Anda di halaman 1dari 16

INSTITUT PERGURUAN RAJA MELEWAR

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI

2007

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

PERGERAKAN ASAS
( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN )

VICKNESWARAN A/L BALAKRISHNAN


PROGRAM PERGURUAN PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH
PENGAJIAN 4 TAHUN
PENDIDIKAN JASMANI / PENDIDIKAN KESIHATAN
PENGENALAN

Pergerakan asas yang penting yang menjadi kata kunci dalam aktiviti
pergerakan ialah berjalan, berlari, beriompat, memintal, berpusing,
meregang dan menguncup. Umpamanya, gabungan aktiviti berjalan
dengan melompat mengikut iringan muzik merupakan bentuk pergerakan
asas dalam tarian zapin dan joget.
Pergerakan Lokomotor

Satu daripada tujuan program pendidikan pergerakan di prasekolah


ialah untuk membantu kanak-kanak membina kemahiran asas pergerakan.
Antara kemahiran yang perlu diajar kepada mereka adalah kemahiran
lokomotor. Kemahiran ini membolehkan mereka bergerak dari satu tempat
ke tempat yang lain. Keupayaan kanak-kanak memupuk kemahiran
pergerakan yang lebih kompleks terletak kepada pemupukan kemahiran-
kemahiran yang berikut:

• Berjalan
• Berlari
• Melonjak
• Melompat
• Hop
Contoh-contoh pergerakan
Pergerakan Bukan Lokomotor

Pergerakan asas bukan lokomotor memerlukan seseorang melakukan


pergerakan di satu tempat tanpa melibatkan perubahan penyokong atau titik
pusat pelaku. Contohya ketika duduk atau berdiri. Pergerakan ini tidak
menggunakan ruang yang banyak.

Contoh lain bagi pergerakan asas bukan lokomotor ialah :


 Membongkok
 Memusing
 Menarik
 Menghayun
 Meregang
 Menolak
 Mengelak
 Memusing
Contoh-contoh pergerakan

Baring dan Angkat Kaki

Membongkok
MATLAMAT

• Memperkenalkan kepada pelajar pergerakan asas, iaitu pergerakan


lokomotor, bukan lokomotor dan dengan mengunakan alatan
• Diharap tiga perempat daripada keseluruhan dapat menguasai dan
memahami sepenuhnya pergerakan lokomotor, bukan lokomotor, dan
dengan menggunakan alatan elepas memahami definasi dan demonstrasi
yang akan ditunjukkan.
• Aktiviti pergerakan asas ini akan membantu murid supaya lebih cergas
dan aktif.
• Aktiviti ini juga boleh diaplikasikan dalam permainan dan sukan.

OBJEKTIF

• Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, pelajar-pelajar dapat


menguasai 3 per 4 kemahiran yang dipelajari:

• Dapat melakukan aktiviti pergerakan dengan menggunakan cara dan


teknik yang betul.

• Dapat menggunakan perasaan untuk membayangkan sesuatu mengikut


pergerakan yang dilakukan dan mengikut gerak yang ditunjukan.

• Menunjukkan sikap bekerjasama dengan ahli kumpulan yang lain


memberi sumbangan positif terhadap kesedaran positif dan
pertumbuhan
TARIKH : 16hb April 2007

MASA : 8.30 pagi.

TEMPAT : Balai Kerapatan

KUMPULAN SASARAN : Melibatkan murid-murid darjah 4 (10 tahun)


PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI

i ) Prosedur pelaksanaan demonstrasi.


• Jenis-jenis pergerakan.
(1) Merangkak ( lokomotor) Rendah
(2) Membongkok ( bukan lokomotor) Sedarhana
(3) Mejengkit ( lokomotor) Tinggi
(4) Imbangan V ( bukan lokomotor) Sederhana
(5) Guling Balak (lokomotor) Rendah
(6) Berjalan ( lokomotor) Tinggi
(7) Mengilas badan ( bukan lokomotor) Sederhana
(8) Melompat ( lokomotor) Tinggi
(9) Duduk lutut ( bukan lokomotor) Sederhana
(10) Rangkak kucing ( lokomotor) Rendah
(11) Menyokong ( bukan lokomotor) Sederhana
(12) Berjalan dengan langkah pendek (lokomotor) Tinggi
(13) Mengecilkan badan ( bukan lokomotor) Sederhana
(14) Berjalan dengan langkah panjang (lokomotor) Tinggi
(15) Kaki bengkok ( bukan lokomotor) Sederhana
(16) Lonjak sebelah kaki (lokomotor) Tinggi
(17) Imbangan lutut ( bukan lokomotor) Sederhana
(18) Merangkak seperti beruang (lokomotor) Sederhana
(19) Mendekam ( bukan lokomotor) Rendah
(20) Melompat (lokomotor) Tinggi
Stesen Pergerakan Asas :

1. Merangkak
• Kaki dan tangan lurus dalam lakuan merangkak. Gerakkan kaki
dan tangan kiri hala ke kiri, di ikuti dengan kaki dan tangan
kanan. Bola dihadapan
2. Membongkok
• Berdiri tegak, kaki buka, kedua-dua tangan diangkat ke atas
dan dirapatkan. Bongkokkan badan ke depan. Bola dikepitkan
dikaki
3. Mejengkit
• Berdiri dengan sebelah kaki. Tangan memegang bola diatas
kepala. Mejengkit kehadapan.

4. Imbangan V
• Duduk berlunjur. Kedua-dua kaki diangkat keatas. Bola
dikepitkan dikaki
5. Guling Balak
• Dalam keadaan baring, kaki lurus. Bergulng ke sisi. Bola
dipegang ditangan
6. Berjalan
• Berdiri tegak. Berjalan dengan lurus. Tangan kehadapan dan
memegang bola
7. Mengilas badan
• duduk berlunjur, tangan diluruskan kehadapan. Bola diletakan
disisi dan badan digilas untuk mendapatkan bola.
8. Melompat
• Berdiri tegak. Bola dikepitkan dikaki. Lompat kehadapan.
9. Duduk lutut
• Duduk melutut. Bola diletakan dihadapan dan disentuh dengan
kepala.
10. Rangkak kucing
• Bola ditempatkan dihadapan. Merangkak seperti kucing dan
mendapatkan bola.
11. Menyokong
• Mendekam, tangan lurus ke depan. tegakkan badan, kedua
tangan diletak di lantai. Lonjak ke depan semula. Bola
dikepitkan dikaki.

12. Berjalan dengan langkah pendek


• Berdiri tegak. Berjalan dengan lurus. Brjalan dengan langkah
yang pendek atau rapat. Tangan lurus kehadapan dan
memegang bola

13. Mengecilkan badan


• Dalam keadaan duduk. Bahu dan tangan dibawa kehadapan
dan dikecilkan.
14. Berjalan dengan langkah panjang
• Berdiri tegak. Berjalan dengan lurus. Brjalan dengan langkah
yang panjang. Tangan lurus kehadapan dan memegang bola

15. Kaki bengkok


• Kaki dikangkangkan. Bongkokkan badan, letak bola dengan
tangan jauh diantara kedua-dua belah kaki. Kemudian lendikan
badan dan ambil semula bola. (kaki bengkok)
16. Lonjak sebelah kaki
• Berdiri tegak, angkat sebelah kaki. Bola dipegang. Lonjak
dengan menggunakkan sebelah kaki.

17. Imbangan lutut


• Melutut. Kaki diangkat, lutut menyokong anggota badan. Bola
dikepitkan.

18. Merangkak seperti beruang


• Badan dibongkokan. Tangan dibawa kehadapan. Bola
dihadapan dan cuba mencapai bola.
19. Mendekam
• Mendekam, kedua-dua tapak tangan di atas lantai. angkat kaki
perlahan-lahan, tangan menyokong badan. Bola dkepitkan
dikaki.

20. Melompat
• Selepas mendekam terus melompat kehadapan.
(ii) ALATAN BERAT
• Bangku panjang
• Peti lombol
• Tilam
• Skital besar

(iii) ALATAN TANGAN


• Bola

RUMUSAN

Perkembangan kemahiran asas dikalangan murid-murid menjadi salah


satu tugas utama pendidkan jasmani. Kemahiran itu ada yang berbentuk
menjalankan tugas harian atau keriadahan. Contoh- contoh kemahiran seperti ini
harus diterapkan kepada murid-murid dan harus mengikut citarasa mereka.
Melalui aktiviti pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor ini, murid
dapat melakukan pergerakan asas dengan betul dan menguatkan otot untuk
kegiatan yang lebih cergas.Selain itu, murid juga dapat mempersiapkan diri
untuk melakukan kemahiran sukan dan permainan. Aspek nilai positif boleh
ditanamkan dalam diri murid. Murid mencapai tahap displin diri yang tinggi.
BORANG KOLABORASI

Nama : VICKNESWARAN A/L BALAKRISHNAN


Unit : Pendidikan Jasmani & Kesihatan.
Pensyarah Pembimbing : Pn Suraya Bt A.K. Bapooti.

Bil. Tarikh Isu Perbincangan Tandatangan


LAMPIRAN
PERALATAN

Anda mungkin juga menyukai