Anda di halaman 1dari 10

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2021

1 jam 30 minit
Kertas 1
Arahan: Kertas ini mengandungi Dua bahagian; Bahagian A dan Bahagian B . Anda dikehendaki
menjawab semua soalan.
Bahagian A
(20 markah)
Soalan 1 hingga 5

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1 Fikiran Aiman menjadi_________apabila mendapat tahu bahawa dia gagal dalam


peperiksaan percubaan yang telah diadakan baru-baru ini.
A kelu
B kalut
C susut
D kusut

2. Para peserta pertandingan gasing segera___________ tali gasing masing-masing apabila


mendengar tiupan wisel daripada pengadil pertandingan.
A melilit
B melilin
C memintal
D menganyam

3. Sebaik-baik sahaja ayah menerima berita abang terlibat dalam kemalangan jalan raya,ayah
pun___________ke tempat kejadian.
A bergerak C bertolak
B menuju D bergegas
4. Kakak sudah terlewat untuk menghadiri __________ bagi mengisi kekosongan jawatan
Jurutera.
A temu janji
B temu duga
C temu muka
D temu ramah

5. Guru yang baru bertugas di sekolah saya itu ____________dengan senyuman


A kaya
B selalu
C murah
D banyak

Soalan 6 hingga 9
Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu
telah ditandakan degan A,B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.
Pilih jawapan yang paling sesuai.

6. Komputer riba itu baru dibeli oleh ayah dan ianya merupakan model terbaharu
A B C
Tiada kesalahan.
D
7. Emilia memberitahu saya dan Rina yang dia belum pasti sama ada dia hendak bekerja atau
A B C
melanjutkan pelajaran. Tiada kesalahan
D
8. “Ubi kayu perlu direbus sehingga kembang sebelum dimakan,” kata nenek.
A B C
Tiada kesalahan
D
9. Cincin bertatahkan berlian itu berkilau-kilauan apabila disinari oleh cahaya lampu.
A B C
Tiada Kesalahan
D

Soalan 10 hingga 11
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

10. I Jiran-jiran tidak menyukai Roslan kerana dia ada angin, kadang-kadang gembira dan

Kadang-kadang marah.
II Angin badai yang diramal akan bertiup kencang menyebabkan para nelayan takut untuk
turun ke laut
III Setiap kali cuti sekolah, ayah akan membawa kami makan angin di tempat-tempat
menarik.
IV Program hiburan itu mendapat sambutan yang angin daripada masyarakat.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja
11. I Kesihatan datuk makin merosot kerana faktor usia.
II Kakak tidak sedar bahawa adik telah merosot dari pangkuannya.
III Pelajaran abang semakin merosot sejak bergaul dengan budak-budak nakal itu.
IV Pengalaman pahit yang dialami oleh Suzana sentiasa merosot ke kalbu setiap kali dia
Berkhayal.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja

Soalan 12 hingga 13
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan Bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A,B, atau C jika ayat itu
mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
12. Semua cadangan-cadangan yang dikemuka akan diteliti oleh pegawai atasan itu terlebih
dahulu.
A Semua cadangan yang terkemuka
B Semua cadangan yang dikemukakan
C Semua cadangan-cadangan yang dikemukakan
D Semua cadangan-cadangan yang dikemuka

13. Kakak terasa teramat gembira sekali apabila ayah bersetuju dengan jejaka pilihan hatinya.
A berasa gembira sekali
B merasa gembira sekali
C merasa teramat gembira sekali
D terasa teramat gembira sekali
Soalan 14
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat
yang dicetak tebal.
14. Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut akan dikenakan
tindakan.
A. Murid-murid patut hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut jika tidak mahu
diambil Tindakan.
B. Murid-murid yang dikenakan tidakan tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut
turut.
C. Tindakan sepatutnya diambil terhadap murid-murid yang tidak hadir ke sekolah
D. Tindakan akan dikenakan terhadap murid-murid yang tidak hadir ke sekolah selama
tiga hari berturut-turut.
Soalan 15

Pilih ayat-ayat yang betul.


15. I Alice memberi kucing kesayangannya seekor ikan.
II Program motivasi itu berlangsung dari pagi hingga petang
III Menaiki kereta ayah, ibu, dan kakak pergi ke pasar raya itu.
IV Saya berharap agar supaya tugasan itu disediakan lebih awal.
A. I dan II sahaja
B. II dan IV sahaja
C. I, II, III sahaja
D. II,III, dan IV
Soalan 16
16. Tetamu yang hadir di majllis perkahwinan itu terpegun apabila melihat kedua-dua
pengantin yang bersanding kerana sama cantik dan sama padan. Keadaan ini dikatakan
bagai
A hempedu lekat di hati
B kunyit dengan kapur
C pinang dibelah dua
D bulan dipagar bintang
Soalan 17 hingga 20
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Sayup mata memandang. Tenang hati Alif Ketika menyeluruhi petak emas
dihadapannya. Suara abah acap kedengaran di cuping telinga. Wajah tenang abah serasa-rasa
mesra di penjuru mata. Ya abah, tidak lama lagi kita akan menuai emas,hatinya berbisik.
Kesyukuran terjarum di menusut hati. Ini ganjaran daripada sebuah kesabaran. Ini
imbuhan daripada sebuah keredaan. Datang pula suara emak melantun-lantun di telinga.
Terima kasih yang tidak terkimah emak,kerana selalu mendidik anakmu ini akan makna syukur,
sabar, dan reda.
Alif tersentak Ketika gegendangnya ditujah bunyi hon singkat tetapi keras. Sebuah motosikal
hamper melanggarnya. Dia berundur selangkah seraya mengelopak senyuman apabila
bersabung pandang dengan penunggang motosikal.
“Hah,anak muda! Awal-awal pagi lagi sudah di petak bendang?”
Nada Tuk Ketua tegas tetapi sebagaimana biasa berbaur kemesraan yang hangatdalam
suara yang seperti sengaja dikeraskan itu.
“Alhamdulillah, elok awal-awal,tuk.”
Alif membalas sambal merenung wajah orang penting di kampung itu yang berabju
Melayu, berkain pelekat dan berkopiah putih. Barangkali Tuk Ketua dari masjid selepas
berjemaah subuh. Hari limun benar. Pagi masih berasap embun.

(Dipetik daripada cerpen Menuai Emas, antologi Baik Budi,


Indah Bahasa, Tingkatan 2)

17 Mengapakah Alif berasa syukur?


a) Usaha ibunya mula berhasil c. Tuk Ketua menyokong usahanya
b) Sawahnya mula menguning d.Impian arwah ayahnya tercapai

18 Apakah maksud frasa bersabung pandang


a) Memantau c)saling melihat
b) Memerhatikan d)Berlawan tenaga
19 Apakah perwatakan utama Alif berpandukan petikan di atas?
a) Tabah c) Berbudi Bahasa
b) Berani d) Bertanggungjawab

20 Latar tempat yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut ialah


a) masjid c) anjung rumah
b) Tepi sawah d) halaman masjid

Bahagian B (Subjektif)

Arahan: Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah supaya menjadi satu ayat majmuk.

1. Nini melompat kegembiraan.


Nini dihadiahkan telefon pintar oleh ayah. 2 markah
……………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………….
2. Ayah sedang menonton televisyen.
Ayah sedang membaca surat khabar. 2 markah
………………………………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………………………………..
3. Cikgu Farah naik angin.
Murid-muridnya berbuat bising di dalam kelas. 2 markah
…………………………………………………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………………………………………
4. Pengetua membuat keputusan. 2 markah
Murid itu akan digantung persekolahan kerana masalah disiplin.
………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………
5. Tiang elektrik itu tumbang.
Tiang elektrik itu menghempap sebuah kereta. 2 markah
………………………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………………….

Arahan: Nyatakan pola ayat dasar di bawah ini sama ada Frasa Nama + Frasa Nama(FN+FN),
Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK), Frasa Nama + FrasaAdjektif (FN+FA),
Atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FS).

a) Program kebersihan sekolah itu dilancarkan pagi tadi.


…………………………………………………………………………………………………………………………
b) Buku-buku ini untuk adiknya di kampung.

…………………………………………………………………………………………………………………………
c) Puan Azilah pensyarah di Kolej Matrikulasi ini.
…………………………………………………………………………………………………………………………
d) Air sungai ini sangat sejuk dan nyaman.
………………………………………………………………………………………………………………………..
e) Syarikat itu menghasilkan produk makanan berasaskan tumbuhan.
………………………………………………………………………………………………………………………..
( 5 markah )
Arahan: Kenal pasti kesalahan ejaan dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang
disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Hari minggu yang lalu, kami pulang ke kampung di Kotabharu. Sebelum


Memulakan perjalanan, ayah meminta kami memakai tali-pinggang keledar.
Sepanjang perjalanan, ayah memandu kereta dengan hadlaju yang telah ditetapkan.
Selain itu, ayah juga sentiasa menjaga jarak kereta kami dalam keadaan yang selamat
dengan kenderaan di hadapan kami. Menurut ayah, semua pengguna jalan raya
haruslah bertanggung jawab akan keselamatan diri sendiri. Undang undang dan
peraturan jalan raya haruslah sentiasa dipatuhi.
1. ………………………………………………………………………………………………………………………….
2. ………………………………………………………………………………………………………………………….
3. ………………………………………………………………………………………………………………………….
4. ………………………………………………………………………………………………………..
5. ………………………………………………………………………………………………………..
(5 Markah)
Kertas 2
Arahan : Anda dikehendaki menjawab soalan di bawah.
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara
50 hingga 80 patah perkataan. (10 markah)

Aktiviti riadah bersama-sama keluarga - pada hujung minggu - nilai-nilai murni - dapat dipupuk
Ikatan kekeluargaan - lebih erat - berkongsi pandangan dan masalah - memahami antara satu-
sama lain - mengelakkan anak-anak daripada masalah sosial- masa lapang - diisi dengan aktiviti
yang menyeronokkan - meningkatkan tahap kesihatan - membentuk minda cerdas - mencegah

lebih baik daripada merawat - dijadikan rutin keluarga - membentuk keluarga bahagia

………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Anda mungkin juga menyukai