ayunan lengkap direkodkan dengan menggunakan jam
randik
5. Langkah 1 hingga 4 diulangi dengan menggunakan plastisin yang berjisim 40g,
50g
bv) Penjadualan data Jisim pemberat/g 30 40 50
Masa untuk 10 ayunan/s

4
DISEDIAKAN OLEH CIKGU NEELA

SOALAN KERTAS 2(BAHAGIAN C) SOALAN ESEI MEMBINA KONSEP


14a) Berikan maksud inersia [2 markah]
b) Berikan dua contoh kesan positif inersia dan dua cara mengatasi kesan negatif inersia [4 markah]
c) Rajah menunjukkan dua situasi yang melibatkan inersia.

Pecutan

Duit syiling jatuh ke dalam


gelas apabila kadbod ditarik
Penumpang bas bergerak ke
dengan pantas
belakang apabila bas
bergerak dengan tiba-tiba

Berdasarkan rajah diatas, bina konsep berkaitan inersia.


Jawapan anda hendaklah berdasarkan aspek-aspek berikut :

i) Kenal pasti maklumat dalam Rajah


ii) Kenal pasti dua ciri sepunya.
iii) Berikan satu contoh lain situasi inersia
iv) Berikan satu bukan contoh situasi inersia
v) Hubung kait ciri-ciri sepunya untuk membina konsep sebenar inersia [6 markah]

JAWAPAN
a) Inersia ialah kecenderungan untuk menentang sebarang perubahan keadaan asalnya sama ada jasad itu dalam
keadaan rehat atau sedang bergerak dengan laju malar
b) Kesan positif – dapat mengeringkan payung dengan memutarkannya
- Kepala tukul yang longgar dapat diperketatkan dengan hentakan yang laju

Kesan negatif - Tali pinggang keledar menghalang badan pemandu dan penumpang terhumban ke hadapan semasa
Perlanggaran
- Beg udara menghalang pemandu terhumban keluar dari kereta
b) kenalpasti Duit syiling jatuh ke dalam gelas apabila kadbod ditarik dengan pantas dan penumpang
maklumat bas bergerak ke belakang apabila bas bergerak dengan tiba-tiba adalah contoh inersia
Dua ciri sepunya - menentang sebarang perubahan keadaan asalnya sama ada jasad itu dalam keadaan
rehat atau bergerak
- bukan kuantiti fizik
Contoh peluncur ais mengekalkan permukaan dalam garis lurus
Bukan contoh Jatuh bebas
Konsep Inersia ialah kecenderungan dimana menentang sebarang perubahan keadaan asalnya
sama ada jasad itu dalam keadaan rehat atau bergerak

Anda mungkin juga menyukai