Anda di halaman 1dari 68

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/337459662

Radikalisme Melayu Mendepani Politik Malaysia

Book · February 2019

CITATIONS READS
0 33,301

1 author:

Ishak Saat
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
32 PUBLICATIONS 33 CITATIONS

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

WARISAN KEPIMPINAN DAN KETUANAN MELAYU View project

PEMUAMAFAKATAN POLITIK MALAYSIA 1945-2015 View project

All content following this page was uploaded by Ishak Saat on 23 November 2019.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


RADIKALISME MELAYU MENDEPANI POLITIK MALAYSIA

Profesor Dr Haji Ishak Saat


Jabatan Sejarah
Fakulti Sains Kemanusiaan
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstrak

Gerakan radikal Melayu mendepani politik Malaysia merupakan suatu pendekatan politik untuk
mencapai matlamat kemerdekaan. Dalam suasana Malaysia sebelum merdeka yang begitu
kondusif kedudukan penjajah British. Ditambah pula dengan keakraban hubungan mereka
dengan elit bangsawan. Muncul sebuah gerakan dengan pendekatan radikal berani menyanggah
penjajah. Kajian ini akan membuktikan keberkesanan perjuangan radikal Melayu dengan
membuat analisis terhadap sumber sejarah seperti dokumen British, fail dan laporan parti serta
temuramah mereka yang pernah terlibat bagi menguatkan hujah. Diakhirnya nanti satu
tanggapan dan pandangan baru boleh diberikan kepada golongan radikal Melayu agar jasa dan
sumbangan mereka diakui oleh Sejarah Malaysia. Malah perjuangan mereka dapat dinilai
dengan seadil-adilnya kerana merekalah pengerak awal perjuangan kemerdekaan Malaysia.

Kata Kunci: Nasionalisme, Radikal, Melayu, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan
Merdeka.

Pendahuluan
Radikalisme merupakan sebuah pendekatan politik yang lebih agresif menentang penindasan.
Menongkah arus menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan. Dalam suasana penjajah
British yang begitu kondusif menguasai kekayaan dan menjalankan gerakan pembaratan di
Tanah Melayu, muncul beberapa kumpulan anak muda berusaha membangkitkan kesedaran
perjuangan menentang penjajah. Gerakan kemerdekaan mula kedengaran awal abad ke-20 di
Tanah Melayu setelah disuarakan oleh golongan agama dan nasionalis Melayu hasil dari proses
pendidikan agama dan sekular yang mereka lalui. Mereka menuntut pembelaan terhadap nasib
bangsa Melayu yang ketinggalan dalam semua aspek kehidupan. Justeru itu, mereka bangkit
menyatakan ketidakadilan pentadbiran British di Tanah Melayu. Lantaran itu, kebangkitan ini
membuatkan British merasa tergugat dan akhirnya melabelkan kebangkitan rakyat ini didalangi
oleh golongan radikal.1

NOTA KAKI:
1
Ishak Saat. Radikalisme Melayu Perak 1945-1970. Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang. 2015. hlm.1-2.

1
Istilah Radikal
Istilah radikalisme berkait rapat dengan konsep negara dan perebutan kuasa. Ia berkembang
dalam zaman renaissance atau zaman pencerahan di dunia Barat.2 Malah akarnya sudah wujud
dalam zaman klasik melalui gerakan Messianisme dan Sophisme. Manakala di zaman
pertengahan khususnya di dunia Islam, terdapat golongan Khawarij dan Sufi Zuhud yang
ekstrim, Syiah Batiniyah melalui gerakan Assassins. Di England, golongan Yahudi Puritan dan
baron melancarkan kudeta dalam civil war tahun 1642-1649 dan Glorious Revolution tahun
1688.3 Perkara ini terjadi kerana timbul perasaan tidak puashati rakyat umum terhadap sistem
pemerintahan feudal yang semakin jauh terpesong dari prinsip kenegaraan dan tanggungjawab
golongan pemerintah terhadap rakyat bawahannya. Falsafah politik radikal yang ingin
diperjuangkan ialah untuk menegakkan keadilan dan membela nasib bangsa dari berterusan
ditindas. Ia lebih kepada satu perjuangan yang berasaskan pembelaan terhadap golongan yang
ditindas dan mahukan satu perubahan secara drastik khususnya perubahan politik, sosial dan
ekonomi sesebuah bangsa.

Pemerintahan feudal pada abad pertengahan semakin mencengkam dan menindas


masyarakat serta leka dengan kemewahan dan lupa kepada tanggungjawab untuk membela
kedaulatan negara dan menjaga kebajikan rakyat sendiri. Kesannya penindasan berleluasa dan
pihak gereja ortodok di Barat tidak muncul sebagai pembela.4 Jelasnya, ia meletakkan kekuasaan
golongan agama di tempat teratas iaitu penguasaan gereja dan agama Kristian dalam
pemerintahan. Campuraduk unsur keagamaan ini menghilangkan kredibiliti golongan
pemerintah. Kenyataan ini membuatkan timbulnya perasaan tidak puas hati dalam kalangan ahli
falsafah Barat. Lantaran itu, muncul beberapa pandangan dan pemikiran baru tentang konsep
pemerintahan dan kenegaraan, demi untuk menggantikan pemerintahan feudal yang jauh
tersimpang. Ia juga bertujuan untuk mewujudkan sebuah penghidupan baru dalam ertikata
membentuk sebuah masyarakat serba baru yang lebih ideal.

2
K. Ramanathan. Asas Sains Politik. Fajar Bakti. Petaling Jaya. 1978. hlm. 10.
3
L. Laeyendeckar. Tata, Perubahan dan Ketimpangan Suatu Pengantar Sejarah Sosiologi. PT Gramedia.
Jakarta 183. hlm. 65-66. Lihat juga Qasim Ahmad. Revolusi Industri Pertama, Sejarah Permasalahan Sosioekonomi
dan Politik. Universiti Malaysia Sabah. Kota Kinabalu. 1999. hlm. 4-5.
4
Douglas J. Potter, Benthamism Dedicated to the Sacred Heart of Jesus Christ the Catholic Encyclopedia,
Volume II, Copyright © 1907 by Robert Appleton Company, Online Edition Copyright ©1999, email: by Kevin
Knight Imprimatur, John M. Farley. Archbishop of New York. hlm.1.

2
Radikalisme Melayu
Unsur radikal ini terdapat di dalam pelbagai bentuk dan golongan masyarakat. 5 Dalam konteks
Tanah Melayu, radikalisme Melayu lebih menggambarkan perjuangan menentang British dan
menuntut kemerdekaan. Malah punca dan tempat kewujudan unsur ini berasaskan kepada
pelbagai faktor yang menyumbang ke arah itu. Catatan sejarah menyebutkan bahawa gerakan ini
dipelopori oleh tokoh pejuang kebangsaan dan kemerdekaan yang menuntut pemerintahan
sendiri secara total daripada pihak penjajah. Malah sejak Tanah Melayu mulai dijajah oleh
Portugis dan Belanda lagi sudah rancak gerakan anti penjajahan tercetus.6 Mereka membawa
pelbagai fahaman seperti Islam, nasionalisme, sosialisme dan komunisme serta memilih jalan
tidak bekerjasama dengan pemerintah British. Sungguhpun mereka tergolong dalam golongan
radikal atau golongan bahaya menurut kriteria pihak penjajah, namun hasrat mereka ini
menyamai hasrat sebahagian bangsa Melayu waktu itu yang bencikan penjajah dan inginkan
kemerdekaan. Di Tanah Melayu kepelbagaian aliran radikal boleh dilihat melalui aliran
radikalisme Islam, kebangsaan, sosialis dan komunis. Kewujudan aliran radikalisme ini
dipengaruhi oleh banyak faktor. Ia berkembang secara tersusun melalui kepelbagaian strategi dan
pendekatan yang digunapakai oleh pendukungnya.7

Latar belakang Kebangkitan Orang Melayu


Kehadiran British bukan sahaja menjajah tetapi turut mengubah sistem kehidupan dan aliran
pemikiran masyarakat Melayu. Dari sistem pentadbiran, kemudian sistem politik, ekonomi,
sosial, budaya dan juga pendidikan. Proses ini berlaku secara evolusi. Bermula dengan
penaklukan terhadap Pulau Pinang tahun 1786, diikuti pengambilalihan Melaka dari Belanda
tahun 1795 dan Singapura tahun 1819. Kemudiannya ketiga-tiga negeri ini dikenali sebagai
Negeri-negeri Selat tahun 1824. Termenterainya Perjanjian London 1824, yang juga dikenali
dengan nama Perjanjian Nethealand 1824 dan turut dikenali dengan nama Perjanjian Inggeris
Belanda 1824. Impaknya, pengaruh British mulai bertapak dan berkembang di Semenanjung
Tanah Melayu. Kedatangan bangsa Eropah seperti Portugis, Belanda dan British adalah
penyebab langsung yang meninggalkan kesan terhadap budaya pemikiran masyarakat Melayu.

5
William R. Roff. The Origins of Malay Nationalism, Oxford University Press. Kuala Lumpur. 1994. hlm.
211.
6
Abdul Rahman Haji Abdullah. Gerakan Anti Penjajahan di Malaysia 1511-1950. Pengaruh Agama dan
Tarikat. Penerbitan Kintan. Kuala Lumpur. 1994. hlm. 34-35 dan 82-85.
7
Ishak Saat. Radikalisme Melayu Perak 1945-1970. hlm.130.

3
Penguasaan imperialis ini melunturkan kuasa raja yang sekian lama menjadi pusat politik
Melayu. Dalam konteks pentadbiran Malay Protected States umpamanya kuasa unggul raja
dihakis apabila keadaan ‘memaksa’ Raja-raja Melayu menerima nasihat daripada orang asing
dan kuasa mereka dibataskan oleh kuasa residen.8 Keadaan yang berlanjutan ini, akhirnya turut
mempengaruhi minda orang Melayu kemudiannya.

Penjajahan Barat selama 446 tahun (1511-1957), sedikit sebanyak mempengaruhi proses
integrasi dan asimilasi budaya Barat dalam kehidupan masyarakat Melayu. Dengan yang
demikian ciri-ciri budaya asing diterapkan menjadi sebahagian dari budaya tempatan. Sebagai
contoh, sistem pemerintahan yang akhirnya memaksa raja-raja menyerahkan kuasa kepada pihak
asing dan kemudiannya pihak rakyat pula menerima kuasa tersebut daripada pihak asing.
Tranformasi kuasa raja ini tidak berlaku secara terus tetapi terpaksa melalui proses diintegrasi
dan diasimilasikan melalui proses pembaratan. Akhirnya bukan sahaja kuasa raja dihadkan tetapi
melahirkan sebuah sistem pemerintahan berkonsepkan perkongsian kuasa dengan kaum imigran
di Tanah Melayu. Kehadiran penjajah British mewujudkan budaya pemikiran baru dalam
struktur politik Melayu waktu itu.9

Beberapa tahun kemudian berlaku satu proses tranformasi kuasa raja ke politik kuasa
rakyat. Rakyat Melayu diajar berpolitik melalui sistem kepartian dan sistem perkongsian kuasa
serta pengenalan kepada Sistem Raja Berperlembagaan.10 Tiga prinsip utama yang ditekankan.
Pertama, masyarakat dididik untuk pemahaman konsep politik, organisasi dan sistem
kepercayaan Melayu peringkat awal. Kedua, pertembungan antara feudalisme dengan
kolonialisme. Ketiga, bagaimana pertembungan tersebut menghasilkan sistem bercorak negara-
bangsa (nation-state) serta proses demokrasi di mana kedaulatan Raja bertukar menjadi
kedaulatan rakyat yang lebih bersifat nasional.

8
Mahadzir Mohd. Khir. “Proses Tranformasi Politik Malaysia : Dari Raja ke Rakyat”, dlm. Norazit Selat.
Hashim Awang dan Nor Hisham Osman(ed). Meniti Zaman : Masyarakat Melayu Antara Tradisi dan Moden.
Akademi Pengajian Melayu. Universiti Malaya. Kuala Lumpur. 1997. hlm.5-6.
9
Oong Hak Ching, “Nasionalisme Melayu dan nasionalisme Cina: Konflik dan kerjasama”, Kertas kerja ini
dibentangkan dalam International Seminar on Chinese Scholarship in The Malay World Studies: A Reevaluation of
a Scholarly Tradition, 16-17 September 2002. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. hlm. 1-2.
10
Ishak Saat. Tranfomasi Politik Melayu: Dari Raja Ke Rakyat Dalam Peradaban Melayu. dlm. Prosiding
Himpunan Ilmuwan Warisan dan Peradaban Melayu, Sekolah Pengajian Warisan dan Peradaban, Universiti Islam
Malaysia (UIM), Cyberjaya, Selangor pada 8-9 November 2017. hlm. 17.

4
Pemusatan kuasa British dan kehilangan kuasa raja turut memberi impak kepada sistem
pemerintahan tradisional. Kesannya rosak sistem pentadbiran kerajaan Melayu tradisional.
Lantaran itulah kebangkitan orang Melayu menentang penjajah sudah bermula sejak kebangkitan
Dol Said di daerah Naning, tahun 1831. Kemudian penentangan Dato Maharajalela pembesar
Melayu Perak di Kampung Pasir Salak tahun 1874, diikuti kebangkitan Dato Bahaman tahun
1891 di Kuala Semantan, Tok Gajah tahun 1892 dan Mat Kilau tahun 1894 di Jerantut, Pahang.
Bibit-bibit kebangkitan rakyat turut merebak di Pasir Putih, Kelantan tahun 1915 yang dipimpin
oleh Haji Mat Hasan bin Panglima Munas (lebih dikenali sebagai Tok Janggut). Seterusnya
perjuangan Haji Abdul Rahman Limbong di Kuala Berang, Terenganu tahun 1920-an. Tuduhan
terhadap mereka hanyalah sebagai perjuangan peribadi kerana kehilangan punca pendapatan.
Namun sebenarnya dasar pecah perintah penjajah iaitu memisahkan urusan pemerintahan dengan
urusan agama Islam. Campurtangan secara langsung British terhadap sistem kesultanan Melayu
dengan menghadkan kuasa sultan hanya dalam urusan agama Islam dan adat Melayu semata-
mata. Secara langsung merampas kuasa mengutip cukai pembesar-pembesar Melayu. Ini bukan
sahaja menghilangkan punca pendapatan tetapi merosakkan sistem pemerintahan tradisional
Melayu. Lantaran itu, pembesar Melayu bangkit menentang rampasan kuasa percukaian ini.
Namun untuk mewajarkan tindakan penjajah British maka semua pembesar yang bangkit
menentang dilabelkan sebagai penderhaka kepada sultan kerana menentang British yang
dikatakan menjaga kepentingan sultan. Rata-rata antara pembesar ini merupakan para ulama
Islam yang melihat penjajah British di Alam Melayu merupakan satu pencabulan kuasa
pemerintahan kesultanan Melayu. Pertembungan Islam dengan kuasa penjajah Kristian di Alam
Melayu tidak dapat dielakkan kerana bersandarkan kepada sejarah awal pemtembungan Islam
dengan dunia Kristian rentetan dari sejarah Perang Salib.

Kebangkitan Kaum Muda


Melalui institusi agama seperti sekolah pondok dan madrasah, penyebaran Islam semakin
meluas. Di institusi pondok lahir pelbagai aliran pemikiran orang Melayu terhadap Islam.
Peranan dan semangat Kaum Muda juga lahir waktu itu. Kaum Muda lahir daripada kesedaran
terhadap perjuangan Islam dari Timur Tengah.

5
Kaum Muda merupakan kesan daripada pengaruh gerakan Ikhwanul Muslimin di
Kaherah, Mesir. Mereka berusaha mengajak dan mengkaderkan penuntut Melayu Islam agar
sama-sama bangkit menentang penjajah Barat. Justeru itu, pengkaderan para penyokong
Ikhwanul Muslimin dilakukan kepada semua penuntut yang cenderung kepada perjuangan
menentang penjajah. Mereka pulang bukan sahaja dengan kelulusan ijazah tetapi membawa
semangat perjuangan Islam untuk disebarkan kepada masyarakat Melayu di Tanah Melayu.
Waktu itu di Timur Tengah khususnya Mesir juga dijajah oleh British yang sedang berhadapan
dengan Ikhwanul Muslimin. Ikhwanul Muslimin merancang, menyusun dan mengkaderkan para
pejuang Islam untuk menentang penjajahan British. Malah semangat ini turut disebarluas ke
seluruh pelusuk dunia melalui proses pengkaderan tadi. Bermula dengan gerakan Pan-Islamisme
dan Reformis Islam di Timur Tengah serta seterusnya berkembang ke Nusantara, Tanah Melayu
turut menerima pengaruh tersebut. 11

Berdasarkan perjuangan pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin, Hassan Al-Banna, Kaum


Muda sedar dan memahami betapa pentingnya amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul
demi untuk memberikan kesedaran, menunjuk arah dan memimpin masyarakat Melayu kembali
ke landasan yang sebenar seperti yang dituntut oleh ajaran Islam yang bersifat syumul. Malah
mereka turut berjuang untuk menghapuskan amalan khurafat yang berleluasa dalam kalangan
masyarakat Melayu. Namun waktu itu terdapat golongan ulama tradisional yang mendapat
tempat dalam kalangan masyarakat Melayu, dikenali sebagai Kaum Tua. Usaha mereka ini
akhirnya mendapat tentangan daripada Kaum Tua yang sudah selesa dengan cara hidup yang
sedia ada.12 Waktu itu pegangan agama dalam kalangan masyarakat Melayu sekadar adat sahaja.
Malah amalan Islam semakin menjadi sebuah upacara agama yang bersifat adat budaya, bukan
lagi sebuah agama yang bersifat universal dan syumul. Kaum Muda sedar bahawa terdapat
beberapa faktor yang membantutkan pemikiran dan kemajuan bangsa Melayu. Antaranya:

1. Kurangnya pemahaman tentang ajaran Islam yang sebenar sebagaimana yang dituntut
oleh Al Quran dan Hadis.

11
CO537/3751/136798 Pan Islamic Movement, hlm. 45-47.
12
Mohammad Redzuan Othman, Islam dan Masyarakat Melayu, Penerbitan Universiti Malaya. Kuala
Lumpur. 2005. hlm. xiv, xv, 113-114, 144 dan 165.

6
2. Peranan guru agama dan Imam yang tidak menyampaikan ajaran dan menunjukkan
kepimpinan yang sewajarnya dalam masyarakat.

3. Gejala adat istiadat Melayu yang masih terikat dengan amalan-amalan berunsur agama
Hindu.

4. Peranan penjajah British dengan kerjasama kaum imigran yang memeras sektor ekonomi
negara.

5. Sikap bangsa Melayu yang berpuas hati dengan kehidupan sekadarnya. 13

Faktor inilah menyebabkan Kaum Muda bertindak lebih agresif dalam melakukan perubahan
untuk memberi kesedaran dalam kalangan orang Melayu.

Situasi ini membawa kepada tindakan mendirikan madrasah moden bagi menggantikan
peranan institusi pondok mula dilakukan oleh pendukung Kaum Muda. Ia bertujuan
mengsistematikkan proses pembelajaran di institusi agama yang mendominasi sistem pendidikan
masyarakat Melayu waktu itu. Melalui institusi madrasah pendidikan didasarkan kepada konsep
yang secara relatifnya moden jika dibandingkan dengan institusi pondok. Pengajaran di
madrasah tidak dalam bentuk halaqah, sebaliknya dibuat dalam kelas yang disediakan dengan
jadual waktu tetap. Mata pelajaran yang diajar pula tidak terbatas kepada pelajaran agama
semata-mata, tetapi turut diajar ilmu duniawi seperti Matematik, Mantiq dan Ilmu Alam. Model
pembelajaran di madrasah-madrasah ini lebih mirip kepada model pembelajaran madrasah dari
Mesir. Ini terjadi kerana para ulama yang belajar di Mesir membawa pulang sistem pembelajaran
dari sana.14 Pengajaran di madrasah lebih kepada pengisian keperluan semasa dan mirip kepada
pendidikan sekolah vernakular yang diperkenalkan oleh penjajah British. Ia juga bertujuan agar
orang Melayu sedar dan dapat melihat perubahan secara tidak seimbang yang sedang melanda
Tanah Melayu ketika itu. Lantaran itu, Kaum Muda mula memberikan pelbagai pandangan baru
yang akhirnya mengundang perbalahan dengan Kaum Tua. Pandangan Kaum Muda ini
menimbulkan pelbagai reaksi buruk dalam kalangan rakyat yang terikut-ikut dengan cara ulama
tradisional sehingga mereka mengatakan bahawa Kaum Muda membawa fahaman sesat, sebagai

13
Abdul Halim Mahmud. 2003. “Orang Melayu Sebelum Merdeka: Satu Tinjauan”, dlm. Malaysia Dari Segi
Sejarah. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia. hlm. 58.
14
Abu Hanifah Haris. Pengaruh Mesir dalam Masyarakat Melayu, 1906-1970. Tesis PhD. Jabatan Sejarah.
Universiti Malaysa, Kuala Lumpur. 2013. hlm. 45.

7
contoh pertembungan antara mereka boleh dilihat dalam peristiwa percanggahan pendapat
tentang isu berkata-kata ketika khatib sedang berkhutbah. Keberanian Kaum Muda menyanggah
pendapat Kaum Tua dilihat sebagai kebangkitan Kaum Muda dalam masyarakat Melayu. Pihak
penjajah dan golongan aristokrat Melayu tidak bersetuju dengan tindakan Kaum Muda kerana
mereka cuba menyedarkan orang Melayu tentang betapa bahayanya agama jika dipisahkan
dengan kegiatan politik dan juga ekonomi.15 Pertembungan pemikiran dan penafsiran amalan
agama dalam masyarakat Melayu, membuatkan terbentuknya suatu era kegawatan antara
pemikiran tradisi dan pemikiran reformis Islam. Keutuhan dan pertapakan kukuh pemikiran
Kaum Tua di Tanah Melayu membuatkan Kaum Muda sukar diterima umum. Situasi ini
menyebabkan perjalanan Kaum Muda di Tanah Melayu melalui laluan yang agak sukar.

Secara ringkasnya, bermula dengan semangat yang dipelopori oleh Kaum Muda dan
Kesatuan Melayu Muda sekitar tahun 1920-an dan 1930-an, gerakan ini berjaya membangkitkan
semangat menentang penjajah British. Usaha mereka ini berjaya membangkitkan gerakan Islam
yang berbau politik di Tanah Melayu khususnya di Perak, contohnya lahir Hizbul Muslimin
diasaskan oleh Ustaz Abu Bakar Al Baqir di Maahad Il Ihya As-Sharif, Gunong Semanggol,
Perak. Dalam masa yang sama Maahad Il Ihya As-Sharif, juga merupakan madrasah Kaum
Muda, berjaya melahirkan ramai tokoh politik radikal, antara mereka ialah Tuan Haji Ahmad
Fuad bin Hassan, Ustaz Othman Hamzah dan juga Ustaz Baharuddin Latif. Peranan pendidik di
madrasah tersebut diperkuatkan oleh kehadiran para pendidik yang datang dari “tanah seberang”
khususnya Sumatera.16

Kedatangan mereka dari “tanah seberang” ke Tanah Melayu ini antara lain untuk
mengembangkan pengaruh mereka serta melarikan diri daripada dikenakan tindakan oleh pihak
berkuasa Belanda di Indonesia kerana terlibat secara langsung dalam kegiatan menentang
penjajah di Indonesia. Mereka ini bila berada di bumi Semenanjung Tanah Melayu turut
memainkan peranan meniupkan semangat anti British. Antara mereka ialah Tuan Haji Latif Zaki,
Haji Yunus Medan dan Ustaz Abrab Tarmimi. Mereka ini banyak membantu pergerakan yang

15
Mahayuddin Haji Yahaya, Islam di Alam Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. 2001. hlm.
197-198.
16
Khazin Mohd. Tamrin, “Tradisi Merantau: Perlunya Diberi Perhatian Dalam Kajian dan Penulisan Sejarah
Malaysia” dlm. Badriyah Salleh dan Tan Liok Ee, Alam Pensejarahan : Dari Pelbagai Perspektif, Dewan Bahasa
dan Pustaka. Kuala Lumpur. 1997. hlm. 218.

8
berpusat di Gunong Semanggol, Perak. Begitu juga ulama Syeikh Junid Thala yang melarikan
diri daripada ditangkap penjajah Belanda berhijrah ke Padang Rengas, Perak. Di Padang Rengas
beliau mendirikan Madrasah Diniyah, di Kampung Lalang. Madrasah ini juga terlibat sebagai
pusat gerakan menentang Britsh. Beliau berkerjasama dengan pergerakan anti British seperti
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan
Wanita Sedar (AWAS).17

Dalam masa yang sama dasar British dilaksanakan di Tanah Melayu berjaya
menjumudkan pemikiran, melemahkan ekonomi, politik, sosial serta pendidikan bangsa Melayu.
Keadaan ini menyebabkan institusi sultan dan pembesar menjadi boneka sahaja. Sultan-sultan
yang dilayan dengan baik oleh British, sebenarnya British mempunyai muslihat untuk melekakan
mereka.18

Situasi ini menjelaskan bahawa sistem politik sudah dikuasai sepenuhnya oleh
pentadbiran British. Namun bagi mengaburi dan menghalalkan muslihat mereka, kerabat diraja
dan anak-anak kaum bangsawan diberikan peluang dan kedudukan istimewa. Mereka berikan
keutamaan untuk mendapatkan pendidikan Inggeris, sama ada di dalam mahupun luar negara.
Dalam negara sekolah khas diwujudkan bagi persekolahan anak-anak bangsawan. Kemudian
mereka boleh menyambung pelajaran ke luar negara seperti ke Britain. Perkara ini dilakukan
oleh British demi kesinambungan pemikiran dan pemerintahan ala Barat berkekalan di Tanah
Melayu. Di samping pengenalan dasar pendidikan seperti ini, pihak British juga
memperkenalkan asas sistem raja berperlembagaan di Tanah Melayu. Akal budi bangsa Melayu
tercorak bersesuaian dengan proses pembaratan. Dasar British berjaya melahirkan golongan elit
Melayu sesuai dengan acuan penjajah dan seterusnya berjaya mengekalkan institusi kesultanan
dan pembesar sebagai sebuah institusi yang hanya tinggal pada namanya sahaja.19

Melalui strategi ini penjajah British berjaya mengekang kesedaran berpolitik dalam
kalangan sultan dan para pembesar Melayu. Dasar ini berlanjutan puluhan tahun, hidup terleka

17
Wan Mohd. Shaghir Abdullah. ”Syeikh Junid Thala, Ulama Terkenal di Mandailing dan Perak.” dlm.
Utusan Malaysia, 4 September 2006, hlm. 18-19.
18
Mahayudin Haji Yahaya, Islam di Alam Melayu. hlm. 199.
19
Mohd. Isa Othman. Sejarah Malaysia 1800-1963. Kuala Lumpur. Utusan Publications. 2002. hlm. 229.

9
dengan kesenangan dan kemewahan yang disogokkan oleh penjajah sehinggakan bangsa Melayu
menderita tanpa pembelaan. Dr. Burhanuddin menegaskan; ”Orang ramai Melayu telah dapat
merasakan bagaimana nasib mereka terbiar, perhubungan mereka dengan raja-raja, dengan
negeri telah renggang daripada makna yang sebenarnya.” 20

Bagi golongan bangsawan pula mereka lebih selesa dan menentang segala bentuk
penentangan terhadap pihak British kerana turut mendapat layanan yang istimewa. Bagi mereka
orang Melayu sudahpun mendapat layanan istimewa seperti hak istimewa dan pengekalan
kawasan pertempatan seperti tanah rizab Melayu dari era pemerintah British. Kenyataan ini
pernah ditegaskan oleh Raja Abdul Aziz, Raja Muda Perak di Majlis Jamuan Teh anjuran
Persatuan Melayu Perak sempena penganugerahan pingat oleh Ratu Inggeris tahun 1937.21 Maka
segala bentuk penentangan terhadap British sukar mendapat restu daripada para sultan dan
golongan bangsawan. Bagi memperkukuhkan cengkaman dan kedudukan penjajah di Tanah
Melayu, orang Melayu dibiarkan dalam keadaan sedia ada. Masyarakat Melayu tidak
dibangunkan sepenuhnya, malah dibiarkan kekal sebagai golongan petani yang serba ketinggalan
dalam semua aspek kehidupan. Pentadbiran British membiarkan bangsa Melayu kekal sebagai
petani, nelayan dan peniaga kecil di kampung. Kemudian bagi jawatan penting dalam
pentadbiran British di Tanah Melayu hanya dibuka kepada segelintir elit Melayu yang
berpendidikan Barat sahaja. Lantaran itu, timbul perasaan tidak puas hati dalam kalangan orang
Melayu. Bagi mereka yang berpendidikan Islam atau Timur Tengah pula mewujudkan hubungan
dengan pelbagai pertubuhan dan pergerakan Islam yang lain. Mereka ini tidak bergantung harap
kepada penjajah. Namun mereka juga mempersoalkan kenapa terdapat layanan ”Double
Standart’ terhadap golongan berpendidikan Islam. 22

Justeru itu, mereka yang berpendidikan Islam sering berhubung dengan pergerakan Islam
yang lain sama ada di dalam negara mahupun di luar negara. Atas nama Islam maka perjuangan
menentang penjajah melangkau sempadan sesuatu negara. Maka wujud hubungan Gerakan
20
Burhanuddin Al Helmy. Perjuangan Kita, Parti Kebangsaan Melayu Malaya. Singapore. 1946. hlm. 8.
21
Maymon Arif, “Kegiatan Politik Melayu Tahun 1930an”, dlm. Jurnal Jebat, Jabatan Sejarah, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi, 1973, hlm. 45. Baginda memberikan ucapan dalam Majlis Jamuan Teh sempena
menerima anugerah bintang kebesaran, dianugerahkan oleh Raja Inggeris. Dianjurkan oleh Persatuan Melayu Perak
(PMP) pada tahun 1937. Ucapan ini diberikan sebagai sindiran sinis baginda terhadap pemimpin PMP yang tidak
membuka keanggotaan PMP kepada golongan bangsawan dan istana.
22
CO 537/6016 –SECRET. Anti British Propaganda Amoug Malay Pilgrimage at the Hejaz.

10
Melayu Patani Raya (GEMPAR) dengan Maahad Il Ihya As-Sharif dan juga Hizbul Muslimin,
saling bekerjasama sama ada dalam Persidangan Majlis Agama Tinggi SeMalaya (MATA)
mahupun dalam perjuangan membela golongan Melayu Patani yang ditindas kerajaan
Thailand.23 Tuan Guru Haji Sulong yang memimpin perjuangan Melayu Patani berkerja keras
meniupkan semangat perjuangan menentang kezaliman kerajaan Thai melalui pertubuhan
Semangat Patani.24 Perjuangan ini selaras dengan tuntutan perjuangan MATA yang
diperjuangkan oleh Hizbul Muslimin. Keselarasan tuntutan perjuangan pertubuhan Semangat
Patani ini boleh dilihat melalui resolusi yang diperjuangkan khususnya perkara 8 dan 9 resolusi
tersebut:

viii. Membantah tindakan kerajaan melarang politik dalam sekolah-sekolah.

ix. Meminta kerajaan menghapuskan undang-undang “bahagian 9” dalam


Undang-undang Islam 1904 (Negeri-negeri Melayu Bersekutu) yang
masih dipakai iaitu perkara kerajaan mengeluarkan “tauliah” untuk
mereka yang akan mengajar agama.25

Resolusi ini mempunyai persamaan dari segi matlamat perjuangan membela bangsa Melayu
Islam yang ketinggalan dalam semua segi seperti politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan juga
memartabatkan Bahasa Melayu. Namun perjuangan mereka menemui kegagalan apabila pihak
kerajaan Thai tidak memberikan reaksi positif tetapi sebaliknya bertindak agresif dengan
menuduh pertubuhan Semangat Patani di bawah kepimpinan Haji Sulong sebagai anti-Thai.
Lantaran itu, Tuan Guru Haji Sulong ditangkap dan dipenjarakan pada 16 Januari 1948.26
Penangkapan ini menjadi pemangkin tercetusnya pemberontakan di Dusun Nyior pada 26 April
1948. Ekoran daripada peristiwa berdarah ini membuatkan lebih ramai golongan Melayu Patani
berhijrah ke utara Semenanjung Tanah Melayu.27 Penghijrahan ini memperkuatkan lagi
masyarakat Melayu Patani di kawasan utara dalam gerakan menentang British.

23
Nabir Haji Abdullah, Maahad Il Ihya As-Sharif Gunong Semanggol 1934-1969. Universiti Kebangsaan
Malayisa. Bangi. 1976. hlm. 142-144.
24
CO537/3751/136798 Patani Affiars.
25
Utusan Melayu, 7 September 1947, hlm. 2 dan 2 Disember 1947, hlm. 2.
26
CO537/3751/136798 Patani Affiars, hlm. 62.
27
Mohd. Zamberi A. Malek, Patani Dalam Tamadun Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
1994. hlm. 254.

11
Sultan Idris Trainings Collage (SITC)
Segalanya bermula di sini. Kebangkitan rakyat. Sultan Idris Training College (SITIC) namanya
terbilang dan menjadi sebutan bagi mereka yang mengkaji episod perjuangan kemerdekaan
Tanah Melayu. Di sini segalanya bermula, SITC merupakan sebuah institusi pendidikan yang
tertinggi bagi bangsa Melayu dan terpenting sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
SITC memberi impak besar terhadap perkembangan kesedaran bangsa Melayu. Institusi
pendidikan ini merupakan gedung pengumpulan dan pembinaan ilmu dalam kalangan
masyarakat Melayu di Tanah Melayu. Lantaran itu, SITC tumbuh subur berdasarkan
perkembangan semasa yang sedang melanda masyarakat, negara dan dunia amnya.
Kemunculannya turut mencorakkan kebangkitan dan kesedaran tentang kepentingan
kemerdekaan dan menyemarakkan lagi api kebencian terhadap British. Seiring dengan peranan
institusi pendidikan agama di Tanah Melayu. Perkembangan bidang pendidikan ini berjaya
menimbulkan semangat kebangsaan dan membangkitkan kesedaran rakyat di Tanah Melayu
umumnya dan di negeri Perak khasnya. Kesedaran selalunya terhasil daripada pembinaan ilmu
yang bermula dengan strategi mencelikhurufkan masyarakat. 28 Strategi ini seterusnya
membolehkan masyarakat Melayu memahami isu semasa yang sedang melanda dunia.
Seterusnya dapat memahami masalah yang dihadapi oleh bangsa Melayu sama ada yang bersifat
setempat mahupun bersifat nasional. Era abad ke-20 merupakan zaman peralihan kesedaran
masyarakat dalam soal politik dan kebajikan pribumi di seluruh Asia Tenggara. Perkembangan
semasa ini turut mewarnai fenomena perjuangan politik dan pembelaan kebajikan masyarakat
Melayu di Tanah Melayu. Bidang pendidikan merupakan ajen perubahan sosial dan masyarakat
yang tidak boleh dinafikan kepentingan dan keberkesanannya terutama dalam persoalan
membangkitkan kesedaran bangsa. Hal yang demikian ini membawa kepada sebuah anjakan
paradigma masyarakat Melayu waktu itu.

Namun, cadangan berkaitan dengan pelajaran orang Melayu yang terkandung dalam
Laporan R. O Winstedt memperlihatkan dasar pendidikan penjajah yang sempit. Sekolah Melayu
hanya diberi peluang untuk pelajaran peringkat rendah sahaja dan tidak lebih dari itu. Bahasa
Inggeris yang diajarkan hanyalah untuk kepentingan British yang antara tujuan lain untuk

28
Ishak Saat. Politik & Masyarakat Melayu Perak. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Batu Pahat. 2012.
hlm. 70.

12
menyediakan guru bahasa Inggeris di sekolah Melayu sahaja. Lantaran itu, cadangan dalam
laporan R. O Winstedt mengenai bahasa Inggeris tidak diterima. Kenyataan Pengarah Pelajaran
Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu terkandung dalam Laporan Tahunan
Pelajaran 1922. Laporan ini juga menegaskan supaya menghadkan kursus bagi sekolah Melayu
kepada empat tahun sahaja dari enam tahun sebelumnya. Pelajaran Al-Quran dicadangkan untuk
dikeluarkan daripada bidang pelajaran Melayu dan pelajaran Perkebunan serta Anyaman
disyorkan supaya dimasukkan sebagai salah satu pelajaran. Kemasukan mata pelajaran
Perkebunan dan Pertanian serta pelajaran Anyaman dan Sirat menyirat bersesuaian matlamat
laporan tersebut bagi meletakkan orang Melayu pada tempat asalnya seperti nelayan dan petani.

Namun pelajaran Sejarah di SITC pula berjaya menyumbang terhadap kebangkitan


semangat nasionalisme dan menjadi pemangkin perjuangan rakyat. Guru sejarah SITC seperti O.
T. Dussek, Abdul Hadi Abdul Manan dan Harun Aminurashid berjaya membangkitkan semangat
kesedaran dalam kalangan penuntut. Bahan bacaan dari Indonesia dan Timur Tengah
menyemarakkan lagi semangat nasionalisme sekitar 1930-an dan 1940-an di SITC. Kebangkitan
ini merebak dengan pantas ke seluruh Tanah Melayu. Maka lahirlah beberapa pertubuhan politik
seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) tahun 1938 dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya
(PKMM) tahun 1945.

Senario ini membangkitkan ramai nasionalis Melayu yang menterjemahkan semangat


perjuangan melalui penulisan sastera. Antara mereka ialah Ibrahim Yaakob (IBHY), Muhammad
Yassin Maamor (Pungguk), Ahmad Abdul Samad (Mawarni A.S), Abdul Ghani Ishak (Aishak
Norida), Tubagus Abdullah (Anas K. Hadimaja), Harun Aminurrashid (Atma Jiwa),
Kamaruzzaman Abd Kadir (Dharmajaya), Awang Ahmad Saad (Halim Anwar), Ahmad Kamal
(Kemala) dan ramai lagi. Tema dan persoalan yang diutarakan kebanyakkan membicarakan
persoalan nasib bangsa Melayu yang jauh ketinggalan dalam semua aspek kehidupan. Umpama
orang Melayu melukut di tepi gantang, merempat di bumi sendiri. Justeru itu, tema dan persoalan
yang diutarakan menekankan tentang kepentingan dan kesedaran agar orang Melayu bangkit
membela nasib sendiri. Malah mengajak orang Melayu bersatu untuk menentang penjajah yang
menganaktirikan orang Melayu.

13
Pelajar SITC 1929
Sumber: Koleksi Peribadi

Kewujudan SITC dan kemudiannya Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) amat penting
dalam sejarah Tanah Melayu. Ia memberikan banyak impak ke atas perjuangan menuntut
kemerdekaan. Gedung ilmu ini melahirkan ramai tokoh politik Melayu yang dilabelkan radikal.
Malah sumbangan dan peranan institusi ini dalam melahirkan pejuang politik Melayu bagi
mengisi arus perdana kemerdekaan tidak dapat dinafikan. SITC/MPSI serta disokong oleh
beberapa institusi pendidikan yang lebih kecil berjaya membangkitkan kesedaran secara
seimbang dan serentak di seluruh negara. Kewujudan gedung ilmu ini amat bermakna dalam
mencorakkan arus perdana politik, sama ada bagi negeri Perak khususnya, mahupun Tanah
Melayu umumnya. Ekoran kesedaran yang timbul ini, bermulanya sejarah perjuangan orang
Melayu dalam bentuk organisasi sosial dan pergerakan politik di Tanah Melayu. Kelahiran
institusi pendidikan bukan sahaja memberikan pendidikan semata-mata, tetapi turut terlibat
secara langsung dalam perjuangan membela nasib bangsa Melayu. Ketika era SITC, lahirnya
Pertubuhan Ikatan Pemuda Pelajar dan Ikatan Semenanjung Borneo yang ditubuhkan pada tahun
1929. Lanjutan daripada pertubuhan tersebut akhirnya lahir Kesatuan Melayu Muda (KMM)
pada tahun 1938. Fakta ini turut membuktikan bahawa idea dan semangat perjuangan Kesatuan
29
Melayu Muda yang dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakub (IHYB) merupakan sebuah ilham
yang tercetus di SITC sejak dari tahun 1929 lagi. KMM turut diperkuatkan lagi dengan

29
Bagi menyokong hujah tentang Ibrahim Haji Yaakob (IBHY), penyelidik menyelusuri perjuangan beliau di
Indonesia tahun 2008. Setelah Perang Dunia Kedua (PDII), beliau atas nasihat Jepun telah berhijrah ke Jakarta,
Indonesia dan menyertai perjuangan Ir Soekarno dalam Parti Nasionalis Indonesia (PNI) serta Tentera Nasioanlis
Indonesia (TNI) sehingga mencapai pangkat Kolonel. Era kemerdekaan Repablik Indonesia beliau memilih untuk
menjadi warganegara Indoinesia dan menceburkan diri dalam politik serta perniagaan. Beliau kembali ke
rahmatullah pada tahun 1979 dan disemadikan di Makam Pahlawan Kalibata, Jakarta, Indonesia.

14
kehadiran tokoh politik Melayu seperti Onan Haji Siraj, Abdul Karim Rashid,30 Haji Othman
Abdullah, Hassan Manan dan Isa Mohd. bin Mahmud, mereka ini merupakan lulusan dari SITC.

Peranan SITC/MPSI, dalam usaha menaikkan semangat dan kesedaran masyarakat


Melayu agar berjuang menentang penjajah tidak boleh dilupakan. Melalui maktab ini juga dapat
diketahui peranan yang dimainkan oleh pengetua dan pensyarahnya, yang turut serta dalam
meniupkan semangat nasionalisme dalam kalangan para penuntut di situ. Perlu diterangkan
peranan dan penglibatan, O.T. Dussek, Pengetua SITC pada tahun 1924 yang turut serta secara
langsung dalam menanamkan semangat kebangsaan kepada para penuntut. Keterlibatan beliau
dalam memberikan kesedaran bangsa, mengambil berat tentang kebajikan, kemajuan dan
perjuangan bangsa Melayu, tidak dapat dinafikan. O. T. Dussek banyak membantu untuk
mengangkat martabat pendidikan orang Melayu. Selaku pengetua SITC, beliau membuat lawatan
ke sekolah-sekolah Melayu bagi melihat sendiri situasi sekolah. Pada September 1934, beliau
melawat beberapa buah sekolah sekitar negeri Perlis. Apa yang dilihat amat mendukacitakan.
Keadaan sekolah Melayu di Perlis amat daif, antaranya ialah:

1. Bangunan sekolah yang dibina kebanyakkan di kawasan tanah rendah ini


membuatkan sekolah terdedah kepada banjir sekiranya hujan lebat.

2. Kebanyakan bilik darjah berlantaikan tanah. Keadaan ini menganggu proses


pembelajaran khususnya apabila musim panas dan kering menyebabkan habuk,
bila musim hujan menyebabkan bilik darjah becak serta menganggu kesihatan
pelajar. Lantaran itu, beliau mengesa pihak Pejabat Pengarah Pelajaran Tanah
Melayu membaiki lantai bilik darjah.

3. Buku teks yang digunakan juga terlalu asing dan lapuk. Keadaan ini membuatkan
ia tidak sesuai digunakan oleh pelajar. 31

Semasa memimpin SITC, beliau berusaha untuk menyedarkan guru pelatih agar memikirkan
nasib bangsa Melayu. Beliau sering memberikan ucapan berbentuk membakar semangat,

30
Abdul Karim Rasid juga merupakan antara tokoh radikal Melayu yang membuat keputusan berhijrah ke
Indonesia selepas PDII. Beliau turut menyertai perjuangan Ir Soekarno dalam Parti Nasionalis Indonesia (PNI) serta
Tentera Nasioanlis Indonesia (TNI) sehingga mencapai pangkat Major Janeral. Beliau kembali ke rahmatullah pada
tahun 1983 dan disemadikan di Makam Pahlawan Kalibata, Jakarta, Indonesia.
31
A.P No. 540-1352, Report: Education in Perlis, Visit of Mr Dussek, Principle, Sultan Idris Training
Collage, Tanjong Malim, to Inspect the Schools in Perlis, 1934. Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur. hlm. 1, 3-4.

15
persoalan yang sering diutarakan ialah ”Dimanakah pemimpin-pemimpin Melayu?” dan
”Dimanakah ketua-ketua kampung yang sanggup menolong bangsa sendiri seperti yang
terdapat tempat lain di dunia ini?” Keterlibatan beliau dalam memberikan kesedaran bangsa,
mengambil berat tentang kebajikan, kemajuan dan perjuangan bangsa Melayu ini, sehinggakan
beliau diakui sebagai seorang Inggeris berjiwa Melayu.32 Walaupun O.T Dussek seorang
Inggeris kacukan Jerman tetapi lebih berjiwa Melayu dan berusaha menjadikan SITC sebagai
sebuah Universiti Melayu.33 Impian dan hasrat ini terhasil lebih 80 tahun kemudiannya. Apabila
tertegaknya Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ia bertanggungjawab melahirkan ramai
cendikiawan Melayu berjiwa nasionalis. Lanjutan daripada itu SITC berjaya melahirkan ramai
guru pelatih yang terlibat secara langsung dalam perjuangan politik peringkat nasional.
Keterlibatan O.T Dussek akhirnya dikesan oleh pihak British, lalu beliau ditamatkan
perkhidmatan di SITC dan dihantar pulang ke London. Walaupun beliau dikenakan tindakan
tatatertib dan ditamatkan perkhidmatan namun benih perjuangan yang disemai bersemarak subur
dalam kalangan warga SITC. Buktinya lahir tokoh seperti Ibrahim Haji Yaakub (IBHY), Hassan
bin Haji Manan, Abdul Karim Rashid, Mohd. Yusof bin Ayob, Abdul Hanan bin Mat Bakri,
Leftenan Yazid dan Kapten Abdul Hadi bin Haji Hassan (Pangkat dalam tentera Jepun).34 Nama
mereka terukir dalam catatan sejarah perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu menentang
penjajah British. Kebangkitan ini merebak dengan pantasnya di seluruh Tanah Melayu.

Mengimbau kembali penguasa British di Perak maka boleh dikatakan bahawa orang
Melayu Perak memasuki fasa kedua dengan kebangkitan golongan agama dan institusi
pendidikan agama serta berseiringan dengan perkembangan SITC. Hal yang demikian ini
bermula di Tanjung Malim melalui SITC dan disambut di Il Ihya Asyarif di Gunung Semanggol.
Kewujudan institusi pendidikan ini menjadi pengerak kesedaran perjuangan politik orang
Melayu untuk bangkit menuntut hak pusaka Melayu.

32
Shahrom Husain. Memoir Shahrom Husain: Selingkar Kenangan Abadi. Penerbitan Universiti Kebangsaan
Malaysia. Bangi. 1996. hlm. 97.
33
Raja Ahmad Shalaby Raja Hassan & Ishak Saat. O.T. Dussek (1886-1965): Lebih Melayu daripada
Melayu, Reformis Pendidikan Vernakular Melayu. dlm. Malaysia dari segi Sejarah (Malaysia History). Persatuan
Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur. ISSN 1675-0594. Bil. 41-2013. dlm. 92.
34
Temuramah dengan Mohd.Yusof Ayob di Kampung Pokok Asam Tambahan, Taiping, Perak pada
24/12/2002.

16
Tidak lupa juga peranan Zainal Abidin bin Ahmad (ZA’BA) turut tidak boleh dinafikan.
Namun ZA’BA hanya ditonjolkan sebagai pejuang bahasa Melayu tetapi pada hakikatnya beliau
seorang nasionalis Melayu, berperanan penting merangkumi perjuangan pendidikan, ekonomi,
agama dan politik.35 Beliau membangkitkan isu kemiskinan Melayu luar bandar sejak tahun
1923 lagi, yang menghubungkait elemen kebendaan dan kerohanian sebagai penyebab utama.
Beliau menegaskan bahawa pendidikan yang rendah dan ilmu yang cetek serta pemikiran yang
lemah akibat dari peluang pelajaran yang terhad. Keadaan ini bertambah kronik apabila timbul
juga kelemahan dari aspek nilai budaya dan kualiti yang rendah yang diamalkan masyarakat
Melayu waktu itu.

Kelantangan ZA’BA ketika bertugas sebagai guru menyebabkan beliau dipindahkan ke


SITC dan ditempatkan di Pejabat Karang Mengarang serta ditugaskan sebagai penterjemah.
Tindakan ini lebih kepada menghukum ZA’BA, dikurung agar tidak bebas. Walaupun jasadnya
terkurung tetapi jiwa dan mindanya tetap bebas berperanan menyedarkan bangsa Melayu.36
Tidak diragui lagi bahawa gagasan pemikiran yang dimulakan oleh ZA’BA menjadi ikutan
pensyarah serta guru pelatih kemudiannya. Kehebatan ZA’BA kerana pernah dididik oleh tokoh
reformis Islam yang terkenal iaitu Sheikh Tahir Jalaluddin.

Semangat kebangsaan ini diperkukuhkan lagi dengan adanya akhbar dan majalah yang
menjadi bacaan umum para penuntut seperti Seruan Azhar dan Bintang Timur. Kesedaran orang
Melayu semakin disemarakkan lagi dengan kemunculan institusi pendidikan Islam. Kelahiran Il
Ihya AsSyarif di Gunung Semanggol bukan sahaja memberikan pendidikan agama semata-mata,
tetapi turut terlibat secara langsung dalam perjuangan membela nasib orang Melayu. Di maahad
ini lahirnya Hizbul Muslimin pada 1948.

35
Adnan Nawang. ZA’BA Patriot dan Pendeta Melayu. Yayasan Penataran Ilmu. Kuala Lumpur. hlm. 3.
36
Zakaria Kasa & Ishak Saat. Peranan SITC dalam Gerakan Kebangsaan. dlm. Abdul Latif Abu Bakar.
(Peny). Gerakan Patriotisme dan Kebangsaan Dalam Peradaban Malaysia. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tg.
Malim. 2013. Hlm. 114-115.

17
Para Pemuda Menyertai Perarakan
Waktu Revolusi Indonesia tahun 1947
Sumber : Koleksi Peribadi

Usaha yang dilakukan oleh SITC/MPSI kemudian disemarakkan lagi oleh Il Ihya As Syarif serta
peranan guru berjaya menimbulkan dan membakar semangat pemuda. Semangat pemuda sering
dijadikan inspirasi oleh para pemimpin gerakan kemerdekaan, sama ada di Indonesia mahupun di
Tanah Melayu. Kata-kata semangat Presiden Sukarno; “Berikan seratus orang dewasa kepada
saya, saya sanggup mengalihkan gunung Gidi, tetapi berikan saya sepuluh pemuda saya akan
menggoncangkan dunia.”37 Malah beliau pernah juga berpesan kepada para pemuda: “Pemuda
biarlah hancur asal tanah air menjadi luhur.”38 Pengaruh Indonesia amat kuat dalam kalangan
pemuda di Tanah Melayu.

Pergerakan Politik Melayu


SITC/MPSI melahirkan gelombang kebangkitan nasionalis Melayu. Bangkit bangsa Melayu
menuntut hak pusaka bangsa. Kemudian Il Ihya AsSyarif menyemarakan lagi kebangkitan
Melayu Islam. Gabungan kedua-dua aliran iaitu nasionalis Melayu dan Islam ini melahirkan
sebuah perjuangan rakyat yang lebih mantap. Kebangkitan kesedaran Islam dan juga kelahiran
gerakan nasionalisme yang dipelopori oleh golongan berpendidikan Inggeris mencorakkan
perjalanan sejarah perjuangan bangsa Melayu lebih menarik untuk dikaji. Bangsa Melayu yang
sekian lama dijajah dan diperbodohkan oleh penjajah Barat, melalui dasar politik pecah dan
perintah dan melalui sistem ekonomi dualisme. Sistem ekonomi dualisme membawa maksud
sistem ekonomi terbahagi kepada dua sektor iatu ekonomi sara diri dan ekonomi komersial.
Sistem ekonomi sara diri merupakan kegiatan ekonomi kecil-kecilan dan sekadar cukup untuk

37
Suloh Malaya. 15 Jun 1946. hlm. 6.
38
Ibid., hlm. 6.

18
keperluan hidup sahaja. Sistem sara diri diperkenalkan demi untuk mengekalkan orang Melayu
di tahap yang sedia ada sebagai pembekal barangan makanan sahaja. Akhirnya sistem ekonomi
sara diri ini mengundang masalah kemiskinan dalam kalangan orang Melayu. Sistem ekonomi
komersial pula, tumpuannya diberikan kepada perkembangan sektor perladangan yang hanya
melibatkan pelabur asing dan imagran Cina. Dengan kata lain sistem ini menjumudkan
masyarakat Melayu. Suara-suara mulai kedengaran menerusi akhbar dan majalah, menyeru
supaya orang Melayu menyedari nasib mereka diumpamakan ayam di kepok mati kelaparan, itik
di air mati kehausan. Gesaan supaya orang Melayu melipatgandakan usaha untuk memperbaiki
sosio-ekonomi dan rasa kekitaan sesama sendiri, di samping menyuarakan kepentingan agar
kedudukan politik bangsa Melayu diutamakan semakin kuat kedengaran menjelang Perang
Dunia Kedua.

Penyuaraan secara kolektif rasa tidak puas hati orang Melayu terhadap kedudukan sosio-
ekonomi dan politik mereka adalah menerusi Kesatuan Melayu Muda (KMM), yang dipimpin
oleh para guru lulusan SITC. Kemudian nada yang sama ini turut dikumandangkan oleh
golongan berpendidikan agama terutama dari institusi pengajian agama dari Maahad Il Ihya
AsSyarif, Gunong Semanggol tahun 1948. Walaupun usia KMM tidak panjang kerana
diharamkan oleh pihak British dan juga pihak Jepun kerana dicop sebagai radikal. Lantaran itu,
para pendukung KMM terpaksa memikirkan strategi baru untuk meneruskan perjuangan yang
belum selesai itu. Mereka memilih untuk menaja dan menubuhkan pergerakan politik baru
seperti Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) pada Julai 1945 yang dipimpin oleh
Ibrahim Haji Yaakub, Dr. Burhanuddin Al Helmy dan Onan Siraj. Kemudian Parti Kebangsaan
Melayu Malaya (PKMM) pada oktober 1945 dan Hizbul Muslimin tahun 1948.

Pendekatan kerjasama dengan pemerintah Jepun dilakukan demi untuk memastikan


perjuangan politik KRIS tidak menerima nasib yang sama dengan KMM sebelum itu. Kemudian
KRIS bertindak mengadakan kerjasama dengan Parti Nasional Indonesi [PNI] pimpinan
Seokarno untuk merealisasikan hasrat kemerdekaan melalui konsep satu rumpun bangsa.
Pertemuan sulit para pemimpin KRIS diadakan di Taiping, Perak pada 22 Ogos 1945 bagi
membincangkan tentang kemerdekaan Tanah Melayu dengan Indonesia di bawah konsep Melayu

19
Raya.39 Antara tokoh politik Melayu yang menghadiri pertemuan sulit tersebut ialah Ibrahim
Haji Yaakub, Dr. Burhanuddin Al Helmy dan Onan Siraj yang mewakili KRIS dengan Sukarno
dan Hatta yang mewakili Indonesia.40 Tindakan berani ini dilakukan kerana perjuangan KRIS
mendapat restu Jepun waktu itu, melalui semangat “Asia Untuk Asia”. Penghujung tahun 1944
dan awal tahun 1945 memperlihatkan kedudukan kuasa Jepun semakin lemah kerana serangan
bertubi-tubi pihak Berikat dan juga penggunaan Bom Atom yang menghancurleburkan
bandaraya Hiroshima dan Nagasaki. Lantaran suasana yang tidak menentu itu, satu rundingan
diadakan antara pihak radikal Melayu di Tanah Melayu dan Indonesia dalam usaha untuk
mengambilalih pemerintahan negara apabila Jepun menyerah kalah dan sebelum British kembali
semula menguasai Tanah Melayu. Ia merupakan satu tindakan berani golongan radikal Melayu
dalam usaha untuk memerdekakan Tanah Melayu. Namun usaha ini menemui jalan buntu
apabila Sukarno dan Hatta hanya mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia pada tahun 1945
tanpa memasukkan Semenanjung Tanah Melayu.

Kemerdekaan pertama Indonesia ini tidak diiktiraf oleh Belanda. Maka tercetuslah
perang gerila antara Tentera Nasionalis Indonesia dengan penjajah Belanda. Ia berlanjutan kira-
kira 4 tahun. Waktu ini dilihat ramai pejuang kemerdekataan Tanah Melayu memilih untuk turut
serta dalam peperangan tersebut antarannya ialah Ibrahim Haji Yaakub (IHBY), Karim Rashid
dan Moktaruddin Laso. Mereka berhijrah ke Indonesia dan mengangkat senjata menentang
Belanda. Sanggup mengadai nyawa. Tekanan demi tekanan yang terpaksa diharapi oleh pihak
penjajah Belanda, akhirnya Belanda akur dengan perjuangan rakyat Indonesia.

Kubur Leftenan Kolonel Drs. Iskandar Kamel IHBY


Di Makam Pahlawan Kalibata, Jakarta.
Sumber: Koleksi Peribadi

39
Ahmad Boestamam. Dr. Burhanuddin: Putera Setia Melayu Raya. Pustaka Kejora. Kuala Lumpur. 1972.
40
Hambali Abdul Latif. Putera Mahkota UMNO. Penerbitan Satria. Kuala Lumpur. 1995. hlm. 8.

20
Kubur Major Jeneral Abdul Karim Rasyid
Di Makam Pahlawan Kalibata, Jakarta.
Sumber: Koleksi Peribadi

Tanggal 27 Disember 1949 penjajah Belanda secara rasmi menyerahkan kedaulatan dan
memberikan kemerdekaan kepada rakyat Indonesia. Impak dari kemerdekaan tanah seberang ini,
membuatkan seluruh bangsa Melayu serumpun di Tanah Melayu menyambutnya dengan penuh
rasa gembira. Di Kuala Kangsar sambutan besar-besaran diadakan pada tahun 1949. Persetujuan
pelbagai pihak untuk menghadiri perayaan besar tersebut membuatkan pihak British merasa
terancam. Tiga hari sebelum sambutan itu diadakan, tokoh pemidato utama yang akan
menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam sambutan tersebut, ditangkap dan ditahan di
penjara Pulau Jerjak. Beliau ialah Abdul Hadi Noor, Presiden Persatuan Indonesia Merdeka
[PIM].41 Penangkapan ini benar-benar memeranjatkan seluruh masyarakat Melayu berketurunan
Indonedia di Tanah Melayu. Namun tindakan penangkapan tokoh tersebut belum mampu
meredakan keadaan.

Proklamasi Kemerdekaan Indonesia 17 Ogos 1945


Sumber: Koleksi Peribadi

41
Bachtiar Djamily. Riwayat Hidup dan Perjuangan Syeikh Tahir Jalaluddin Al Falaqi Al Azhari. Asmah
Publisher. Kuala Lumpur. 1994. hlm. 108-109.

21
Kegagalan orang Melayu di Tanah Melayu mencapai kemerdekaan bersama Indonesia buat kali
pertama tahun 1945 membawa kepada perancangan gerakan dan strategi selanjutnya demi untuk
mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Mereka menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu
Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Moktaruddin Laso, Dr. Burhanuddin Al Helmy, Ishak Haji
Muhammad dan Ahmad Boestamam. Parti politik ini ditubuhkan di Ipoh, Perak pada 17 Oktober
1945. Perjuangan kemerdekaan adalah satu usaha berani PKMM dalam perjuangan politik
bangsa Melayu. Melalui pergerakan politik yang dianggotai oleh para lulusan SITC seperti
KMM, KRIS, PKMM, Hizbul Muslimin membuatkan semangat perjuangan kebangsaan Melayu
semakin berkembang kerana mereka ini bertugas di serata pelosok Tanah Melayu. Sambil
bertugas mereka berusaha meniupkan semangat kesedaran bangsa Melayu agar bersatu dan
bangkit menentang penjajah British.

Akhbar rasmi PKMM seperti Suloh Malaya turut berperanan memuatkan berita-berita
yang dapat membantu menyemarakkan lagi kesedaran perjuangan menentang penjajah dan
seterusnya memperjuangkan kemerdekaan. Dalam akhbar tersebut menegaskan bahawa peranan
pemuda amat besar. Pemuda bukan sahaja perlu gagah dan perkasa tetapi harus juga bersemangat
kental dan berilmu dalam perjuangan kemerdekaan agar tidak mudah dipermainkan atau ditipu
oleh gula-gula penjajah. Peranan dan sumbangan para pemuda yang tidak boleh dikesampingkan
begitu sahaja:

“Pemuda bukan sahaja mesti bersemangat tetapi mestilah berisi, tegap dan sarat
penuh persediaan siap dengan lengkapnya. Bukan sahaja untuk mati sehingga
kemerdekaan tercapai tetapi juga untuk hidup sampai cita-cita membela rakyat
jelata itu terhasil. Merdeka dari faham penjajahan lepas dari jangka masa
imperialis bukanlah ertinya kita telah lepas bebas, masih ada faham pemodal
atau kebangsawanan yang tetap selama-lamanya yang akan menindas nasib
rakyat jelata.”42

Pengaruh kebangkitan kesedaran menentang penjajah Belanda di Indonesia turut berkumandang


di Tanah Melayu. Kebangkitan kesedaran di Indonesia tidak dapat dipisahkan dengan
kebangkitan kesedaran orang Melayu di Tanah Melayu. Situasi ini disebabkan oleh sejarah
bangsa Melayu itu sendiri yang berasal dari satu rumpun bangsa yang sama. Bangsa Melayu
42
Muda Satri. Perjuangan Kita. dlm. Suloh Malaya, 15 Jun 1946. hlm. 4.

22
merupakan pribumi asal Kepulauan Melayu yang juga dikenali sebagai Nusantara atau Melayu
Archipelago.

Malaya Indonesia Satu !


Gambar Tahun 1945
Sumber: Koleksi Peribadi

Lantaran itulah, kehadiran SITC menjadi titik mula bagi menyedarkan bangsa Melayu terhadap
nasib yang menimpa mereka sekian lama. Lantaran itu lahirlah anak-anak muda yang
berpelajaran, secara nyata dan terang menentang penjajah British yang mencengkam Tanah
Melayu. Demi cintakan negara mereka sanggup dilabel oleh panjajah British dan ditohmah
bangsa sendiri dengan gelaran extrimis agama, radikal, pelampau bangsa, berbahaya hatta
komunis.43 Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak ternilai pentingnya dari segi sejarah
perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu.

Nama Dr Iskandar Kamel (IBHY) 1979 dan Abdul Karim Rasid 1983
Di Makam Pahlawan, Kalibata, Jakarta.
Sumber: Koleksi Peribadi

43
Temuramah dengan Cikgu Mohd. Yusof bin Ayob di Kampung Pokok Asam Tambahan, Taiping, Perak
pada 24/12/2002.

23
Maahad Il Ihya As-Syarif, Kemunculan Perjuangan Politik Islam
Di sini gema takbir berkumandang. Allah Huakbar! Gelombang kebangkitan jihad Islam
disemarakkan oleh para ulama. Semangat jihad fisabillillah ditanam dalam kalangan penuntut
agama. Persidangan MATA yang diadakan pada 12, 13 dan 14 Mac 1948, di Gunung Semanggol
kelihatan jelas wujudnya pengaruh kuat pertubuhan Islam Indonesia seperti Muhammadiyah
ataupun Wasliah dan Masjumi di dalam persidangan tersebut. Ini merupakan bukti kukuh
pengaruh Islam di maahad tersebut dipengaruhi unsur dari Indonesia. Kekuatan Ihya As-Sharif
turut diperkuatkan lagi dengan kewujudan madrasah aliran Kaum Muda yang menyokong dan
menyebarkan kefahaman agama yang senada dan sealiran. Il Ihya As-Syarif mempunyai
hubungan dua hala dengan madrasah seperti Madrasah Al Insaniah, Teluk Anson, Madrasah Al
Huda Wal Bushra, Sungai Parit, Pasir Panjang, Sitiawan, Madrasah al Ulum al Syariah, Bt. 20,
Bagan Datoh dan Madrasah Yahyawiyah, Padang Rengas serta Madrasah Diniyah, Kampung
Lalang, Padang Rengas, Perak. Ke semua institusi ini bertapak di negeri Perak. Berkerjasama
dalam melaksanakan perancangan dakwah dan perjuangan Islam dapat dijalankan dengan baik
kerana wujudnya kesatuan pemikiran, persefahaman dalam perbincangan dan pergerakan serta
matlamat Islam yang sama, khususnya yang berkaitan dengan perjuangan kemerdekaan. 44

Perkembangan institusi pendidikan agama turut menyumbang kepada perkembangan


kesedaran orang Melayu tentang erti sebuah perjuangan. Lebih-lebih lagi perjuangan menentang
penjajah Barat. Tranformasi institusi pondok kepada sistem pendidikan madrasah berjaya
membantu perkembangan pemikiran masyarakat Melayu sama ada dari segi sosial, ekonomi dan
juga politik. Melalui institusi pendidikan, masyarakat Melayu ditanamkan kesedaran agar lebih
terbuka dalam melihat Islam sebagai suatu cara hidup bukan sebagai agama ibadah / ritual
semata-mata. Melalui institusi ini juga masyarakat Melayu turut diajak berjuang untuk
memperkembangkan bidang ekonomi dan politik. Lantaran itu, pelbagai konvensyen diadakan
seperti konvensyen MATA dan Konvensyen Ekonomi, dijalankan di Maahad Il Ihya As-Syarif
sehingga lahirnya Pusat Perekonomian Melayu SeMalaya (PEPERMAS) pada 13 Mac 1948.
Institusi ini turut berusaha mencelikkan pemikiran masyarakat Melayu waktu itu kepada
perjuangan politik Islam dengan menubuhkan parti Hizbul Muslimin pada 14 Mac 1948.

44
Bariyah Basiran dan Ishak Saat. Ulama dan Politik Kedah 1842-1960. Universiti Pendidikan Sultan Idrsi.
Tanjung Malim. 2016. hlm. 19-20.

24
Cadangan ini dikemukakan oleh Ustaz Abu Bakar Al Baqir. Ini membuktikan bahawa institusi
pendidikan Islam turut terlibat secara serius dalam usaha mengembangkan aliran pemikiran
Melayu. Manakala melalui Konvensyen Ekonomi pula melahirkan Bank Kebangsaan Melayu
yang diasaskan oleh Maarof Zakaria45 dengan bermodalkan 27 ekar tanah dan 2 juta saham orang
Melayu. Namun hayat bank ini tidak lama apabila pengasasnya ditemui mati dibunuh.

Peranan para ulama dalam sistem pendidikan Islam seperti peranan Syeikh Tahir
Jalaluddin, Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Dr. Burhanuddin Al Helmy, Ustaz Baharuddin Latif dan
Ustaz Zulkifli bin Muhammad berjaya membuka minda serta memajukan pemikiran masyarakat
Melayu waktu itu. Mereka diterima sebagai pakar rujuk dan pemimpin, malah berjaya
mewujudkan realignment of forces dalam masyarakat, apatah lagi sekiranya komitmen yang baru
itu memusatkan pemikiran dan perlakuan orang ramai kepada perjuangan yang tidak pernah
kedapatan sebelumnya. Perkembangan ini boleh mengubah suasana sosial dan membentuk
kehidupan baru sehingga perjalanan komuniti atau perkampungan yang berkisar kepada
persekolahan dan ulama pondok mengalami tranformasi dari segi bentuk (form) dan isi
(content).46

Situasi ini mencorakkan pemikiran orang Melayu kepada suatu bentuk kefahaman Islam
yang lebih terbuka dan bersifat universal. Ia bukan sekadar memberikan pendidikan agama
semata-mata, tetapi di sini bermulanya gelombang kesedaran tentang pentingnya orang Melayu
memperbaiki diri dan berusaha untuk maju ke hadapan. Ia juga turut meniupkan semangat anti
British. Keadaan ini melahirkan anak-anak muda yang berjiwa besar dan bersemangat kental
dalam usaha meniupkan semangat jihad ke dalam jiwa orang Melayu waktu itu. Lantaran itu,
lahir banyak institusi madrasah yang dipengaruhi aliran Kaum Muda yang mempunyai hubungan
akrab sesama mereka. Mereka turut mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk membangkitkan

45
Maarof Zakaria merupakan anak kelahiran Seri Menanti, Negeri Sembilan. Beliau merupakan seorang
peguam Melayu yang berjaya. Beliau hidup seangkatan dengan Zainal Abidin Ahmad (ZA’BA). Atas rasa
tanggungjawab beliau menubuhkan menubuhkan Bank Kebangsaan Melayu yang berlokasi di Jalang Kelang, Kuala
Lumpur. Kematian beliau amat tragis, mayat beliau ditemui tergantung di atas pokok dekat Bt 13, Jalan Kuala
Lumpur-Bentong, Pahang pada 17 Disember 1947. Jasa dan sumbangan beliau amat besar, justeru itu kerajaan
menyemadikan nama beliau di atas jalan bernama Jalan Maarof, Kuala Lumpur.
46
Muhammad Abu Bakar, “Ulama Pondok dan Politik Kepartian di Malaysia 1945-1985”, dlm. Norazit Selat
(ed), Ekonomi dan Politik Melayu. Akademik Pengajian Melayu. Universiti Malaya. Kuala Lumpur.1997. hlm.148.

25
kesedaran dalam kalangan orang Melayu tentang Islam yang bersifat universal dan anti kepada
penjajahan.

Kemunculan aliran pemikiran Kaum Muda ini amat mengejutkan, kehadiran mereka
ditentang oleh Kaum Tua dan juga masyarakat Melayu umumnya. Kedudukan Kaum Tua waktu
itu amat disegani dan dihormati malah mereka mendapat kedudukan tinggi dalam masyarakat
setaraf dengan golongan bangsawan Melayu. Hubungan antara Kaum Tua dengan golongan
bangsawan Melayu amat rapat. Justeru itu, kehadiran Kaum Muda seolah-olah mencabar
kedudukan dan keegoan Kaum Tua. Fenomena ini membuatkan kehadiran mereka tidak
disenangi dalam masyarakat Melayu umumnya dan golongan bangsawan khasnya. Keadaan ini
mewujudkan dua aliran perjuangan politik dalam masyarakat Melayu iaitu perjuangan
berasaskan kepada syariat Islam dan satu lagi perjuangan berasaskan kebangsaan Melayu. Maka
berlakulah pertembungan pemikiran dalam kalangan orang Melayu khususnya aliran pemikiran
Islam dengan aliran pemikiran kebangsaan Melayu dan ia berlarutan hingga kini.

Burhanuddin Al Helmy pernah menjelaskan, prinsip politik beliau dalam kursus politik
anjuran Jawatankuasa Pemuda UMNO Pontian, Johor pada tahun 1955. Malah beliau amat
berkeyakinan tentang perjuangan politik Islam serta mengajak para peserta untuk kembali dalam
perjuangan Islam. Jelas beliau:

”Agama Islam berlainan sekali dengan agama-agama yang lain [yang] memang
tidak dapat mengatur negara dengan lengkap dan memang boleh dipisahkan dari
mengatur negara. Malah agama lain boleh dipakai bersendiri-sendirian, tetapi
agama Islam berlainan sekali. Hidup mati seorang Islam tidak terlepas dan
bercerai daripada Quran dan Sunnah Rasul.” 47

Prinsip perjuangan Islam dan keyakinan beliau terhadap pegangan ini diulanginya lagi kira-kira
duabelas tahun kemudian. Ketika menyampaikan syarahan umum di Universiti Malaya pada
tahun 1967 anjuran Kesatuan Islam Universiti Malaya. Beliau menegaskan bahawa
sesungguhnya Islam telah disembunyikan, kenyataan beliau:

47
Burhanuddin Al Helmy. Agama dan Politik. Pejabat PAS Pusat. Kuala Lumpur. 1955. hlm. 14-15.

26
”Kita dengar orang mengatakan ’Islam tidak ada politik’, ’Islam tidak boleh
campur politik’, ’Islam tidak boleh berpolitik’,’politik hendaklah terpisah dari
agama’, dan lain-lain lagi. Kata-kata ini timbul dari ulama kristian dan musuh-
musuh Islam; kemudian ulama-ulama kolot Islam yang mengampu-ampu penjajah
menggunakan pula kata-kata yang bermaksud demikian. Akhirnya kata-kata itu
semakin melebar hingga obor-obor Islam itu tertutup cahayanya.” 48

Persoalan Islam dan kebangsaan Melayu bagi Burhanuddin Al Helmy merupakan dua perkara
yang tidak boleh dipisahkan. Perjuangan orang Melayu tidak boleh dipisahkan antara perjuangan
kebangsaan dan Islam kerana kedua-dua aspek ini saling berkaitan. Bagi beliau perjuangan
berasaskan kebangsaan ini hanyalah salah satu alat untuk mencapai kesejahteraan hidup di dunia
dan juga akhirat. Beliau menegaskan:

”Islam memandang kebangsaan itu sebagai suatu alat bukan tujuan. Kebangsaan
hendaklah mengambil tempat yang sederhana dan bulat sebagai suatu lambang
yang boleh menarik dan menyatukan suatu bahagian tenaga untuk mencapai
cita-cita mulia yang besar dan abadi, sebagaimana Islam memandang dunia
bukan tujuan tetapi hanya satu alat atau tunggangan yang menyampaikan ke
akhirat.” 49

Beliau merupakan seorang ahli politik kebangsaan Melayu yang meletakkan Islam sebagai teras
dan prinsip dalam perjuangannya. Malah setiap kali memimpin pergerakan politik beliau akan
berusaha untuk menyebarkan pemikiran Islam yang bersifat syumul. Beliau menolak perjuangan
yang bermatlamatkan kebangsaan Melayu semata-mata kerana perjuangan tersebut adalah
perjuangan assobiyyah yang bertentangan dengan tuntutan agama. Lantaran itu, beliau menolak
perjuangan UMNO.

Ketika Burhanuddin Al Helmy memimpin PAS beliau sekali lagi menekankan bahawa
bagi memantapkan kedudukan orang Melayu, mereka mesti bersatu tidak kira dari mana aliran
pemikiran sama ada Islam, kebangsaan mahupun sosialis.50 Baginya pengemblingan tenaga
orang Melayu akan membolehkan penghasilan satu pasukan bertindak yang mampu menggugat
penjajah British. Malah beliau secara tegas menyatakan bahawa bangsa Melayu merupakan satu

48
Burhanuddin Al Helmy. Ideologi Politik Islam. Pejabat PAS Pusat. Kuala Lumpur. 1967. hlm. 1.
49
Burhanuddin Al Helmy. Agama dan Politik., hlm. 42.
50
Burhanuddin Al Helmy. Teks Ucapan Dasar (versi Bahasa Inggeris), Mesyuarat Agong Tahunan ke-5.
Pejabat PAS Pusat. Kuala Lumpur. 1956. hlm. 2-3.

27
rumpun besar yang harus bekerjasama dan bersatu hati. Beliau amat berkeyakinan bahawa
bangsa Melayu dan Islam akan menjadi lebih kuat sekiranya penyatuan orang Melayu di
Kepulauan Melayu boleh dilakukan. Beliau secara jelas menyatakan bahawa kerjasama dengan
Indonesia tidak boleh dielakkan.51 Kemudian beliau menjelaskan lagi bahawa adalah menjadi
tanggungjawab umat Islam untuk menuntut kemerdekaan kerana ia merupakan tuntutan Islam
yang wajib dilaksanakan. Dalam konteks Tanah Melayu, adalah menjadi tanggungjawab semua
orang Melayu menolak segala bentuk penjajahan dan memperjuangkan kemerdekaan daripada
penjajah British. Jelas asas pemikiran Burhanuddin Al Helmy ialah memperjuangkan
kebangsaan Melayu yang berteraskan prinsip Islam. Penyatuan seluruh rumpun bangsa Melayu
harus dipandang serius kerana dengannya bangsa Melayu akan kembali berdaulat dan gemilang.
Kebangsaan Melayu serta parti politik merupakan alat perjuangan yang harus digunakan
semaksimum mungkin bagi menjayakan matlamat perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu.

Alam Melayu sudah menerima Islam ratusan tahun, orang Melayu mesti
memperjuangkan Islam selaras dengan tuntutan Islam sebagai sebuah agama yang bersifat
syumul. Segala sumber hendaklah digunakan demi untuk mengembalikan orang Melayu kepada
ajaran Islam dan segala pergerakan hanyalah bersifat alat untuk mencapai matlamat iaitu Islam
sebagai satu cara hidup dan bersifat penaung bukan dinaungi. Jadi dapat dirumuskan bahawa
perkembangan aliran pemikiran Islam di Tanah Melayu selaras dengan kebangkitan gerakan
reformis Islam yang disemarakkan oleh Ikhwanul Muslimin di Mesir, dalam bentuk organisasi
yang lebih mantap. Strategi pengkaderan Ikhwanul Muslimin berjaya melahirkan golongan
pewaris pejuang Islam di seluruh dunia termasuk di Tanah Melayu. Gelombang kebangkitan
Islam yang diperjuangkan oleh Kaum Muda atau golongan reformis Melayu Islam berjaya
membuka minda orang Melayu umumnya. Akhirnya mereka ini digolongkan oleh penjajah
British sebagai golongan berhaluan kiri atau golongan radikal dalam sejarah perjuangan
menentang mereka.52

51
Ishak Saat.et.al. The Great Malay Movement in International Journal of Academic Research in Business
and Social Sciences (HRMAS) 2018, Vol. 8, No. 4, ISSN: 2222-6990, hlm. 815.

52
Ishak Saat, Kamaruzzaman Yusoff, Rosli Abdul Rahman and Abdul Basir Mohamad. The Historical
Research on The Existence of Mainstream Struggles For The Independence of Malaya in 1945-1957. dlm.
MEDWELL Journals, Scientific Research Publishing Compony [Scopus Wos]. Article No. 9608-TSS. Volume 8,
2012.

28
Kemunculan institusi pendidikan seperti SITC dan Maahad Il Ihya AsSyarif
sesungguhnya menyumbangkan peranan penting dalam menjadi penggerak ke arah kebangkitan
nasionalisme Melayu dan penjana gerakan radikalisme Melayu, yang akhirnya mengemparkan
seluruh Tanah Melayu. Walaupun kedua-dua institusi ini membawa aliran yang berlainan,
namun itu tidak menjadi penghalang kepada kebulatan penyuaraan dan kesefahaman matlamat
perjuangan kebangsaan Melayu di Tanah Melayu.53 Lantaran itu, dalam masyarakat Melayu
terdapat pelbagai aliran pemikiran dan perjuangan hasil dari sistem pendidikan yang dilalui. Ia
disuburkan pula dengan perkembangan politik semasa yang sedang melanda dunia waktu itu.

Perjuangan Nasionalis Melayu


Perjuangan nasionalis Melayu pula dipelopori oleh penuntut Melayu yang mendapat pendidikan
Inggeris ini kemudiannya mencorakkan perjalanan sejarah pemikiran alam Melayu kepada
bentuk baru yang terpisah dari alam pemikiran Melayu Islam. Institusi pendidikan seperti
Maktab Melayu Kuala Kangsar, Penang Free School dan Singapore Free School mengisi
kekosongan ini. Kebanyakan mereka dari golongan elit bangsawan Melayu. Lantaran itulah
kemudiannya berlaku pertembungan dan percanggahan pemikiran dalam persoalan yang
merangkumi urusan agama, pendidikan, sosial, ekonomi dan juga politik. Di sini bolehlah
disimpulkan bahawa tujuan pihak British mewujudkan perbezaan pemikiran antara masyarakat
umum dengan golongan elit dan aristokrat Melayu mempunyai muslihat tersendiri. Bagi
memudahkan pihak British membentuk golongan terpilih untuk dicorakkan mengikut kehendak
mereka. Manakala golongan rakyat biasa akan sentiasa bersifat kebergantungan kepada orang
lain. 54

Strategi British secara halus untuk memisahkan masyarakat Melayu dengan kehidupan
agamanya amat berjaya. Usaha penubuhan sekolah aliran Inggeris dan diberikan secara percuma
walaupun pada awalnya tidak mendapat sambutan tetapi kemudiannya menjadi popular. Strategi
ini membuahkan hasil. Beberapa tahun kemudiannya melahirkan orang Melayu yang berjiwa
Inggeris atau melahirkan orang Melayu sekadar menerima Islam sebagai upacara ritual semata-
mata. Fenomena ini menyebabkan orang Melayu menjadi terasing dengan Islam yang suatu masa

53
Firdaus Haji Abdullah. Radical Malay Politics; Its Origins And Early Deverlopment. Pelanduk
Publications. Petaling Jaya. 1985. hlm. 8-9.
54
Mohd. Salleh Lebar. Perubahan dan Kemajuan Pendidikan di Malaysia. Nurin Enterprise. Kuala Lumpur.
1988. hlm. 9-10.

29
dahulu merupakan panduan dan pegangan hidup di dalam masyarakat Melayu. Fenomena ini
menjadi sebuah gelombang yang meminggirkan pemikiran dan amalan Islam di dalam kehidupan
masyarakat Melayu. Tahap kefahaman Islam dalam kalangan masyarakat Melayu menjadi
longgar serta orang Melayu bersikap sambil lewa dengan agama mereka sendiri. Senario itu
menjadi suatu bentuk pemikiran yang terlalu asing dalam alam kehidupan masyarakat Melayu
lebih-lebih lagi dalam abad ke-20 dan berlanjutan hingga pasca merdeka.

Dasar pendidikan British ini dilaksanakan dengan mengambilkira pengalaman pihak


penjajah Barat di India, Indonesia dan Filipina yang terlalu liberal dalam memberikan
pendidikan kepada rakyat tempatan. Akhirnya berlaku kebangkitan rakyat yang menggugat
kedudukan mereka. British menyedari bahawa pendidikan merupakan agen perubahan sosial
yang amat berkesan, maka adalah amat perlu ianya dirancang bagi membantu memperkukuhkan
kedudukan British di Tanah Melayu. Kesedaran pendidikan yang mencelikhurufkan orang
Melayu tidak disenangi oleh penjajah kerana ia bakal memperlihatkan kebangkitan orang
Melayu dalam usaha menuntut hak kedaulatan tanah air. Ini menyebabkan penjajah British
merancang strategi pendidikan sedemikian rupa. Namun senario pendidikan waktu itu turut
berjaya mencorakkan pemikiran orang Melayu. Lahir golongan nasionalisme Melayu dalam tiga
dikategorikan iaitu golongan berpendidikan agama, golongan nasionalis radikal Melayu dan
golongan elit Melayu berpendidikan Inggeris.55

Usaha British memberikan pendidikan Inggeris kepada kumpulan elit Melayu bertujuan
untuk menyediakan segolongan orang Melayu bagi kesinambungan warisan kepimpinan British.
Persediaan ini dibuat oleh British sejak awal lagi demi untuk memastikan kedudukan selesa
mereka dan kesinambungan sistem pemerintah British selepas merdeka. Sifat kebergantungan ini
dipupuk sejak sekian lama. Pandangan ini turut dikongsi oleh sarjana Barat seperti A. J.
Stockwell dan William R. Roff.56

55
William R. Roff., The Origins of Malay Nationalism, Oxford University Press. Kuala Lumpur. 1994. hlm.
211.
56
A.J. Stockwell, “British Policy and Malay Politics During The Malayan Union Experiment 1942-1945”,
MBRAS. Kuala Lumpur. 1979. hlm. xv. Lihat juga, Firdaus Haji Abdullah, Radical Malay Politics: Its Origin and
Early Development. Pelanduk Publication. Petaling Jaya. 1985. hlm. 3.

30
Mereka turut mengategorikan golongan nasionalisme Melayu kepada tiga golongan dan
dua daripadanya tergolong dalam golongan radikal iaitu golongan radikal berpendidikan agama
dan satu lagi ialah golongan radikal berpendidikan sekular. Berdasarkan pandangan para sarjana
tadi maka kehadiran institusi pendidikan sekular dan kemajuan teknologi media akhirnya berjaya
menyedarkan orang Melayu agar bangkit menentang penjajah British. Pengkategorian golongan
yang memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu kepada radikal dan bukan radikal (moderate)
ini merupakan satu usaha terancang penjajah British agar golongan radikal tidak mendapat
sokongan masyarakat umum.

Dengan kemunculan ahli fikir dan tokoh politik Melayu waktu itu membawa satu aliran
pemikiran nasionalis Melayu yang berjaya membuka minda para pengikut dan penyokongnya.
Tokoh tersebut ialah Dr. Burhanuddin Al Helmy melalui penulisannya, Pejuangan Kita dan
Falsafah Kebangsaan Melayu menjelaskan secara terperinci arus pemikiran yang ingin
diterapkan di dalam masyarakat Melayu. Beliau berpendapat bahawa Tanah Melayu hanya akan
menjadi kuat dan mantap melalui kesatuan bangsa Melayu di Kepulauan Melayu yang lebih
dikenali dengan panggilan Melayu Raya@Melayu Archepilago. Beliau mendakwa bahawa
perpecahan dan penggugatan perpaduan bangsa Melayu ini berjaya dilaksanakan dengan
kedatangan para imperialis Barat. Kedatangan para imperialis dengan penguasaan wilayah-
wilayah di Kepulauan Melayu memecahkan kekuatan Alam Melayu. Tegas beliau:

”Dalam masa berpuluh tahun dan beratus tahun dalam keadaan begitu
sempadan-sempadan koloni menyekat perhubungan di antara Melayu Raya
bertambah renggang dan menyebabkan lupa dan terbiar. Perasaan bertempat-
tempat dan bernegeri-negeri itu makin bertambah melarat dan besar pertalian
dengan saudara sebaka di seberang pula beransur-ansur renggang tambahan
dengan beberapa nodaan yang mendesak.” 57

Perjuangan berpaksi dan berprinsipkan falsafah Melayu Raya menjadi pegangan bukan sahaja
bagi beliau tetapi menjadi pegangan para pengikutnya melalui PKMM. Kemudian beliau sekali
lagi mengulangi pendirian dan pegangannya berkaitan perjuangan Melayu Raya dengan

57
Burhanuddin Al Helmy., Perjuangan Kita, Parti Kebangsaan Melayu Malaya. Singapore. 1946. hlm. 7.

31
mendakwa bahawa Gugusan Kepulauan Melayu dari segi geografinya adalah sebuah gugusan
Melayu Raya sejak zaman berzaman lagi. Tegas beliau:

”Kawasan Alam Melayu itu luas. Jika kita berdasarkan ilmu Geography dan
Geopolitic yang telah disuratkan orang dari semenjak orang Eropah mengenali
alam kita ini. Adalah sudah takrif-takrif mereka memperkenal dan membezakan
keturunan Melayu (Malay race), dan negeri-negeri – kawasan – Alam Melayu itu
dengan nama-nama yang tertentu: seperti Kepulauan Melayu (Malay
Archipelago), (Malay-sia, Indo-nesia-asia, atau Indonesia) dan lain-lain nama
lagi.” 58

Kefahaman ini berjaya diterapkan kepada semua ahli PKMM dan penyokong mereka. Justeru itu
konsep Melayu Raya menjadi asas terhadap perjuangan untuk memerdekakan Tanah Melayu.
Penjajah British lebih selesa berbicara dengan pihak moderate yang terdiri daripada golongan elit
bangsawan Melayu yang sudah melalui sistem pendidikan Inggeris. Amat jelas sebahagian
kepentingannya adalah terjamin melalui parti UMNO yang dipimpin oleh para elit bangsawan.
Golongan ini diberikan gelaran moderate (sederhana) dan juga dikategorikan sebagai puak
kanan dalam perjuangan orang Melayu waktu itu. Sejarah panjang perhubungan mereka yang
rapat memastikan kerjasama erat antara mereka dipelihara dan dilindungi. Ini terjadi kerana idea,
pemikiran, tanggapan dan gagasan serta perancangan golongan sederhana ini sesuai dengan
British. Lantaran itu unsur yang cuba menggugat keselesaan antara mereka akan dianggap
sebagai pengacau ketenteraman dan keselamatan. Golongan kanan ini bukan sahaja tidak senang
dengan golongan kiri, malah menentang usaha mengimport ideologi asing atau membentuk orde
politik mengikut republik dari Indonesia. Sedangkan golongan elit Melayu merupakan golongan
beroreintasikan fahaman Barat dan mampu bekerjasama dengan penjajah British. Dakwaan ini
boleh dibuktikan dengan melihat para bangsawan dilantik menganggotai Majlis Mesyuarat Kerja
dan jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran British pada awal abad ke-20 lagi. Mereka yang
terkenal sebagai golongan bangsawan Melayu yang berpendidikan Inggeris merasa lebih
berkemampuan untuk mentadbir negara apabila merdeka kelak. Pemikiran mereka ini
disebabkan oleh fahaman berikut:

58
Burhanuddin Al Helmy. Falsafah Kebangsaan Melayu, Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia. Pustaka
Semenanjung. Bukit Mertajam. 1954. hlm. 21.

32
1. Golongan elit Melayu merupakan golongan bangsawan yang menduduki hiraki
organisasi yang tinggi dalam masyarakat Melayu. Lantaran itu keegoan mereka masih
lagi tebal dalam masyarakat dan sukar untuk tunduk kepada tuntutan masyarakat umum
yang rata-rata terdiri daripada rakyat biasa. Fenomena ini membuatkan begitu sukar
untuk mereka bekerjasama dalam apa juga bidang dan pekerjaan sekiranya
digandingkan dengan rakyat biasa.

2. Golongan elit Melayu diasuh dengan pendidikan Barat maka hasilnya melahirkan orang
Melayu yang mengorientasikan pemikiran Barat. Pandangan, idea, hujah dan pendirian
golongan elit Melayu sudah dicorakkan dengan budaya Barat. Ini mempengaruhi
pendirian mereka bukan sahaja dari segi sosiobudaya dan cara hidup tetapi turut
mempengaruhi pandangan, pemikiran, pendekatan dan pendirian politik yang lebih
menyokong kuasa British. 59

Fenomena ini menjelaskan kenapa dan mengapa mereka tidak menyokong atau merestui
perjuangan yang dipelopori oleh golongan radikal Melayu, sebangsa dan seagama dengan
mereka.60 Justeru itulah mereka tidak mahu menyertai atau menyokong golongan radikal Melayu
adalah disebabkan oleh keegoan mereka. Status kebangsawanan Melayu terlalu diagung-
agungkan sedangkan maruah bangsa Melayu sudah lama tergugat apabila terjajahnya Tanah
Melayu. Dapatlah disimpulkan bahawa pendidikan yang diterima mampu mencorak dan
mempengaruhi aliran pemikiran orang Melayu.

Pejuangan Sosialis Melayu


Perjuangan Sosialis Melayu turut melanda Tanah Melayu. Aliran pemikiran sosialis di dunia
muncul pada zaman pertengahan apabila timbulnya gerakan tani yang memprotes sistem feudal.
Selepas itu timbul pemberontakan tani tahun 1525 oleh Thomes Munzer. Mereka menuntut
kesamaan hak dan keadilan sosial. 61 Kemudian pula ia berkembang semasa tercetusnya revolusi
perindustrian di Britian tahun 1760-1850. Revolusi Inggeris yang tercetus pada tahun 1688
menggariskan dengan agak jelas pemisahan di antara kuasa parlimen dengan kuasa raja. Ia
didahului dengan Perang Saudara yang meletus semasa pemerintahan Charles I (1624-1649),

59
Ishak Saat. Radikalisme Melayu Perak 1945-1970. hlm. 112.
60
Cheah Boon Kheng. Red Star Over Malaya, Resistance and Social Conflict During and After the Japanese
Occupation of Malaya, 1941-1946. Singapore University Press and National University of Singapore. Singapore.
1983. hlm. 271-272.
61
L. Laeyendecker. Tata, Perubahan, Dan Ketimpangan, Suatu Pengantar Sejarah Sosiologi. PT Gramedia.
Jakarta, 1983. hlm. 235-241.

33
bersabit dengan Petition of Rights 1628.62 Ia juga dikenali sebagai Revolusi Puritan. Revolusi ini
berakhir dengan penyingkiran Raja Charles I. Secara jelas berakhirnya kekuasaan raja dalam
sistem pemerintahan di England. England menjadi sebuah negara republik atau Commonwealth
di bawah pemerintahan Oliver Cromwell. Setelah kematian Cromwell sistem parlimen di
England semakin berkembang khususnya semasa pemerintahan James II yang mencetuskan
Revolusi Inggeris pada tahun 1688. Peristiwa ini secara jelas menegaskan bahawa prinsip kuasa
parlimen mestilah mengatasi kehendak atau cita-cita raja, lantaran itulah James II menerima
akibatnya. Revolusi Inggeris juga dikenali sebagai The Glorious Revolution. Penyingkiran James
II digantikan dengan Mary II (1689-1694) dan William of Orange (William III). Semasa
pemerintahan mereka termaktubnya Bill of Rights tahun 1689. Hasil dari tuntutan Petition of
Rights tahun 1628. Dengan perkataan lain, hak kedaulatan berparlimen dirasmikan.63

Perkembangan aliran sosialisme disemarakkan lagi pada zaman Revolusi Perancis tahun
1789-1792.64 Perkembangan sektor industri ini membawa kepada pembentukan kesatuan sekerja
untuk membela nasib kaum pekerja. Melalui pembentukan kesatuan sekerja, nasib kaum pekerja
diperjuangkan. Ia berkait rapat dengan perkembangan ekonomi kapitalis yang melahirkan dua
golongan penting dalam masyarakat industri iaitu golongan bourjuis dan golongan proletariat
(buruh).65 Perkembangan ekonomi kapitalis ini membuatkan kaum bourjuis semakin kaya jika
dibandingkan dengan kaum pekerja dan keadaan ini melahirkan jurang kehidupan semakin
melebar. Akhirnya mewujudkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan kaum buruh. Keadaan
ini mengundang pembentukan perkumpulan pekerja yang menubuhkan kesatuan buruh untuk
memperjuangkan nasib mereka. Keaktifan dan hala tuju radikal atau liberalnya sesebuah
kesatuan buruh itu bergantung kepada hubungan intim dan kerjasama antara dua golongan tadi.
Namun apa yang berlaku sebaliknya. Kaum kapitalis mengaut keuntungan berlipat kali ganda
dan keadaan ini akhirnya membuatkan kaum buruh semakin tertekan. Perkembangan sektor
industri bukan sahaja berlaku di Eropah semata-mata tetapi turut berkembang di benua lain.
Perkembangan ini turut melahirkan pergerakan buruh di seluruh dunia. Tanah Melayu turut

62
Qasim Ahmad. Revolusi Industri Pertama, Sejarah Permasalahan Sosioekonomi dan Politik. Universiti
Malaysia Sabah. 1999. hlm. 4.
63
Ibid., 6-7.
64
Steven Kreis, Lecture 19, The French Revolution and Socialist Tradition: Early French Communists (1).
email: stevenk@nc.rr,com. 22 March 2002. hlm. 1.
65
K. Ramanathan. Pengantar Sains Politik, Fajar Bakti. Petaling Jaya. 1989. hlm. 31-35.

34
menerima bahang tersebut. Lantaran itu, aliran pemikiran yang amat berkait rapat dengan
perjuangan golongan bawahan waktu itu adalah aliran pemikiran sosialis. Melalui ahli fikir
sosialis, aliran pemikiran ini mula meresapi pergerakan buruh yang sedang rancak
memperjuangkan kebajikan mereka.

Fahaman Sosialis mewakili sebahagian daripada perjuangan golongan rakyat bawahan. Ia


lahir dalam lingkaran masyarakat yang tertindas (Low Class Citizen). Demikian ditegaskan oleh
Abdul Majid Salleh, bekas Ketua Pan Malayan Federation of Trade Union, Cawangan negeri
Johor tahun 1946-1948 dan merangkap Ketua Johore South Federation of Trade Union
(JSFTU).66 Perjuangan mereka adalah tertumpu kepada usaha untuk menaikkan taraf hidup
rakyat dan membela masyarakat marhaen. Mereka tidak mengendahkan ajaran agama dan tidak
pula menentang agama seperti fahaman komunis. Cuma mereka tidak meletakkan agama sebagai
matlamat perjuangan. Golongan ini sanggup menggunakan apa juga cara demi untuk
menjatuhkan pihak yang menindas. Namun penggunaan kaedah kekerasan hanyalah suatu taktik
perjuangan yang diharuskan. Lantaran itulah golongan sosialis melalui pergerakan buruh, biasa
menggunakan pelbagai kaedah seperti rapat umum, mogok, demonstrasi, ugutan, propaganda dan
akhirnya menggunakan kekerasan fizikal. Ini terbukti melalui sejarah pertubuhan buruh di serata
dunia seperti di Perancis, England, Amerika Syarikat, India, dan juga di Tanah Melayu. Menurut
Abdul Majid Salleh tindakan mogok merupakan salah satu kaedah yang amat berkesan dalam
usaha untuk mengajak kaum buruh bersatu dalam memberikan tekanan kepada majikan. Tegas
beliau:

“Mereka berani pula melancarkan mogok (strike) bila mereka berasa bahawa
mereka benar-benar tertindas atau tertekan oleh majikan mereka. Mogok adalah
ikhtiar yang terakhir terhadap kaum buruh untuk membela nasib mereka. Mogok
bererti perang politik. Kalau menang tuntutan mereka maka nasib mereka akan
berubah dari buruk kepada baik sedikit dan jikalau kalah maka bererti mereka

66
Abdul Majid Salleh, Memoir Abdul Majid Salleh, Dalam PKMM dan KESATUAN Buruh, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi, 2004, hlm. 42-43 dan 47. Penyelidik berkesempatan bergaul dan berkawan rapat
dengan beliau lebih dari 25 tahun (1984-2011). Lantaran itu penyelidik amat memahami idea dan prinsip perjuangan
yang beliau yakini. Beliau berjuang demi kepentingan bangsa Melayu tanpa mengira keuntungan dalam politik.
Beliau pernah ditawarkan sebagai Menteri Muda mewakili masyarakat Melayu oleh Lee Kuan Yew, Perdana
Menteri Singapore. Namun kerana tidak mahu dicucuk hidung atau terperangkap dengan politik Lee Kuan Yew,
beliau menolak dengan hormat jawatan tersebut. Menurut beliau setelah tawaran itu ditolak beliau diharamkan
memasuki Singapore. Beliau kembali ke rahmatullah pada tahun 2011.

35
akan gulung tikar, pindah dari situ kerana dibuang atau pindah sendiri kerana
mempertahankan imej.” 67

Manakala penubuhan parti sosialis di Tanah Melayu pula, pernah diusahakan oleh mereka yang
beraliran komunis seperti Mokhtarudin Lasso, Arshad Ashaari, Baharuddin Tahir dan Abdullah
CD ketika penubuhan PKMM. Mereka ini mengusulkan nama Parti Sosialis Malaya dalam
mesyuarat penubuhan parti pada 17 Oktober 1945 di Ipoh. Usaha ini digagalkan oleh Ahmad
Boestamam. Lantaran itu, usaha pertama untuk membentuk parti sosialis gagal dilakukan. 68 Di
Tanah Melayu perjuangan politik aliran sosialis bermula secara rasmi apabila terbentuknya Parti
Buruh Malaya pada Jun 1952. Pembentukan parti buruh ini dilakukan setelah usaha pergerakan
buruh gagal mendapat perhatian sewajarnya daripada British. Malah dalam setiap tindakan
seperti pelancaran mogok, memorandum, tuntutan dan propaganda menemui kegagalan.
Kegagalan ini merubah strategik lalu mereka memikirkan perlu menubuhkan parti politik untuk
memperjuangkan nasib kaum buruh. Mereka mensasarkan matlamat yang lebih luas lagi dengan
menegaskan pembentukan negara sosialis Tanah Melayu. Bagi golongan ini kesejahteraan Tanah
Melayu hanya akan tercapai dengan menubuhkan sebuah negara sosialis. Matlamat ini
ditekankan secara jelas oleh Parti Buruh Cawangan Pulau Pinang, untuk membentuk negara
sosialis. 69

Di awal penubuhan Parti Buruh ia dikenali sebagai Pertubuhan Buruh Se-Malaya,


kemudiannya pada bulan Oktober 1955 namanya ditukarkan kepada Parti Buruh Malaya. 70 Sejak
mulanya lagi parti ini berpegang kepada ideologi sosialisme dan bermatlamatkan pembentukan
sebuah negara sosialis Malaya, mengikut model Parti Buruh Great Britain. Antara tokoh Melayu
utama yang mengerakkannya ialah Mohd. Sopiee dan Osman Sirin.71 Abdul Majid Salleh,
menegaskan bahawa perjuangan sosialis merupakan sebuah perjuangan untuk membela
masyarakat bawahan yang kurang mendapat pembelaan. Dengan kata lain Parti Buruh ingin

67
Abdul Majid Salleh, A Basic Couse of Politik (ABC Politik), Ipoh, 1994. hlm. 17. Manuskrip Asal tidak
pernah diterbitkan. Koleksi Persendirian.
68
Ahmad Boestamam. Merintisi Jalan ke Punchak. Pustaka Kejora. Kuala Lumpur. 1972. hlm. 7-11.
69
Tan Kim Hong, Riding the Storms: Radicalisation of The Labour Party of Malaya, Penang Division, 1963-
1969, hlm. 1. Kertas kerja ini dibentangkan dalam International Conference 2002, pada 19-21 April 2002 di The
City Bayview Hotel, Penang, Malaysia, Anjuran The Penang Heritage Trust & STAR Publications.
70
Abdul Rahman Abdullah. Pemikiran Islam di Malaysia, sejarah dan aliran. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kuala Lumpur dengan kerjasama Pusat Pendidikan Jarak Jauh. Pulau Pinang. 1998. hlm.157.
71
Ibid., hlm. 157.

36
memperjuangkan sebuah negara yang berasaskan keadilan untuk semua lapisan masyarakat.72
Aliran pemikiran sosialisme kemudiannya turut berkembang dengan penubuhan Parti Rakyat
Malaya (PRM) pada bulan November 1955 di bawah kepimpinan Ahmad Boestamam. PRM
turut menjadikan ideologi sosialisme sebagai prinsip perjuangannya. Aliran sosialisme semakin
berkembang dengan gabungan dua buah parti besar iaitu Parti Buruh Malaya dengan Parti
Rakyat Malaya di bawah payong Socialist Front pada tahun 1957.73 Kemudian pada tahun 1968
Parti Rakyat Malaya dijenamakan semula dengan nama Parti Sosialis Rakyat Malaya (PSRM).
Tindakan ini menjelaskan ideologi sebenar golongan radikal Melayu aliran sosialis di Tanah
Melayu.

Aliran pemikiran sosialisme diperkuatkan lagi dengan adanya faktor kebangkitan


semangat nasionalis Cina dan India, waktu itu kebanyakan kaum buruh terdapat di negeri Perak
kerana menjalankan kegiatan perlombongan bijih timah dan perladangan getah. Pada zaman
tersebut sering kali tokoh politik dari India dan China mengunjungi negeri Perak untuk
mendapatkan sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menjalankan gerakan nasionalisme di
tanah kelahiran mereka. Usaha ini berjaya mendapat sokongan padu kaum imigran di perantauan.
Malah ia turut berjaya mempengaruhi minda golongan imigran terhadap perjuangan
kemerdekaan di negara asal mereka. Antara mereka yang pernah mengunjungi negeri Perak
dalam rangka lawatan untuk mendapatkan sokongan moral dan dana bagi mengisi tabung
perjuangan ialah Dr. Sun Yat Sen dan Subhash Chandra Bose. Subhash Chanda Bose merupakan
pemimpin Parti Sosialis India yang amat berpengaruh. Beliau pernah mengunjungi negeri Perak
pada zaman pendudukan Jepun. Beliau berucap dalam rapat raksasa yang diadakan di Padang
Kelab Ipoh tahun 1943 dan dihadiri oleh ratusan ribu manusia yang ingin mendengar pidato
beliau. Turut hadir dalam rapat umum tersebut ialah Ahmad Boestamam. Ahmad Boestamam
mengakui bahawa antara faktor yang mendorong beliau bergiat cergas dalam politik di Tanah
Melayu ialah pengaruh perjuangan Subhash Chandra Bose yang memperjuangkan kemerdekaan

72
Abdul Majid Salleh. A Basic Couse of Politik (ABC Politik). hlm. 47-48.
73
Ahmad Nidzammuddin, “Aliran Kiri di dalam Politik Perkauman Malaya/Malaysia 1955 - 1969”, dlm.
Jurnal Jebat. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. 1988. hlm. 67.

37
India.74 Idea dan pemikiran Subhash Chandra Bose jelas meresapi semangat perjuangan Ahmad
Boestamam.75

Justeru itu, Ahmad Boestamam menyokong kuat idea berkaitan dengan persoalan
kebebasan dan kemerdekaan sesebuah negara. Malah Subhash Chandra Bose pernah
mengingatkan semua pejuang kemerdekaan bahawa perjuangan ini bukan mudah dan mengambil
masa yang cukup panjang untuk direalisasikan. Hatta belum tentu beliau dapat melihat
hasilnya.76

Ahmad Boestamam turut berpegang kepada prinsip yang disarankan oleh tokoh tersebut
iaitu perjuangan ini mengambil masa yang cukup panjang. Beliau pernah menyarankan dalam
Persidangan Pemuda SEBERKAS yang berlangsung pada 30 Mei 1976 dengan kata-kata; “Kota
Rom tidak dibina dalam sehari.” 77 Beliau berpegang kuat dengan prinsip yang beliau yakini dan
tetap konsisten dalam perjuangan sebelum dan selepas merdeka. Beliau amat menyanjung tinggi
ketokohan tokoh seperti Subhash Chandra Bose, Sukarno dan juga Bung Tomo kerana pada
pendapat beliau, mereka ini memiliki karisma sebagai pemimpin agung, malah gaya berpidato
mereka boleh memukau para pendengar. Pandangan Ahmad Boestamam:

“Cara dan gayanya berpidato paling menarik, persis seorang agitator seperti
Soekarno. Tubuhnya yang tampan dan agam meninggikan takah ketokohannya.
Benar- benar dia mempunyai personaliti seorang pemimpin besar. Suaranya yang
lantang dengan pengucapan yang lancar merupakan besi berani yang menarik
simpati siapa saja yang mendengarnya.” 78

Ahmad Boestamam bukan sahaja menyanjung tinggi ketokohan mereka tetapi turut meniru gaya
pidato, pendekatan, idea, pemikiran dan taktik kepimpinan mereka. Perjuangan Subhash Chandra

74
Ahmad Boestamam. Lambaian Dari Punchak. Memoir 1941-1945. Penerbitan Mahakarya. Kuala Lumpur.
1983. hlm. 64-70. Lihat juga Subhash Chandra Bose. The Indian Struggle 1920-1942. Netaji Research Bureau.
Culcatta. Asia Publishing House. New York. 1964. hlm. 208.
75
Subhash Chandra Bose. The Indian Struggle 1920-1942. Netaji Research Bureau. Culcatta. Asia Publishing
House. New York. 1964. hlm. 208.
76
Subhash Chandra Bose. Letters to Emilie Schenkl 1934-1942. Netaji Research Bureau. Volume 7. Oxford
Press. Calcutta. 1994. hlm. 228.
77
Teks Ucapan Ahmad Boestamam, dalam Persidangan Pemuda SEBERKAS, negeri-negeri Selangor, Perak
dan Pulau Pinang di Kuala Lumpur pada 30 Mei 1976.
78
Ibid., hlm. 69-70.

38
Bose yang menekankan ideologi sosialisme dan menentang kapitalisme menjadi ikutan dalam
perjuangan Ahmad Boestamam. Tokoh dari India ini menjadi idola beliau, lantaran itu beliau
menyemadikan nama Subhash Chandra Bose melalui nama yang digunapakai olehnya iaitu
Ahmad Boestamam.79 Terdapat juga sebuah versi lain yang menegaskan bahawa beliau pernah
menyatakan bahawa nama Boestamam yang beliau gunakan membawa maksud, “Berjuang
Sehingga Tanah Air Mencapai Merdeka”, dalam versi ejaan jawi.80

Idea dan pemikiran Sukarno pula berjaya menyerapi prinsip perjuangan Ahmad
Boestamam dalam gerakan menentang penjajah British. Malah idea dan pemikiran tokoh
kemerdekaan Indonesia ini menjadi contoh kepada beliau. Dalam usaha untuk menyedarkan
masyarakat Indonesia, Sukarno pernah menyarankan agar semangat perjuangan kemerdekaan
harus dihayati secara mendalam, barulah perjuangan untuk menuntut kemerdekaan akan lebih
bermakna. Kenyataan Sukarno:

“…Roh Merdeka dan Semangat Merdeka yang sekeras-kerasnya, yang harus pula
kita hidupkan menjadi api kemahuan merdeka yang sehidup-hidupnya! Sebab
hanya Roh Merdeka dan Semangat Merdeka yang sudah bangkit menjadi
Kemahuan Merdeka sahajalah yang dapat melahirkan sesuatu perbuatan
Merdeka yang berhasil.” 81

Saranan Sukarno kepada barisan pejuang kemerdekaan jelas boleh dilihat melalui ucapan beliau
pada hari pengisytiharan kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945. Beliau menyeru seluruh
rakyat yang bencikan penjajah Barat agar bangkit menentang penjajah, katanya; “… Hanya
bangsa yang berani mengambil nasib dalam tangan sendiri, akan dapat berdiri dengan
kuatnya.”82 Justeru itu, Ahmad Boestamam amat tegas dalam perjuangan kemerdekaan di Tanah
Melayu. Beliau tetap konsisten dalam gerakerja menyedarkan masyarakat umum tentang

79
Ibid., hlm. 67.
80
Temuramah dengan Tuan Haji Abdul Halim bin Ahmad di Kota Bahru, Kelantan pada 5 Oktober 2002,
bekas Pengetua SMK Kok Air Lanas, Kelantan. Hujah beliau bersandarkan kepada ceramah yang disampaikan oleh
Ahmad Boestamam dalam Majlis ‘Forum Nasionalisme’ di Dewan Kuliah F, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
anjuran Persatuan Bahasa Melayu, Universiti Malaya pada tahun 1971 yang beliau hadir sama sebagai seorang
mahasiswa Universiti Malaya waktu itu.
81
Saranan beliau ini dipetik dari akhbar Suluh Indonesia Muda di bawah tajuk “Melihat ke Muka”, yang
pernah disiarkan pada tahun 1928. Kemudian diterbitkan semula dalam buku Di Bawah Bendera Revolusi, Jilid 1,
Panitia Penerbit Di Bawah Bendera Revolusi, Jakarta, 1963, hlm. 80.
82
Dari Proklamasi Sampai Respom, Departemen Penerangan, Jakarta, 1961, hlm. 13.

39
kepentingan perjuangan kemerdekaan dan juga kepentingan perjuangan membela golongan yang
tertindas. Ini dibuktikan oleh beliau ketika memimpin pergerakan politik seperti Angkatan
Pemuda Insaf (API), Parti Rakyat Malaya (PRM) dan ketika menerajui akhbar Suara Rakyat dan
Voice of the People. 83

Akhbar Suara Rakyat dan Voice of the People


Sumber: Koleksi Peribadi

Bagi Ahmad Boestamam perjuangan sosialis berkaitrapat dengan perjuangan


memartabatkan golongan marhaen. Perjuangan kemerdekaan di Tanah Melayu selaras dengan
perjuangan untuk membela rakyat bawahan yang sering dilupakan oleh golongan pemerintah.
Sejak dari awal penglibatan beliau dalam politik, golongan rakyat bawahan ini sentiasa diberikan
keutamaan. Beliau sering menjelajah ke seluruh Tanah Melayu untuk melihat keadaan mereka
serta memperjuangkan aliran pemikiran marhaenisme yang beliau yakini. Bermula dengan
KMM, kemudian PKMM, API dan PRM. Pengakhiran perjuangannya dengan menubuhkan Parti
Marhaen khusus untuk membela golongan bawahan.84 Ahmad Boestamam menyatakan:

“Marhaenisme bertujuan untuk melahirkan satu negara yang seluruh rakyatnya


boleh hidup bahagia dan makmur dengan merata, tidak memadang bulu, agama
ataupun darah.” 85

“Marhaenisme ini ialah sosialisme yang disesuaikan dengan gotong-royong


Indonesia dan berdasarkan demokrasi.” 86

83
Ishak Saat. Peranan Politik Akhbar Suara Rakyat. Jurnal Kemanusiaan. Bil. 17. 2010. Universiti Sains
Malaysia. Penang. Hlm. 67-70.
84
Ishak Saat, Ahmad Zainuddin Husin & Kamaruzaman Mohd. Yusoff. “Ahmad Boestamam:Malay Radical
Nationalistic Figure” dlm. Global Journal Inc. (US). GJHSS Volume 16-D Issue 2 Version 1.0. 2016. hlm. 25-32.
85
Fikiran Rakyat, 26/4/1957, hlm. 5.

40
Tambah beliau lagi:

”Kita minta supaya demokrasi dipakai di Malaya…”87

Bolehlah disimpulkan bahawa aliran pemikiran sosialis Melayu terbentuk melalui perjuangan
politik dan pergerakan buruh yang wujud di Tanah Melayu. Perkembangan akhbar turut
membantu menyalurkan maklumat perjuangan kaum buruh dari luar negara. Lantaran itu ia
mudah mempengaruhi pemikiran ahli politik dan juga aktivis pergerakan buruh di Tanah
Melayu.

Ahmad Boestamam dibawa ke penjara, 1963.


Sumber: Koleksi Peribadi

Pejuangan Komunis Melayu


Gerakan radikalisme Melayu turut diresapi ideologi komunis. Pertubuhan komunis antarabangsa
cuba menguasai politik dunia dengan satu bentuk aliran pemikiran yang sama iaitu aliran
pemikiran marxisme. Aliran pemikiran ini ingin memperjuangkan kesamarataan taraf hidup
dalam semua aspek kehidupan sama ada politik, ekonomi dan juga sosial. Malah turut
memiliknegarakan seluruh sumber dan kekayaan sesebuah negara. Rakyat disamakan sebagai
golongan pekerja untuk negara. Meletakkan kepentingan negara mengatasi segala-galanya.

86
Ibid.
87
Suara Rakyat. 29 September 1945. hlm. 1.

41
Menyelurusi rumah Tan Malaka dijadikan
Muzium & Pustaka, gambar tahun 2009
Sumber: Koleksi Peribadi

Perjuangan berideologikan komunis di Tanah Melayu pernah diusahakan oleh Tan


Malaka88 dan Alimin, dua tokoh Parti Komunis Indonesia (PKI) sekitar tahun 1930-an. Namun
perjuangan komunis yang dibawa oleh Tan Malaka tidak mendapat sambutan dalam kalangan
masyarakat Melayu di Tanah Melayu. Tan Malaka merupakan pemimpin PKI lebih terkenal
dengan sikap agresif dan pendekatan kekerasan dalam usaha untuk menentang penjajah Barat.
Dalam merealisasikan pemikiran komunis, beliau menyarankan pendekatan yang paling sesuai
adalah dengan menggunakan kaedah revolusi. Beliau mentakrifkan pendekatan revolusi:

“Pendeknya semakin besar jurang antara kelas yang memerintah dengan kelas
yang diperintah semakin besarlah hantu revolusi. Tujuan sebuah revolusi ialah
menentukan kelas mana yang akan memegang kekuasaan negeri, politik dan
ekonomi, dan revolusi itu dijalankan dengan ‘kekerasan’. ” 89

Dalam perancangan Communist International pula, ia cuba mewujudkan rangkaian negara blok
komunis atau World Union of Communist Republics. Ia digariskan dalam Persidangan
International Communist Movement yang berlangsung di Moscow pada November 1957.90
Persidangan ini dihadiri oleh 64 buah pertubuhan komunis dunia dan Parti Komunis Malaya

88
Dalam meyelusuri pejuang radikal Melayu penyelidik berkesempatan menjalankan penyelidikan ke rumah
Tan Malaka yang dijadikan Muzium dan Pustaka Tan Malaka tahun 2009. Tan Malaka merupakan tokoh radikal
Melayu kelahiran Pandan Gadang, Suliki, Kabupaten Limapuloh Kota, Propinsi Samudera Barat pada 19 Februari
1896. Pengasas Parti Komunis Indonesia (PKI) tahun 1921 dan amat berpengaruh sebagai tokoh radikal Melayu di
Indonesia. Pernah diusir oleh Belanda dari Indonesia. Lantaran itu beliau bekrlana ke Asia dan Eropah untuk
meneruskan perjuangan ideologi komunisnya sehingga ke Malaysia tahun 1930. Dalam usia muda beliau sudah
mewakili PKI dalam Persidangan komunis Antarabangsa sehingga ke Moscow dan negara Eropah lain.
Dipenghujung usianya beliau diikhtiraf oleh Presiden Indonesia, Soekarno sebagai Pejuang Revolusi Kemerdekaan
Indonesia tahun 1963.
89
Tan Malaka. Aksi Massa. Teplok Press. Jakarta. 2000. hlm. 1-2.
90
Aloysius Chin. The Communist Party of Malaya, the Inside Story. Vinpress. Kuala Lumpur. 1994. hlm. 17.

42
(PKM) merupakan salah satu di antaranya. Musa Ahmad dan Siu Cheong merupakan perwakilan
daripada PKM.91 Dalam persidangan ini PKM diiktiraf sebagai parti komunis yang mewakili
pertubuhan komunis antarabangsa dari Tanah Melayu. Dalam perancangan untuk menguasai
dunia dan merealisasikan pembentukan blok komunis maka kepelbagaian pendekatan dan
strategi haruslah digunapakai. Di Tanah Melayu strategi kerjasama antara pelbagai aliran
pemikiran politik sukar diramalkan. Malah sukar dibuat satu rumusan sama ada mereka ini
terpengaruh atau bekerjasama demi untuk mencapai matlamat yang sama. Semangat kerjasama
pelbagai kaum merupakan satu keistimewaan dan kelebihan yang terdapat di Tanah Melayu. Ia
perlu dimanfaatkan sepenuhnya demi untuk menentang penjajah British.92 Ini menunjukkan
kematangan pemikiran tokoh politik radikal pelbagai kaum di Tanah Melayu. Mereka ini pernah
terlibat dalam mengariskan sebuah perlembagaan alternatif bernama Perlembagaan Rakyat bagi
menggantikan Malayan Union tahun 1947. Apabila saranan ini ditolak, mereka melancarkan
Hartal pada 20 Oktober 1947.93 Mereka sanggup membelakangkan prinsip dan ideologi demi
untuk membentuk Tanah Melayu baru. Kepelbagaian strategi dan pendekatan digunakan oleh
pejuang PKM dalam usaha untuk mencapai matlamat.

Poster Kempen Sokongan Kepada


Perlembagaan Rakyat94
Sumber: Public Office Record, London

Begitu juga dalam sidang MATA di Maahad Il Ihya As-Sharif, Gunung Semanggol yang
diadakan tahun 1947 pihak PKM diwakili oleh Rashid Maidin. Dalam sidang tersebut beliau

91
Ibid.
92
Cheah Boon Kheng. Red Star Over Malaya, Resistance and Social Conflict During and After the Japanese
Occupation of Malaya, 1941-1946, University Press and National. Singapore. 2003. hlm. 299.
93
Ishak Saat. Caturan Politik Pelbagai Kaum di Tanah Melayu 1946-1957. Jebat: Malaysian Journal of
History, Politics, & Strategic Studies, Vol. 37 (2010): 68 - 85 @ School of History, Politics & Strategic Studies,
UKM; ISSN 2180-0251 (electronic), 0126-5644 (paper). hlm. 76.
94
Public Office Record, Kew Garden. London. 16/02/2010.

43
mengambil kesempatan mengadakan pameran gambar yang membuktikan bahawa British selalu
berlaku tidak adil terhadap bangsa yang dijajah. Gambar orang Melayu yang masih hidup atas
pokok dipamerkan.95 Beliau turut memberikan penerangan terhadap sikap dan ideologi
perjuangan yang beliau yakini tetapi tidak menceritakan secara langsung prinsip perjuangan
PKM. Beliau amat berkeyakinan bahawa seluruh bangsa Melayu harus bersatu tidak kira apa
ideologi sekalipun, untuk berhadapan dengan penjajah British barulah kejayaan dan kemenangan
akan dikecapi. Kesempatan dalam persidangan di Gunung Semanggol ini digunakan dengan
sebaiknya oleh beliau, terutama semasa menyediakan bahan pameran serta ketika menyampaikan
ceramah penerangan terhadap pentingnya orang Melayu bersatu dan bangkit menentang British.
Seiring dengan kebangkitan masyarakat dunia yang turut terjajah, beliau cuba membentuk aliran
pemikiran orang Melayu yang hadir dalam sidang tersebut agar bersama-sama menentang
British. Ini merupakan strategi politik Rashid Maidin dalam usaha membangkitkan kesedaran
berpolitik dalam kalangan orang Melayu. 96

Rajemin ke-10 PKM merupakan wadah bagi orang Melayu yang memperjuangkan
fahaman komunis. Aliran pemikiran komunis dalam kalangan orang Melayu amat terhad. Ia
hanya berkisar dalam kalangan mereka yang benar-benar menjiwai falsafah perjuangan
komunisme seperti Musa Ahmad, Rashid Maidin dan Abdullah CD. Rashid Maidin umpamanya
merupakan orang Melayu yang kekal dengan ideologi komunis sehinggalah pasca merdeka.
Beliau merupakan tokoh komunis Melayu yang mewakili PKM dalam menghadiri persidangan
sama ada di dalam negara mahupun di luar negara. Antara persidangan yang pernah beliau hadiri
ialah Persidangan Komunis Antarabangsa di London pada tahun 1947, Persidangan MATA pada
tahun 1948 di Gunung Semanggol, Perak, Rundingan Baling pada tahun 1955 dan Rundingan
Perdamaian di Hatyai pada tahun 1989. 97

Abdullah CD pula merupakan contoh terbaik strategik penyelinapan PKM dalam


pergerakan politik sama ada dalam PKMM mahupun pertubuhan buruh. Kehadiran beliau bukan
sekadar anggota biasa tetapi sebagai pucuk pimpinan pergerakan itu. Beliau berjaya menyelinap

95
Utusan Melayu, 9 Mac 1947. hlm. 3.
96
CO537/3751/136798 Malay Communists, hlm. 103.
97
Chin Peng. My Side Of History. Media Masters. Singapore. 2003. hlm. 368 dan 489.

44
dalam PKMM dan dilantik sebagai AJK Pusat dari tahun 1945 hingga 1948,98 Pergerakan Buruh
Malaya sebagai Naib Ketua Kebangsaan tahun 1947.99 Beliau merupakan orang Melayu yang
berpegang kepada prinsip perjuangan komunis dan amat setia kepada pemimpin utama PKM.
Prinsip berpegang kepada disiplin parti ini selaras dengan pandangan Tan Malaka:

“Andaipun parti yang revolusioner tidak dapat diperolehi dengan perbicaraan-


perbicaraan akademis di dalam partai ataupun tak ada kesempatan bagi bangsa
kita yang sengsara dan dihina-hinakan, senantiasa kita dapat mendorong partai
itu ke dalam perjuangan ekonomi dan politik yang besar ataupun yang
menciptakan ‘disiplin’ yang diinginkan yang memberi pengaruh yang tak dapat
ditinggalkan atas massa dan kepercayaan yang dibutuhkan dari massa serta,
selain itu kelihatan, kecerdasan dalam perjuangan. Itulah syarat-syarat yang
akan membawa pada kemenangan.” 100

Apabila berjaya menerajui kepimpinan pergerakan buruh kebangsaan Abdullah CD membuat


laporan kepada ketuanya iaitu Chin Peng. Pengakuan beliau:

“Esoknya nama tersiar dalam surat-surat khabar. Penjajah British belum tahu
siapa Abdullah CD. Kemudiannya hal tersebut telah saya laporkan kepada Dr.
Burhanuddin. Beliau memang bersetuju kerana kami sudah ada rancangan
menubuhkan kesatuan buruh. Lepas itu saya buat laporan kepada Chin Peng.
Pihak PKM menyambut baik pemilihan tersebut. Bermula dari saat itulah saya
pun dikenali sebagai Abdullah CD.” 101

Pengakuan beliau ini menjadi bukti kukuh bahawa Abdullah CD sememangnya seorang pejuang
radikal Melayu berideologikan komunis kerana sikap taat kepada disiplin parti dan memberikan
laporan setiap tindakan di luar organisasi PKM harus mendapat persetujuan kepimpinan PKM.
Pernyataan ’buat laporan’ yang dinyatakan oleh beliau amat jelas mengesahkan dakwaan ini.
Abdullah CD juga sering memberikan ceramah dalam ”Kelas Politik Kiri”.102 Salah satu “Kelas
Politik Kiri” yang pernah diadakan pada 19 Februari 1948, membicarakan perjuangan

98
Abdul Majid Salleh. UntukMu Anak Merdeka. Penerbit Haji Abdul Majid Salleh. Ipoh. 1991. hlm. 1, 17-25.
99
Abdullah CD. Perang Anti-British Dan Perdamaian. Nan Dao Publisher. Hong Kong. 1998. hlm. 54-62.
100
Tan Malaka. Aksi Massa. hlm. 111.
101
Abdullah CD. Perang Anti-British Dan Perdamaian. hlm. 59.
102
PKM penganjuran ceramah dalam bentuk kumpulan kecil untuk memberikan kefahaman tentang
perjuangan komunisme. Ia dijalankan secara berkala. Di antara pemimpin komunis Melayu yang sering memberikan
ceramah dalam kelas tersebut ialah Abdullah CD, Rashid Maidin dan Kamaruzaman Teh. Rujuk
CO537/3751/136798, Malay Communist. hlm 103-104.

45
komunisme dan anti-British serta menegaskan British ingin mematikan amalan demokrasi di
Malaya. 103

Malah beliau pernah mewakili PKM ke Persidangan Komunis Antarabangsa di Prague


tahun 1947.104 Begitu juga pandangan beliau terhadap rakan seperjuangannya yang berlainan
aliran seperti Burhanuddin al Helmy, Mustapha Hussein dan Kamarulzaman. Pandangan beliau:

“Akan tetapi, kami masing-masing tetap setia dengan ikrar kami, berjuang di
front masing-masing untuk satu cita-cita yang sama – KEMERDEKAAN
TANAHAIR.” 105

Kemudian menyingkap sejarah Rundingan di Baling tahun 1955 menjelaskan bahawa Abdullah
CD merupakan seorang tokoh pemimpin PKM yang tegas dalam perjuangan. Komen beliau
apabila rombongan PKM diberikan kata dua, “menyerah diri tanpa syarat atau dibinasakan”,
oleh wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Abdullah CD menjelaskan bahawa beliau tetap
berpegang teguh dengan saranan Chin Peng:

“Apakah kami yang sudah merintis sejarah kemerdekaan tanahair dengan darah
dan air mata melawan penjajah British ini harus menyerah diri? Satu-satunya
jawapan ialah sekali-kali tidak – Sekali berjuang terus berjuang. Kami para
pemimpin Rejimen ke-10 berkeazaman teguh menyahut seruan Chen Peng
meneruskan perjuangan bersenjata biar di bawah keadaan bagaimanapun
sulitnya.” 106

Jelas ketegasan Abdullah CD sebagai tokoh PKM yang konsisten dan yakin akan perjuangan
yang dipilihnya untuk memerdekakan Tanah Melayu. Beliau sentiasa mematuhi arahan Chin
Peng sama ada semasa berada dalam barisan kepimpinan PKMM, Pergerakan Buruh dan juga
setelah berada dalam barisan PKM. Buktinya melalui kenyataan akhbar Abdullah CD semasa
penandatangan Persetujuan Hatyai pada 25 November 1989:

103
CO537/3751/136798 Malay Communists. hlm. 104.
104
Cheah Boon Kheng. The Masked Comrades, A study of the Communist United Front in Malaya 1945-1948.
Times Books Internacional. Singapore. 1979. hlm. 67.
105
Abdullah CD. Perang Anti-British Dan Perdamaian. hlm. 135.
106
Ibid., hlm. 170.

46
“Rakyat negara kita sangat gembira dengan tercapainya kemerdekaan penuh
pada tahun 1957. Tidaklah dibesar-besarkan kalau saya katakan bahawa
kemerdekaan ini adalah hasil bersama semua parti dan pertubuhan patriotik baik
PKM, di medan bersenjata mahupun UMNO, PAS, Parti Rakyat dan lain-lain
yang berjuang secara damai.” 107

Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa beliau mendakwa bahawa kemerdekaan yang dicapai
oleh Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 merupakan hasil bersama semua pihak. Walaupun
berlainan gerakan namun matlamat ke semua gerakan politik di Tanah Melayu waktu itu hanya
satu iaitu perjuangan untuk mengusir penjajah British dan kemerdekaan mutlak Tanah Melayu.
Kerahsiaan dalam perjuangan amat penting sehinggakan rakan seperjuangan, Aishah Ghani iaitu
bekas Ketua AWAS tidak menyangkakan Musa Ahmad seorang pemimpin beraliran komunis
kerana sikap dan sifatnya yang pendiam. Situasi ini turut membuktikan bahawa pihak PKM amat
rapi dari segi strategi mereka sehinggakan rakan seangkatan tidak menyangkakan bahawa
mereka ini seorang pendukung ideologi komunis. Barisan kepimpinan Rejimen ke-10 PKM
merupakan pejuang radikal Melayu yang berpegang kuat kepada ideologi komunisme seperti
Musa Ahmad, Rashid Maidin, Abdullah CD, Shamsiah Fakeh, Abu Samah Kassim dan Ibrahim
Chik.

Bagi menanamkan semangat cintakan perjuangan komunis, PKM mengadakan sambutan


ulangtahun penubuhan PKM tahun 1952 iaitu ulangtahun ke-22.108 Sambutan ini diadakan secara
sederhana sahaja. Ia bertujuan untuk memastikan seluruh anggota parti dan ahli keluarganya
menyatakan taat setia kepada parti. Bagi mereka perjuangan PKM adalah sebuah perjuangan
untuk membela kebajikan seluruh rakyat di Tanah Melayu. Pendidikan berterusan PKM kepada
para anggotanya diteruskan untuk menanamkan ideologi Marxist dijalankan di Sekolah Marxist
Malaya PKM yang ditubuhkan tahun 1946. Abdullah CD dan Rashid Maidin bertanggungjawab
melaksanakannya.109 Abdullah CD mencatatkan bahawa diadakan kursus mempelajari teori
marxisme.110 Manakala Aishah Ghani hanya menceritakan bahawa mereka diberikan ceramah
berkaitan dengan kisah pemberontakan Bolshevik di Rusia dan kejayaan komunis meluaskan

107
Ibid., hlm. 223.
108
CO 1022/46 We Solemny Commemorate The Birthday of The Party.
109
Muhamed Salleh Lamry. Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan. Penerbitan Universiti
Kebangsaan Malaysia. Bangi. 2006. hlm. 92.
110
Abdullah CD, Perang Anti-British Dan Perdamaian, hlm. 48-49.

47
penaklukannya serta rancangan masa depan komunis di Asia Tenggara.111 Manakala dokumen
British dalam Malayan Security Service, Political Intelligence Journal bertarikh 29 Februari
1948 pula hanya mencatatkan “Kelas Politik Kiri” dengan pengisian ceramah tentang perjuangan
komunisme.112 Melalui cross check ini, pendidikan secara formal melalui institusi pendidikan
ataupun sekolah hanya berlaku tahun 1960-an sebagaimana yang dicatatkan oleh Suriani
Abdullah, Abdullah CD dan Abu Samah Mohd. Kassim. Apapun pendidikan formal, PKM
kepada anggotanya dilakukan secara berterusan dari sebelum merdeka sehinggalah pasca
merdeka agar memastikan ideologi komunis terus subur dalam kalangan mereka. Perlu
ditegaskan bahawa orang Melayu yang berjuang dalam PKM khususnya Rejimen ke-10 asalnya
adalah mereka yang tergolong dalam kategori pejuang politik berhaluan kiri atau radikal.113
Namun kerana penguatkuasaan Akta Darurat 1948, mereka yang tidak berjaya ditangkap oleh
pihak berkuasa British bertindak memasuki hutan dan berjuang secara gerila. Mereka ini boleh
dikategorikan sebagai pejuang PKM yang berideologikan politik komunis tetapi dari segi
keagamaan dan keimanan mereka tetap berpegang kepada ajaran Islam. Dakwaan ini dibuat oleh
mereka yang berjuang dalam Rejimen ke-10 PKM seperti Abdullah CD dalam memoirnya,
Perang Anti-British dan Perdamaian.114 Dakwaan ini disokong pula dengan peristiwa
pengislaman Eng Ming Ching, AJK PKM Pusat pada Februari 1955. Suriani binti Abdullah
merupakan nama Islamnya.115 Suriani Abdullah, Anggota Jawatankuasa Pusat PKM yang juga
merupakan isteri kepada Abdullah CD.116

Prinsip perjuangan Suriani Abdullah dan juga Abdullah CD sama iaitu setia kepada parti
dan juga berkeyakinan dengan perjuangan bersenjata PKM untuk menguasai Tanah Melayu.
Manakala mengenai isu anti agama yang dilemparkan kepada PKM dijawab oleh Rashid Maidin
dalam transkrip temubual antara beliau dengan wakil Utusan Publications. Beliau menegaskan
bahawa perjuangan PKM yang terdapat di Tanah Melayu tidak menentang agama malah mereka
dari awal-awal lagi bebas mengamalkan ajaran Islam. Malah orang Melayu komunis boleh

111
Aishah Ghani. Memoir Seorang Pejuang. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. 1992. hlm. 23.
112
CO537/3751/136798 Malay Communist. hlm. 103-104.
113
Ramlan Hamzah. “Parti Komunis Malaya: Penubuhan, Peranan dan Implikasinya”, dlm. JEBAT. Universiti
Kebangsaan Malaysia. Bangi. bil. 3/4, 1973-1975, hlm. 64.
114
Abdullah CD, Perang Anti-British Dan Perdamaian, hlm. 233. (Keterangan bergambar Abdullah CD
dengan rakan-rakan mendirikan solat berjemaah di Madrasah Aman, Kampung Perdamaian, Ban Chulabhorn,
Pattana 12, Narathiwath, Thailand).
115
Suriani Abdullah. Rejimen ke 10 Dan Kemerdekaan. Publisher. Hong Kong. 1999. hlm. 259-260.
116
Ibid., hlm. 155.

48
mengamalkan ibadah agama mengikut kemampuan masing-masing. Tegas beliau, “Tidak. Awak
nak sembahyang sembahyanglah, awak nak puasa puasalah. Dia tak sentuh agama.”117
Dakwaan beliau ini disokong pula melalui peristiwa pengislaman isterinya Mak Salmah, seorang
gadis Tionghua apabila ingin berkahwin dengannya.118 Beliau menambah lagi bahawa tuduhan
komunis menentang agama di Tanah Melayu ini sebenarnya adalah propaganda British dan juga
Dato Onn agar orang Melayu tidak menyokong perjuangan PKM. Dakwaan Rashid Maidin:

“Ini Dato Onn punya kerjalah, Dato Onn punya kerja. Dia mula-mula anak
bergerak tu, dia buat parti orang Melayulah maka asasnya nak membunuh-bunuh
Cina, Cina nak merebut negara; inilah cara dia, dia nak merosakkan Parti
Komunis, ini British punya hasutan.”119

Tegas beliau lagi:

“Saya kata Parti komunis bukannya anti agama yang sebenarnya. Agama
bukannya kapitalis, bukannya imperialis; kapitalis dan imperialis itu, itu ertinya
anti komunis dah.” 120

Malah beliau berkeyakinan dan menegaskan perjuangan PKM adalah untuk menghapuskan
imperialis British yang mengamalkan dasar kapitalisme. Bagi beliau amalan kapitalisme hanya
memperkayakan golongan yang berada sahaja tetapi rakyat bawahan semakin menderita dan
tertindas.

Berdasarkan kepada dakwaan tokoh PKM ini maka penglibatan golongan radikal Melayu
dalam PKM hanyalah suatu bentuk perjuangan yang menerima pakai semangat politik PKM
semata-mata dan bukannya amalan ideologi komunisme tulen. Mereka ini menentang imperialis
British yang mengamalkan dasar kapitalis yang merugikan bangsa Melayu serta mengaut segala
kekayaan miliki Tanah Melayu. Lantaran kerana penguatkuasaan Akta Darurat 1948 memaksa
mereka yang anti-British memilih kaedah perjuangan gerila melalui Rejimen ke-10 PKM. Jadi,
117
Transkrip Temubual antara Wakil Utusan Publications dengan Rashid Maidin, di perkampungan bekas ahli
PKM dekat Hatyai pada 31/3/2002, hlm. 148. Manuskrip asal tidak pernah diterbitkan. Koleksi Persendirian.
118
Transkrip temubual wakil Utusan Publications dengan Rashid Maidin di perkampungan bekas ahli PKM
dekat Hatyai pada 1/4/2002, hlm. 308 dan 318.
119
Transkrip temubual wakil Utusan Publications dengan Rashid Maidin di perkampungan bekas ahli PKM
dekat Hatyai pada 31/3/2002, hlm. 202.
120
Ibid. hlm. 242.

49
pertuduhan anti agama oleh British dan pemimpin UMNO merupakan suatu bentuk perang saraf
bertujuan untuk menakutkan masyarakat Melayu umumnya agar tidak menyokong perjuangan
yang diutarakan oleh tokoh-tokoh tersebut.

Bolehlah disimpulkan bahawa aliran pemikiran komunis yang berkembang dalam


kalangan orang Melayu hanyalah segelintir sahaja, yang berstatus pemimpin radikal Melayu
seperti Rashid Maidin, Abdullah CD, Musa Ahmad, Shamsiah Faqeh, Zainab Mahmud, Abu
Samah Kassim dan Ibrahim Chik. Tokoh-tokoh ini bukan sekadar pengikut PKM semata-mata
tetapi mereka merupakan golongan pemimpin Melayu yang terdapat dalam PKM. Mereka ini
berpegang teguh kepada ideologi politik komunis serta yakin dengan perjuangan yang mereka
pilih. Namun bagi pengikut biasa mereka memilih untuk bersama-sama dengan PKM kerana
penguatkuasaan Akta Darurat 1948 menyekat kebebasan berpolitik secara terbuka dan perasan
benci terhadap penjajah British. Lantaran itu mereka tidak mempunyai pilihan lain untuk
berjuang. Waktu itu satu-satunya jalan yang ada hanyalah melalui gerakan gerila PKM.

Akta Darurat 1948 dan Kem Tahanan Politik British


Pasca Perang Dunia Kedua, kebangkitan orang Melayu menentang British semakin membara,
fenomena ini membuatkan British mula bertindak agar keadaan tidak menjadi lebih parah lagi.
Penguatkuasaan Akta Darurat 1948 merupakan langkah drastrik penjajah. British
memperkenalkan Akta Darurat 1948 bertujuan membendung kebangkitan rakyat. Pengenalan
akta tersebut menghalalkan tindakan British menangkap dan memenjarakan semua tokoh radikal
Melayu. Semua pergerakan anti-British diharamkan. Pengisytiharan Darurat tahun 1948
dilakukan oleh pihak British menyebabkan pergerakan golongan kiri menerima musibah yang
paling dahsyat. Tindakan British memperkenalkan Undang-undang Darurat 1948 merupakan
suatu tindakan yang mewujudkan political vacuum bertujuan untuk menyekat proses kebangkitan
rakyat. Penguatkuasaan Akta Darurat 1948, merupakan kemuncak tindakan British terhadap
golongan radikal dengan matlamat:

1. Ingin membendung pengaruh komunis yang sedang berleluasa dalam kalangan


masyarakat Cina di Tanah Melayu.

50
2. Memberi kuasa kepada pihak pemerintah British serta menghalalkan tindakan mereka
untuk menangkap dan memenjarakan golongan radikal Melayu tanpa melalui proses
perbicaraan.

3. Membendung kebangkitan gerakan reformasi Islam yang sedang berkembang di Tanah


Melayu.121

Penangkapan dan pemenjaraan dari tahun 1948 hingga 1955 merupakan zaman gelap bagi
pejuang kemerdekaan. Kesempatan penguatkuasaan Undang-undang Darurat 1948 memberi
ruang kepada pihak British bertindak menangkap para pejuang kemerdekaan khususnya
golongan yang dilabelkan radikal. Lantaran itu ramai pemimpin gerakan radikal ditangkap dan
dipenjarakan. Antara mereka yang ditangkap dan ditahan adalah Ahmad Boestamam, Ishak Haji
Muhammad, Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Rashid Maidin. Abu Saman Shariff, Wan Daud, Karim
Bakar, Osman Adabi dan juga Abdul Majid Salleh. Mereka ditempatkan di Kem Tahanan Politik
British yang dibina di serta Tanah Melayu. Tindakan British menangkap dan memenjarakan
tokoh politik radikal Melayu tidak berjaya membendung kebangkitan rakyat. Gelora politik dan
tuntutan kemerdekaan terus bergema. Penjajah British membina empat buah kem tahanan politik
dan juga menggunakan tiga buah penjara sedia ada di Tanah Melayu iaitu:

1. Kem Tahanan Politik Tanjung Beruas, Melaka.


2. Kem Tahanan Politik Ashby Road, Ipoh, Perak.
3. Kem Tahanan Politik Kg. Majidee, Johor Baharu, Johor.
4. Kem Tahanan Politik Pantai Morib, Selangor.
5. Penjara Taiping, Perak.
6. Penjara Pulau Jerejak, Pulau Pinang.
7. Penjara Changi, Singapura.122

Dalam kem tahanan politik ini, mereka yang berjiwa radikal diasuh dan disemaikan dengan
semangat oleh pemimpin gerakan politik radikal Melayu yang turut sama dipenjarakan di situ.

121
Ishak Saat. Radikalisme Melayu Perak 1945-1970. hlm. 220.
122
Ishak Saat. Politik Suara Rakyat. Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang. 2014. hlm. 101.

51
Perkara ini dilakukan agar mereka tidak terleka atau rasa terpisah daripada perjuangan sebenar di
luar penjara. Mereka bersatu dan sentiasa melakukan aktiviti yang berfaedah semasa dalam kem
tahanan. Antara aktiviti ialah aktiviti pelajaran, sukan, sosial, kebudayaan dan pertanian.123 Pada
kebiasaannya mereka akan sentiasa berkerjasama dan bersatu ketika berhadapan dengan pihak
berkuasa Kem Tahanan Politik. Mereka akan melancarkan mogok atau protes seandainya
layanan yang tidak adil diberikan oleh pihak berkuasa British. Tragedi paling berkesan dan
berjaya mereka lakukan ialah Peristiwa Mogok Lapar di Kem Tahanan Politik Tanjung Bruas,
Melaka. Bermula dengan cadangan dan saranan dari blok K kemudiannya merebak ke blok-blok
lain.124 Peristiwa mogok ini dilancarkan kerana memprotes keputusan pihak berkuasa kem
terhadap hukuman mengangkat najis dan membuangnya ke dalam laut. Bagi mereka yang
berjiwa radikal berpendapat bahawa mereka adalah tahanan politik yang sepatutnya dilayan
sebagai seorang pejuang politik atau ahli politik yang sepatutnya mendapat status suakan politik,
bukannya sebagai seorang banduan atau penjenayah. Inilah ketegasan dan kesepakatan mereka
yang berjiwa radikal dalam segala tindakan walaupun terpenjara. Mereka faham dan tahu
menggunakan hak sebagai seorang politikus.

Dalam Kem Tahanan Politik Tanjung Beruas,


Melaka tahun 1950.
Sumber: Cikgu Mohd. Yusof Ayub.

123
Rashid Karim bin Haji Abdul Karim. Tujuh Tahun Gerhana. Badan Kebajikan Guru Wilayah Padang
Rengas. Padang Rengas. 1991. hlm. 63-65.
124
Ishak Haji Muhammad, Memoir Pak Sako Putera Gunung Tahan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi,
1997, hlm. 208. dan Abdul Majid Salleh, Memoir Abdul Majid Salleh, Dalam PKMM dan KESATUAN Buruh, hlm.
156 serta baca juga Rashid Karim, Tujuh Tahun Gerhana, hlm. 46-52.

52
Dalam Kem Tahanan Politik, Ashby Road, Ipoh tahun 1952.
Abdul Majisd Sllah, Osman Abadi, Samah Sharif, Karim Bakar,
Penghulu Ariffin dan Rakan Seperjuangan.
Sumber: Hj Abdul Majid Salleh

Kem Tahanan Politik British di Tanjung Beruas, Melaka. Ishak Hj Muhammad (Pak
Sako) bersama dengan rakan seperjuangan. Pak Sako (berdiri nombor tiga dari kiri),
Mustafa Yunus (berdiri di kiri sekali) dan Rosdin Yaakub (berdiri nombor dua dari kiri)
serta Nazar Nong (mengangkung di hadapan).
Sumber: Koleksi Peribadi

Bagi menghiburkan hati, mereka menganjurkan pelbagai aktiviti sukan seperti permainan
bola sepak, badminton dan bola tampar dan bermain catur. Adakalanya mereka akan
menyanyikan lagu-lagu patriotik dengan penuh semangat. Lagu patriotik yang menjadi pembakar
semangat, didendangkan demi untuk mengingatkan mereka kepada perjuangan yang belum
selesai.125 Inilah serba sedikit kisah kehidupan yang pernah mereka tempuhi di dalam kem
tahanan politik penjajah. Ramai di antara tokoh pejuang radikal Melayu menyemadikan

125
Rashid Karim, Tujuh Tahun Gerhana, hlm. 55.

53
pengalaman terpenjara mereka dalam catatan sejarah berbentuk biografi politik, yang
mencatatkan pengalaman perjuangan politik dalam menuntut kemerdekaan seperti tersenarai:

1. Tujuh Tahun Malam Memanjang, Meniti Jalan ke Punchak dan Pengalamanku


Perjuanganku oleh Ahmad Boestamam.

2. Tujuh Tahun Gerhana oleh Haji Rashid Karim bin Abdul Karim.

3. Kemanakah Berakhirnya Perjuangan 1945-1988?, UntukMu Anak Merdeka dan Memoir


Abdul Majid Salleh, Dalam PKMM dan KESATUAN Buruh oleh Haji Abdul Majid
Salleh.126

Semua karya ini dihasilkan untuk tatapan umum, agar dapat mengetahui halatuju dan prinsip
perjuangan yang mereka yakini dan perjuangkan selama ini. Malah ia juga bertujuan menjawab
pelbagai tuduhan terhadap mereka. Melalui catatan sejarah ini sedikit sebanyak dapat
memberikan gambaran sebenar tentang sejarah perjuangan yang mereka perjuangkan dari sudut
mereka yang terlibat. Sesuai dengan istilah My Side of History.

Namun gerakan radikalisme Melayu sering dilabel dan ditohmah dengan pelbagai
pandangan negatif sebelum dan sesudah merdeka sehingga dikatakan tidak berusaha bersungguh-
sungguh ke arah kemerdekaan negara.127 Satu contoh perjuangan golongan radikal ialah mereka
turut berusaha mengkritik cadangan Perikatan dan Suruhanjaya Lord Reid berkaitan persoalan
pemberian hak kerakyatan Tanah Melayu kepada kaum imagran oleh British.128 Ini merupakan
bukti jelas mereka berani menentang keputusan British dalam soal kerakyatan. Malah selepas
merdeka mereka masih lagi dikritikan. Pandangan sarjana Ramlah Adam, terhadap Ahmad
Boiestamam bahawa beliau tidak konsisten dalam pejuangan radikalisme Melayu kerana
menerima jawatan Ketua Editor, Utusan Sarawak dan juga bekerja di Yayasan Sarawak serta
merangkap penulis politik kepada Ketua Menteri Sarawak, Haji Abdul Rahman Yaakub tahun
1971. Tegas beliau langkah ini merupakan satu gimik politik semata-mata. Pandangan beliau
disangkal oleh Rashid Maidin. Bagi beliau Ahmad Boestamam merupakan seorang pejuang

126
Ishak Saat. Politik Suara Rakyat. hlm. 104.
127 Ramlah Adam. Gerakan Radikalisme di Malaysia (1938-1965). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala
Lumpur. 2004. hlm. 80.
128
Ramlah Adam, “Kongres Kebangsaan Melayu: Suatu Penentangan Kepada Kehilangan Kuasa Politik
Melayu Di Dalam Kemerdekaan 1957”, dlm. Norazit Selat, Ekonomi dan Politik Melayu. Akademik Pengajian
Melayu. Universiti Malaya. Kuala Lumpur. 1997. hlm. 284.

54
kemerdekaan yang cukup konsisten dan setia dalam perjuangan. Beliau tidak akan sekali-kali
belot walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai tribulasi. Katanya; ”Ini kawan
seperjuanganlah, orang yang rapatlah yang boleh dikatakan tidak akan berpaling tadah. Yang
rapat banyak, tapi bimbang dia berpaling tadah. Itu belum lari lagi, sudah ada hantunya, apa
lagilah, kena cekiklah. Tapi Boestamam, dia tak begitu, memang dia tak buat.” 129

Ini merupakan bukti jelas tentang penglabelan radikal kepada golongan yang menentang
penjajah sebelum dan selepas merdeka. Mereka sering diberikan penilaian secara tidak adil
walaupun setelah kemerdekaan tercapai.

Perginya seorang pejuang kemerdekaan. Majlis Pengkebumian


Allahyarham Abdul Majid Salleh di Ipoh pada 14/12/2011.
Sumber: Koleksi Peribadi

Kepimpinan Melayu dan Kebebasan Politik Pasca Merdeka

Sejarah perjuangan politik dan kebangkitan rakyat di Malaysia dimulakan oleh golongan radikal
Melayu dengan rentak perjuangan menentang arus. Berani menentang penjajah walaupun waktu
itu keakraban penjajah dengan golongan aristokrat Melayu dilihat mesra dan baik. Melalui
pendekatan psikologi sejarah, dapat disahkan mereka yang memilih pendekatan politik radikal
sesungguhnya dipengaruhi oleh latar belakang keluarga, proses pendidikan yang dilalui,

129
Transkrip temubual wakil Utusan Publications dengan Rashid Maidin pada pada 31/3/2002, hlm. 223-224,
di perkampungan bekas ahli komunis di Kampaung Perdamaian, Hatyai, Tahiland. Manuskrip asal tidak pernah
diterbitkan. Koleksi Persendirian.

55
masyarakat setempat, akhbar, slogan dan suasana politik semasa. Berpaksikan perjuangan
mendaulatkan rakyat dan menuntut sistem demokrasi digunapakai di Tanah Melayu. Inilah yang
mewarnai pendekatan politik radikal era perjuangan kemerdekaan.

Pasca merdeka suasana politik semakin rancak. Parti UMNO merupakan parti induk
orang Melayu, darinya lahir pelbagai parti serpihan. Pelbagai krisis kepimpinan yang dilalui oleh
UMNO sehingga perpecahan demi perpecahan melanda UMNO. Bermula tahun 1951, Parti
Islam SeMalaysia (PAS) muncul dari cabang Biro Agama UMNO. Tahun 1987, apabila UMNO
berhadapan dengan krisis kepimpinan antara Team A dan Team B sehingga UMNO diharamkan.
Lahir Parti Semangat 46 di bawah kepimpinan Tengku Rezaligh Hamzah. Kemudian apabila
berlaku konspirasi politik yang melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim sehingga dipecat dari
jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presdien UMNO maka lahir Parti KeAdilan
Nasional/Parti KeAdilan Rakyat (PKR) tahun 1998. Gelombang reformasi memecah
kerancangan berpolitik di Malaysia. Slogan Malaysia Baru disemai dalam kalangan anak muda
Malaysia.

1 Juta Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 13/1/2013 di Kuala Lumpur


Sumber : Koleksi Peribadi

Kemudian tahun 2015 apabila kepimpinan Dato Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak
dipersoalkan maka lahir sebuah lagi parti serpihan iaitu Parti Peribumi Bersatu Malaysia
(PPBM). Dalam suasana UMNO berhadapan dengan pelbagai krisis kepimpinan, barisan parti
pembangkang di Malaysia terus berusaha menjalankan permuafakatan mereka. Demi untuk
memberikan pilihan terbaik kepada rakyat Malaysia. Bermula dengan permuafakatan
pembangkang dalam gabungan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) tahun 1990 antara Parti
Islam SeMalaysia (PAS) dengan Parti Semangat 46. Kemudian tahun 1998, lahir pula Barisan
Altenatif, gabungan parti pembangkang iaitu Parti Islam SeMalaysia (PAS), Parti Keadilan

56
Nasional dan Democratic Action Party (DAP). Pihak pembangkang berusaha berterusan demi
kesinambungan dan savival politik mereka. Gelombang reformasi dan tsunami politik melanda
negara. Tahun 2008, lahir pula Pakatan Rakyat yang mengabungkan PAS, PKR dan DAP.
Bermulanya tsunami politik di Malaysia.130 Manakala tahun 2015 lahir sebuah lagi pakatan
pembangkang iaitu Pakatan Harapan (PH) terdiri daripada PPBM, PKR dan DAP serta Parti
Amanah Negara(AMANAH).131 Ke semua toleransi politik pembangkang ini berusaha untuk
menjadi altenatif kepada Barisan Nasional. Namun permuafakatan parti pembangkang walaupun
berjaya mengurangkan majoriti Barisan Nasional tetapi belum cukup mampu mengalahkan
Barisan Nasional. Alaf baru senario politik Malaysia semakin mencabar. Pendekatan radikalisme
Melayu masih lagi mewarnai perjalanan politik Malaysia. Cabaran dan tribulasi politik melanda
kedua-dua belah pihak, sama ada pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang. Dewasa ini
pelbagai faktor turut mempengaruhi pendekatan politik. Namun pendekatan radikal lebih ke
hadapan. Senario ini dipengaruhi oleh isu politik, isu ekonomi dan isu sosial, yang diviralkan
melalui media sosial yang sudah mendapat tempat dalam kalangan masyarakat dan generasi alaf
baru seperti facebook, wassap, wachat, instagram dan seumpamanya. Lantaran itu generasi muda
hari ini lebih berani menyatakan pendapat dan pendirian tentang isu-isu politik serta
ketidaksetujuan tentang ketidakadilan amalan politik di Malaysia.

Pilihanraya ke-14, 2018, sejarah baru Malaysia tercipta. Tumbangnya UMNO dan BN.
Kini, politik Malaysia lebih terbuka. Dewasa ini senario politik persepsi melanda orang Melayu.
Kalau dulu orang Melayu bangkit menentang penjajah tetapi kini mereka bangkit menyatakan
ketidakpuashatian serta menuntut keadilan dalam pengurusan pemerintahan. Menuntut keadilan
agihan ekonomi negara. Menyatakan ketidakpuashatian terhadap kepincangan politik, menentang
amalan rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan pihak berkuasa. Perbezaan latar belakang
pendidikan yang dilalui oleh generasi muda Malaysia hari ini mencorakkan idea, pemikiran dan
hala tuju politik mereka. Ia turut mempengaruhi keputusan politik yang mereka ambil. Lantaran

130
Ishak Saat. Warisan Kepimpinan dan Ketuanan Melayu 1945-2013. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Batu Pahat. 2016. hlm. 213.
131
Parti Amanah Negara (AMANAH) ditubuhkan pada 16 September 2015. Merupakan serpihan dari Parti
Islam SeMalaysia (PAS). Perpecahan PAS ekoran dari pertembugan pemikiran dan pendekatan strategik politik
antara dua kumpulan iaitu golongan profesional dengan golongan agama. Golongan profesional yang dilabelkan
sebagai golongan erdogan dan terlalu liberal serta membelakangkan prinsip perjuangan PAS. Pertembungan ini
berakhir dengan penyingkiran mereka secara beramai-ramai dalam muktamar tahunan PAS di Batu Pahat pada tahun
2014.

57
itu, dewasa ini pandangan politik generasi alaf baru lebih ke hadapan, terbuka dan berani
menyatakan pendapat walaupun kadangkala pandangan politik mereka itu menentang arus. Lebih
rancak lagi kemunculan pelbagai parti politik dengan idealisme perjuangan masing-masing.
Setiap parti politik memiliki kepimpinan dan penyokong tersendiri. Senario politik hari ini lebih
rancak dan terbuka kerana masyarakat alaf baru lebih terbuka kepada keputusan politik yang
menguntungkan semua pihak. Tidak lagi dikerumuni oleh sekelompok rakyat yang
berkepentingan dalam politik. Politik tidak lagi dilihat sebagai lubuk emas untuk mencari
kekayaan tetapi lebih kepada penawaran perkhidmatan untuk membela rakyat. Justeru itu,
generasi alaf baru memilik kepelbagaian parti politik untuk mereka sokong atau anggotai. Malah
mereka secara terbuka membenci korapsi dalam politik.

Pakatan Harapan Mengambil Alih Pemerintahan Kerajaan Persekutuan Mei 2018


Sumber: Koleksi Peribadi

Malaysia mengamalkan sistem demokrasi dan raja berperlembagaan dalam politik dan
pemerintahan. Tuntutan demokrasi memerlukan budaya yang mengalakkan rakyat menghormati
hak orang lain selain daripada mempertahankan hak mereka. Budaya hak rakyat ini akan
membentuk aksi-aksi seperti hak bersuara, hak untuk berpartisipasi dan semangat tolak ansur.
Konsolisasi demokrasi bukan semata-mata memerlukan pertubuhan masyarakat sivil yang bebas,
tetapi budaya rakyat mestilah berasaskan kepada persamaan dan keadilan selaras dengan tuntutan
Islam.132 Dalam sebuah negara demokrasi, peranan pembangkang bukan sekadar membangkang
tetapi ia berfungsi sebagai check and balance dalam sesebuah negara. Peranannya sebagai
pengimbang dan kuasa alternatif dalam proses legistatif sesebuah parlimen. Malaysia merupakan
sebuah negara demokrasi sebenarnya mempunyai sejarah perjuangan politik dan kepartian yang

132
Shaharuddin Badaruddin. Masyarakat Madani dan Politik ABIM & Proses Demokrasi. Institut Daruls
Ehsan. Shah Alam. 2017. Hlm. 9

58
cukup panjang. Gerakan parti politik sudah muncul seawal abad ke-20 lagi. Parti politik sebelum
merdeka menampakkan pelbagai paksi perjuangan hingga lahirnya puluhan parti politik.
Penubuhan parti politik di Malaysia ini berdasarkan kepada tiga elemen utama iaitu kepentingan
awam, pertimbangan ideologi dan berpaksi agama.133 Parti pembangkang muncul bagi menjadi
pengimbang kepada parti Barisan Nasional. Namun selepas pilihanraya umum tahun 1969,
dilihat parti pembangkang begitu lemah untuk menjadi parti alternatif kepada rakyat. Pakatan
pembangkang sering gagal atas sebab perbezaan idealism perjuangan dan kegagalan untuk
bertoleransi dalam politik. Namun kemunculan era reformasi tahun 1999 membawa kepada
pergolakan dalam UMNO yang semakin berlarutan. Selepas tahun 1999, keputusan pilihan raya
umum memperlihatkan kekuatan UMNO dan Barisan Nasional sedikit demi sedikit terhakis.
Tahun 2018, selepas 61 tahun memerintah akhirnya UMNO dan BN tersungkur menyembah
bumi. Hilang kuasa dan tampok pemerintahan kerana terpalit dengan pelbagai skandal politik
dan ekonomi. Tuntutan rakyat terhadap keadilan politik dan pemerintahan tidak boleh dipandang
sepi. Pendekatan radikalisme dalam politik akan terus menguasai rakyat sama ada secara sedar
mahupun secara tidak sedar. Rakyat akan bangkit demi mencapai sebuah harapan baru selaras
dengan tuntutan berpolitik dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

Kesimpulan
Paparan sejarah seumpama ini bermatlamatkan penyingkapan sejarah golongan radikal agar ia
dilihat dari sudut pandangan sejarawan tempatan. Bagi menjawab penulisan sejarah yang
propenjajah atau propemerintah yang menggambarkan mereka ini sebagai golongan komunis
atau terpengaruh dengan anasir komunisme, pengkhianat bangsa dan golongan penderhaka.
Lebih-lebih lagi bagi menangkis amalan penulisan sejarah berbentuk ”History Belong to the
Winner”. Liku-liku perjuangan yang mereka lalui amat berharga dan boleh dijadikan tatapan
generasi merdeka demi untuk mengetahui sejarah yang tersirat dan dapat menjawab pelbagai
tuduhan negatif terhadap perjuangan gerakan radikal Melayu pada zaman sebelum merdeka.
Apapun yang dilabelkan terhadap mereka, tidak bermakna mereka ini bukan golongan pejuang.
Walaupun perjuangan kemerdekaan dimenangi oleh golongan moderate tetapi sejarah tidak

133
Hamdan Mohd Salleh. “Parti Keadilan Rakyat Sebagai Parti Oposisi dalam Amalan Demokrasi di
Malaysia”, dlm. Amer Saifude Ghazali et. Merentasi Sempadan yang Melewati Zaman, Kumpulan Esei Sempena
Persaraan Profesor Dato’ Dr Mohammud Redzuan Othman. Penerbitan Universiti Malaya. Kuala Lumpur. 2018.
Hlm. 302-303.

59
boleh dilupakan begitu sahaja kerana tanpa golongan radikal belum tentu kemerdekaan dapat
dicapai pada tanggal 31 Ogos 1957. Sama ada kita suka ataupun tidak, golongan radikal inilah
pengerak awal perjuangan kemerdekaan tanah air. Pesanan Tuan Guru Abdullah Fahim, ahli
falaq yang bertanggungjawab menetapkan tarikh keramat kemerdekaan Tanah Melayu pada 31
Ogos 1957. Ketika menetapkan tarikh tersebut beliau beramanat; ”Ingatlah bangsa Melayu.
Selepas tarikh 31 Ogos 1957 sekiranya orang Melayu jatuh lagi selepas ini. Percayalah bangsa
Melayu tidak akan bangkit lagi sehingga hari kiamat.”134

Mengambil ikhtibar dari pesanan di atas, dalam menikmati erti sebuah kemerdekaan
setiap rakyat Malaysia harus menghayati perjuangan kemerdekaan yang dilalui oleh para pejuang
terdahulu. Betapa peritnya melalui liku-liku sebuah perjuangan. Sesungguhnya bangsa Melayu
memiliki kepelbagaian strategi dalam perjuangan menentang penjajah British. Ianya dimulakan
oleh golongan radikal dan dilengkapkan oleh golongan moderate. Sesungguhnya penglabelan
radikal dimulakan oleh penjajah British dan dikekalkan penggunaannya oleh pihak yang
memegang tampuk kekuasaan. Namun keberkesanan berpolitik dalam meniupkan semangat dan
menyedarkan rakyat lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan radikal.

Radikalisme Melayu mendepani politik Malaysia merupakan suatu realiti politik yang
sememangnya difahami oleh semua parti politik di Malaysia. Pendekatan radikal sentiasa
mendapat tempat dalam generasi muda, sesuai dengan usia dan darah muda mereka. Tidak kira
parti dan ideologi kerana mereka yang memilih politik sebagai jalur perjuangan sedar akan
kepentingan politik dan pemerintahan demi masa depan Malaysia yang lebih cemerlang. Ini
menunjukkan orang Melayu sentiasa berada dalam kepelbagai ideologi dan pendekatan politik
yang mewarnai senario politik negara. Apapun situasi politik, parti Melayu akan terus menerajui
setiap gabungan politik yang dibentuk. Inilah asas politik di Malaysia. Parti politik yang
bersandarkan kepada politik perkauman sudah semakin usang dan sedikit demi sedikit tidak lagi
mendapat tempat dalam kalangan generasi alaf baru. Keputusan pilihanraya umum 2008, 2013

134
Amanat Tuan Guru Haji Abdullah Fahim semperna hari kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 31 Ogos
1957.

60
dan 2018 mengesahkan dakwaan ini. Justeru itu, parti politik yang memperjuangkan
kesamarataan hak mula mendapat sokongan. Namun semua parti politik sedar dan memahami
bahawa penguasaan politik mesti diterajui oleh orang Melayu selaras dengan konsep son of the
soil (peribumi asal Malaysia). Demi kestabilan politik Malaysia. Dalam kepelbagaian gabungn
parti politik, dilihat parti Melayu akan menerajui setiap gabungan seperti PUTERA-AMCJA,
Sosialis Front, Perikatan, Barisan Nasional, Barisan Alternatif mahupun Pakatan Rakyat ataupun
Pakatan Harapan. Inilah asas yang dipersetujui bersama. Namun orang Melayu harus sedar dan
bijak berpolitik. Memilih pemimpin yang sesuai dengan Slogan Bersih, Cekap dan Amanah
(BCA) untuk terus diterima sebagai pemimpin utama Malaysia. Jangan tersalah pilih kerana
kelak kuasa atau benting terakhir orang Melayu di bumi bertuah ini akan hanya tinggal pada
nama sahaja. Belajarlah dari sejarah kerana sejarah itu berulang. Lihatlah sejarah ketuanan
Melayu dan Kesultanan Melayu yang kini hanya menjadi legasi Malaysia. Renung-renunglah
sejarah Singapura yang suatu masa dahulu milik kita. Dalam kelekaan berpolitik orang Melayu
jangan sesekali lupa atau menjadi alat serta boneka kepada mereka yang bijak memanipulasi
politik. Hanya mereka yang memahami sejarah sahaja yang mengenali erti sebuah perjuangan.
Lantaran itu, hargailah kemerdekaan ini, peliharalah keharmonian dan hindarilah dari perbuatan
yang boleh menyebabkan keruntuhan sebuah negara bangsa.

Bibliografi

A.P No. 540-1352, Report: Education in Perlis, Visit of Mr Dussek, Principle, Sultan Idris
Training Collage, Tanjong Malim, to Inspect the Schools in Perlis, 1934. Kuala Lumpur.
Arkib Negara Malaysia.

Abdul Halim Mahmud. “Orang Melayu Sebelum Merdeka: Satu Tinjauan”, dlm. 2003. Jurnal.
Malaysia Dari Segi Sejarah. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.

Abdul Majid Salleh. 1994. A Basic Couse of Politik (ABC Politik). Ipoh. Manuskrip Asal tidak
pernah diterbitkan. Koleksi Persendirian.

Abdul Majid Salleh. 2004. Memoir Abdul Majid Salleh, Dalam PKMM dan KESATUAN Buruh.
Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Majid Salleh. 1991. UntukMu Anak Merdeka. Ipoh. Penerbit Haji Abdul Majid Salleh.

61
Abdul Rahman Abdullah. 1998. Pemikiran Islam di Malaysia, sejarah dan aliran. Kuala
Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Pusat Pendidikan Jarak Jauh,
Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang,

Abdul Rahman Haji Abdullah. 1994. Gerakan Anti Penjajahan di Malaysia 1511-
1950.Pengaruh Agama dan Tarikat. Kuala Lumpur. Penerbitan Kintan.

Abdullah CD. 1998. Perang Anti-British Dan Perdamaian. Hong Kong. Nan Dao Publisher.

Abu Hanifah Haris. 2013. Pengaruh Mesir dalam Masyarakat Melayu, 1906-1970. Tesis PhD.
Kuala Lumpur. Jabatan Sejarah. Universiti Malaysa.

Adnan Nawang.1994. ZA’BA Patriot dan Pendeta Melayu. Kuala Lumpur. Yayasan Penataran
Ilmu.

Ahmad Boestamam. 1972. Dr. Burhanuddin: Putera Setia Melayu Raya. Kuala Lumpur.
Pustaka Kejora.

Ahmad Boestamam. 1972. Merintisi Jalan ke Punchak. Kuala Lumpur. Pustaka Kejora

Ahmad Nidzammuddin. “Aliran Kiri di dalam Politik Perkauman Malaya/Malaysia 1955 -


1969”. dlm. Jebat. 1988. Jurnal. Bangi Jabatan Sejarah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Aishah Ghani. 1992. Memoir Seorang Pejuang.Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Aloysius Chin. 1994. The Communist Party of Malaya, The Inside Story. Kuala Lumpur.
Vinpress.

Bachtiar Djamily. 1994. Riwayat Hidup dan Perjuangan Syeikh Tahir Jalaluddin Al Falaqi Al
Azhari. Kuala Lumpur. Asmah Publisher.

Bariyah Basiran dan Ishak Saat. 2015. Ulama dan Politik Kedah 1842-1960. Universiti
Pendidikan Sultan Idris. Tanjung Malim.

Burhanuddin Al Helmy. 1946. Perjuangan Kita, Singapore. Parti Kebangsaan Melayu Malaya.

Burhanuddin Al Helmy. 1954. Falsafah Kebangsaan Melayu, Tak Kan Melayu Hilang Di
Dunia. Bukit Mertajam. Pustaka Semenanjung.

Burhanuddin Al Helmy. 1955. Agama dan Politik. Kuala Lumpur. Pejabat PAS Pusat.

Burhanuddin Al Helmy. 1956. Teks Ucapan Dasar (versi Bahasa Inggeris), Mesyuarat Agong
Tahunan ke-5. Kuala Lumpur. Pejabat PAS Pusat.

Burhanuddin Al Helmy. 1967. Ideologi Politik Islam. Kuala Lumpur. Pejabat PAS Pusat.

62
Cheah Boon Kheng. 1979. The Masked Comrades, A study of the Communist United Front in
Malaya 1945-1948. Singapore. Times Books Internacional.

Cheah Boon Kheng. 2003. Red Star Over Malaya, Resistance and Social Conflict During and
After the Japanese Occupation of Malaya, 1941-1946, Singapore. University Press and
National.

Chin Peng. 2003. My Side of History. Singapore. Media Masters.

CO 1022/46 We Solemny Commemorate the Birthday of the Party.

CO537/3751/136798 Malay Communists.

CO537/3751/136798 Pan Islamic Movement.

CO537/3751/136798 Patani Affiars.

CO537/3751/136798 Malay Communist.

CO 537/6016 –SECRET. Anti British Propaganda Amoug Malay Pilgrimage at the Hejaz.

Dari Proklamasi Sampai Respom. 1961. Jakarta. Departemen Penerangan.

Di Bawah Bendera Revolusi. 1963. Jilid 1. Jakarta. Panitia Penerbit Di Bawah Bendera Revolusi.

Douglas J. Potter, Benthamism Dedicated to the Sacred Heart of Jesus Christ The Catholic
Encyclopedia, Volume II, Copyright © 1907 by Robert Appleton Company, Online
Edition Copyright ©1999. Email: by Kevin Knight Imprimatur. John M. Farley.
Archbishop of New York.

Fikiran Rakyat, 26 April 1957.

Firdaus Haji Abdullah. 1985. Radical Malay Politics: Its Origin and Early Development.
Petaling Jaya. Pelanduk Publication.

Hambali Abdul Latif. 1995. Putera Mahkota UMNO. Kuala Lumpur. Penerbitan Satria.

Hamdan Mohd Salleh. “Parti Keadilan Rakyat Sebagai Parti Oposisi dalam Amalan Demokrasi
di Malaysia”, dlm. Amer Saifude Ghazali et. 2018. Merentasi Sempadan yang Melewati
Zaman, Kumpulan Esei Sempena Persaraan Profesor Dato’ Dr Mohammud Redzuan
Othman. Kuala Lumpur. Penerbitan Universiti Malaya.

Ishak Haji Muhammad. 1997. Memoir Pak Sako Putera Gunung Tahan. Bangi. Universiti
Kebangsaan Malaysia.

63
Ishak Saat, Ahmad Zainuddin Husin & Kamaruzaman Mohd. Yusoff. Ahmad Boestamam:
Malay Radical Nationalistic Figure. dlm. Global Journal Inc. (US). GJHSS.
Volume 16-D Issue 2 Version 1.0. 2016.

Ishak Saat. Caturan Politik Pelbagai Kaum di Tanah Melayu 1946-1957. Jebat: Malaysian
Journal of History, Politics, & Strategic Studies, Vol. 37 (2010): 68 - 85 @ School of
History, Politics & Strategic Studies, UKM; ISSN 2180-0251 (electronic), 0126-5644
(paper).

Ishak Saat, Kamaruzzaman Yusoff, Rosli Abdul Rahman and Abdul Basir Mohamad. “The
Historical Research on The Existence of Mainstream Struggles For The Independence of
Malaya in 1945-1957”. MEDWELL Journals, Scientific Research Publishing Compony.
Article No. 9608-TSS. Volume 8, 2012.

Ishak Saat. 2012. Politik & Masyarakat Melayu Perak. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Batu Pahat.

Ishak Saat. 2014. Politik Suara Rakyat. Pulau Pinang. Universiti Saisn Malaysia.

Ishak Saat. 2015. Radikalisme Melayu Perak 1945-1970. Penang. Universiti Sains Malaysia.

Ishak Saat. 2016. Warisan Kepimpinan dan Ketuanan Melayu 1945-2013. Batu Pahat. Universiti
Tun Hussein Onn Malaysia.

Ishak Saat, Mohd Kasri Saidon, Ahmad Zainuddin Husin and Ruhaizan bt Sulaiman@Abd
Rahim. The Great Malay Movement in International Journal of Academic Research in
Business and Social Sciences (HRMAS) 2018, Vol. 8, No. 4, ISSN: 2222-6990.

Ishak Saat. Peranan Politik Akhbar Suara Rakyat. Jurnal Kemanusiaan. Bil. 17. 2010. Universiti
Sains Malaysia. Penang.

Ishak Saat. Tranfomasi Politik Melayu: Dari Raja Ke Rakyat Dalam Peradaban Melayu. dlm.
Prosiding Himpunan Ilmuwan Warisan dan Peradaban Melayu, Sekolah Pengajian
Warisan dan Peradaban, Universiti Islam Malaysia (UIM), Cyberjaya, Selangor pada 8-9
November 2017.

Khazin Mohd. Tamrin, “Tradisi Merantau: Perlunya Diberi Perhatian Dalam Kajian dan
Penulisan Sejarah Malaysia” dlm. Badriyah Salleh dan Tan Liok Ee. 1997. Alam
Pensejarahan : Dari Pelbagai Perspektif. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Laeyendeckar, L. 1983. Tata, Perubahan dan Ketimpangan Suatu Pengantar Sejarah Sosiologi.
Jakarta. PT Gramedia.

Mahadzir Mohd. Khir, “Proses Tranformasi Politik Malaysia : Dari Raja ke Rakyat”, dlm.
Norazit Selat, Hashim Awang dan Nor Hisham Osman(ed). 1997. Meniti Zaman :

64
Masyarakat Melayu Antara Tradisi dan Moden. Kuala Lumpur. Akademi Pengajian
Melayu. Universiti Malaya.

Mahayudin Haji Yahaya. 2001. Islam di Alam Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Maymon Arif, “Kegiatan Politik Melayu Tahun 1930an”, dlm. 1973. Jurnal Jebat, Jabatan
Sejarah. Bangi Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohammad Redzuan Othman. 2005. Islam dan Masyarakat Melayu, Peranan dan Pengaruh
Timur Tengah. Kuala Lumpur. Penerbitan Universiti Malaya.

Mohd. Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia 1800-1963. Kuala Lumpur. Utusan Publications.

Mohd. Salleh Lebar. 1988. Perubahan dan Kemajuan Pendidikan di Malaysia. Kuala
Lumpur. Nurin Enterprise.

Mohd. Zamberi A. Malek. 1994. Patani Dalam Tamadun Melayu. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Muhamed Salleh Lamry. 2006. Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan. Bangi.
Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muhammad Abu Bakar, “Ulama Pondok dan Politik Kepartian di Malaysia 1945-1985”, dlm.
Norazit Selat (ed). 1997. Ekonomi dan Politik Melayu. Kuala Lumpur. Akademik
Pengajian Melayu. Universiti Malaya.

Nabir Haji Abdullah. 1976. Maahad Il Ihya AsSyarif, Gunung Semanggol 1934-1969. Bangi.
Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Oong Hak Ching, “Nasionalisme Melayu dan nasionalisme Cina: Konflik dan kerjasama”,
Kertas kerja ini dibentangkan dalam International Seminar on Chinese Scholarship in
The Malay World Studies: A Reevaluation of a Scholarly Tradition, Bangi Universiti
Kebangsaan Malaysia. 16-17 September 2002.

Qasim Ahmad. 1999. Revolusi Industri Pertama, Sejarah Permasalahan Sosioekonomi dan
Politik. Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah.

Raja Ahmad Shalaby Raja Hassan & Ishak Saat. O.T. Dussek (1886-1965): Lebih Melayu
daripada Melayu, Reformis Pendidikan Vernakular Melayu. dlm. Malaysia dari segi
Sejarah (Malaysia History). Persatuan Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur. ISSN 1675-
0594. Bil. 41-2013.

Ramanathan, K. 1978. Asas Sains Politik. Petaling Jaya. Fajar Bakti.

Ramanathan, K. 1989. Pengantar Sains Politik. Petaling Jaya. Fajar Bakti.

65
Ramlah Adam. 2004. Gerakan Radikalisme di Malaysia (1938-1965). Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Ramlah Adam. “Kongres Kebangsaan Melayu: Suatu Penentangan Kepada Kehilangan Kuasa
Politik Melayu Di Dalam Kemerdekaan 1957”, dlm. Norazit Selat. 1997. Ekonomi dan
Politik Melayu. Kuala Lumpur. Akademik Pengajian Melayu. Universiti Malaya.

Ramlan Hamzah, “Parti Komunis Malaya: Penubuhan, Peranan dan Implikasinya”, dlm. Jurnal
JEBAT, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. Bil. ¾. 1973-1975.

Roff William R. 1994. The Origins of Malay Nationalism. Kuala Lumpur. Oxford University
Press.

Shaharuddin Badaruddin. 2017. Masyarakat Madani dan Politik ABIM & Proses Demokrasi.
Shah Alam. Institut Darul Ehsan.

Shahrom Husain. 1996. Memoir Shahrom Husain; Selingkar Kenangan Abadi. Bangi. Penerbitan
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Steven Kreis, Lecture 19, The French Revolution and Socialist Tradition: Early French
Communists (1), email: stevenk@nc.rr,com, 22 March 2002.

Stockwell, A.J. 1979. British Policy and Malay Politics During The Malayan Union Experiment
1942-1945. Kuala Lumpur. MBRAS.

Subhash Chandra Bose. 1994. Letters to Emilie Schenkl 1934-1942, Netaji Research Bureau
Volume 7. Calcutta. Oxford Press.

Subhash Chandra Bose.1964. The Indian Struggle 1920-1942, Netaji Research Bureau, Culcatta,
New York. Asia Publishing House.

Suara Rakyat. 29 September 1945.

Suloh Malaya. 15 Jun 1946.

Suriani Abdullah. 1999. Rejimen ke 10 Dan Kemerdekaan. Hong Kong. Publisher.

Tan Kim Hong, Riding The Storms: Radicalisation of The Labour Party of Malaya, Penang
Division, 1963-1969, hlm. 1. Kertas kerja ini dibentangkan dalam International
Conference 2002 di The City Bayview Hotel, Penang, Malaysia, Anjuran The Penang
Heritage Trust & STAR Publications pada 19-21 April 2002.

Tan Malaka. 2000. Aksi Massa. Jakarta. Teplok Press.

Teks Ucapan Ahmad Boestamam, dalam Persidangan Pemuda SEBERKAS, negeri-negeri


Selangor, Perak dan Pulau Pinang di Kuala Lumpur pada 30 Mei 1976.

66
Temuramah dengan Cikgu Mohd. Yusof bin Ayob di Kampung Pokok Asam Tambahan,
Taiping, Perak pada 24 Disember 2002.

Temuramah dengan Tuan Haji Abdul Halim bin Ahmad di Kota Bahru, Kelantan pada 5 Oktober
2002.

Temuramah dengan Abdul Majid Salleh di Taman Candan Desa, Ipoh pada 6 Ogos 2002.

Transkrip Temubual antara Wakil Utusan Publications dengan Rashid Maidin, di perkampungan
bekas ahli PKM dekat Hatyai pada 31 Mac 2002. Manuskrip asal tidak pernah
diterbitkan. Koleksi Persendirian.

Utusan Melayu. 7 September 1947.

Utusan Melayu. 2 Disember 1947.

Utusan Melayu, 9 Mac 1947.

Zakaria Kasa & Ishak Saat. 2013. Peranan SITC dalam Gerakan Kebangsaan. dlm. Abdul Latif
Abu Bakar. (Peny). Gerakan Patriotisme dan Kebangsaan Dalam Peradaban Malaysia.
Tanjung Malim. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

67

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai