Anda di halaman 1dari 2

KELAB GURU DAN STAF

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NENASI


26680 PEKAN
PAHANG DARUL MAKMUR No. Tel : 09-4181080
Email : smknenasi@yahoo.com.my No. Fax: 09-4181549

Ruj. Kami : CEA.5071.100-8/1/3 ( )


Tarikh : 01 NOV 2019

Pengerusi
Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Nenasi Berhad
26680 Pekan
PAHANG DARUL MAKMUR

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN SEMPENA MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN SMK NENASI

Dengan segala hormatnya dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, warga pendidik dan staf sokongan SMK Nenasi akan
mengadakan Majlis Jamuan Akhir Tahun seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 15 NOV 2019


Hari : JUMAAT
Masa : 8.00 PM
Tempat : ANCASA ROYALE HOTEL, PEKAN

3. Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon jasa baik tuan untuk menghulurkan
sumbangan bagi menampung kos perbelanjaan program tersebut agar ianya dapat berjalan
dengan lancar dan sempurna.

3. Jasa dan bakti yang tuan berikan amat disanjungi dan dihargai juga dengan ucapan
jutaan terima kasih.

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………….
(FADZLI BIN ABDULLAH)
Pengerusi
Kelab Guru dan Staf
SMK Nenasi

Anda mungkin juga menyukai